Thursday 30 January 2014

Luka Jahitan Bersalin Terbuka? Cegah Sebelum Terlambat

Pengalaman mengandung dan melahirkan anak merupakan saat yang paling dinantikan oleh seorang ibu. Memang teruja untuk menyambut kedatangan cahaya mata, lebih-lebih lagi mereka yang hamil buat pertama kali. 

Namun di sebalik keterujaan tersebut, ramai yang berasa takut untuk melahirkan, setelah mendengar pelbagai cerita yang kurang enak didengar. Contohnya proses bersalin yang menyakitkan, layanan daripada pihak hospital yang kurang memuaskan dan macam-macam lagi. 

Macam tulah juga perasaan saya semasa mengandungkan anak yang pertama. Bercampur baur. Excited! Dan dalam masa yang sama, takut! Macam-macam cerita didengar daripada rakan sekerja yang rata-ratanya boleh dipanggil 'makcik'. 

Yang tak bestnya, banyak yang negatif daripada yang positif. Sedikit sebanyak rasa takut itu menguasai diri saya, melebihi rasa 'excited' (ni yang tak best ni). Rasa macam tak nak bersalin pun ada (boleh gitu?).

Dalam masa yang sama saya banyak layari blog tentang kehamilan dan saya dapati ia sangat membantu 'first-time mother' seperti saya. Alhamdulillah. Sedikit demi sedikit saya dapat atasi ketakutan saya tersebut. 

Saya juga ada mengaplikasikan kaedah Law of Attraction untuk proses bersalin tersebut (tak dapat nak kongsikan gambar buku tersebut. Kalau jumpa nanti saya tampal di sini). Walaupun tak semuanya sama seperti yang saya gambarkan, ia membantu saya melalui proses bersalin dengan lebih baik.

Oh panjang pulak 'intro'nya. Sebenarnya topik perbincangan kita pada hari ini ialah tentang luka jahitan bersalin terbuka. Luka jahitan bersalin di sini dimaksudkan dengan kelahiran secara normal iaitu luka episiotomi. Pernah alami tak perkara macam ni (luka jahitan terbuka)? 

Bagi mereka yang pernah mengalaminya pasti tidak dapat melupakan peristiwa tersebut. Ngeri. Fobia. Serik. Semua ada. Bagi yang mengalami luka jahitan bersalin terbuka tapi tidak perlu dijahit semula, memang tiada masalah. Tapi bagi mereka yang terpaksa dijahit luka buat kali kedua, ramai yang mengatakan rasanya seperti bersalin dua kali. Mana tak ngeri.


Sebenarnya, luka jahitan bersalin terbuka merupakan perkara yang biasa berlaku. Mari kita lihat faktor-faktornya : 

Jahitan terbuka disebabkan oleh beberapa perkara. Antara penyebabnya ialah benang yang digunakan kerana ada benang yang cepat menyerap iaitu sebelum kulit bercantum kembali. Selain itu, bergantung juga pada jenis tisu pada kawasan luka tersebut. Ada orang yang tisunya terlalu nipis dan mudah terkoyak. Mereka ini memang berisiko untuk luka terbuka kembali selepas dijahit. Satu lagi perkara yang turut menyebabkan jahitan terbuka ialah cara jahitan. Sekiranya jahitan terlalu ketat, masalah boleh timbul. - Majalah Pa & Ma, Oktober 2012

Tujuan saya berkongsi tentang masalah ini bukanlah bertujuan untuk menakut-nakutkan pembaca semua. Saya cuma ingin berkongsi masalah yang mungkin berlaku selepas bersalin. Macam-macam versi saya dengar. Ada yang mengatakan jika prosedur menjahit jahitan yang terbuka tersebut dilakukan di hospital kerajaan, ia dilakukan tanpa bius. 

Yang kena bius  pun dah rasa sakit yang amat, kalau tak bius, tak dapat saya gambarkan keadaannya. Sebab itulah saya ingin berkongsi testimoni pengguna ini yang mengalami luka bersalin yang lambat sembuh sehingga menyebabkan ianya berkemungkinan perlu dijahit semula. 



Dengan pengambilan set bersalin Shaklee yang mengandungi Vitamin C dan Zink, insya Allah ia membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan sekaligus mengelak daripada risiko jahitan terbuka. Namun begitu, saya tidaklah memberi jaminan 100 % masalah jahitan terbuka tidak akan berlaku jika mengambil set bersalin Shaklee. Apa yang boleh kita lakukan cuma sebagai precautions atau langkah berjaga-jaga. 





Jom lihat testimoni dari pengguna yang sangat berpuas hati dengan Set Pantang Shaklee :




Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.


Selamat melalui tempoh kehamilan yang menyenangkan buat semua bakal ibu di luar sana. Saya doakan semuanya baik-baik aje. 




*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.