Showing posts with label Seri wajah. Show all posts
Showing posts with label Seri wajah. Show all posts

Saturday 11 October 2014

8 Manfaat Vitamin Anti-Stress Untuk Kulit

Vitamin B kompleks merupakan salah satu vitamin yang terdapat dalam Set Kecantikan Kulit, selain vitamin E dan vitamin C. B kompleks juga dikenali sebagai vitamin anti-stress. Ia mudah larut dalam air, jadi ia perlu diambil setiap hari sebab tubuh tak mampu untuk menyimpannya.

Manfaat vitamin B kompleks untuk kulit


1. Vitamin B meningkatkan metabolisme sel dan menggalakkan kulit yang sihat.

2. Vitamin B kompleks merupakan antioksida yang membantu meningkatkan peredaran darah. Jadi bila peredaran darah lancar ke seluruh badan termasuk kulit, ia akan menghasilkan kulit yang berseri-seri dan tidak kusam. Jadi jika sebelum ini dah pernah amalkan vitamin c dan vitamin e namun tidak mendapat kesan yang diinginkan, mungkin anda patut cuba b kompleks.

3. Vitamin B kompleks melindungi daripada sinaran UV yang berbahaya yang boleh menyebabkan kanser kulit. 

4. Vitamin B kompleks merupakan agen pencerah kulit yang berkesan. Penggunaan yang kerap akan mengurangkan pigmentasi pada kulit. 

5. Vitamin B kompleks membantu mengurangkan garis-garis halus. Jadi yang nak awet muda sentiasa, memang tak boleh tinggal vitamin B kompleks ni. Malah, ini juga antara rahsia Siti Nurhaliza menjaga kecantikan kulitnya. 

6. Vitamin B kompleks mampu meningkatkan kelembapan kulit. Jadi ia sangat sesuai untuk kulit kering.

7. Vitamin B kompleks membantu masalah kulit yang kemerahan, bersisik dan ekzema.

8. Vitamin B kompleks membantu mengurangkan masalah jerawat. Jerawat berlaku apabila terlalu banyak minyak dikeluarkan di dalam tubuh. Apabila vitamin B5 mencukupi dalam tubuh, kalenjar yang menghasilkan minyak akan berfungsi dengan baik dan sekaligus mengurangkan jerawat. 

Saya pengedar sah Shaklee:

Siti Nor Kamilah
ID Shaklee 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387  


Sunday 15 September 2013

Manfaat ESP Shaklee

Jika ditanya kepada pengguna Shaklee tentang produk yang menjadi favourite, saya pasti yang majoritinya akan menjawab ESP (Energizing Soy Protein). Ia menjadi favourite saya juga. Kenapa ESP? Kerana ia memberi 1001 manfaat dan kebaikan. Hanya dengan 1 produk. 


Antara manfaat ESP Shaklee yang utama ialah :

Pemberi tenaga segera – Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten. Ia juga meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan gejala tekanan  yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan dan lain-lain.

Kekal awet muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.

Hormon berasaskan tumbuhan semulajadi – Kacang soya adalah tumbuhan yang kaya dengan isoflavon (yang sama dengan fungsi hormon wanita). Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

Memulihkan fungsi prostat lelaki - Genistein dalam kacang soya telah terbukti mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan otot, sekaligus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan  parut.

Memulihkan pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

Memperbaiki memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.

Kredit : vitaminsemulajadi.com

Best tak? Tu baru sikit. Nanti saya akan kongsikan lagi manfaat lain ESP. Antaranya untuk kecantikan kulit, penyusuan, kesuburan, penurunan berat badan dan macam-macam lagi. Pastikan anda follow blog ni ye. 

Satu canister ESP tahan untuk penggunaan lebih daripada sebulan. Berminat untuk mencuba? Hubungi saya untuk mendapatkan harga diskaun :

Siti Nor Kamilah

Shaklee Independent Distributor 
ID 885322
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah

Wednesday 5 June 2013

Kebaikan dan manfaat Meal Shakes

Semua orang teruja dengan promosi pada bulan Jun ini iaitu Meal Shakes. Lebih-lebih lagi para ibu yang telah merasai kebaikan multivitamin ini, yang sesuai untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa. Malah telah 'sold out' pun di beberapa branch Shaklee. Nak buat macam mana, sebaik saja tahu bulan ni 'offer', terus masing-masing pergi borong. Mana tak habisnya. 

Apa itu Meal Shakes

Meal Shakes merupakan multivitamin dalam bentuk serbuk yang menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi iaitu lactalbumin (sejenis susu), buah-buahan, sayu-sayuran, kacang soya dan lain-lain. Meal Shakes merupakan makanan segera yang sihat. 

Kebaikan Meal Shakes 

1. Mengandungi nutrisi lengkap
- Terdiri daripada 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu

2. Membekal nutrisi kepada sel-sel
- Kaya dengan protein yang penting dalam membina sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain

3. Sebagai anti-oksida
- Vitamin A, C, E, zink dan selenium bertindak sebagai anti-oksida yang melambatkan proses penuaan dan bertindak melawan jangkitan

4. Mengembalikan seri wajah
- Vitamin B, zat besi dan copper berperanan membina sel-sel darah merah yang sihat, memberikan 'complexion'/warna kulit yang lebih cantik

5. Membantu tumbesaran
- Mengandungi asid folik, biotin, kalsium dan magnesium yang perlu untuk membina tulang dan sel-sel

6. Untuk detoks
- Dilengkapi dengan fiber/serat yang membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus

7. Multivitamin dengan rasa yang lazat
- Rasanya sangat lazat dan sesuai untuk semua



Di kalangan ibu-ibu, Meal Shakes memang suplemen 'favourite' untuk anak selain Omega. Jika anda belum pernah mencuba Meal Shakes, inilah masanya yang terbaik. Promosi sah sehingga hujung bulan. Nanti saya akan kongsikan lebih banyak info mengenai Meal Shakes. Nantikan ya. Jika berminat untuk order, boleh terus hubungi saya : 
  
Siti Nor Kamilah

Shaklee Independent Distributor 
ID 885322
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah

Tuesday 9 April 2013

Kulit cantik dan jeragat pudar - Testimoni kolagen




Kolagen Shaklee merupakan produk terbaik untuk kecantikan kulit. Memang tak dapat dinafikan lagi. Lihat sahaja testimoni ini yang diambil daripada group tertutup Shaklee. Memang buat saya 'jealous'. Kena rajin-rajin makan kolagen ni kalau nak dapat kulit cantik bak telur dikupas. Apa kata pengguna kolagen yang juga merupakan pengedar Shaklee ni?

''Picture dua-dua ni memang picture asli. Tak pakai mekap ke apa. Sebab tu korang boleh tengok lagi kesan pigmentasi yang semakin samar-samar tu. Kalau sekiranya saya apply foundation memang kesan tu hilang rata je dengan kulit. Dulu kakak saya sendiri selalu suruh saya guna naturactor bagai hehehe. Cuma saya sendiri masih pelik kalau bersih tang-tang. Dah bertahun-tahun dengan jeragat ni. Semakin teruk bila mengandung. Menjadi-jadi.

Jadi saya ambil keputusan. Biarlah saya tunggu hilang sendiri je dengan suplemen Shaklee ni. Tak payah susah-susah nak sembunyikan. Sebab saya yakin ia akan hilang. By the way umur saya masih 24 tahun (Salam perkenalan. Saya mama 3 anak kecil. Ramai pulak duk pm saya panggil akak. Segan hikhik).

Kesan utama collagen ni. Sangat terasa kulit kita lembut je. Semakin cerah bukan kat muka je. Tapi semua-semua. Kesan calar-calar, sunburn. Semua takde dah. Sebab saya dulu ni memang ahli persatuan. Aktif berjemur, berkhemah sana sini.''

Memang marvellous! Selama ni saya ingatkan nak cantik kena pakai kosmetik. Rupanya saya silap. Dengan suplemen nyata lebih berkesan. Kecantikan dari dalam - bak kata orang. Jadi jika inginkan kulit yang cerah, lembut, bebas jeragat, bebas parut dan  lain-lain lagi, anda tahu produk apa yang perlu anda ambil. 

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mengenai produk :

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR - ID 885322
Siti Nor Kamilah
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah