Showing posts with label Bisnes Surirumah. Show all posts
Showing posts with label Bisnes Surirumah. Show all posts

Monday 20 July 2020

Cara Mula Bisnes Shaklee - Hanya Dari Rumah

Mungkin ramai yang tertanya-tanya. Macam mana ye nak mula bisnes Shaklee? Susah ke? Banyak ke modal yang diperlukan? Kena ada laptop ke? Kena ada internet ke? Atau boleh je guna handphone? 

Jadi hari ini saya akan kongsikan cara mudah untuk mula bisnes Shaklee. Jadi apa yang perlu saya ada untuk mula bisnes Shaklee? 

1. Modal RM 35 sahaja. 

Eh murahnya yuran keahlian Shaklee. Ingatkan ribu-riban. Ya sangat murah. Atau pilihan kedua, boleh join Shaklee dengan modal zero bila buat pembelian produk sekurang-kurangnya RM 400. Tak semestinya pembelian kita sahaja. Boleh juga kumpul order daripada orang lain untuk cukupkan RM 400 tu. Dah boleh daftar ahli secara PERCUMA. 

2. Ada smartphone dan internet. 

Yang ni paling kurang kena ada. Sebab bisnes sekarang kalau tak buat secara online, memang rugi. Bak kata Irfan Khairi. Kalau ada laptop, itu satu bonus. 

Tapi kalau saya takde smartphone dan internet, boleh ke saya buat bisnes Shaklee? 

Jawapannya, tentulah boleh. Bisnes Shaklee juga boleh dijalankan secara offline. Tapi, mungkin agak sukar sedikit berbanding online.  

Apapun, orang lama dalam Shaklee ramai yang berjaya menggunakan pemasaran offline je. Itu bermakna online ke offline ke, semuanya boleh berjaya asalkan kita betul-betul nak. 

Persoalannya, tanya diri sendiri. Saya nak ke mula bisnes Shaklee? 

Kalau nak, boleh hubungi : 



Kamilah Mustapa
Pengedar Shaklee Selangor
Sms/whatsapp : 013-9243387


Monday 2 December 2019

Agen Shaklee Besut

Alhamdulillah saya kini berada di kampung (Alor Lintang) sempena cuti sekolah. Dapat spend masa dengan ummi.

Dapat settle perkara yang sepatutnya. Dan yang paling penting dapat hilangkan craving kepada makanan yang hanya ada kat Besut dan tak sama kat tempat lain contohnya keropok lekor. :)

Ada je jual kat Saujana Utama tapi takleh lawan dengan yang ada kat sini. Lepas ni nak cari roti canai pulak.

Semalam pergi pejabat lama sebab rupanya urusan berhenti kerja belum settle lagi. Terkejut bila dengar berita beberapa staff senior ada yang dah meninggal dunia sebab sakit kronik.

Dan kebanyakan orang lama kat pejabat dah pencen. Ramai juga dah pindah.

Insaf bila dengar berita kematian. Kita sendiri entah bila akan dijemput.


Oh ye. Saya update blog ni guna handphone je. Senang kan?

Kepada orang Besut yang nak dapatkan produk Shaklee boleh contact saya ye.

Kamilah Mustapa
Pengedar Shaklee Selangor
Call / whatsapp : 013-9243387 

Thursday 18 October 2018

Shaklee Is A Gift

Hari ni saya nak berkongsi santai-santai sahaja tentang tajuk kat atas. Kenapa saya cakap 'Shaklee is a gift'? Perkenalan saya dengan Shaklee bermula pada tahun 2012. Masa tu saya masih kerja makan gaji dengan kerajaan. 

Saya sekeluarga duduk di rumah kuarters - bersama suami dan anak. Alhamdulillah kehidupan biasa-biasa je. Cukup-cukup makan. Maklumlah gaji tak besar mana bila dicampur suami isteri. 




Sebenarnya sebelum kahwin lagi saya dah bercita-cita nak jadi surirumah sahaja. Tapi bukanlah surirumah sepenuh masa. Saya nak jadi surirumah dalam masa yang sama seorang businesswoman yang berjaya aka Work at home mom. 

Malah saya juga pernah bercerita dengan ex-boss saya pada masa tu tentang impian saya nak jadi businesswoman ni. Maknanya saya tak akan selamanya bekerja makan gaji di situ. Masa tu saya belum tahu lagi apa yang perlu saya lakukan. 

Saya pernah juga la jual t-shirt muslimah jenama Aqeela Muslimah yang saya suka sangat sebab kainnya tak sama macam t-shirt muslimah yang lain. Melekat kat tubuh dan juga memeri. Saya tak pasti betul ke tak istilah memeri tu. Maksudnya makin lama makin mengecil. 

Jadi berbekalkan sedikit duit simpanan saya pun beli la beberapa helai t-shirt muslimah dan promote kepada rakan sepejabat. Saya juga ada buat sendiri katalog dalam Microsoft Word dan kemudian print. Bukan senang nak jual rupanya. 

Tapi ada juga la yang terjual. Selain itu, saya promote kepada adik-beradik dan saudara-mara. Alhamdulillah ada juga berjaya dijual. 

Saya juga promote di facebook. Daftar facebook pun semata-mata sebab nak buat bisnes ni la. Masa tu facebook masih baru lagi. Tak semua orang ada facebook berbanding sekarang. 

Tapi nak jual pakaian ni bukan senang sebenarnya. Orang lebih suka jika benda tu ada depan mata. Jadi cuma beberapa kali je saya order. Lepas tu dah tak buat sebab takde modal untuk dipusingkan. Yelah barang tak terjual. Tak pulang modal. Macam mana la nak roll balik. 

Sampai sekarang pun t-shirt tu pun masih ada lagi. Nak sedekah kat orang pun mereka taknak sebab tak sama saiz. So lesson learnt. Bisnes pakaian kena ada modal yang besar. At least ribu-ribu. Well, bukan senang nak senang. 

Kemudian bila dah kenal Shaklee saya sangat tertarik sebab bisnes ini boleh dijalankan dari rumah sahaja. Modal nak bermula pun tak banyak. Hanya RM 65.00 sahaja. Memang jauh berbeza la dengan typical MLM. 

Yang paling saya suka sekali ialah bila buat bisnes Shaklee ni, dah la buat dari rumah je, of course dapat TIME FREEDOM. Inilah menjadi faktor utama kenapa saya mula bisnes Shaklee walaupun pada asalnya hanya daftar ahli untuk guna produk je. 

Saya dah pun berangan-angan nak berhenti kerja. Buat bisnes Shaklee sepenuh masa di rumah. Boleh masak sendiri untuk keluarga. Tak perlu beli di kedai. Boleh jaga anak sendiri. Boleh hantar dan ambil anak dari sekolah sendiri. Macam-macam lagilah. 

Bestnye bisnes Shaklee ni tak tahu nak gambarkan macam mana. Dahla produk selamat, berkesan dan semulajadi. Tak perlu risau ada bahan kimia berbahaya ke apa. Halal pulak tu. 

Boleh buat kat rumah. Tak perlu tinggal anak. Tak perlu menjual dari rumah ke rumah. Tak perlu berpanas berhujan. Tak perlu sewa kedai. Tak perlu ambil pekerja. Tak perlu modal berpuluh ribu. Tak perlu simpan stok. Tak perlu pinjam duit berpuluh ribu untuk modal. 

Pengeposan Shaklee yang uruskan. Bisnes guna handphone atau laptop je. Bisnes secara online je. Boleh dibuat part time. Tak perlu fikir tentang R&D produk, hanya buat marketing. 

Bisnes yang patuh syariah. Pelan pemasaran yang adil, siapa buat dia dapat. Bukan mengkayakan upline je. Percutian 5 bintang dalam dan luar negara. Modul dan latihan disediakan. Tiap-tiap bulan ada kelas di branch. Unlimited income. 

You name it. Semua ada dalam Shaklee. Boleh kata hampir perfect. Dan yang paling penting sangat sesuai dijalankan oleh wanita tak kira surirumah atau pun bekerja. 

Ya Allah memang tak tau nak cakap la. Senangnya bisnes Shaklee ni berbanding bisnes lain di luar sana. Takde kut bisnes macam ni kat luar sana tu. 

Kalau bisnes Shaklee yang boleh dikatakan senang ni pun tak boleh berjaya, jangan mimpi nak berjaya dalam bisnes lain yang lebih susah, yang lebih mahal modal, yang perlu buat dari a sampai z. Ini yang saya pegang. 

Sebab tu la saya kata Shaklee is a gift. Jadi rugi sangat jika anugerah yang saya dapat ni saya tak share dengan orang lain. Mungkin ramai lagi di luar sana tercari-cari peluang untuk tambah income. 

Mungkin ada yang diberhentikan kerja dalam keadaan ekonomi gawat macam ni. Mungkin ada surirumah yang nak mula bisnes sebab nak bantu suami. Mungkin ada anak yang nak cari income lebih untuk dikirimkan kepada mak ayah di kampung yang dah tak larat nak bekerja. 

Tak kiralah apa pun alasan, peluang itu anda boleh dapat dengan Shaklee. Jika anda sedang mencari income tambahan sama ada secara part time atau sepenuh masa, Shaklee merupakan bisnes yang paling tepat untuk anda. 

Saya tidak menjanjikan bulan bintang. Tapi jika anda ingin peluang untuk ubah kehidupan kepada yang lebih baik, inilah masanya. 

Usah bertangguh lagi. Hubungi saya hari ini juga. 



Friday 13 July 2018

Bila Saya Mula Bisnes?

Bila mula bisnes?

Saya tak la banyak pengalaman bisnes. Mula pun dah agak lewat iaitu masa belajar kat u dulu.

Antaranya jual makanan dan juga join MLM macam Sureco dan Zhulian. Masa tu tak tahu apa-apa. Main redah je.

Atau boleh dikatakan hanya menjadi pengguna produk MLM tu. Bukan buat bisnes pun. Beli kopi banyak kotak, tapi end up diri sendiri guna.  🤣

Saya pun tak sure dari mana minat nak buat bisnes tu bermula. Mungkin daripada pembacaan kut.

Keluarga saya pun tak ramai yang buat bisnes. Boleh dibilang dengan jari. Ramai yang kerja cikgu termasuklah ummi dan arwah abah.

Masa tu saya pun tak pasti apa cita-cita saya. Mungkin cikgu kut. Sebab saya takde satu kerjaya yang betul-betul saya idamkan. Yang saya impikan siang dan malam.

Sehinggalah tahu tentang bisnes. Macam best je. Dari situlah saya pasang niat untuk jadi businesswoman yang berjaya.

Lepas habis u, tak dapat kerja. Tanam anggur beberapa tahun jugak la. Sempat la ada kebun sayur belakang rumah yang mengeluarkan hasil. Sambil jadi driver ummi.

Bukan saya je tak dapat. Ramai juga kawan yang sama course pun tak dapat kerja.

Ramai yang apply KPLI. Tapi saya tak. Sampai pakcik saya tanya kenapa tak apply. Sebab tak minat la saya jawab.

Bukan memilih. Tapi saya dah ada pengalaman jadi guru ganti (GSTT) selama sebulan (je) di daerah Setiu. Masa tu arwah abah kat PPD Setiu. Ingat-ingat lupa dah. And i think this is not for me.

Saya kagum dengan anak-anak muda yang belum habis sekolah pun dah ada bisnes yang berjaya sebab saya mula agak lewat. 20-an kira agak lewat la.

Tapi untuk kawan-kawan yang mungkin rasa dah berumur dan dah terlambat nak buat bisnes, tiada istilah terlambat sebenarnya.

Selagi kita masih bernyawa, peluang tu tetap ada. Yang penting mula. Jika ada impian tersebut.

#mystory
#notabisnesKakKam
#TeamEndeavor






Atau untuk order dan pertanyaan hubungi Kamilah : whatsapp 013 924 3387.   


Tuesday 5 June 2018

Bisnes Online Tanpa Modal Untuk Tahun 2018 Yang Pasti Menguntungkan

Sekarang bisnes bukan suatu perkara yang asing lagi dalam masyarakat kita. Dulu tak ramai orang yang terlibat dengan bisnes. Sekarang, boleh dikatakan 1 orang 1 bisnes. Macam saya, saya fokus kepada bisnes Shaklee sahaja. Tiada bisnes lain. 

Tapi nak pilih bisnes apa bukan suatu perkara yang mudah. Silap pilih, rugi. Ada orang kata, pilih bisnes berdasarkan minat. Mungkin betul. Tapi ada juga orang buat bisnes yang dia minat tapi tak berjaya. Semuanya tu terletak pada diri masing-masing. 

Jika dilakukan dengan sungguh-sungguh, kerja yang kita tak minat pun akan berhasil. Jika buat dengan bersungguh-sungguh serta berdisiplin, insyaALLAH pasti berjaya. 

Ramai yang bertangguh untuk memulakan bisnes kerana tiada modal. Itulah halangan paling besar. Mungkin ramai yang tahu, bisnes tanpa modal dah banyak sekarang. Lebih-lebih lagi dengan kemudahan teknologi dan internet sekarang. Semuanya menjadi lebih mudah. 

Untuk tahun 2018 ni, bisnes apa yang boleh dilakukan secara online tanpa modal tapi menguntungkan? Kenapa bisnes online? Kerana ia boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja hanya bermodalkan smartphone atau laptop dan juga talian internet. 

Jadi hari ni saya nak share tentang bisnes yang saya jalankan iaitu bisnes Shaklee. Saya memulakan bisnes Shaklee semasa saya masih bekerja. Sebelum itu, saya tercari-cari bisnes apa yang saya boleh jalankan dari rumah sahaja. Sebab, impian saya adalah untuk menjadi work at home mom. 

Saya ambil produk Shaklee untuk masalah keletihan yang saya alami. Bila dah cuba dan dah rasai kesannya, terus jatuh cinta. Lama-kelamaan bila baca sharing mentor-mentor dalam Shaklee (group facecook), baru saya tahu bahawa bisnes Shaklee boleh dijalankan dari rumah secara online. Tak perlu kedai pun. Wow! Inilah yang saya cari-cari selama ini. Apa lagi, terus saya daftar jadi ahli dan secara rasminya bergelar Shaklee Independent Distributor.

Berapa pelaburan untuk join bisnes Shaklee ni? Hanya RM 75. RM 65 untuk pendaftaran dan RM 10 untuk kos pos. Tak perlu buka kedai. Tak perlu modal berpuluh ribu. Tak perlu gajikan pekerja. Tak perlu sewa kedai. Boleh buat dari rumah je. 

Juga boleh dibuat secara part time atau pun fulltime. Tak perlu berhenti kerja untuk buat bisnes Shaklee. Tapi dengan income Shaklee insyaAllah boleh berhenti kerja. Again, jika dikerjakan bersungguh-sungguh. 




Nak jadi ahli Shaklee dan mula bisnes online?


Saturday 24 February 2018

Bisnes Yang Sesuai Untuk Surirumah : Hanya Menggunakan Handphone dan Internet

Sekarang ni boleh dikatakan semua orang ada handphone atau lebih tepat lagi smartphone dengan internet. Kalau takde tu memang pelik la.



Tak macam dulu. Sekarang smartphone dah jadi satu keperluan. Macam makan dan minum. Tak boleh nak hidup kalau takde handphone. Betul ke?

Ya masih boleh hidup tapi rasa macam something missing la. Tambahan pula handphone yang murah pun dah boleh guna internet.

Nak tahu apa yang boleh kita buat bila ada kedua-dua ni : handphone dan internet? Ya. Semestinya jawapannya ialah kita boleh buat bisnes online.

Dulu bila sebut bisnes mesti kita terbayang modal yang banyak, sebuah kedai atau premis, pekerja, dan macam-macam lagi. Tapi tidak lagi sekarang.

Kalau ada handphone tapi takde internet pun masih lagi boleh mula bisnes. Masih boleh guna internet di cyber cafe atau pun Pusat Internet 1 Malaysia. Mudahnya bisnes online kan?

Kalau kita surirumah dan memiliki kedua-duanya, memang rugi jika tak mula bisnes online.

Daripada scroll newsfeed fb atau layan youtube, baik kita spend masa untuk mula bisnes. Dapat juga tambah pendapatan.

Siapa yang untung bila kita ada income sendiri? Kita juga yang untung.

Tapi nak bisnes apa? Sebenarnya terlalu banyak peluang bisnes. Nak ke tak nak je. Yang paling mudah dan bermodal rendah tentunya bisnes Shaklee.

Selain handphone dan internet, apa lagi yang diperlukan untuk mula bisnes Shaklee?

Hanya dengan pelaburan sebanyak RM 80.00. Kita dah boleh buka kedai online kita sendiri tanpa premis, kedai yang perlu dibayar sewanya, pekerja yang perlu dibayar gaji dan lain-lain lagi.

Kalau tak boleh spend masa berjam-jam untuk bisnes, paling kurang 1 jam pun dah memadai. Mungkin 1 jam yang biasanya kita guna untuk tengok drama tv3 petang-petang.

Atau mungkin 1 jam yang biasanya kita guna untuk scroll newsfeed fb. Ataupun 1 jam yang kita guna untuk tidur. Dengan syarat konsisten.

Tapi kalau nak income besar sudah tentu kita mesti spend lebih banyak masa untuk bisnes.

Nak mula bisnes Shaklee tapi masih ragu-ragu? Whatsapp saya - Kamilah 013 924 3387. Saya sedia membantu.

Monday 5 December 2016

Bisnes Yang Sesuai Untuk Surirumah Tanpa Modal Yang Tinggi


Sekarang zaman dah berubah. Masa dulu para suami yang membanting tulang bekerja. Isteri hanya duduk di rumah menjaga anak-anak. Sekarang kalau nak buat macam tu alamatnya dapur tak berasap la kut. Kecuali suami bergaji besar atau memang orang kaya.

Sekarang dua-dua suami isteri perlu bekerja untuk menjalani kehidupan yang selesa. Yang menjadi surirumah untung sangat jika suami mampu sediakan segala keperluan.

Tapi macam mana jika pendapatan suami masih tidak mencukupi tapi tak tahu nak buat apa. Terlebih dahulu Kak Kam nak cerita la tentang bisnes yang satu ni iaitu bisnes Shaklee.

Modal yang diperlukan untuk buat bisnes ni hanyalah RM 68.90. Tak sampai seratus pun. Kalau nak keahlian percuma pun boleh. Beli produk dengan harga RM 800 dan kita dah menjadi ahli yang sah.

RM 800 banyak sangat? Tak semestinya semua produk tu kita guna sendiri. Boleh juga kumpul order daripada kawan-kawan untuk mencukupkan jumlah tu. 4 orang beli RM 200. Atau cari 8 orang yang nak beli RM 100. Senang kan?

Bila dah jadi ahli takkan kita tak nak try produknya kan? Shaklee ada macam-macam produk untuk semua golongan - kanak-kanak, orang dewasa dan orang tua. Juga ada macam-macam set kesihatan.

Bila kita dah makan produk dan merasai kesannya, tugas kita hanya share kebaikan produk tu dengan orang lain. Sama ada secara online atau offline. Senang ke susah?

Dalam bisnes ni juga kita akan dibimbing dari a hingga z. Inilah salah satu kelebihan buat bisnes Shaklee. Kita tak keseorangan. Ada support group yang best.

Ingin menjana pendapatan dengan Shaklee? Jika bertangguh akan rugi. Boleh hubungi Kak Kam melalui sms atau whatsapp 013-924 3387.