Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Monday 23 December 2019

Buku Best di Perpustakaan Awam Kampung Raja

Sepanjang cuti sekolah ni, dah beberapa kali saya berkunjung ke Perpustakaan Awam Kampung Raja, Besut untuk meminjam buku. 1 kad boleh pinjam 4 buah buku je untuk 2 minggu. Sebelum ni 6.

Antara buku yang sempat saya hadam ialah :

Move On

Sahaja Aku Menjadi Imam

Tamparan Takdir

I Am Me : Rahsia Niaga DS Vida

Mudahnya Menjemput Rezeki 2

Let It Go

Supermama

Kekuatan Doa Ibu

Dumped

Pulun

Saya Ada 25 Jam Sehari

Rak buku favourite

Kemas dan bersih walaupun agak usang

Biasanya tak ramai sangat orang

Oh buku Dumped tak sempat habiskan sebab tebal sangat plus dalam bahasa inggeris. Kalau bahasa melayu cepat sikit habis. Excited betul bila banyak buku baru, lebih-lebih lagi buku dalam wishlist untuk dibaca, ada kat sini.

Best bila kita jadi peminjam pertama :) Tapi oleh kerana kekangan masa, tak dapat la nak pinjam semuanya. Pilih yang mana paling best je.

Ni pula buku yang tak sempat dibaca. InsyaAllah next time pula. Snap gambar siap-siap. Nanti senang nak cari.


The Great Husband and Wife

Bent Rib : A Journey Through Women's Issues in Islam

Why Men Don't Listen & Women Can't Read Maps

Relaks & Senyum

Pujukan Dari Tuhan

InsyaAllah kalau ada kesempatan saya share review tentang buku-buku yang saya dah baca. 

Kamilah Mustapa
Pengedar Shaklee Selangor
Sms/whatsapp 013-924 3387

Thursday 19 December 2019

Tampal Gigi Depan di Klinik Pergigian Kuala Besut

Pagi tadi saya ke Klinik Pergigian Kuala Besut untuk tampal gigi depan. Walaupun ada je klinik yang lebih dekat iaitu di Kampung Raja dan Gong Medang, saya prefer pergi Kuala Besut.

Kampung Raja kalau tak silap ada doktor lelaki. Saya ni penyegan orangnya. Gong Medang pula dah banyak kali pergi tapi yang last tu sakit pulak masa doktor buat tampalan tu.

Jadi saya decide pergi ke Kuala Besut je. Tak ramai orang, semua doktor perempuan dan doktor kat sini lebih lemah lembut huhu.

Ini antara tempat wajib saya pergi bila balik kampung, selain pergi window shopping kat tempat favourite.

Kalau kat Saujana Utama tampal gigi dalam RM 70 kalau tak silap. Swasta la. Klinik gigi kerajaan tak pasti pulak ada kat mana. Tak pernah pergi. Yang pasti Klinik 1 Malaysia ada la.

Saya pergi dah lewat, dalam 10.30 pagi. Ada la dalam 4,5 orang je. Sebab tu saya suka ke sini. Tak ramai. Doktor ada dalam 2 orang.

Sebelum ni saya tak tahu pun gigi depan boleh tampal. Saya ingat gigi yang berlubang je boleh. Dekat klinik gigi Kuala Besut ni la first time saya buat tampal gigi depan.

Sebelum ni gigi tengah saya berlubang dan berwarna hitam. Tapi segan la nak share gambar. Ni contoh gigi saya dulu. Sekarang dah cantik :)

kredit

So hari ni tampal gigi sebelah kanan gigi tengah pula. Dah berlubang sedikit kat tepi.

Kalau ikutkan sebenarnya bukan la rajin sangat nak ke klinik gigi mengenangkan rasa ngilu bila buat rawatan tu, tapi saya paksakan diri juga.

Yelah lama-lama makin teruk gigi tu. Nanti nak bercakap dengan orang pun segan.

Kali ni tak la rasa ngilu sangat. Sikit je. Maybe sebab lubang tu kecil je. Dan juga doktor buat dengan lemah-lembut. Doktor pun soft spoken je. So alhamdulillah la.

Memang puas hati dengan service diorang. Nurse dan doktor semuanya baik.

Mula-mula bayar RM 1 untuk pendaftaran. Kemudian bila dah selesai kena bayar RM 4 je. Murah sangat. Kalau kakitangan kerajaan mungkin tak payah bayar kut.

Waktu pagi untuk dewasa manakala petang untuk kanak-kanak dan juga temujanji untuk orang dewasa.


Setakat ni saya hanya ke klinik gigi bila ada gigi berlubang. Nak cuci gigi ke, apa ke memang tak pernah, sebabnya takuttt.  Maybe next cuti sekolah kena cuba ni. Semoga diberi keberanian.

Kamilah Mustapa
Pengedar Shaklee Selangor
Sms/whatsapp 013-924 3387

Wednesday 18 December 2019

Lagu The Greatest Showman Yang Menjadi Current Obsession

Dalam cerita The Greatest Showman, saya suka lagu-lagunya kerana mempunyai maksud yang mendalam. Dan juga boleh dijadikan motivasi di kala down. 


Image result for the greatest showman

Lagu yang paling saya suka ialah A Million Dreams cover oleh Pink. Bait lirik yang paling saya suka :


They can say, they can say it all sounds crazy
They can say, they can say I've lost my mind
I don't care, I don't care, if they call me crazy
We can live in a world that we design


Cause every night I lie in bed
The brightest colours fill my head
A million dreams are keeping me awake
I think of what the world could be
A vision of the one I see
A million dreams is all it's gonna take
A million dreams for the world we're gonna make


Exactly macam apa yang saya buat sebelum tidur setiap malam. Saya akan imagine impian saya dah tercapai. Walau belum tahu caranya. Walau macam mustahil. Tapi saya tetap percaya ia akan tercapai.


Never Enough, Rewrite The Stars, Come Alive, Tightrope dan This Is Me pun best juga.  


Current obsession saya : lagu The Greatest Show. Tapi lebih suka yang versi Reimagined. Dengar beratus kali pun takpe. 



Where it's covered in all the colored lights
Where the runaways are running the night
Impossible comes true, intoxicating you
Oh, this is the greatest show
We light it up, we won't come down
And the sun can't stop us now
Watching it come true, it's taking over you
Oh, this is the greatest show
It's everything you ever want
It's everything you ever need
And it's here right in front of you
This is where you wanna be (this is where you wanna be)
It's everything you ever want
It's everything you ever need
And it's here right in front of you
This is where you wanna be
This is where you wanna be
Kamilah Mustapa
Pengedar Shaklee Selangor
Sms/whatsapp 013-924 3387

Tuesday 17 December 2019

Buy Muslim First dan Pasar Besar Jerteh

Hari ni saya ke Jerteh kerana ada banyak urusan yang perlu diselesaikan. Mula-mula ke Pantai Timur untuk survey harga baju sekolah dan lain-lain. Sebelum ni dah survey kat kedai area Kuala Besut - Zon Ria dan Ten Ten. Rata-rata harga RM 30 sehelai. Tapi kain tak berkualiti pun. Nipis. 

Sempat beli tudung bawal sehelai untuk Khadijah. Kebanyakan tudung dia dah singkat. Jadi kena la beli tudung baru. RM 11.20 je. Tudung bidang 45 rasanya. 



Tudung bawal

Kemudian ke Pasar Besar Jerteh untuk ambil baju yang dah siap dijahit. Alhamdulillah sempat juga siap sebelum saya balik ke Saujana Utama. Upah RM 40 sepasang untuk baju kurung. Mahal RM 5 berbanding biasa. Tapi alhamdulillah saya puas hati dengan jahitannya yang kemas dan juga cepat siap. Sedang elok je. 


Baju kurung yang dah siap dijahit


Tapi ada 2 pasang lagi yang belum siap. Harap semuanya siap la. 3 pasang tu saya hantar kedai berlainan. Kalau tak, mungkin tak sempat siap semua. 

Lepas ambil baju tu, singgah makan kat kedai makan kat bawah tu. Ada sup perut. Jadi order kue teow sup perut. Tak habis lagi craving walaupun baru je semalam makan. 

Macam biasa, lupa lagi nak ambil gambar. Nampaknya tak meriah sangat kedai-kedai kat sini dengan customer. Macam pelik juga la. Boleh kira berapa orang je customer yang beli keperluan sekolah kat sini. 

Mungkin lebih ramai memilih untuk ke pasar raya yang lebih besar dan lebih banyak pilihan. Jadi terfikir kenapa saya tak beli kat sini je. Support bisnes kecil-kecilan orang Melayu. Buy Muslim First. 

Dalam tak sedar sebenarnya kita lebih mengutamakan kedai atau pasaraya milik bukan Islam berbanding berbelanja di kedai orang Islam. Lama-kelamaan, bisnes kecil-kecilan milik orang Islam lenyap kerana tiada support daripada orang Islam sendiri.

Bagi saya, biarlah barang kat kedai orang Islam tu lebih mahal sedikit berbanding tempat lain, saya akan beli juga. Tapi yelah kadang-kadang terlupa pasal ni. Sebab berbelanja kat pasaraya besar lebih mudah dan seronok berbanding di kedai-kedai kecil milik orang Islam. 

Jadi kali ni saya mesti utamakan kedai atau jenama buatan orang Islam untuk membeli keperluan sekolah Khadijah. Tak banyak pun nak beli. Baju kurung ungu sehelai, baju kurung putih sehelai, tudung putih, tudung ungu dan kasut. Sebab yang lain masih boleh dipakai lagi. May Allah ease. 


Kamilah Mustapa
Pengedar Shaklee Selangor
Sms/whatsapp 013-924 3387

Friday 13 December 2019

Law of Attraction

Tadi tiba-tiba terlintas di fikiran nak belikan kain untuk Khadijah dan tempah sementara ada kat Besut ni. Upah jahit baju kat sini RM 35 je. Kat Saujana Utama paling murah RM 70. 2 kali ganda tu.

Tup tup petang ni nenek yang duduk dengan pakcik kat rumah sebelah datang. Dan bagi kain pasang yang belum dijahit, tudung dan baju kurung. Dapat kain free. Tak perlu keluar duit pun.

Ya Allah apa yang saya buat sampai baru je niat Allah dah tunaikan. Maybe masa saya terfikir pasal tu tadi, masa mustajab doa kut. Wallahu a'lam.

Kadang-kadang memang kita akan dapat on the spot apa yang kita inginkan, apa yang kita doakan. Tapi kadang-kadang dah puas usaha, doa tapi tetap tak dapat.

Saya selalu juga dapat attract benda-benda kecil macam ni dengan cepat. Contohnya teringin nak makan KFC. Tiba-tiba ada orang belanja. Alhamdulillah.

Tapi ada satu hajat atau impian saya yang besar yang masih belum terkabul. Sampai rasa macam nak putus asa. Tapi saya selalu ingat pesanan Master Coordinator yang saya jumpa tempoh hari. Yang sering beliau tekankan dalam secret group fb. 

Nak sesuatu, doa. Minta dengan Allah. Bangun tahajud. InsyaAllah Allah bagi.

Pesanan untuk diri sendiri : jangan malas berdoa!



Kamilah Mustapa
Pengedar Shaklee Selangor
Sms / whatsapp : 013-9243387

Monday 9 December 2019

Personal Coaching dengan Master Coordinator

Minggu lepas alhamdulillah saya berpeluang untuk dapat personal coaching dengan seorang Master Coordinator. Master Coordinator ni sebenarnya pangkat tertinggi dalam Shaklee. 

Kami jumpa di Paya Bunga Square, Kuala Terengganu. Sebenarnya, ini pertama kali saya sampai Paya Bunga Square. Dah lama sebenarnya tak ke Kuala Terengganu kerana tiada urusan. 

Syukur sangat kerana banyak ilmu dan pencerahan yang saya dapat. Antaranya :

1. Betulkan niat buat bisnes bukan semata-mata kerana duit. Bukan semata-mata untuk memenuhi nafsu diri sendiri - kereta besar, rumah besar dan lain-lain. Niat yang utama, bisnes untuk bagi mak ayah duit yang banyak, bukan setakat RM 50 sebulan je. 
2. Buat baik dengan mak ayah sementara mereka masih hidup. Minta selalu doa daripada mereka. Hari-hari call jika duduk jauh.
3. Hubungan dengan Allah kena kuat. Istighfar, selawat, solat taubat, solat tahajud dan zikir-zikir lain jangan tinggal. Ajar anak sekali untuk melazimi zikir. 
4. Bisnes ada turun naik. Kena sabar. 
5. Doa doa doa. Nak apa-apa kena doa. Lebih-lebih lagi nak berjaya dalam bisnes. 
6. Jangan fanatik dengan bisnes yang kita lakukan. Bukan semua masalah boleh selesai dengan vitamin. 

Yang paling memberi inspirasi kepada saya ialah beliau mampu beri elaun bulanan kepada mak beliau sehingga RM 18k sebulan. Yang bermula dengan hanya RM 50 sebulan. 

Niat beliau pada mulanya hanya nak dapat RM 3k sebulan. Tapi Allah bagi jauh lebih banyak daripada tu. Daripada cerita beliau, saya pasti beliau merupakan salah seorang jutawan Shaklee. Yelah, bagi mak pun dah 18k, agak-agaknya berapa ya income beliau? 



Kamilah Mustapa
Pengedar Shaklee Selangor
Call / whatsapp : 013-9243387 

Monday 2 December 2019

Agen Shaklee Besut

Alhamdulillah saya kini berada di kampung (Alor Lintang) sempena cuti sekolah. Dapat spend masa dengan ummi.

Dapat settle perkara yang sepatutnya. Dan yang paling penting dapat hilangkan craving kepada makanan yang hanya ada kat Besut dan tak sama kat tempat lain contohnya keropok lekor. :)

Ada je jual kat Saujana Utama tapi takleh lawan dengan yang ada kat sini. Lepas ni nak cari roti canai pulak.

Semalam pergi pejabat lama sebab rupanya urusan berhenti kerja belum settle lagi. Terkejut bila dengar berita beberapa staff senior ada yang dah meninggal dunia sebab sakit kronik.

Dan kebanyakan orang lama kat pejabat dah pencen. Ramai juga dah pindah.

Insaf bila dengar berita kematian. Kita sendiri entah bila akan dijemput.


Oh ye. Saya update blog ni guna handphone je. Senang kan?

Kepada orang Besut yang nak dapatkan produk Shaklee boleh contact saya ye.

Kamilah Mustapa
Pengedar Shaklee Selangor
Call / whatsapp : 013-9243387 

Thursday 21 November 2019

Pagi

Alhamdulillah hari ini saya berjaya bangun seawal 2 pagi. Buat apa bangun awal-awal? Saya ada banyak lagi projek yang tertangguh yang belum selesai-selesai lagi. Antara stay up dengan bangun awal, saya lebih suka bangun awal sebenarnya. 

Tapi kekurangan bila nak bangun awal ialah bila terlajak tidur. Dah kunci alarm pun tak sedar. 

Selain tu, bila bangun awal ni, dekat waktu subuh tu confirm rasa mengantuk lain macam. Mata dah tak mampu nak bukak. End up, terpaksa tidur sekejap.  

Bila bangun awal pagi tu, perkara pertama yang saya lakukan ialah buka tingkap luas-luas. Lepas tu buat la amalan sunat yang patut. 

Bahagia rasa bila buat kerja sambil dengar bunyi water fountain kat youtube. Rasa macam ada kat tepi sungai. 

Image result for water fountain bamboo

Tak sangka dah nak hujung tahun 2019. Banyak lagi impian 2019 yang belum tercapai. Harapnya dalam masa berbaki ni dapat la saya capai beberapa impian besar untuk tahun 2019 ni. Amin. 


Kamilah Mustapa
Pengedar Shaklee Selangor
Call / whatsapp : 013-9243387 

Monday 17 June 2019

Day 2 The Miracle Morning (17.6.2019)

Hari ni saya bangun 3.30 pagi. Tapi asyik menguap je. Sebabnya, tidur tak lena. Kejap-kejap terjaga.

Saya mulakan dengan tulis impian. Tips ni saya belajar daripada Grant Cardone. Perkara pertama yang beliau lakukan lepas bangun tidur ialah tulis impian, sejak dari dulu lagi, sebelum beliau berjaya lagi.

Bila rasa lapar (saya makan malam sebelum 7 petang), saya buat air dan makan roti.

Lepas tu tengok gambar impian 2019 saya dalam handphone. Exercise dalam 10 minit sahaja hari ni sebab rasa betul-betul tak larat. Berpeluh pun tak sempat.

Seperti biasa, buat amalan sunat dan solat subuh. Lepas subuh memang rasa mengantuk sangat. Jadi terpaksa la tidur dalam 30 minit.

Inilah masalahnya bila bangun awal sangat. Sebelum subuh dah rasa mengantuk. Walaupun dah minum nescafe bila bangun pagi tu.

Hari ni ke laut. Affirmation pun saya dengar kat handphone je sambil kemas bilik. Pukul 9.30 pagi, visualization, reading, silence dan scribing belum buat lagi.

Akhirnya saya berjaya buat visualization je. 3 lagi tu tak buat. Semoga esok lebih baik.


Kamilah Mustapa
Pengedar Shaklee Selangor
Call / whatsapp : 013-9243387 

Sunday 16 June 2019

Day 1 The Miracle Morning (16.6.2019)

Saya dah lama sebenarnya dengar audiobook The Miracle Morning tulisan Hal Elrod tapi belum benar-benar konsisten mengamalkan apa yang dibaca.

Lebih kurang 6 bulan je lagi dah nak habis 2019. Jadi saya cabar diri untuk buat The Miracle Morning setiap hari tanpa miss bermula dari 16.6.2019 hingga 24.11.2019.

Tujuan utama supaya saya dapat capai impian saya untuk 2019 ni. Terutamanya berkaitan kewangan dan juga kereta yang menjadi impian saya tahun ni.

Alhamdulillah hari ni saya bangun pukul 5 pagi. Buat amalan sunat sikit dan lepas tu solat subuh.

Tak boleh nak start 1 jam The Miracle Morning dari start bangun, sebab bagi saya masa sebelum subuh merupakan masa yang sangat penting untuk Dia dan juga untuk berdoa. Masa mustajab doa.

Saya sangat happy bila dapat bangun sebelum subuh sebab banyak perkara yang boleh saya lakukan. Lepas solat subuh baru saya start The Miracle Morning iaitu exercise selama setengah jam.

Mula-mula ingat nak keluar jogging tapi baru ingat yang sweater yang saya selalu pakai masa jogging kat ampaian.  Tak dapat la nak jogging.

Kalau jogging mesti best masa awal pagi ni. Udara sejuk. Tapi tak kesampaian pulak.

Kemudian saya tengok gambar impian saya kat Gallery dalam handphone. Lepas tu saya buat visualization.

Bayangkan yang saya dah capai impian 2019 saya. Lepas tu saya baca affirmation depan cermin.

Kemudian baca buku nota saya berkaitan sharing Tuan Afnan Rosli. Last sekali saya tulis jurnal kesyukuran.

Alhamdulillah untuk Day 1. Moga dapat istiqamah.


 

Kamilah Mustapa
Pengedar Shaklee Selangor
Call / whatsapp : 013-9243387 


Thursday 9 May 2019

Exercise Dalam Bulan Ramadhan

Alhamdulillah hari ni dah 4 Ramadhan. Dan hari ni first time saya dapat exercise. Masa mana? Pukul 4.30 pagi sebelum sahur. Bila kita dah biasa exercise, rasa lain macam bila tak dapat exercise. Sebelum ni, ingat nak exercise malam, 1 atau 2 jam selepas berbuka. Tapi selalu tak jadi sebab letih. Kadang-kadang tertidur awal.

Tadi saya bangun awal sikit dalam pukul 4.00 pagi. Lepas tulis 10 matlamat 2019 dalam buku impian, baca affirmation sikit, makan roti dan minum air, baru start exercise. Exercise dalam setengah jam je. 


Lately saya suka ikut exercise guna air botol je kat Youtube. Nak guna dumbell, takde dumbell. Jadi ganti dumbell dengan botol air mineral 500 ml tu. Kalau guna botol besar 1 liter mesti lagi best kesan dia. Tapi asyik lupa je nak beli. Tapi takpe. Exercise guna botol 500 ml ni pun boleh tahan jugak best dia.

Ni antara contoh exercise yang boleh dilakukan. Memang sesuai untuk beginner dan tak perlu nak berlari, melompat bagai yang memerlukan banyak tenaga.




So far alhamdulillah. Energetic. Tak rasa mengantuk lagi. Dan juga tak tidur lepas subuh. Sebelum ni, FAILED. OK kut exercise masa ni. InsyaALLAH nak konsisten setiap hari lepas ni. Tahun ni juga meruapakan first time saya exercise dalam bulan puasa. Another small achievement. Alhamdulillah. 


 

Kamilah Mustapa
Pengedar Shaklee Selangor
Call / whatsapp : 013-9243387 

Friday 12 April 2019

Rutin Exercise Berubah Lagi

Tahun lepas saya jogging malam. Sebab tu je masa yang saya ada. Kemudian tahun 2019 ni saya jogging atau lebih tepat, brisk walk pagi pula. Lepas hantar anak ke sekolah. Biasanya saya ambil masa sejam untuk exercise. 

Kemudian, bulan April ni jadual exercise saya berubah lagi. Sekarang saya dah tak brisk walk dekat taman. Saya exercise kat rumah je. Tengok video exercise kat youtube sambil dengar lagu kegemaran. Rasa enjoy sangat. Setengah jam je tapi rasa macam lagi best. Sebab banyak keluarkan peluh. Kalau brisk walk je tak berpeluh sangat. 

Lepas exercise, buat visualization sambil dengar water sound, juga dari youtube. Ya Allah bestnya. Memang boleh visualize dengan lebih berkesan sampai keluar air mata. Dah lama tak buat visualization macam ni. So i guess buat masa ni saya akan stick dengan rutin ni. 





 
Kamilah Mustapa
Pengedar Shaklee Selangor
Call / whatsapp : 013-9243387 

Thursday 24 January 2019

Rumah Baru Sekitar Seri Pristana

Hari ni sempat brisk walk setengah jam je. Sebab matahari dah memancar.

Tak sempat berpeluh sangat. Ni yang buatkan rasa nak jogging malam-malam semula ni.

Kalau malam takyah risau kena cahaya matahari. Udara pun sejuk je.

Lepas jogging saya round round kawasan. Tengok rumah baru. Rupanya sebelah Hillpark ni banyak sangat rumah Ecoworld yang dah nak siap.

Macam best pulak kalau dapat beli rumah ni. Hehe berangan memang best. Tapi action kurang.

Lepas tu round lagi belakang Taman Seri Alam pun ada taman perumahan baru siap. Taman Sri Pinang kalau tak silap.

Rumah ni pun cantik. Teres setingkat. Guarded. Macam best kalau dapat beli. Sesuai la untuk keluarga kecil saya.

Next, belakang Sekolah Seri Pristana ada flat/townhouse yang baru siap - Eristana. Yang ni pun cantik juga.

Ni pulak rumah Hillpark yang saya berkenan sebab ada 5 bilik. Hai bestnya kalau dapat beli rumah ni.

Banyak lagi for sale/rent. Cantik tak?




Wednesday 23 January 2019

2019 Will Be My Best Year

Sedar tak sedar dah nak habis bulan Januari. Punya la sibuk uruskan persekolahan anak sampai langsung tak update blog. Alhamdulillah pagi ni paksa diri untuk update blog. 

Sebenarnya tahun ni Khadijah sekolah pagi dan petang. Sebab tahun ni baru start masuk sekolah agama. Tahun lepas tak masuk. 

Pagi sekolah agama, petang sekolah kebangsaan. Kalut sikit la nak menghantar dan mengambil tu. Tapi apa pun alhamdulillah. 

Sebab tahun ni dapat hantar ambil dia sebab dah ada kereta. Tahun lepas Khadijah pergi dengan van je. Walaupun letih sikit, tapi saya happy. 

Sebenarnya inilah salah satu impian 2018 yang telah tercapai. Hampir setiap hari tulis dalam buku impian nak hantar dan ambil Khadijah dari sekolah. Akhirnya Allah makbulkan. 

Satu lagi impian belum tercapai iaitu nak beli kereta baru. Tahun ni saya mesti kerja keras untuk pastikan impian yang ni tercapai. 

Alhamdulillah terima kasih Ya Allah saya dapat beli kereta Axia baru dengan bonus statement Shaklee. 

Syukur dulu in advance. Mudah-mudahan Allah makbulkan. 





Thursday 18 October 2018

Shaklee Is A Gift

Hari ni saya nak berkongsi santai-santai sahaja tentang tajuk kat atas. Kenapa saya cakap 'Shaklee is a gift'? Perkenalan saya dengan Shaklee bermula pada tahun 2012. Masa tu saya masih kerja makan gaji dengan kerajaan. 

Saya sekeluarga duduk di rumah kuarters - bersama suami dan anak. Alhamdulillah kehidupan biasa-biasa je. Cukup-cukup makan. Maklumlah gaji tak besar mana bila dicampur suami isteri. 




Sebenarnya sebelum kahwin lagi saya dah bercita-cita nak jadi surirumah sahaja. Tapi bukanlah surirumah sepenuh masa. Saya nak jadi surirumah dalam masa yang sama seorang businesswoman yang berjaya aka Work at home mom. 

Malah saya juga pernah bercerita dengan ex-boss saya pada masa tu tentang impian saya nak jadi businesswoman ni. Maknanya saya tak akan selamanya bekerja makan gaji di situ. Masa tu saya belum tahu lagi apa yang perlu saya lakukan. 

Saya pernah juga la jual t-shirt muslimah jenama Aqeela Muslimah yang saya suka sangat sebab kainnya tak sama macam t-shirt muslimah yang lain. Melekat kat tubuh dan juga memeri. Saya tak pasti betul ke tak istilah memeri tu. Maksudnya makin lama makin mengecil. 

Jadi berbekalkan sedikit duit simpanan saya pun beli la beberapa helai t-shirt muslimah dan promote kepada rakan sepejabat. Saya juga ada buat sendiri katalog dalam Microsoft Word dan kemudian print. Bukan senang nak jual rupanya. 

Tapi ada juga la yang terjual. Selain itu, saya promote kepada adik-beradik dan saudara-mara. Alhamdulillah ada juga berjaya dijual. 

Saya juga promote di facebook. Daftar facebook pun semata-mata sebab nak buat bisnes ni la. Masa tu facebook masih baru lagi. Tak semua orang ada facebook berbanding sekarang. 

Tapi nak jual pakaian ni bukan senang sebenarnya. Orang lebih suka jika benda tu ada depan mata. Jadi cuma beberapa kali je saya order. Lepas tu dah tak buat sebab takde modal untuk dipusingkan. Yelah barang tak terjual. Tak pulang modal. Macam mana la nak roll balik. 

Sampai sekarang pun t-shirt tu pun masih ada lagi. Nak sedekah kat orang pun mereka taknak sebab tak sama saiz. So lesson learnt. Bisnes pakaian kena ada modal yang besar. At least ribu-ribu. Well, bukan senang nak senang. 

Kemudian bila dah kenal Shaklee saya sangat tertarik sebab bisnes ini boleh dijalankan dari rumah sahaja. Modal nak bermula pun tak banyak. Hanya RM 65.00 sahaja. Memang jauh berbeza la dengan typical MLM. 

Yang paling saya suka sekali ialah bila buat bisnes Shaklee ni, dah la buat dari rumah je, of course dapat TIME FREEDOM. Inilah menjadi faktor utama kenapa saya mula bisnes Shaklee walaupun pada asalnya hanya daftar ahli untuk guna produk je. 

Saya dah pun berangan-angan nak berhenti kerja. Buat bisnes Shaklee sepenuh masa di rumah. Boleh masak sendiri untuk keluarga. Tak perlu beli di kedai. Boleh jaga anak sendiri. Boleh hantar dan ambil anak dari sekolah sendiri. Macam-macam lagilah. 

Bestnye bisnes Shaklee ni tak tahu nak gambarkan macam mana. Dahla produk selamat, berkesan dan semulajadi. Tak perlu risau ada bahan kimia berbahaya ke apa. Halal pulak tu. 

Boleh buat kat rumah. Tak perlu tinggal anak. Tak perlu menjual dari rumah ke rumah. Tak perlu berpanas berhujan. Tak perlu sewa kedai. Tak perlu ambil pekerja. Tak perlu modal berpuluh ribu. Tak perlu simpan stok. Tak perlu pinjam duit berpuluh ribu untuk modal. 

Pengeposan Shaklee yang uruskan. Bisnes guna handphone atau laptop je. Bisnes secara online je. Boleh dibuat part time. Tak perlu fikir tentang R&D produk, hanya buat marketing. 

Bisnes yang patuh syariah. Pelan pemasaran yang adil, siapa buat dia dapat. Bukan mengkayakan upline je. Percutian 5 bintang dalam dan luar negara. Modul dan latihan disediakan. Tiap-tiap bulan ada kelas di branch. Unlimited income. 

You name it. Semua ada dalam Shaklee. Boleh kata hampir perfect. Dan yang paling penting sangat sesuai dijalankan oleh wanita tak kira surirumah atau pun bekerja. 

Ya Allah memang tak tau nak cakap la. Senangnya bisnes Shaklee ni berbanding bisnes lain di luar sana. Takde kut bisnes macam ni kat luar sana tu. 

Kalau bisnes Shaklee yang boleh dikatakan senang ni pun tak boleh berjaya, jangan mimpi nak berjaya dalam bisnes lain yang lebih susah, yang lebih mahal modal, yang perlu buat dari a sampai z. Ini yang saya pegang. 

Sebab tu la saya kata Shaklee is a gift. Jadi rugi sangat jika anugerah yang saya dapat ni saya tak share dengan orang lain. Mungkin ramai lagi di luar sana tercari-cari peluang untuk tambah income. 

Mungkin ada yang diberhentikan kerja dalam keadaan ekonomi gawat macam ni. Mungkin ada surirumah yang nak mula bisnes sebab nak bantu suami. Mungkin ada anak yang nak cari income lebih untuk dikirimkan kepada mak ayah di kampung yang dah tak larat nak bekerja. 

Tak kiralah apa pun alasan, peluang itu anda boleh dapat dengan Shaklee. Jika anda sedang mencari income tambahan sama ada secara part time atau sepenuh masa, Shaklee merupakan bisnes yang paling tepat untuk anda. 

Saya tidak menjanjikan bulan bintang. Tapi jika anda ingin peluang untuk ubah kehidupan kepada yang lebih baik, inilah masanya. 

Usah bertangguh lagi. Hubungi saya hari ini juga. 



Wednesday 5 September 2018

Weight Loss Journey Day 8 : Alhamdulillah

Dah banyak hari tak berupdate blog. Hari ni dah hari ke 8. Baru seminggu sebenarnya kalau ikutkan sebab hari ke 2 hujan. 

Alhamdulillah, walaupun mampu briskwalk je, memang best la bila buat waktu malam. Suasana tenang je. 

Tentang weight loss tu, tak ambil pusing sangat. Ya memang niat asal nak kurus. 

Tapi yang paling penting nak istiqamah exercise setiap hari tanpa gagal kecuali tidak sihat atau ada hal yang tidak dapat dielakkan contohnya hujan. 

Sebenarnya saya letak dalam vision board 2018 untuk exercise/jogging setiap hari tanpa miss. Kalau takleh jogging, workout kat rumah je. Tengok exercise kat youtube. 

Tapi susah benar nak istiqamah. So ambil keputusan untuk start jogging/briskwalk waktu malam kat taman perumahan ni je. 

Lagipun, cuma tinggal lebih kurang 4 bulan je lagi nak habis 2018 ni. Tak nak sia-siakan masa yang berbaki. 

InsyaAllah mesti mampu capai target weight loss secara sihat. 



Saturday 1 September 2018

Weight Loss Journey Day 3 : Paksa Diri

Lewat sikit update. Semalam rasa malas pulak nak jogging. Sebab rasa macam nak demam. Tertidur sekejap maghrib tu.

Bangun-bangun rasa lapar. Lepas makan terfikir why not jogging. So pukul 10 lebih baru keluar jogging.

Alhamdulillah dapat la 4000 langkah hari ni. Lepas 3 hari jogging rasa makin kurus sikit. Haha.

Rasa lemak dah berkurang sana-sini. Betul ke tak tak tau la. Malas nak timbang lagi.

InsyaAllah malam ni jogging lagi. Tadi baru beli seluar baru. :)

Thursday 30 August 2018

Weight Loss Journey Day 2 : Kenapa Saya Suka Jogging Malam

Alhamdulillah hari ni Day 2. Semalam sedang bersiap-siap nak keluar, hujan pula tiba-tiba. So tak berjaya la misi semalam.

Hari ni dah mula jogging sikit-sikit, bukan setakat brisk walk je. Best sangat perasaan tu.


Rupa-rupanya best la jogging malam-malam ni. First, sesuai sangat dengan orang yang pemalu macam saya ni.

Saya tak suka jogging tempat ramai orang. Especially bila ada orang lelaki. Rasa tak selesa sangat.

Kedua, tak perlu fikir pasal sunblock. Kalau jogging pagi atau petang, ada cahaya matahari.

Jadi tak nak sunburn wajib pakai sunblock. Kalau tak, hitam la hehe. Bukan tu je sebenarnya.

Terdedah risiko untuk dapat penyakit kanser. Bukan main-main.

Ketiga, dapat jogging dengan aman sebab malam-malam ni semua orang dah pun duduk dalam rumah. Tak banyak kereta yang lalu-lalang.

Sunyi je. Tapi InsyaAllah selamat. Sebab taman perumahan ni gated and guarded.

Keempat, exercise malam ni tak banyak beza pun dengan exercise siang. Sama la macam orang pergi gym, pergi main badminton malam-malam.

InsyaAllah selamat. Cuma the best option semestinya exercise waktu pagi la.

Kelima, boleh jogging lebih lama. Ye la takde benda nak dibuat dah malam-malam ni. Tidur je.

Jadi boleh spend time lebih lama untuk jogging.

Excited betul nak teruskan habit baru ni secara istiqamah.

Tuesday 28 August 2018

Weight Loss Journey Day 1 : A New Beginning

Alhamdulillah akhirnya saya berjaya jugak jogging dengan Khadijah. Tapi bukan lepas subuh seperti yang diimpikan dan dirancang. Malam ni buat pertama kali dapat brisk walk sekeliling taman perumahan ni. 

Mula pukul 9.10 malam. Best jugak jogging malam ni hehe. Angin pun sepoi-sepoi bahasa je. Nak hujan agaknya.

Hari ni start dengan berjalan je. InsyaAllah lepas 2,3 hari kita try jogging pulak. Tak sampai pukul 10, Khadijah dah mengadu lenguh kaki. Macam orang tua pulak dia. Mengalahkan ummi. 

Saya sendiri pun tak rasa apa-apa. Berpeluh je sikit. Ok la untuk permulaan. Moga dapat istiqamah setiap hari. 


Friday 24 August 2018

Masa Exercise Yang Paling Baik

Semalam semasa sedang menjemur kain di depan rumah, ada 2 orang tengah jogging aka berjalan, lalu depan rumah. Sorang perempuan, sorang lelaki. I guess they must be adik-beradik. Masa tu dah lewat dah. Pukul 10 lebih. 

Ting! Tiba-tiba dapat idea. Why not saya pun turut jogging di kawasan perumahan ni je, tapi jogging waktu pagi la. Lepas subuh ke. Dapat sejam sehari pun ok sangat dah. 

Kalau malam, tak berapa sesuai kut. Lagi pun, tujuan exercise supaya kita bertenaga tak tercapai la. Pulak tu, lepas exercise, tidur. Jadi memang tak sesuai untuk saya. 

Apa pun, saya berterima kasih sangat kat adik tu yang beri ilham kepada saya untuk start jogging. Ye dah lama sangat nak jadikan ia sebagai rutin tapi masalahnya tak start start pun. 

Bukan saya je yang kena turunkan berat badan sebenarnya. Khadijah pun. Makin hari makin buncit perutnya tu. Nak buat macam mana, makan tak pernah tak berselera. 

Jadi ada lebih kurang 4 bulan je lagi nak habis 2018 ni. Tak kira saya mesti dapat berat badan ideal iaitu 55 kg pada 31 Disember 2018 ni. 

InsyaAllah esok nak start. May Allah ease.