Showing posts with label Teh hijau. Show all posts
Showing posts with label Teh hijau. Show all posts

Sunday 19 May 2019

Makanan Yang Bagus Untuk Pesakit Kanser

Walaupun kanser boleh terjadi disebabkan keturunan, ia bukanlah faktor utama. Pemakanan merupakan faktor utama yang menyebabkan kanser.  Pemakanan, cara hidup dan stress lebih menyumbang kepada kanser daripada faktor keturunan. Oleh sebab itu, apabila disahkan menghidapi kanser, cara pemakanan hendaklah diubah. Biasanya doktor hanya memberi garis panduan asas tentang pemakanan, tiada pantang-larang.

Maklumat tentang makanan yang bagus untuk pesakit kanser ni saya rujuk dalam buku Kanser Payudaraku : Perjuangan dan Kesedaran oleh Dalilah Tamrin. Penulis merupakan bekas pesakit kanser payudara. Berikut merupakan antara makanan yang bagus untuk pesakit kanser :




1. Bawang Putih

Allicin dalam bawang putih membuatkan badan kita mempunyai imun yang tinggi untuk melawan bakteria tanpa memberikan kesan sampingan yang berat. Mungkin hanya peluh yang berbau ataupun bau nafas yang menjadi kuat apabila banyak makan bawang putih. Jadi, mengambil beberapa ulas atau beberapa biji kapsul bawang putih dapat membantu sistem imun kita daripada rosak. Bawang putih dapat memperlahankan atau mematikan sel kanser termasuklah di perut, pundi kencing, prostat dan kolon. Bawang putih juga amat tinggi dengan antioksidan, vitamin A, vitamin C, karotena dan selenium. Antioksidan sangat diperlukan untuk membantutkan atau melindungi sel badan daripada menjadi kanser.

2. Kobis

Kobis pula merupakan sayuran yang mudah didapati. Kobis sebenarnya mempunyai phytochemicals yang dipanggil Indola. Indola ialah penentang kanser yang paling bagus. Kimchi merupakan salah satu makanan yang mengandungi kobis yang bagus untuk diamalkan oleh pesakit kanser.

3. Bawang Merah 

Bawang merah mengandungi tidak kurang 50 phytochemicals. Maka dengan mengambilnya dalam menu harian akan membawa kebaikan untuk sistem imun badan kita. Bawang merah tinggi dengan quecertin dan juga anthocyanin. Anthocyanin membantu quecertin dalam ‘memakan’ dan memusnahkan radikel bebas yang menyebabkan kanser.

4. Buah-buahan Sitrus Dan Lemon

Buah-buahan sitrus dan lemon mengandungi monoterpena, iaitu salah satu phytochemicals yang boleh menentang kanser. Sebab itulah untuk pulih daripada kanser atau melindungi badan daripada kanser, kita digalakkan untuk mengambil buah-buahan sitrus.

5. Teh Hijau

Teh hijau kaya dengan antioksidan yang dikenali sebagai polyphenols. Polyphenols ialah agen-agen aktif perlindungan daripada penyakit jantung dan kanser. Kajian perubatan menemui bahawa teh hijau melindungi saluran darah dan membantutkan pertumbuhan kanser. Teh hijau kini dikenali sebagai penentang kerosakan akibat radikel bebas kerana teh ini mempunyai antioksidan termasuk cathecins. Cathecins dikenal pasti dapat menurunkan paras kolesterol dan pembekuan darah yang boleh menyebabkan terjadinya strok.

6. Sayur-sayuran Cruciferous

Sayur-sayuran cruciferous seperti kobis, brokoli, kobis bunga (cauliflower) atau sengkuang ialah beberapa contoh sayuran yang kaya dengan agen antikanser. Dalam tempoh pulih daripada kemoterapi, cuba sediakan sayur bening iaitu dengan merebus bawang putih dan bawang merah yang telah dimayang bersama-sama kobis, brokoli, kobis bunga dan cendawan tiram beserta garam secukup rasa. Mengukus merupakan pilihan yang paling bagus dalam memastikan zat dan khasiat makanan tidak terlarut atau hilang.

7. Minyak Ikan

Minyak ikan juga memainkan peranan dalam menentang kanser terutamanya kanser payudara. Oleh itu, menyajikan ikan dalam  hidangan harian dapat membantu menghalang pertumbuhan beberapa jenis kanser lain juga. Sebaiknya ikan dikukus atau direbus untuk mengekalkan kandungan minyak Omega 3 ini. Ikan sardin (bukan yang ditinkan), tenggiri dan cencaru sangat kaya dengan minyak Omega 3. Ikan-ikan ini juga mudah didapati. Minyak Omega 3 ini sebenarnya dapat membantutkan atau merencatkan petumbuhan kanser. Selain itu, ikan-ikan ini juga boleh mengelakkan Thrombotic Stroke (stroke akibat darah beku dalam otak) dan Embolic Stroke (stroke akibat darah beku pada anggota badan yang lain).


Artikel berkaitan :

Berhenti Merokok Untuk Cegah Kanser Paru-paru







 

Kamilah Mustapa
Pengedar Shaklee Selangor
Call / whatsapp : 013-9243387 

Sunday 11 March 2018

Teh Hijau Untuk Kurus Yang Paling Berkesan dan Dapat Memberi Tenaga


Bila sebut teh hijau, tak dapat tidak mesti kita kaitkan dengan nak kurus. Teh hijau = nak kurus. Sebenarnya, banyak lagi manfaat teh hijau untuk kesihatan.

Antaranya, dapat meningkatkan sistem imun, mencegah kanser, mengurangkan stress, mengurangkan kadar kolesterol, melancarkan peredaran darah, mengurangkan stress dan anti penuaan.

Teh hijau biasanya kurang digemari kerana rasanya yang agak pahit. Jika dicampur dengan gula, krimer atau susu pekat manis untuk menghilangkan rasa pahit tersebut, tak tercapailah tujuan untuk kurus tu.

Antara banyak banyak teh hijau, teh hijau matcha merupakan teh hijau untuk kurus yang paling berkesan dan dalam masa yang sama ia memberi tenaga.

Teh hijau matcha dilumatkan atau digiling menggunakan batu pengisar sehingga menjadi serbuk yang halus.  Di mana 100% kandungan daunnya digunakan, berbanding teh hijau biasa. Dan tentunya kandungan nutrisinya lebih tinggi berbanding teh hijau biasa.

Teh hijau matcha berbeza berbanding teh hijau biasa kerana kandungan antioksidannya 137 kali ganda lebih tinggi. 1 cawan teh hijau matcha menyamai nutrisi yang terkandung dalam 10 hingga 15 cawan teh hijau biasa.

Teh hijau matcha juga jauh lebih berkesan untuk menurunkan berat badan kerana mengandungi 3 kali ganda EGCG iaitu antioksidan berbanding teh hijau biasa.

EGCG meningkatkan kadar pembakaran lemak dan juga menghalang pembentukan sel lemak baru. Teh hijau matcha meningkatkan kebolehan tubuh untuk membakar kalori daripada 10% kepada 40%.

Kajian menunjukkan senaman sejurus selepas mengambil teh hijau matcha dapat meningkatkan pembakaran lemak sehingga 25% semasa bersenam.

Teh hijau matcha juga mengandungi klorofil yang bertindak sebagai agen detoks. Kandungan toksin yang tinggi menyebabkan ia sukar untuk dibuang daripada tubuh serta menyebabkan kadar metabolisme menjadi perlahan. Ini menyebabkan proses penurunan badan menjadi sukar.

Teh hijau matcha yang murah biasanya daripada China dan mengandungi campuran bahan lain. Manakala teh hijau matcha yang terbaik datang dari Jepun.

Teh hijau Shaklee mengandungi teh hijau matcha yang merupakan teh hijau organik dan juga bebas daripada campuran gula atau bahan-bahan lain. Sebab itulah harganya sedikit mahal berbanding teh hijau biasa.

Selain itu ia juga memberi tenaga sepanjang hari. Cuma pengambilan pada waktu malam perlu dielak kecuali bercadang untuk stay up. Sebab kita akan kekal cergas dan tak mengantuk.

Untuk pertanyaan dan order boleh whatsapp 013 924 3387 (Kamilah). 


Friday 2 December 2016

Produk Shaklee Yang Menjadi Favourite Saya

Ada banyak produk Shaklee yang Kak Kam suka. Bukan hanya 1 produk je. Boleh dikatakan semua la yang Kak Kam suka. Bila dah cuba sekali pasti nak lagi dan lagi. 

Tapi yang satu ni memang lain sikit iaitu Cinch Tea. Kam Kam suka sangat Cinch Tea ni sebab ia membantu untuk menghilangkan rasa mengantuk dan memberi tenaga dengan cepat. 

Rasanya sedikit pahit tapi bila gabungkan dengan madu, lemon, Performance Drinks atau Meal Shakes, memang marvellous. 

Suka ambil waktu petang lepas lunch sebab masa ni bila perut dah kenyang, mata mula la nak tertutup.

Satu lagi suka ambil kalau bangun awal pagi sebelum subuh, untuk elak dari tidur lepas subuh. Dua-dua ni memang waktu kritikal iaitu zon mengantuk.

Cinch Tea ni ada 4 jenis teh (Eksklusif T-lift®) iaitu matcha grean tea powder, red tea extract, white tea extract dan rooibos red tea extract. 

Kak Kam nak cerita manfaat teh hijau matcha dalam Cinch Tea ni. 

1. Anti-aging
Penduduk di Okinawa, Jepun merupakan antara orang yang paling panjang umur di dunia. Rahsianya ialah pengambilan teh hijau matcha. Nak kekal AWET MUDA, amalkan teh hijau matcha.

2. Membantu fokus dan memberi ketenangan.
Sami Buddha telah mengamalkan teh hijau matcha sejak 1000 tahun dahulu lagi untuk kekal alert dan tenang semasa meditasi berjam-jam. L-theanine dalam teh hijau matcha menghasilkan gelombang alpha, memberi kesan ketenangan. 

L-theanine membantu dalam pembelajaran, meningkatkan memori dan dapat mengelak kesan sampingan kafein iaitu bahan semulajadi dalam teh. 

Nak MUDAH MENGINGAT, MUDAH BELAJAR dan DOA MAKBUL (masa dalam gelombang alpha), ambil teh hijau matcha.

3. Membantu dalam menurunkan berat badan.
Teh hijau matcha tiada kalori, dapat meningkatkan metabolisme dan membakar lemak. 

Kajian dalam American Journal of Clinical Nutrition mendapati pengambilan teh hijau matcha boleh meningkatkan thermogenesis (kadar pembakaran kalori badan) dari yang normal iaitu 8-10% daily energy expenditure kepada 25-43% daily energy expenditure. 

Kajian lain menunjukkan exercise sejurus selepas mengambil teh hijau matcha meningkatkan lebih 25% kadar pembakaran lemak.

Nak LEBIH SLIM, ambil teh hijau matcha ye. 

Ni baru satu je manfaat daripada satu kandungan dalam Cinch Tea, 3 lagi boleh Kak Kam sambung lain kali.
Panjang-panjang pun bukan korang baca pun hehe.


Ingin dapatkan produk Shaklee? Sms/whatsapp 013-924 3387 (Kamilah) untuk order dan sebarang pertanyaan.