Showing posts with label Suami & Isteri. Show all posts
Showing posts with label Suami & Isteri. Show all posts

Friday 20 July 2018

HAK ISTERI

Tadi dengar siaran ulangan kat Ikim.fm. Penceramah Ustaz Muhammad bin Abdullah (Ustaz Amin). Sempat tulis sedikit isi-isi penting. Saya tulis dalam bentuk point la ye. Senang sikit nak baca.
1. Bagi sedekah kat orang, bagi nafkah kepada isteri pulangannya akan dapat kat kita balik. Di dunia lagi Allah balas.

2. Bagi nafkah kepada isteri dikira sedekah. Dapat 10 kebaikan. Dapat 700 pahala. Kalau bagi RM 1000 dapat balik Rm 10k. Atau dapat dalam bentuk lain. Naik pangkat, dipermudah urusan. Kalau orang lain bukan main payah nak dapat, tapi bila giliran kita senang je. Allah permudahkan.
3. Jika suami berkemampuan tapi suami tak bagi nafkah, isteri boleh ambil dengan cara yang makruf (baik) walaupun tanpa pengetahuan suami. Sekadar mencukupi keperluan kita (makanan, tempat tinggal, pelajaran anak-anak).
4. Ada suami kena mintak baru bagi. Jadi isteri kena selalu ingatkan.
5. Jika suami culas dalam memberi nafkah, boleh buat potongan gaji suami. Isteri buat permohonan perintah mahkamah syariah.
6. Kadang-kadang, ada suami yang rasa mampu kahwin lagi kerana ada duit lebih. Sebenarnya rasa mampu tu kerana datang daripada hak isteri yang tak ditunaikan. Contohnya isteri guna duit sendiri beli barang dapur, bayar tuisyen anak tapi malas nak mintak kat suami. Suami rasa ada duit lebih tapi sebenarnya hak isteri.
7. Isteri nusyuz boleh gugur hak nafkah isteri. Tapi nusyuz yang diputuskan oleh qadhi atau hakim mahkamah syariah. Bukan suami yang pandai-pandai tentukan. Lambat bagi air pun suami kata nusyuz atau derhaka. Bila ada perintah mahkamah syariah, gugur perintah nafkah kepada isteri.
8. Bagi nafkah sesuai dengan kemampuan. Jika gaji isteri lebih besar daripada suami, untuk sementara waktu suami boleh minta tolong isteri bayar rumah (contoh), suami pulak beli barang dapur dan sebagainya (isteri support), suami kena minta halal daripada isteri. Tapi kena ada tempoh. Contohnya 2 tahun. Bila dah 2 tahun kena revise balik.
9. Bila ada harta (duit), first sekali suami belanja untuk diri sendiri. Beli baju lawa dll supaya penampilan nampak kemas, berkeyakinan. Lepas tu beli suplemen, ubat-ubatan untuk diri sendiri. (Ni ustaz yang cakap, bukan tokok tambah. Nak suplemen boleh contact saya) 
10. Lepas diri sendiri, belanja keluarga. Jika suami beli baju mahal, isteri pun kena belikan baju mahal.
11. Suami jangan kedekut nak belanja keluarga tapi pemurah bila bab nak belanja kawan. Harta yang kita belanja tu, isteri sebagai perantara je. Kat akhirat nanti dapat kat kita balik (pahala). Kalau kita tahu apa yang bakal kita dapat, mesti kita rasa menyesal jika bagi isteri RM 500 sebulan je (contoh). Kalau tahu dapat macam ni, mesti bagi RM 1K.



Friday 3 October 2014

Hujan lebat - Waktu mustajab doa

Alhamdulillah semalam hujan turun dengan lebatnya. Dingin dan nyaman rasanya. Saya tak melepaskan peluang ini untuk submit doa. Apa yang saya inginkan secara spesifik. Student Dr Azizan Osman confirm tahu istilah submit doa ni. Sebab dalam IMKK tempoh hari la saya dapat ilmu ni. Sebelum ni, saya dah tahu bahawa waktu hujan adalah antara waktu doa kita dimakbulkan oleh Allah. Tapi saya tak begitu faham atau tak benar-benar yakin pasal ni.

Rupa-rupanya waktu mustajab doa ialah waktu di mana manusia berada dalam gelombang alpha. Pada masa ini, segala doa yang kita minta akan terus direct kepada Allah tanpa hijab. Saya tak pandai nak elaborate dengan jelas macam Dr Azizan terangkan haritu. Tapi harap anda semua dapat faham. Dr Azizan terangkan secara saintifik tentang maksud waktu doa mustajab ni. 

Selama ni saya just tahu, tapi tak pernah amal pun. Tapi bila dah tahu secara saintifik, barulah saya benar-benar yakin dan teruja untuk mempraktikkannya. Sekarang saya sedar, itulah bezanya jika kita buat sesuatu tanpa ilmu dan juga dengan ilmu. Lain kesannya. Sekarang, bila hujan turun je, pasti saya submit doa. Berbanding dulu, langsung tak menghargai turunnya hujan. 

Selain itu, antara waktu terbaik untuk kita submit doa ialah :

  • Waktu dalam keadaan berwudhu’
  • Ketika mengantuk
  • Ketika sujud
  • Ketika bersin
  • Ketika istighfar
  • Ketika solat
  • Waktu 3 pagi
  • Ketika dengar Al-Quran
  • Ketika selawat
  • Ketika ‘bersama’ dengan pasangan
  • Ketika mendengar muzik yang sesuai (alpha brainwave)
  • Hari Jumaat
  • Malam Raya Aidilfitri atau Aidil Adha

Bila kita selalu dalam alpha mode, lebih cepat kita akan capai impian. Jadi jangan sia-siakan waktu kita berada dalam alpha mode. Ambillah peluang untuk berdoa dengan sungguh-sungguh. 

Saya pengedar sah Shaklee:

Siti Nor Kamilah
ID Shaklee 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387

Sunday 6 July 2014

Ambil Cinch Tea Untuk Elak Mengantuk di Tempat Kerja


Dah lama saya tak minum teh masa sahur sejak tahu teh bersifat diuretik iaitu ia membuatkan kita buang air kecil lebih kerap. Ini menyebabkan air dalam tubuh makin kurang dan menyebabkan hidrasi. 

Kesannya, kita akan mudah rasa kering tekak dan cepat letih.


Ingatkan same goes with cinch tea. Rupanya tak. 


Kandungan kafein dalam cinch tea sangat sedikit berbanding teh biasa. Jadi ia tidak memberikan kesan diuretik atau kurang kesan diuretik. 

Dan sesuai diambil semasa sahur untuk memberikan kita tenaga.

Plus membantu untuk kekal SEGAR untuk solat subuh. 

Tak rugi langsung saya pecut ke Shaklee KB Branch semalam untuk Health and Wellness Talk.

Banyak ilmu free yang saya dapat. 


Untuk yang bekerja especially, sangat bagus ambil teh ni.

Tiada lagi masalah mengantuk di tempat kerja. 

Tapi bukanlah saya suggest ambil kat tempat kerja. Maksud saya, ambil masa sahur :)

-input daripada nutritionist Shaklee-

Berikut merupakan testimoni daripada seorang ibu hamil yang berjaya tinggalkan tabiat minum kopi untuk hilangkan mengantuk setelah cuba Cinch Tea.


Ubat Tahan Mengantuk Tanpa Dadah: Cergas Sokmo! from iReach HD on Vimeo.


Jika mempunyai seberang soalan tentang cara pembelian, anda boleh hubungi saya. 

Siti Nor Kamilah
ID Shaklee 885322
Call/SMS/Whatsapp 013-924 3387





Sunday 4 May 2014

Cara Tahu Waktu Subur

MERANCANG KEHAMILAN


Mungkin ramai yang masih menanti-nanti kehadiran cahaya mata penyeri rumahtangga, pengikat kasih antara anda dan pasangan yang dikasihi. Tapi tahu tak, salah satu sebab yang menyebabkan rancangan untuk hamil tidak berjaya atau tidak mengikut perancangan adalah disebabkan ramai wanita tidak memahami kitar haid mereka, tidak tahu tanda-tanda sedang subur dan tidak mengetahui waktu subur mereka. 

Ya, sememangnya rezeki untuk dikurniakan anak ni ditentukan oleh Allah. Walaubagaimanapun, dengan memahami kitaran haid dan waktu subur ni, boleh meningkatkan lagi peluang untuk mengandung. Insya Allah, ia juga sebagai salah satu usaha untuk ikhtiar anda mendapatkan zuriat. 

KITARAN HAID SECARA UMUM


Secara umum, wanita mula didatangi haid pertama ketika berumur sekitar 8 hingga 16 tahun. Haid ini akan didatangi setiap 21 hingga 35 hari (atau mungkin berbeza) di sepanjang hayat mereka sehingga tiba waktu putus haid yang dipanggil menopause. Kebanyakan wanita putus haid di sekitar usia 45 hingga 55 tahun. 

Panjang atau pendek kitaran haid ini berbeza di antara setiap individu. Ia dipengaruhi oleh banyak faktor seperti paras hormon, keturunan, tahap kesihatan, umur dan sebagainya. Walaubagaimanapun, setiap kitaran haid wanita terdiri dari tiga peringkat utama iaitu :
  1. FASA HAID : fasa di mana berlaku pendarahan haid selama 3 hingga 7 hari (purata). Secara normal, haid menunjukkan seseorang wanita yang subur itu tidak mengandung
  2. FASA PRA OVULASI : ketika ini hormon penggalak folikel bertambah di ovari (kilang telur). Folikel kemudian merembes estrogen yang akan menyebabkan lapisan dinding rahim yang baru (endometrium) terbentuk. Telur di dalam ovari mulai matang. Lendiran pangkal rahim juga akan terbentuk menunjukkan permulaan waktu kesuburan
  3. FASA OVULASI : Telur yang hampir matang akan mencetus pembebasan hormon peluteinan. Pada masa yang sama dinding folikel akan lemah menyebabkan telur (ovum) dilepaskan dari ovari dan memasuki tiub fallopio. Sekiranya terdapat sperma di dalam rahim pada ketika ini, persenyawaan mungkin berlaku. Jika tidak berlaku persenyawaan, telur akan terus terlerai sedikit demi sedikit.
  4. FASA PRA HAID : Folikel yang telah luput tadi akan membentuk pepejal (corpus luteum) yang akan merembeskan hormon progesteron.  Jika telur berjaya disenyawakan, ia akan bergerak ke rahim untuk penempelan. Progesteron berperanan menyediakan rahim untuk proses kehamilan ini. Sebaliknya jika kehamilan tidak berlaku, corpus luteum akan mati dan hormon progesteron menurun. Sistem reproduksi wanita akan mula bersedia untuk kitaran haid seterusnya.Lapisan tisu rahim (endometrium) akan mula terlerai dan pendarahan haid berlaku



CARA MENGETAHUI WAKTU SUBUR


1. Pengiraan mengikut kitaran haid  
Sekiranya anda mempunyai kitaran haid yang tetap, secara saintifiknya anda boleh menganggarkan waktu subur dengan membuat pengiraan mudah. Katakan kitaran haid anda adalah selama 30 hari, anggaran waktu subur anda adalah dengan mengira 12 hingga 16 hari ke belakang.

Ini bermakna anda mungkin subur pada hari ke 14 (30 tolak16) hingga hari ke 18 (30 tolak 12). Pada tempoh ini saintis mepercayai bahawa anda berada dalam tempoh yang hampir dengan ovulasi (pembebasan telur dari kilangnya). 

2. Rembesan mukus pangkal rahim melalui vagina 
Cara ini adalah antara cara yang mudah bagi mengetahui waktu subur anda. Secara umumnya, cecair pangkal rahim yang dihasilkan di sepanjang kitaran haid adalah berubah-ubah dari segi kuantiti dan teksturnya.

Ketika menghampiri waktu subur, rembesan vagina akan bertukar dari warna krim kepada jernih seperti putih telur. Cairan ini boleh dijalurkan, basah dan dalam kuantiti yang agak banyak dari biasa. Rembesan mukus ini akan kembali kepada asal dan mengering selepas ovulasi.

3. Pemantauan suhu badan 
Anda juga boleh mencatatkan suhu badan anda setiap hari dan membuat plot pada carta (graf). Suhu badan yang dimaksudkan adalah suhu badan basal (awal) yang diambil sebaik sahaja anda bangun tidur (sebelum anda meninggalkan katil). 

Gunakan termometer khas untuk suhu badan basal atau termometer digital yang mempunyai beberapa titik perpuluhan. Sekiranya anda mendapati suhu badan naik secara tiba-tiba sebanyak lebih kurang 10 darjah farenheit, kemungkinan besar anda baru sahaja melalui proses ovulasi. 

4. Kedudukan pangkal rahim
Cara ini memerlukan pemerhatian yang berterusan terhadap kedudukan pangkal rahim. Pemeriksaan sendiri dilakukan setiap hari (pada waktu yang sama) dengan memasukkan jari yang bersih ke dalam vagina ketika mencangkung. 

Sebelum waktu subur, pangkal rahim lebih hampir ke bawah (mudah disentuh), akan terasa kering dan padat (seperti menyentuh hidung) dan laluannya agak tertutup. Sebaliknya ketika waktu subur,  pangkal rahim agak tinggi (sukar disentuh), agak lembut (seperti menyentuh bibir) dan lembap dengan laluan yang agak terbuka.

5. Pemeriksaan urin dan darah
Kaedah paling mudah (tetapi tidak murah) untuk mengetahui waktu subur adalah dengan menggunak alat ujian kesuburan yang boleh didapati di farmasi dengan mudah. Sampel air kencing digunakan untuk ujian ovulasi sendiri di rumah.

Sampel darah juga boleh digunakan untuk memantau paras hormon yang menunjukkan ovulasi berlaku. Walaubagaimanapun ujian darah hanya boleh dilakukan di makmal-makmal patologi yang menyediakan perkhidmatan ini.


CARA MENINGKATKAN PELUANG HAMIL DENGAN MENGETAHUI WAKTU SUBUR


Perkara asas yang perlu anda ketahui ialah, telur wanita (ovum) yang dilepaskan semasa ovulasi hanya hidup selama 12 hingga 24 jam sahaja. Sebaliknya  benih lelaki (sperma) boleh hidup sehingga 6 hari di dalam rahim wanita sekiranya keadaannya normal. 

Sebanyak kira-kira 100 juta sperma dilepaskan setiap kali ejakulasi berlaku tetapi dianggarkan hanya 200 darinya yang akan terus hidup hingga ke tiub fallopio wanita. Kekerapan berejakulasi pula akan menyebabkan bilangan sperma dalam setiap milimiter air mani berkurangan. Ini bermakna, kekerapan melakukan hubungan kelamin tidak menjamin peningkatan peluang untuk hamil. 

Tetapi mengetahui waktu yang tepat akan meningkatkan kebarangkalian pertemuan di antara telur wanita dan benih lelaki, seterusnya meningkatkan peluang untuk hamil. Tanpa mengambil kira faktor lain yang mempengaruhi kesuburan, berikut adalah beberapa cara meningkatkan peluang hamil selepas anda mengetahui waktu subur anda :

Sebaik sahaja anda dapat 'trend' waktu subur setiap bulan, anda boleh menjangkakan bilakah waktu subur setiap bulan. Sesetengah pakar reproduktif mencadangkan supaya hubungan seks dilakukan bermula beberapa hari sebelum waktu subur sehingga tiba pendarahan haid seterusnya. 

Elakkan stress dan tekanan di dalam tempoh anda berusaha untuk hamil ini. Jaga kesihatan dan pemakanan selain mengamalkan amalan rohani contohnya istighfar, doa daripada Al-Quran dan sedekah yang dapat membantu meningkatkan peluang untuk hamil. Insya Allah.

Kredit



Hubungi saya untuk mendapatkan suplemen untuk kesuburan yang selamat dan berkesan.

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387

Saturday 23 November 2013

Alfalfa Untuk Masalah Dalaman Wanita

Dalam banyak-banyak vitamin Shaklee tahukah anda bahawa terdapat satu jenis vitamin yang bukan sekadar vitamin biasa? Ia sangat membantu untuk masalah dalaman wanita. Macam jamu fungsinya. Malah lebih hebat lagi. Tahu tak? Tahu tak? 

Kalau belum tahu mari saya kongsikan. Inilah dia. Alfalfa untuk masalah dalaman wanita.


Macam pelik je. Vitamin pun ada macam jamu ye? Betul. Alfalfa atau nama saintifiknya Medicago sativa merupakan Raja Segala Tumbuhan. Ia kaya dengan nutrisi yang kebanyakannya tidak terdapat dalam buah-buahan atau sayur-sayuran. Malah ia telah digunakan sejak 2500 tahun yang lalu untuk pelbagai kegunaan.

Tahukah anda?
10 biji alfalfa Shaklee menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu.

Antara manfaat alfalfa untuk kesihatan dalaman wanita ialah :
  • Mengurangkan keputihan
  • Memulihkan urat selepas bersalin
  • Mengurangkan simptom menopaus seperti hot flashes (mengikut kajian University of Michigan Health System)
  • Mempuyai fungsi seperti kacip fatimah iaitu mengetatkan bahagian intim wanita
  • Mencegah rahim jatuh (prolapse)

Walau bagaimanapun, alfalfa tidak sesuai untuk :
  • Wanita hamil kerana boleh menyebabkan keguguran
  • Pesakit auto-imun seperti SLE

Berikut merupakan testimoni daripada pengguna Alfalfa Shaklee :



TESTIMONI 1
TESTIMONI  2


TESTIMONI 3


TESTIMONI 4


TESTIMONI 5


TESTIMONI 6

Jika mengalami masalah keputihan dan sebagainya yang mengganggu keselesaan anda, inilah masanya yang terbaik untuk mencuba Alfalfa Shaklee. Harganya sangat-sangat murah berbanding kebaikannya. Dan yang paling penting, tak perlu ambil jamu lagi. Dapatkan TIPS EKSLUSIF pengambilan alfalfa melalui pembelian dengan saya. 

Harga untuk 330 biji : RM 53.75
Harga untuk 700 biji : RM 97.50

SMS/Whatsapp 013-924 3387 segera!


Thursday 4 July 2013

Kompilasi Testimoni GLA

TESTIMONI 1 : 
Kesan parut yang ketara akibat penggunaan kosmetik, jeragat yang banyak. Kesan pengambilan Vitamin C, B Kompleks dan GLA yang konsisten, kulit muka menjadi cerah dan jeragat berkurangan dalam tempoh 3 minggu sahaja. 

Kecantikan kulit


TESTIMONI 2 :

GLA membantu mengurangkan gejala menopaus (ekzema) dan kulit lebih lembap. GLA juga membantu mengelak kekeringan di bahagian intim wanita, sekaligus mengembalikan kebahagiaan rumah tangga. Perkara yang perlu diambil perhatian oleh wanita. 

Kebahagiaan rumahtangga


TESTIMONI 3 : 
Masalah haid tidak teratur dan bergantung kepada ubat hormon. Kesan pengambilan GLA : berat badan turun dan kulit muka jadi licin.

Berat badan turun dan kulit muka licin



TESTIMONI 4 :
Pengguna setia GLA masih kelihatan cantik walaupun sudah berumur 52 tahun.

Cantik di usia 52 tahun


Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mengenai produk :

Siti Nor Kamilah

Shaklee Independent Distributor 
ID 885322
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah