Showing posts with label Jadi ahli Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Jadi ahli Shaklee. Show all posts

Wednesday 12 August 2015

Time freedom dan financial freedom dengan Shaklee

Alhamdulillah syukur sangat sebab 'terjebak' dengan Shaklee. 

MLM Shaklee bukan macam typical MLM. Yang sering digembar-gemburkan oleh sesetengah orang :
-  Modal berpuluh ribu - sampai terpaksa buat loan bank.

-  Paksa orang join ahli.
-  Paksa orang beli barang
- Kumpul stok produk banyak-banyak. Last last simpan bawah katil. Atau jual di bawah harga ahli.
-  Meeting larut malam.
-  Tayang kereta mewah untuk tarik prospek.


Dan banyak lagi ciri-ciri typical MLM. Distributor Shaklee yang sebenar takde pun ciri-ciri yang disebutkan kat atas tu.

Untuk mula bisnes dengan Shaklee hanya RM 69 diperlukan.
Tak perlu simpan stok - malah hanya order apabila terima bayaran daripada customer. Tak perlu dahulukan duit kita pun.

Meeting sampai tengah malam lagila tak pernah. Sebab bisnes Shaklee ni rata-ratanya dijalankan secara online. 

Jadi hanya berhubung melalui media sosial sahaja - fb, whatsapp, telegram dan sebagainya. Langsung tak nak keluar rumah pun takpe.

Dan peluang yang ditawarkan oleh Shaklee adalah limitless. Sama ada dari segi income, percutian dan sebagainya.

Saya suka tengok master Shaklee yang kerja dia asyik travel je. Travel oversea pulak tu. Dah jadi macam kerja utama.

Bila income dah berkepuk-kepuk (dah dapat financial freedom), kita boleh lakukan apa sahaja yang kita sukai tanpa perlu fikir pasal duit lagi.

Dan yang paling penting, selain financial freedom, time freedom pun boleh dapat jika buat Shaklee sungguh-sungguh.

Kalau nak tahu, antara faktor pendorong saya untuk join Shaklee ialah time freedom.

Macam yang saya sebut kat atas tu. Saya suka bila dapat urus masa sendiri tanpa perlu terikat dengan jadual kerja pejabat 8 pagi-5 petang.


Saya nak ada masa yang banyak untuk family terutamanya anak-anak. Nak pergi bercuti anytime, takde masalah bila kita bekerja sendiri.


Tak perlu approval boss lagi.

Time freedom dah dapat. Jadi sekarang on the way untuk dapatkan financial freedom. Ya tak mustahil. 

Saya yakin dan saya percaya saya mampu mencapainya dalam masa kurang 5 tahun dengan Shaklee. Insya Allah. 

Jika anda mempunyai impian untuk mendapat time and financial freedom, usah ragu-ragu untuk join kami.

sms/whatsapp 013-924 3387


Saturday 2 May 2015

DUIT LEBIH UNTUK BULAN PUASA DAN HARI RAYA?

Excited betul pagi semalam bila login shaklee2u, sistem online untuk ahli Shaklee. Macam biasa, Shaklee sentiasa ada kejutan dan tawaran istimewa untuk ahli dan juga customer atau bakal customer. 

1. Promo bulan Mei.

Seperti biasa, setiap bulan ada promosi untuk pembelian produk. Inilah peluang untuk borong mana-mana vitamin yang menjadi kesukaan kita terutamanya.

  • Omega : Beli 6 Dapat 7. Beli 2 Diskaun 5%.
  • Phytocol ST : Beli 6 Dapat 7. Beli 2 Diskaun 5%.
  • Vitalea For Children : Beli 3 Dapat 4.

2. Jadi ahli dengan pembelian mana-mana produk dan dapat VitaLea Iron Formula yang bernilai RM 88.75 secara PERCUMA. 


Memang irresistable! Dengan pembelian serendah RM 33.75 untuk sebotol Zinc Complex (harga retail), dan yuran pendaftaran RM 79 (termasuk pos) dah layak untuk terima offer ini. 

3. 4 set kesihatan baru iaitu Healthy Prenatal, Healthy Postnatal, Healthy Fitness dan Healthy Young Living. 

Dengan pembelian mana-mana set ini, ada diskaun istimewa yang bakal anda dapat. Jadi jika anda masih berkira-kira untuk menjadi ahli Shaklee, inilah masanya. Grab offer yang Shaklee tawarkan ini. Nak duit lebih untuk bulan puasa? Nak duit lebih untuk hari raya? Atau nak duit lebih setiap bulan? Buang rasa ragu, contact saya segera untuk maklumat lanjut. It's now or never.

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp : 013-924 3387
Email : ohvitamin@gmail.com


Monday 16 March 2015

Surirumah Bergaji CEO

Surirumah yang bekerja dari rumah kini tidak asing lagi dalam masyarakat kita. Malah ia telah menjadi trend sekarang.

Ramai wanita yang berjawatan tinggi, bergaji besar tapi meninggalkan semuanya semata-mata untuk duduk di rumah menjaga anak. Dari satu segi mungkin nampak macam rugi tapi kepuasan menjaga anak sendiri tidak ternilai berbanding semua itu.

Walaupun bekerja dari rumah, peluang untuk menjana income tidak pernah terbatas. Lebih-lebih lagi dengan adanya kemudahan internet.

Hanya berbekalkan handphone dengan data internet pun dah boleh mula bisnes dari rumah. Tanpa laptop atau komputer. Asalkan ada kemahuan.

Jangan main-main. Surirumah pun ada yang menjana income melebihi CEO. Untung kan? Dapat jaga anak dan dalam masa yang sama dapat menjana income yang lumayan.

Itulah kehebatan wanita dalam multitasking. Dengan kelebihan ini wanita dapat menjalankan bisnes online di rumah sambil menjaga anak.

Apa kata Puan Lyna tentang kelebihan wanita dalam multitasking ni. Jom saksikan.



Anda teringin nak jadi surirumah bergaji CEO juga? Buat perancangan dari sekarang. Tidak pernah terlewat untuk menggapai impian.

Jika ingin berjaya melalui Shaklee, boleh hubungi saya. Rebut peluang untuk mendapat time freedom dan financial freedom dengan Shaklee.

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387

Thursday 10 April 2014

Kenapa Saya Jadi Ahli Shaklee

Dah lama tak menulis secara santai dalam blog saya ni. Saya tahu ramai orang di luar sana pelik. Kenapa la ramai sangat join Shaklee sekarang ni. Kat facebook tu, confirm ramai kawan-kawan anda yang jual Shaklee. 

Bukan setakat kawan, saudara-mara terdekat pun tak kurang juga. Betul tak? Bak kata pepatah, macam cendawan selepas hujan. Punyala banyak pengedar Shaklee ni.

Pendek kata, petik jari je kalau nak beli produk Shaklee ni pada masa sekarang.  

Apa yang best sangat pasal Shaklee ni ye? There must be something kan? Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang. Kalau tak best, takkanla berpusu-pusu orang join Shaklee ni. 

Apa yang Shaklee tawarkan? Semuanya ada dalam video di bawah ni. Agak panjang tapi memang bagus jika nak tahu lebih lanjut pasal Shaklee.





Saya nak kongsi cerita berdasarkan pengalaman saya sendiri. Saya join Shaklee atas kerelaan saya sendiri. Bukan kerana paksaan. Saya daftar dengan senior saya masa kat universiti dulu iaitu Zeti Hafiza (upline). 

Masa tu, tak banyak yang saya tahu pasal Shaklee. Yang saya tahu, saya suka guna produk Shaklee dan yang paling saya suka sebab ianya halal. 

Sebelum consume Shaklee, saya agak was-was juga dengan status halalnya. Namun bila saya study, barulah saya tahu bahawa produk ni halal, walaupun dari US.

Bila dah sah jadi ahli, upline saya masukkan saya ke dalam secret group Shaklee kat Facebook. Wow! Terujanya saya.

Penuh dengan motivasi dan cas-cas positif. Sedikit-demi sedikit saya baca perkongsian dalam group tu.

Subhanallah! Amazing! Fantastic! 

Bila saya baca tentang berapa bonus yang 'orang-orang lama' dalam Shaklee ni dapat, saya sangat teruja. Kerana bukan setakat 4 angka, 5 angka sebulan dah menjadi suatu kebiasaan dalam group tersebut.   

Malah kalau yang dah pangkat Master Coordinator tu, rata-rata dah dapat 6 angka sebulan. Saya yang sebelum ini tidak terfikir pun untuk dapat income sebanyak 5 angka sebulan sangat-sangat termotivasi setelah join group ni. 

Sebelum ni, saya fikir saya akan makan gaji sampai bila-bila dengan income tak sampai pun RM 2000 sebulan. Tapi sejak terjebak dengan Shaklee, saya tahu saya pasti mampu menjana income 5 angka sebulan macam orang lain, malah mampu menjadi jutawan. InsyaAllah. 

Ya! Inilah yang saya cari selama ini.

Peluang yang ada di depan mata ni takkan saya sia-siakan. Saya tahu saya pasti mampu melakukannya. Cepat atau lambat je. 

Oh ye. Pada mulanya, saya hanya nak consume untuk diri sendiri sahaja, bukan nak jual pun. Tapi bila saya baca status super upline saya dalam groupnya, saya terus decide nak jual Shaklee. 

Ayatnya lebih kurang macam ayat di bawah ni. 

A year from now you will wish you had started today.




Jadi, jika anda masih teragak-agak untuk join Shaklee atau lebih tepat lagi memulakan bisnes Shaklee, masa yang terbaik adalah sekarang.

Jika berminat untuk jadi ahli, anda hanya perlu membuat bayaran pendaftaran sebanyak RM 65.00 + kos pos RM 10.00. Jadi jumlahnya hanyalah RM 75.00 untuk seumur hidup.

Atau, buat pembelian produk sebanyak RM 680 untuk melayakkan anda mendapat keahlian percuma. Anda pilih kaedah yang mana satu.

Saya dulu join dengan RM 75.00 sahaja. :)

Kemudian, saya perlukan maklumat peribadi anda untuk pendaftaran tersebut iaitu :

1. Nama penuh
2. No kad pengenalan
3. Alamat tetap
4. Emel
5. No telefon
6. No akaun bank (mana-mana bank - bonus akan dibayar melalui akaun ini)

Hubungi saya melalui SMS/Whatsapp 013-924 3387.

Siti Nor Kamilah
ID Shaklee 885322

Monday 3 February 2014

Cara Jadi Ahli Shaklee

Bagaimana nak mendaftar sebagai ahli atau pengedar Shaklee?

Anda boleh mendaftar dengan dua cara :
  1. Membayar yuran pendaftaran sebanyak RM 75.00 (termasuk pos). 
  2. Jadi ahli Shaklee secara percuma dengan membuat pembelian produk sebanyak 200 points (kira-kira RM 650.00). Boleh kumpul order daripada rakan-rakan, ahli keluarga dan lain-lain untuk cukupkan jumlah tersebut. 
Anda cuma perlu menghubungi saya (saya akan uruskan pendaftaran) atau pergi sendiri ke branch Shaklee di seluruh Malaysia dan mendaftar menggunakan ID saya (boleh sms 013-924 3387 untuk medapatkan no id saya) sebagai sponsor/upline anda.


Yuran keahlian Shaklee

Yuran pendaftaran ialah sebanyak RM 65.00 (sekiranya anda pergi sendiri ke branch untuk ambil member kit) dan tambahan RM 10.00 untuk pos member kit sekiranya anda mahu kit tersebut dipos kepada anda, atau dihantar melalui saya. Jumlahnya ialah RM 75.00 (jika anda tidak pergi ambil sendiri member kit di branch).


Tak perlu kekalkan point dalam Shaklee

Jika ambil Shaklee untuk kegunaan sendiri, tak perlu maintain points atau membuat pembelian tertentu untuk kekal sebagai ahli. Melainkan anda mahu memulakan perniagaan dengan Shaklee, anda perlu maintain points tertentu. Tapi kalau cuma untuk kegunaan sendiri atau saudara-mara, tak perlu risau nak maintain atau buat minimum purchase setiap bulan. 


Tak wajib membuat pembelian setiap bulan untuk maintain keahlian?

Benar, tak perlu maintain point atau ada pembelian. Keahlian anda hanya akan luput sekiranya tidak membuat pembelian dalam masa 2 tahun. 


Apa yang diperlukan sekiranya saya nak daftar sendiri di branch?  

Anda perlukan sponsor iaitu ahli berdaftar dengan Shaklee. Sila gunakan ID saya (sms 013-924 3387 untuk mendapatkan no id) sekiranya anda berhasrat untuk bersama-sama dengan saya dalam bisnes Shaklee sama ada untuk kegunaan sendiri atau untuk jana pendapatan sampingan. 


Apa kelebihan jadi ahli Shaklee?

Anda dapat membuat pembelian dengah harga ahli. Senarai haga ahli akan diberi dalam member kit setelah anda mendaftar kelak. Setiap pembelian, anda akan diberi points yang ditukar kepada cash setiap bulan. Dengan menjadi ahli di bawah group kami, anda boleh memulakan perniagaan Shaklee anda sendiri di bawah bimbingan team kami.


Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan berhubung keahlian Shaklee, boleh ajukan soalan kepada saya. Boleh sms/call 013-924 3387. Saya sedia membantu :)


Sunday 27 January 2013

Modal Untuk Jadi Ahli Shaklee

Berapa ye modal untuk jadi ahli Shaklee? Soalan yang paling popular ditanyakan kepada saya. Yelah setelah menggunakan produk Shaklee dan dapat merasai kebaikannya termasuklah kesihatan yang bertambah jauh lebih baik, masing-masing berminat untuk menjadi ahli. 

Ada yang bertanya. Mesti mahal kan? (Mungkin dalam fikiran mereka, ratusan ringgit ataupun ribuan ringgit). Jawapannya, tidak sama sekali. Hanya RM 75 sahaja (termasuk pos) atau RM 65 sahaja (jika mendaftar terus di mana-mana cawangan Shaklee). Murah bukan? Untuk seumur hidup pulak tu.



Sebelum ni saya pernah jumpa orang yang mendaftar untuk menjadi ahli sebanyak RM 300. Ada RM 1000. Malah ada yang sampai RM 6000! Terkejut saya. Walaupun bayaran tersebut termasuk dengan produk, tetap saya rasakan tak patut sama sekali. 

Sebab setelah mendaftar, mereka tidak diajar pun cara yang betul untuk menjual produk-produk tersebut. Hasilnya, downline terkapai-kapai. Tak tahu nak jual kat siapa. Stok ribuan ringgit tersebut diperam di bawah katil. Betul, ini kisah benar. Bukan rekaan saya. 

Mungkin pembaca blog ini juga pernah terdengar kisah-kisah yang sebegini yang membuatkan anda berpandangan negatif terhadap Shaklee atau pun MLM lain. Malah mungkin membenci MLM.  

Tapi itu kisah dulu-dulu (tak taula pulak saya kalau kes ni masih berlaku lagi pada zaman milenium ni, harapnya tidak). Sebenarnya bukan salah MLM, yang salahnya ahli/upline tersebut yang ingin cepat kaya dengan menipu orang lain. 

Percayalah. Shaklee bukan begitu. Seperti yang saya nyatakan di atas, modal yang diperlukan hanyalah sebanyak RM 65. Jadi jika anda pernah anti dengan Shaklee, ubahlah 'mindset' anda sekarang.

Berminat untuk menjadi ahli dan menikmati harga yang eksklusif sebagai ahli? Hubungi :

Siti Nor Kamilah
SMS/Telefon : 013-924 3387