Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Friday 16 December 2016

Perkara Terbaik Untuk Tahun 2016

Moment paling indah untuk tahun 2016 ialah bila the one and only daughter dah pandai baca buku. Mak mana yang tak risau bila anak dah nak masuk darjah 1 tapi belum lagi pandai membaca.

Masa 4 tahun Khadijah duduk rumah je. 5 tahun baru masuk tadika. Masa 6 tahun ni tukar ke tadika Kemas. Tahun lepas belum boleh membaca lagi. Of course Kak Kam tak salahkan tadika dulu sebab Kak Kam sendiri pun tak serajin mana untuk ajar dia.

Tahun ni bila bilangan murid sedikit je jadi cikgu pun boleh bagi tumpuan lebih. Alhamdulillah sekarang dah boleh baca walaupun taklah lancar sangat. 

Sekarang selalu pergi library pinjam buku supaya dia lagi rajin membaca. Kak Kam memang salute mak-mak yang rajin ajar anak sampai seawal 3, 4 tahun dah pandai membaca.

Syukuri sekecil-kecil nikmat yang kita ada, pasti Allah akan tambah nanti.

Mood : berdebar-debar sebab anak dah nak masuk darjah satu hehe.


Saturday 10 December 2016

Dari Besut Ke Jasin - Kenangan Masa Sekolah Yang Tak Boleh Dilupakan

Lepas PMR, Kak Kam pergi ujian untuk masuk MRSM. Bila dapat, terkejut juga sebab dapat sekolah yang agak jauh iaitu MRSM Jasin. Teragak-agak juga nak pergi.

Tapi akhirnya keputusan dibuat. Kak Kam pergi. Sebab rugi bila dah dapat offer sekolah yang best macam tu tapi tolak. Glamour tau MRSM masa tu. Haha.

Kenduri kesyukuran pun dibuat sebelum pergi ke sana. Ramai pak cik mak cik datang dan beri kata-kata semangat supaya belajar rajin-rajin. Siap bagi duit lagi. Masa tu happy sangat. =)

Tiba hari yang ditunggu-tunggu, satu family hantar Kak Kam. Arwah Abah, Ummi dan adik beradik. Wahh cantiknya sekolah ni. Atas bukit.

Lepas dah settle semuanya petang tu, family Kak Kam pun nak balik. Cuaca hati Kak Kam ni mula la mendung, nak hujan. Tapi Kak Kam tahan.

Bila arwah abah peluk masa salam tu Kak Kam memang tak dapat tahan lagi dah. Terus menangis. Dengan arwah abah sekali menangis. Ummi tak pula. Maybe sebab tak nak bagi Kak Kam sedih.

First time berpisah. Jauh pulak tu. Memang tak dapat elak perasaan sedih tu. Lama jugak la homesick tu. Tapi alhamdulillah Kak Kam dapat habiskan study kat situ dengan baik.

Banyak ilmu dan pengalaman berharga yang Kak Kam kutip sepanjang berada di situ. Terutamanya belajar berdikari. MRSM ni tak jauh beza dengan sekolah Kak Kam sebelum ni sebab sangat menekankan pendidikan agama.

Ma'thurat, bacaan Yasin, ta'alim, al Mulk setiap hari dan usrah serta qiamullail banyak membentuk Kak Kam seperti sekarang ni. Kat sini jugalah Kak Kam belajar makan lontong dan tempe. Dah jadi antara makanan favourite pun.

Sekarang nama pun dah tukar kepada MRSM Tun Ghafar Baba. Inilah serba sedikit pengalaman Kak Kam semasa sekolah dulu yang tak mampu untuk dilupakan. I love MRSM Jasin. ❤❤❤


Monday 21 November 2016

Aktiviti Cuti Sekolah

Cuti sekolah ni Khadijah tak pergi mana-mana. Cuma haritu ada la naik bas untuk second time dan juga komuter untuk first time. Seronok dia rupanya. Maklumlah tak pernah naik bas dan komuter. Pengalaman baru untuknya.

First time naik bas dia muntah. Second time tak dah. Good girl. Tapi ummi pulak yang muntah. Sebab salah makan agaknya.

Azam nak ajar dia mengaji lebih kerap cuti ni tapi ada je alasannya taknak mengaji. Sampai ummi kena guna kuasa veto. Harap ummi lebih bertabah dalam mendidiknya.


Wednesday 23 March 2016

Bermulanya Cycle Baru Shaklee

Dah lama sungguh tak menulis di sini. Sibuk dengan aktiviti seharian. Azam nak tulis 1 entry setiap hari, tapi masih belum tercapai lagi. 

Jadual tadika Khadijah dari pukul 7.30 pagi hingga 1.00 petang. Sebelum ni habis pukul 12.30 tengah hari. Masa dilanjutkan untuk sessi fardhu ain. 

Wah budak tadika sekarang advance. Masa belajar lebih panjang dari murid sekolah rendah Tahap 1. Jadi 5 jam 30 minit juga la masa yang dapat saya gunakan untuk buat kerja rumah, masak dan juga bisnes Shaklee. 

Bestnya jika dapat manfaatkan masa tu betul-betul. Tapi realitinya, agak sukar. Mungkin saya perlu spend masa di satu tempat tertentu, contohnya library untuk saya lebih fokus dalam buat kerja-kerja bisnes. 

Bulan Mac ini merupakan cycle baru Shaklee. Masa untuk lihat sahaja kejayaan orang dah tamat. Sekarang masa untuk saya pula mencapainya. Sampai bila nak tengok je orang capai impian mereka, sedangkan kita juga mempunyai peluang yang sama.






Vivix Shaklee masih ada promosi untuk twinpack. Tidak ketinggalan ESP yang delicious itu. Promosi berakhir hujung bulan Mac ini. Boleh hubungi saya untuk mendapatkannya : 


Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah

Wednesday 3 February 2016

Jadual Berubah Lagi

Sekarang dah masuk bulan Februari. Saya masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dengan jadual baru tahun ni. Bermula Februari ni, tadika Khadijah habis pukul 1.00 petang kerana ada fardhu ain. 

Jadi makin bertambahlah masa untuk saya spend untuk bisnes. Jadi 5 jam! Alhamdulillah. Memang best jika dapat gunakan sepenuhnya masa 5 jam tu untuk bisnes. 

Tak lama lagi bakal ke Shah Alam pula untuk jaga adik berpantang. Semoga proses bersalin Kak Chik dipermudahkan. Tak sabar nak jumpa anak saudara baru :)


Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee 
dan untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah

Wednesday 20 January 2016

Atur Jadual WAHM

Tahun baru ni masih agak kelam-kabut urus jadual. Kadang-kadang saya masak awal pagi. Kadang-kadang pukul 12.00 tengah hari. Kadang-kadang pukul 2.00 petang ke atas. 

Khadijah ke tadika dalam pukul 7.45. Habis pukul 12.30 tengah hari. Jadi adalah masa lebih kurang 4 jam setengah untuk saya tumpukan sepenuhnya pada bisnes. Tapi macam biasa, tak sepenuhnya 4 jam tu dapat digunakan untuk bisnes. 

Nak basuh baju la. Nak uruskan Ummi la. Nak berkebun la (untuk keluarkan peluh) atau exercise. Sebab tu lah saya lebih suka masak pukul 1.00 ke atas. Sebab sayang nak gunakan masa produktif saya ni untuk memasak. 

Bila dah masuk tengah hari dan bila Khadijah dah balik, sibuk uruskan dia pula. Dan selalunya time ni la mengantuk menjadi-jadi. Jadi nak tak nak kena tidur sekejap untuk mendapat semula tenaga. 

Apapun saya bersyukur dapat bekerja dari rumah. Dapat bekerja dan menjaga Ummi yang sakit dalam masa yang sama. 

Contoh dapur impian saya :)



Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee dan untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah

Wednesday 6 January 2016

Anakku Dah Besar

Cepatnya masa berlalu. Macam baru je rasanya Ummi lahirkan Khadijah. Tiba-tiba je dah besar. Dah pun 6 tahun. 

Hari ni dah masuk hari ke 4 Khadijah ke Tadika KEMAS. Setakat ini nampaknya dia enjoy belajar kat situ. Nak kejutkan dia pun tak susah. Kadang-kadang dia yang bangun sendiri. Mudah-mudahan semangatnya berkekalan sampaila hujung tahun. 

Oleh sebab tahun depan dia dah nak menjejakkan kaki ke sekolah, harapan saya semoga Khadijah dapat membaca dengan baik tahun ini. Risau jugak dibuatnya bila dah pun 6 tahun tapi belum pandai membaca. Mak manalah yang tak bimbang kan? Ramai yang sebaya dengannya dah pun pandai membaca. 

Nak mengajar sendiri tak pandai (mungkinkah ini cuma alasan semata-mata?) Serius memang tak pandai nak mengajar. 




Doa Ummi untuk Dija - jadi anak yang solehah dan cerdik supaya dapat menjadi pencen kubur Ummi, disayangi kawan-kawan dan guru, pandai bergaul dengan semua orang, rajin belajar, rajin mengaji, hormati semua orang lebih-lebih lagi orang tua dan sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah.


Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee atau untuk order sila hubungi:


Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah

Sunday 22 November 2015

Adikku Dah Kahwin

Alhamdulillah semalam 21.11.2015 dah selesai majlis perkahwinan adik lelaki saya yang merupakan anak ke 5 dari 7 adik beradik. Majlis ringkas dan sederhana sahaja di Setiu, rumah pengantin perempuan. Gambar-gambar nanti saya kongsikan dalam entri lain. 

Selamat Pengantin Baru Iwan!

p.s : Entri terpendek setakat ini :) 

Friday 16 January 2015

Bahagia Seorang Surirumah

Semasa saya bekerja makan gaji dulu, saya sangat cemburu dengan sesiapa sahaja surirumah yang saya kenal. Kenapa cemburu?

Antaranya sebab mereka dapat masak sendiri makanan untuk keluarga (dapat pantau sendiri kebersihan, kehalalan makanan berbanding makanan yang dibeli di kedai-kedai), dapat sambut kepulangan anak dari sekolah, dapat makan tengah hari bersama-sama dengan anak, dapat jaga anak sendiri dan the list goes on.

Bahagianya saya tengok.

Cemburu di sini bukanlah cemburu yang negatif. Sebaliknya ia adalah cemburu yang positif yang dengannya membolehkan saya berusaha sebaik mungkin untuk bergelar seorang surirumah sepenuh masa juga. 

Alhamdulillah saya telah berjaya sekarang.

Dan bila menjadi surirumah sepenuh masa, bukanlah bermakna saya mempunyai banyak masa lapang, boleh seronok-seronok buat apa saja yang saya mahu. 

Kerana di samping tugasan harian biasa seorang surirumah, saya juga menjalankan bisnes Shaklee secara online. 

Kerja non-stop juga macam orang yang makan gaji, tapi saya happy asalkan dapat tinggal di rumah - tempat yang paling selesa dalam dunia :).


Bahagia bila dapat bangun awal.

Bahagia bila dapat menyediakan sarapan untuk anak dan suami meskipun ia sekadar kuih daripada frozen food (karipap, roti goreng dll).

Bahagia bila dapat membasuh dan menjemur pakaian di awal hari.

Bahagia dapat menikmati dan menghirup udara pagi yang sejuk, segar dan nyaman.

Bahagia bila dapat mencuri masa untuk menunaikan solat Dhuha tanpa risau mencuri masa bekerja (berbanding bekerja makan gaji macam dulu).

Bahagia dapat menyediakan makanan tengah hari dan makan bersama anak sekembalinya dari tadika.

Bahagia dapat mengemas rumah supaya sentiasa cantik dan kemas (walaupun selalunya tidak kekal lama).

Bahagia dapat menjaga sendiri anak berbanding dulu (terpaksa ditinggalkan dengan pengasuh atau nurseri).

Bahagia dapat atur masa sendiri (time freedom), pergi ke mana-mana saya suka bila-bila masa (tak perlu tunggu hari cuti kerana hari-hari-hari cuti).

Bahagia bila dapat shopping di masa tak ramai orang.

Bahagia bila dapat meluangkan lebih masa bersama ibu yang semakin uzur.

Bahagia dapat berkhidmat untuk suami dan anak-anak.


Semua di atas adalah senarai kesyukuran saya setiap hari. Semakin hari semakin banyak kesyukuran saya kepada Allah atas semua nikmat. Dari sekecil-kecil hinggalah sebesar-besar nikmat. Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Siti Nor Kamilah
Your Favourite Shaklee Independent Distributor
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387

Monday 12 January 2015

Mula Bersekolah

Hari ini hari kedua Khadijah di PASTI. Hari pertama semalam berjalan dengan baik. Alhamdulillah. Good girl. Syukur kerana tidak perlu risau apa-apa.

Takde masalah untuk menyesuaikan diri di tempat baru kerana dah pernah hantar Khadijah ke tadika sekejap tahun lepas.


Adegan menangis kerana ditinggalkan tu pasti ada. Ada yang siap panjat tingkap nak terjun lagi sebab nak ikut mak balik. Tapi mujur sempat disambut oleh maknya.


Lepas hantar Khadijah, rutin harian diteruskan dengan membasuh baju, mengemas rumah sekadarnya, membasuh pinggan dan lain-lain.


Khadijah berada di sekolah mulai pukul 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari. Jadi saya ada masa 4 jam setengah untuk fokus kepada bisnes dan juga sedikit masa untuk melakukan kerja rumah.


Azam tahun ni, nak mula jogging 3 kali seminggu. Lepas hantar Khadijah. Tapi nampaknya belum boleh start lagi. InsyaAllah soon. 



Siti Nor Kamilah
Your Favourite Shaklee Independent Distributor
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387