Showing posts with label Vitamin rambut gugur. Show all posts
Showing posts with label Vitamin rambut gugur. Show all posts

Monday 6 August 2018

9 Makanan Yang Dapat Melebatkan Rambut

Bila menghadapi masalah rambut gugur dan semakin menipis, terdapat macam-macam petua yang kita boleh amalkan. Selain syampu, tonik rambut atau apa sahaja rawatan untuk rambut gugur, terdapat juga makanan yang dapat melebatkan rambut dan mencegah rambut gugur. Makanan-makanan ini kaya dengan nutrisi yang diperlukan untuk rambut yang sihat dan seterusnya dapat melebatkan rambut

9 makanan yang dapat melebatkan rambut tersebut ialah :




#1. IKAN SALMON
Ikan salmon mengandungi protein yang dapat menguatkan rambut dan omega 3 yang dapat mengurangkan inflamasi yang menyebabkan rambut gugur dan dapat melembapkan kulit kepala. 

#2. TELUR
Rambut terdiri daripada keratin, dan keratin diperbuat daripada protein. Diet yang kaya dengan protein merupakan cara yang paling berkesan untuk merangsang pertumbuhan rambut dan mengurangkan rambut gugur. 

Telur tinggi dengan vitamin B12 dan protein yang dapat menembusi akar dan folikel rambut. Selain itu, telur juga kaya dengan 4 mineral penting iaitu zink, selenium, sulfur dan iron. Iron penting kerana membantu mengangkut oksigen kepada folikel rambut. Kekurangan iron merupakan faktor utama rambut gugur. 

Telur juga mengandungi biotin, iaitu nutrien yang penting untuk pertumbuhan dan rambut yang sihat. Biotin terkandung dalam telur kuning. 

#3. BAYAM
Bayam kaya dengan beta karoten, iron, vitamin C dan asid folik yang dapat menyihatkan folikel rambut dan dapat mengekalkan kolagen yang terkandung dalam rambut. 

#4. UBI KELEDEK
Ubi keledek kaya dengan beta karoten yang merupakan antioksidan. Beta karoten ditukar kepada vitamin A oleh tubuh. Kajian menunjukkan vitamin A membantu menghasilkan sebum, minyak semulajadi yang melindungi kulit kepala. 

#5. YOGURT 
Yogurt kaya dengan protein dan vitamin B5. Vitamin B5 bagus untuk pertumbuhan rambut. Selain itu, yogurt juga mengandungi nutrien lain seperti lemak, vitamin dan karbohidrat yang juga dapat menyokong pertumbuhan rambut. 

#6. DAGING
Daging bagus untuk mencegah rambut gugur kerana mengandungi iron yang mudah diserap dan dapat menyihatkan folikel rambut. Iron memudahkan penyerapan nutrien lain oleh folikel rambut. Ia mengandungi sulfur yang dapat menggalakkan pertumbuhan rambut baru dengan cara merangsang peredaran darah dan mengurangkan inflamasi yang dapat mengurangkan rambut gugur. 

#7. KACANG SOYA
Kajian menunjukkan kacang soya dapat membantu pertumbuhan rambut kerana spermidin yang terdapat di dalamnya. Kacang soya juga merupakan sumber protein terbaik yang bagus untuk rambut yang sihat dan kuat. 

#8. KACANG WALNUT
Kacang walnut kaya dengan biotin, omega 3 dan vitamin E. Vitamin E membantu melindungi sel daripada kerosakan DNA. Kekurangan biotin dapat mengurangkan rambut gugur. 

#9. TIRAM 
Tiram kaya dengan zink. Kekurangan zink akan menyebabkan rambut gugur dan juga menyebabkan kulit kepala kering dan berkeruping/bersisik. 97% daripada rambut kita terdiri daripada protein. Tiram kaya dengan protein, dan juga iron. 

Jika mengalami masalah berkaitan rambut seperti rambut semakin menipis dan juga gugur, bolehlah cuba amalkan makanan-makanan di atas dalam diet seharian kita. 

Entri berkaitan :


Friday 20 July 2018

Cara Atasi Masalah Rambut Gugur Teruk Dengan Berkesan

Setiap hari jumlah rambut gugur yang normal ialah 50 sehingga 100 helai. Namun bila kita menyedari rambut gugur lebih banyak daripada biasa, ia tidak lagi normal. Kena cepat-cepat cari penyelesaian supaya tidak berlaku kehilangan rambut yang kronik sehingga menyebabkan botak. 

Nourishing Scalp Complex mengandungi formula eksklusif Scalp Health Complex :
  • Vitamin antioksida iaitu A dan E serta Koenzim Q10 melindungi rambut daripada kerosakan akibat radikal bebas dan tekanan persekitaran
  • Bertindak lembut untuk menghasilkan persekitaran yang optimum bagi pertumbuhan rambut
  • Formula tanpa bilas memudahkan penggunaan, malah rambut boleh digayakan mengikut cita rasa anda tanpa mengambil masa yang terlalu lama
  • Tidak menyebabkan rambut melekit atau berminyak
Siapa perlu guna Nourishing Scalp Complex?

1. Semua peringkat umur lelaki dan wanita, semua jenis rambut termasuk rambut yang diwarnakan
2. Untuk yang berambut nipis atau mengalami masalah keguguran rambut
3. Untuk rambut yang rosak
4. Untuk kulit kepala yang gatal, kering dan kelemumur
5. Untuk yang mencari rawatan semulajadi untuk rambut yang lebih lebat dan lebih kuat 





TESTIMONI 1 :

I’m now using the Nourishing Scalp Treatment. I haven’t noticed subtle results, I have noticed tremendous results!! Wonderful improvement! Now, when I shower, as well as before I blow dry, I have little to no hair loss. It’s amazing! I’m almost 46 years sophisticated & unfortunately, thinning hair comes with the territory. I’m literally stopping it in it’s tracks! I have long hair & I have a lot of hair & I’m going to keep it that way! You just apply some drops of this product & massage it into your scalp. 



TESTIMONI 2 :

rambut gugur, rawatan rambut gugur, serum untuk rambut, syampu rambut gugur


Harga Nourishing Scalp Treatment RM 103 termasuk pos.

Beli secara online di E-sell (menggunakan kad kredit atau kad debit sahaja).  
*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. 

Tuesday 17 July 2018

Treatment Untuk Rambut Gugur Yang Berkesan

Rambut gugur merupakan masalah yang biasa kita hadapi, sama ada lelaki atau wanita. Banyak petua tradisional yang boleh digunakan untuk merawat masalah rambut gugur seperti menggunakan santan, kacang hijau, minyak zaitun, minyak kelapa dara dan lain-lain-lagi. Tapi ia bukanlah satu perkara yang mudah untuk mengamalkan petua tradisional tersebut. Nak cari bahan satu hal, nak cari masa untuk buat rawatan tu pun satu hal.

Rambut gugur kalau dibiarkan akan menjadi lebih kronik hingga boleh menyebabkan botak. Tak dapat nak bayangkan jika rambut kita botak terutamanya bagi wanita. Kadang-kadang penggunaan syampu juga memburukkan lagi keadaan, walaupun syampu tu untuk rambut gugur kerana bahan kimia yang terdapat di dalamnya.
Bagi wanita, masalah rambut gugur ini sering berlaku selepas bersalin. Salah satunya berpunca daripada perubahan hormon. Selain itu, stress, penyakit tiroid dan kekurangan nutrisi juga menyebabkan rambut gugur. Salah satu sebab rambut gugur yang jarang kita dengar ialah kekurangan protein.

Rambut diperbuat daripada protein. Bila tubuh kita kurang protein, penghasilan protein tak perlu akan terjejas dan ini termasuklah pertumbuhan rambut. Rambut akan tumbuh semula bila pengambilan protein adalah mencukupi.





Justeru itu, pengambilan ESP Shaklee dapat membantu merawat masalah rambut gugur. ESP merupakan sumber protein daripada kacang soya non-gmo yang paling mudah untuk diambil. Hanya letak dalam air dan terus minum. Pengambilan yang konsisten dapat membantu mengatasi masalah rambut gugur.



Dapatkan TIPS EKSKLUSIF pengambilan ESP dengan setiap pembelian.  


*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.