Showing posts with label Morning sickness. Show all posts
Showing posts with label Morning sickness. Show all posts

Sunday 1 April 2018

Cara Mengatasi Anemia Semasa Hamil Yang Terbukti Berkesan

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 34: FATIMAH AZZAHRA ISMAIL

MASALAH ANEMIA BERKURANGAN SELEPAS AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya, Fatimah Azzahra Binti Ismail. Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang berumur 1, 4 dan 7 tahun. Saya ingin kongsikan #shakleeeffect yang saya rasai selepas mengamalkan supplement Shaklee secara konsisten selama 4 tahun.

Saya mengalami masalah anemia yang teruk ketika mengandungkan anak pertama dan kedua. Bacaan HB hanyalah 10-11 ketika itu. Sehingga setiap kali mengandung Jururawat akan tampal sticker hijau pada buku merah menandakan ada risiko HB rendah.

Gejala yang saya alami akibat anemia adalah seperti pening, pucat, letih dan lesu semasa hamil dan setelah bersalin. Sebaik melahirkan anak kedua saya mengalami anemia teruk sehingga bacaan HB jatuh kepada 7 sahaja. Saya tidak boleh bangun dari katil selama 2 hari untuk mengelakkan daripada pitam. Doktor hampir mencadangkan untuk membuat transfusi darah.

Pelbagai ikhtiar telah saya lakukan termasuklah pengambilan pil ferrous fumarate, obimin dan iberet folic. Tetapi bacaan HB saya masih rendah. Keadaan alahan yang teruk menyebabkan tahap kesihatan saya lebih teruk kerana saya tidak boleh makan dengan baik.

Saya mula mengambil produk Shaklee sejak menyusukan anak kedua. ketika itu saya mengalami masalah penyusuan ketika bayi berumur 6 bulan. Alhamdulillah setelah berjaya menyusukan anak kedua sehingga 2 tahun setengah, saya mengandungkan anak ketiga. Saya mengambil Set Prenatal Shaklee dan supplement Shaklee yang lain bagi membantu mengatasi masalah alahan dan morning sickness saya. Ketika itulah saya sedar supplement Shaklee telah membantu mengatasi masalah anemia saya.

Vitamin yang saya amalkan semasa mengandung adalah Set Prenatal Shaklee yang terdiri daripada ESP, Omega Guard, Vitalea, B Complex, Vitamin C, Ostematrix, Peppermint Ginger Plus dan Performance Drink.

Alhamdulillah, semasa hamil anak ketiga saya tidak mengalami anemia. Bacaan HB semasa anak ketiga adalah 13 dan ke atas. Saya juga tidak mengalami masalah pening, pucat dan lesu walaupun saya ada masalah alahan yang teruk. Saya dapat menjalankan aktiviti harian seperti biasa semasa mengandung. Jururawat bertugas memeriksa kesihatan semasa mengandung agak hairan juga sebab saya dikategorikan berisiko anemia daripada sejarah mengandung sebelumnya. Tapi tidak untuk kandungan kali ini.

Selepas bersalin, saya juga tidak mengalami masalah pitam akibat anemia. Sebaliknya saya lebih sihat dan segar berbanding sewaktu berpantang anak pertama dan kedua. Saya sendiri terkejut kerana saya boleh berulang-alik dengan sendiri ke Nursery Room untuk menyusukan bayi, sedangkan baru 2 hari melahirkan bayi.

Saranan saya kepada ibu-ibu dan bakal ibu di luar sana, kita boleh berikhtiar untuk berikan nutrisi terbaik untuk bayi di dalam kandungan. Mulakan mengambil supplement sejak sebelum hamil untuk mengisi kekurangan nutrisi harian kita. Kita sediakan tubuh yang sihat supaya bayi dalam kandungan dapat nutrient secukupnya. Selain itu kita lebih positif, segar dan ceria semasa hamil sehinggalah melahirkan bayi.

Saya bersyukur sangat bertemu dengan Shaklee. Saya masih meneruskan pengambilan supplement Shaklee semasa berpantang, menyusu dan sehinggalah sekarang bayi saya telah berumur 1 tahun 7 bulan.

Saya sangat berpuas hati dengan Set Prenatal Shaklee dan saya sangat menyarankan ibu-ibu yang mengalami masalah Anemia semasa hamil untuk mencuba set ini. Alhamdulillah. Terima kasih Shaklee.

Wednesday 30 September 2015

10 Kebaikan Susu Soya Untuk Ibu Hamil

Semasa hamil, protein yang diperlukan oleh wanita hamil meningkat kepada 50% melebihi keperluan wanita yang tidak hamil. Ia memberi manfaat yang sangat penting untuk kedua-duanya : ibu dan bayi dalam kandungan. 

Suplemen protein Shaklee ialah ESP yang dihasilkan daripada kacang soya yang tidak diubah suai secara genetik (non-GMO).  

Susu soya merupakan sumber protein terbaik selain daging, ikan dan susu lembu. Mungkin ramai yang tertanya-tanya. Bolehkah ibu hamil mengambil susu soya atau ESP ni? 

Mari kita lihat kebaikan susu soya ESP untuk ibu hamil dan bayi dalam kandungan :

1) Mengandungi 9 asid amino penting yang diperlukan oleh manusia yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh. 

Dengan pengambilan ESP iaitu protein yang mencukupi, sel-sel tubuh ibu dapat menjalankan fungsi dengan sebaiknya. Begitu juga dengan janin. Sel-sel tubuh janin akan terbentuk dengan sempurna dan dapat mengelak daripada berlakunya sebarang kecacatan. 

2) Sesuai untuk masalah alahan laktosa (lactose intolerance)

Ada ibu hamil yang mengalami masalah lactose intolerance yang langsung tidak boleh mengambil susu atau produk tenusu yang mengandungi laktosa. Manakala ESP tidak mengandungi laktosa. 

3) Mengatasi masalah keletihan

Antara masalah utama semasa hamil ialah keletihan. ESP dapat membekalkan tenaga segera untuk ibu hamil. Untuk mendapat kesan yang optimum, cara pengambilannya mestilah mengikut saranan.

4) Mengurangkan rasa lapar

Semasa hamil ibu biasanya akan kerap berasa lapar. Dengan mengambil ESP ia membantu memberi rasa kenyang dan seterusnya mengurangkan keinginan untuk makan banyak. Ia sangat bermanfaat terutamanya untuk ibu hamil yang mengalami berat badan yang berlebihan semasa mengandung dan juga kencing manis semasa hamil.

5) Membantu mengawal paras gula dalam darah.

ESP merupakan suplemen dengan indeks glisemik yang rendah iaitu 39. Protein soya dalam ESP membantu mengawal paras gula darah. Jadi ia membantu mengelak dan mengawal kencing manis (GDM).

6) Untuk perkembangan otak bayi

Protein sangat penting untuk membina otak bayi terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga. Kekurangan protein akan menjejaskan perkembangan mental bayi. Selain itu, ia perlu untuk menghasilkan sel darah merah yang mencukupi. 

7) Membantu mengurangkan morning sickness

Ibu hamil yang mengalami morning sickness digalakkan mengambil protein. Protein ternyata membantu mengatasi masalah ini.

8) Elak keguguran berulang

Antara sebab berlakunya keguguran ialah kerana perkembangan janin yang tidak sempurna. Pengambilan protein yang mencukupi dapat mencegah perkara ini dari berlaku. 

9) Bantu kuatkan rahim

Ada juga wanita yang sukar untuk hamil kerana masalah rahim yang lemah. Rahim lemah kerana sel-sel tubuh rosak.

10) Mencantikkan kulit dan elak stretch mark

Ibu yang mengambil jumlah protein secukupnya akan mendapat kesan yang positif untuk kulit kerana protein dapat mencantikkan kulit. Begitu juga dengan bayi. Selain itu, ia dapat mencegah daripada terjadinya stretch mark. 





Kamilah
Pengedar Sah Shaklee
SMS/Whatsapp 013-924 3387

Monday 18 May 2015

Testimoni Set Mengandung Shaklee : Kurang Morning Sickness dan Tiada Masalah Kebas Kaki

Salam. selalu baca testimoni dari geng GBS ni. harini saya nak share pula testimoni dari saya. Saya start makan shaklee ni masa mengandungkan anak yang kedua. Masa mengandungkan anak yang pertama, alah saya memang teruk. sampai muntah-muntah yang kuning tu. memang pahit sungguh. 

Anak yang kedua ni saya kena juga, tapi tak lama, sebab kakak saya suruh try set trial EU Four Set tu (B-Com , Vita C, Vitalea & Ostematrix). Alhamdulillah kurang sikit Morning sickness. yang paling berbeza masa mengandung anak pertama dan kedua ni ialah masalah kebas--kebas di kaki. memang lansung tiada. 

Terima kasih pada kakak saya sebab kenalkan shaklee ni. ikutkan saya ni memang malas makan ubat. tapi bila dah ada kesan yang positif, Alhamdulillah saya tetap teruskan makan shaklee ni. Sekarang ni pon saya masih teruskan makan shaklee sebab memang sangat-sangat serasi dengan saya.




Untuk pertanyaan dan order hubungi :

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387