Monday 5 December 2016

Harapan Dan Target Saya Dalam Bisnes Shaklee Untuk 6 Bulan Dari Sekarang

Bila dikatakan bisnes, takde target memang tak sah. Begitu juga dengan Kak Kam. Untuk 6 bulan dari sekarang, target utama Kak Kam ialah untuk bantu lebih ramai orang selesaikan masalah mereka dengan Shaklee. 

Tak kiralah sama ada masalah itu berkaitan kesihatan atau pun kewangan. Sebab memang kita boleh dapat dua-dua ni dengan Shaklee. 

Yang takde masalah kesihatan Kak Kam nak bantu supaya lebih sihat dan dapat elak dari sebarang penyakit dengan Shaklee. Yang ada masalah kesihatan Kak Kam nak bantu supaya dapat kembali sihat seperti sediakala dengan izin Allah. Yang ada masalah nak amalkan suplemen sebab masalah bajet pula Kak Kam nak bantu supaya dapat makan suplemen secara free. Ada caranya.

Memang diakui bahawa bagi sesetengah kita, suplemen adalah mahal. Tapi ia sebenarnya tak mahal jika kita mempunyai bajet yang mencukupi untuknya. 

Malah pengambilan suplemen sebenarnya dapat membantu kita berjimat dari terpaksa berulang-alik ke klinik atau hospital kerana masalah kesihatan kita dan anak-anak kita. Lagi pun, mana boleh dibandingkan nikmat kesihatan kita dengan wang ringgit. Memang tiada galang gantinya.

Selain itu, pada April 2017 Kak Kam nak pastikan dah berjaya mendaki tangga ketiga dalam Shaklee iaitu Coordinator. Bila dah berada di rank ini, potensi pendapatan yang diperolehi ialah 5 angka sebulan. 

Kak Kam juga target supaya dapat allocate sekurang-kurangnya 1/3 daripada income Kak Kam untuk Ummi dan juga my big family. Dan lebih banyak portion untuk zakat dan sedekah. 

Tak lupa juga Kak Kam nak sangat duduk dekat dengan branch Shaklee supaya lebih mudah menghadiri sebarang aktiviti. Tak tahulah sama ada branch KB atau yang mana. We'll see. 

Untuk memastikan Kak Kam capai semua target, Kak Kam cuba untuk tidak lagi buang masa untuk perkara yang tak sepatutnya (contohnya scroll newsfeed fb hehe). Nak bangun awal pagi setiap hari. Komited dengan task #tsunamishaklee. Kurangkan masa tidur. Update blog dan fb setiap hari dengan bersungguh-sungguh. Dan yang pastinya share tentang Shaklee secara lebih agresif. 

Doakan Kak Kam ye. 


Ingin dapatkan produk Shaklee? Sms/whatsapp 013-924 3387 (Kamilah) untuk order dan sebarang pertanyaan.

No comments:

Post a Comment