Sunday 11 December 2016

Cara Tambah Ilmu Mengenai Shaklee

Pertama kali join Shaklee, sudah tentu pengetahuan mengenai nutrisi, suplemen, kesihatan dan bisnes sangat terbatas.

Apa yang Kak Kam buat bila join Shaklee tentunya study info yang ada dalam secret group fb. Study pasal vitamin, study pasal penyakit, study pasal company, macam-macam lagi la.

Selain itu, banyak guna google. Kalau jerawat nak ambil apa. Kencing manis nak ambil apa. Semua tu dah ada sebenarnya. Terpulang pada kita sama ada rajin atau tak je.

Tapi bukan tu sahaja. Beli buku Panduan Nutrisi yang menjadi buku teks bagi Pengedar Shaklee. Study juga buku manual yang terdapat dalam member kit.

Kelas pertama yang Kak Kam hadiri ialah kelas bersama Kak Cery di Kota Bharu. Pengalaman bertemu Master Coordinator dan rakan-rakan Shaklee yang lain buat pertama kali memang best.

Masa tu banyak belajar perkara basic terutamanya cara nak kira bonus dan juga belajar pasal produk iaitu ESP. Serba sedikit ia dapat membuka mata tentang bisnes Shaklee yang sebenar.

Lepas tu, bila ada peluang dan masa je Kak Kam akan pergi ke mana-mana kelas sama ada jauh atau dekat. Pergi bukan sebab upline suruh ke apa. Sebab memang kita sendiri nak pergi.

Sebenarnya tak perlu pergi kelas pun takpe. Sebab hari-hari pun ada perkongsian ilmu di secret group fb, webinar la, yang terbaru-fb live dan macam-macam lagi yang boleh dilakukan secara online.

Cuma bila jumpa face to face aura dia lain macam. Sebab tu la sebolehnya tak nak miss jika ada kelas atau seminar terutamanya Health and Wellness Talk yang diadakan setiap bulan di Shaklee Kota Bharu.

Yang penting sesiapa pun boleh buat bisnes ni. Tak perlu jadi doktor pun. Tapi kalau doktor ianya satu kelebihan. Bila dah suka, sanggup buat apa saja. =)


No comments:

Post a Comment