Showing posts with label Cara Pengambilan Vitamin. Show all posts
Showing posts with label Cara Pengambilan Vitamin. Show all posts

Saturday 15 November 2014

Bolehkah Ambil Lecithin Semasa Hamil?

Bila sebut Lecithin, kebanyakan kita mengetahui kebaikannya dalam penurunan berat badan, dan juga untuk kecantikan kulit.

Lecithin merupakan emulsifier semulajadi yang mampu membakar lemak untuk tubuh yang lebih langsing.

Harga Lecithin Shaklee yang sangat berpatutatan menjadikan ia favourite bagi mereka yang ingin kurus.

Persoalannya, bolehkah Lecithin diambil semasa mengandung?


Sebenarnya, masa terbaik untuk ambil Lecithin adalah semasa mengandung.

Ini adalah kerana Lecithin adalah komponen utama neurotransmitter iaitu asetikolin yang sangat bagus untuk sistem saraf dan otak manusia.

Pengambilan Lecithin semasa mengandung membantu mengoptimumkan perkembangan otak dan sistem saraf dan otak bayi, di samping DHA yang diperolehi melalui pengambilan Omega.

Mungkin ramai yang menyedari tentang kepentingan Omega ketika hamil namun tidak tahu tentang kebaikan Lecithin.

Lecithin juga terdapat dalam Brilliant Set Shaklee kerana ia membantu meningkatkan daya ingatan dan keupayaan pembelajaran serta mengurangkan stress.

Nutritionist Shaklee sendiri mengesyorkan pengambilan 3 hingga 6 biji Lecithin setiap hari untuk ibu hamil.

Kredit




*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. 


Monday 13 October 2014

Masa Terbaik Untuk Makan Vitamin

Alhamdulillah saya baru sahaja selesai makan tengah hari. Lepas tu saya terus telan 2 kapsul minyak zaitun. Sebab kat botol tu ada tertulis "Sukatan cadangan : 2 kapsul selepas makan".

Tapi kali ini bukannya saya nak cerita pasal minyak zaitun. Tapi tentang cara pengambilannya. Tak kira apa jenis ubat, suplemen dan vitamin, masing-masing ada masa pengambilan yang tertentu.

Mana boleh makan ikut suka hati je. Tak kiralah vitamin tersebut murah atau mahal. Yang paling mahal sekalipun, kalau ambil tak ikut aturan, sama macam tak makan vitamin pun. Tak dapat kesan yang diinginkan. Betul tak?

Masa Terbaik Yang Disyorkan untuk Ambil Vitamin 


Vitamin adalah bahan organik, jadi ia harus diambil bersama makanan lain atau mineral untuk penyerapan yang terbaik. Seperti minyak zaitun yang saya ambil juga, masa terbaik untuk makan vitamin ialah ambil bersama makanan atau selepas makan.

cara ambil suplemen, kenapa ambil suplemen selepas makan
Masa manakah yang terbaik untuk ambil suplemen?

Mungkin ada yang suka makan vitamin. Jadi macam-macam vitamin yang diambil. Untuk tenaga ada, untuk kulit cantik ada, untuk kurus ada. Sampai pening nak makan mana satu. Jadi macam mana pula caranya?

Jika kita mengambil banyak jenis vitamin, seelok-eloknya dibahagikan pengambilan kepada selepas sarapan, selepas makan tengah hari, selepas makan malam, sebelum tidur dan sebagainya.                        
Yang terakhir, jika anda memang seorang yang sangat sibuk dan perlu mengambil vitamin sekaligus supaya tidak lupa, masa terbaik ialah masa anda makan hidangan yang paling besar.

Contohnya, tengah hari biasanya anda tak ambil nasi, hanya makanan yang ringan. Tetapi malam baru anda makan nasi. Jadi anda patut ambil vitamin selepas makan malam.

Tips Penting 


Kenapa perlu ambil mineral bersama dengan vitamin? Mineral penting supaya vitamin dapat diserap dengan lebih baik. Jadi, pastikan ambil mineral dan vitamin bersama.

Masih pening lagi dengan cara pengambilan vitamin? Inilah pentingnya konsultasi.

Entry berkaitan : Cara Makan Vitamin Shaklee Yang Wajib Diketahui

Jika membeli vitamin Shaklee, pastikan anda mendapat konsultasi yang sepatutnya tentang cara pengambilan vitamin. Biasanya, setiap pengedar Shaklee akan menyediakan jadual pengambilan vitamin yang khusus untuk pelanggan mereka. Supaya anda tak perlu pening-pening lagi :)

Dapatkan konsultasi percuma dengan setiap pembelian melalui saya :

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387


Tuesday 8 July 2014

Testimoni Berpuasa dengan Cinch Shake Shaklee : Hilang 3 Kg

Pagi semalam saya terlewat bangun sahur. Dah pukul 5.39 am baru terjaga.. Subuh pula pukul 5.43 am. Dalam mode terkejut tu terus fikir "aku kena cepat & kenyang nih.. Kalau tak, susu badan mesti down.."

So, apa saya buat? Saya ambil sesudu Cinch Shake Cafe Latte ni, campur dengan 250 ml susu kotak Dutch Lady perisa chocolate. Shake shake shake pastu terus minum. Pastu telan sebiji B Complex & sebiji Omega Guard dengan secawan air masak.. Fuhhh, selamat sahur..

Dan yg paling magiknya, saya tak lapar hingga ke petang tau.. Susu badan pun saya pam macam biasa di ofis.. Balik keje, saya susukan (DF) pulak anak saya Iman yg setahun lebih tu.. Alhamdulillah...

So, siapa nak puasa 6 sunat Aidilfitri nanti sambil diet? Jom tiru menu sahur ni!

Pssst: saya dh turun 3 kg tau puasa ni dengan Cinch Shake Cafe Latte ni... 



Atau hubungi saya :

Kamilah Mustapa
Pengedar Shaklee Selangor
SMS/Whatsapp 0139243387

Diet Dalam Bulan Puasa Dengan Cinch Shake Shaklee

Ramai ambil kesempatan untuk diet ataupun perkataan yang lebih tepat - kurangkan berat badan dalam bulan puasa. Saya pun tak ketinggalan. Cara saya, dengan Cinch Shake Shaklee. Sebelum ni, bulan puasa pun jarang berat badan saya turun. Jadi kali ni saya decide untuk try Cinch Shake Shaklee untuk diet.

Hari ni third day bersahur dengan Cinch ShakeGreat! Biasanya kena makan nasi atau paling kurang pun makan roti. Rupa-rupanya kenyang jugak walaupun ambil cinch dan kurma je. Kenyang sampai la waktu berbuka.


Diet Dalam Bulan Puasa Dengan Cinch Shake Shaklee


Menurut nutritionist Shaklee, Cinch Shake diambil sebagai pengganti makanan, contohnya nasi atau hidangan berat yang lain. Jadi jangan la pula makan nasi lepas ambil Cinch Shake ni. Tu bukan diet namanya.

Cinch Shake ni protein, daripada non-gmo soya. Sebab tu ia mengenyangkan. Lepas ambil Cinch Shake, elakkan ambil protein seperti ayam dan daging. Sebaliknya, ambil bijirin, sayur-sayuran atau buah-buahan. 


Cara Ambil Cinch Shake Dalam Bulan Puasa


Cara saya, ambil Cinch Shake semasa sahur. Dan beberapa biji kurma. Last sekali saya ambil Performance Drinks.  


Nutririonist Shaklee kata, ambil Cinch Shake supaya tubuh fit dan bentuk badan tetap cantik walaupun tengah diet. Kebanyakan produk pelangsingan lain menyebabkan kehilangan lemak dan pada masa yang sama kehilangan otot. 

Jadi, kurus tapi takde shape. Maknanya kurus tapi tak cantik la. 

Tapi tidak dengan Cinch Shake. 

Nak tahu cara pengambilan Cinch Shake yang betul untuk mendapat kesan yang optimum?

Dengan setiap pembelian melalui blog ini anda akan mendapat tips eksklusif tersebut. 


3 Perisa Cinch Shake 


Terdapat 3 pilihan perisa Cinch Shake iaitu Cafe Latte, Chocolate dan Vanilla

Favourite saya? Tentunya Cafe Latte. 

cara kuruskan badan dengan cinch shake shaklee pada bulan puasa


Hubungi saya : 

Kamilah Mustapa
SMS/Whatsapp 0139243387

Wednesday 21 May 2014

FAQ : Tarikh Luput Vitamin

Tarikh luput vitamin sama dengan tarikh luput makanan? Dulu, saya pun fikir macam tu. Tapi rupanya tidak. Tarikh luput vitamin tidak sama dengan tarikh luput vitamin. Tarikh luput makanan bertujuan untuk melindungi kita daripada makan makanan yang telah rosak. 

Manakala tarikh luput vitamin pula ialah bila potensi vitamin telah berkurang dan tidak boleh dijual lagi. Walaubagaimanapun, tidak seperti makanan, vitamin yang teleh melebihi tarikh luput masih boleh dimakan dengan selamat. 

Malahan, vitamin yang belum dibuka boleh dimakan dalam tempoh setahun dari tarikh luput. Ini adalah kerana pil vitamin adalah stabil. 

Tetapi ia bergantung kepada tempat vitamin itu disimpan. Potensi vitamin boleh berkurang jika terdedah kepada pancaran cahaya matahari, haba dan udara. Seelok-eloknya vitamin disimpan di tempat kering, sejuk serta jauh daripada cahaya matahari. 

Kredit : vitaminsemulajadi.com

Siti Nor Kamilah
ID Shaklee : 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387

Wednesday 7 May 2014

Bolehlah Ambil Vitamin Shaklee Semasa Period/Haid

Ramai jugak yang bertanyakan bolehkah saya makan supplement shaklee sewaktu haid ni. Saya faham anda keliru dengan perbezaan antara jamu, produk-produk kecantikan/kesihatan lain dan juga supplement shaklee. Mungkin ada sesetengah produk selain supplement shaklee yang tidak boleh diambil sewaktu haid.

Berbeza dengan supplement shaklee, supplement shaklee sebenarnya adalah makanan tambahan. Bermakna tubuh masih memerlukan makanan sebenar dan semulajadi,  dan supplement shaklee hanya membantu menutup lubang-lubang ketidakcukupan vitamin dan mineral yang tidak dapat dipenuhi pengambilan makanan seharian.

Setiap hari tubuh memerlukan vitamin dan mineral yang mencukupi untuk pertumbuhan yang normal, pengawalan dan pemulihan kesihatan dan pencegahan penyakit. Sesetengah jenis vitamin membantu menghasilkan hormon dan sel-sel darah yang baru. 

Dan tubuh kita tidak dapat menghasilkan sendiri vitamin dan mineral sendiri seperti asid amino, asid lemak, vitamin C, Vitamin B dan lain-lain. Jadi kita memerlukan sumber makanan harian dan juga supplement yang membantu mencukupkan keperluan zat dan nutrisi harian. 

Kita tidak mendapat 100% zat dan nutrisi dari sumber makanan semuluajadi kerana peratusan jumlah vitamin dan mineral telah hilang semasa memetik, pemprosesan, memasak dan penyimpanan makanan.

Bagi orang yang sedang haid atau turun darah nifas ataupun selepas pembedahan, golongan ini amat memerlukan zat dan nutrisi untuk membina kembali sel-sel darah merah yang baru.  

Kerana darah manusia 91% terdiri daripada air, dan lebihan 9% lagi adalah protein dan mineral-mineral, hormon, pelbagai jenis garam, antibodi, albumin dan bahan pembeku darah.

Contoh mudah kenapa selepas menderma darah kita diberi minum milo dan juga roti. Apa ada dalam dua jenis makanan ini? Ada karbohidrat, vitamin-vitamin dan mineral-mineral, kalsium, protein, lemak. Semuanya untuk memberi tenaga kembali dan membina sel-sel darah yang baru.


Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp : 013-924 3387

Tuesday 1 April 2014

Cara Makan Vivix Shaklee

Cara makan Vivix Shaklee yang biasa disyorkan seperti yang tertera pada botol Vivix ialah 1 sudu teh sehari. Namun ramai yang mengadu badan jadi panas dengan cara pengambilan tersebut, walaupun telah minum air dalam kuantiti yang banyak iaitu 2 hingga 3 liter sehari.

Sebenarnya jika menghadapi masalah dengan cara pengambilan mana-mana vitamin, kita boleh ubah atau sesuaikan mengikut keadaan. Bak kata orang putih, try and error. Jadi jika anda juga mengalami masalah yang sama setelah mengambil Vivix, apa kata anda tukar cara pengambilan.

Caranya, 1 sudu teh Vivix dicampurkan ke dalam satu gelas besar (500 ml) air sejuk atau suam. Kemudian, tambah 1 sudu Performance Drinks.


Kenapa Performance Drinks? 

Kerana Performance Drinks berfungsi menyejukkan badan. 

Insya Allah. Boleh cuba jika nak tahu berkesan atau tak.

Seperti yang saya sebutkan di atas, tiada cara khusus untuk makan vitamin. Ikut keserasian dan tubuh masing-masing.Jadi tak perlu confuse jika cara pengambilan vitamin yang diberi oleh pengedar Shaklee anda berbeza berbanding pengedar Shaklee yang lain. 

Selain itu, disyorkan supaya Vivix diambil pada waktu pagi di samping kena banyakkan minum air.

Nak lagi sedap, boleh campur Vivix bersama Set Mighty 3 Gems (ESP + Performance Drinks + Meal Shake)


 
Vivix Shaklee 

Kredit : anakkuwiraku.com
Kredit foto : supersihat.com



*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. 

Tuesday 23 July 2013

Cara Makan Vitamin Shaklee Yang Wajib Diketahui

Apa yang saya pelajari setelah melibatkan diri selama setahun dalam Shaklee ialah tentang kepentingan mengambil vitamin dengan cara yang betul. Setiap pengedar Shaklee akan memberi jadual pengambilan vitamin mengikut kesesuaian customer tersebut. Sementelah pula setiap orang tidak mengambil vitamin yang sama, tidak mempunyai tahap kesihatan yang sama dan lain-lain lagi.




Ada yang susah nak makan vitamin pada waktu kerja. Jadi boleh ambil pada waktu pagi atau malam sahaja, ketika berada di rumah. Ada pula yang rasa mengantuk jika mengambil B Kompleks pada waktu pagi, maka disarankan pengambilan selepas makan tengah hari (lunch). Ada juga yang suka ambil semua serentak, sebab takut lupa. Semua boleh dan ianya fleksibel. Cuma ada beberapa 'basic rules' tentang ini. Di sini dikongsikan cara makan vitamin Shaklee yang wajib diketahui.   




SELEPAS SARAPAN

Vitamin yang disarankan diambil pada waktu pagi ialah vitamin yang berfungsi untuk membekal tenaga iaitu :
Vitalea
B Kompleks
Vitamin C
ESP / Cinch / Meal Shakes 


SELEPAS MAKAN TENGAH HARI 

Kebiasaannya kita akan mengambil makanan berat pada waktu ini iaitu nasi dan lauk-pauk. Jadi pengambilan makanan yang berminyak akan membantu penyerapan vitamin larut lemak iaitu Vitamin A, D, E dan K. Sangat sesuai diambil :
Lecithin
Omega
Vitamin E
GLA (GLA tidak digalakkan diambil bersama vitamin E. Jika ambil kedua-duanya, ambil GLA selepas makan tengah hari dan Vitamin E selepas makan malam atau sebaliknya)


SELEPAS MAKAN MALAM 

Lecithin
Alfalfa 
Zink (Perlu diambil setiap hari hanya jika mengalami masalah keguguran rambut yang serius)


SEBELUM TIDUR

Ostematrix
ESP (Terutama untuk ibu menyusu)
Herblax (2 kali seminggu sahaja)

 
Tambahan :
1. Nutriferon - seminggu satu sachet sahaja kecuali ketika rasa nak demam atau demam, boleh diambil setiap hari.
2. Vivix - selepas makan

 

PENTING 
Vitalea tidak boleh diambil bersama Ostematrix atau susu
Vitamin E dan GLA tidak boleh diambil bersama Alfalfa
Pastikan pengambilan air masak mencukupi - 2 hingga 3 liter sehari

* Tidak semua vitamin disenaraikan di sini. Untuk jadual yang lengkap sila hubungi pengedar anda.

Kredit : mamafaiz



*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.