Wednesday 30 December 2015

Tanda-tanda Kanser Serviks atau Kanser Pangkal Rahim

Kanser serviks atau kanser pangkal rahim merupakan kanser dengan kadar kematian yang tertinggi di Malaysia selepas kanser payudara. Pada peringkat awal biasanya kanser serviks tidak menunjukkan tanda-tanda yang jelas. Ia boleh dikesan di peringkat awal jika menjalani pemeriksaan Pap Smear secara berkala. 

Antara tanda-tanda kanser serviks ialah :
  • Pendarahan haid yang luar biasa 
  • Pendarahan di antara haid
  • Pendarahan selepas menopause/putus haid
  • Rasa sakit pada peranakan
  • Sakit sewaktu 'bersama' dengan pasangan
  • Pendarahan selepas 'bersama' dengan pasangan
  • Lendiran luar biasa daripada vagina 

Jika mengalami salah satu daripada tanda-tanda di atas, cepat-cepat jumpa doktor. Biasanya masalah utama di kalangan kita ialah malu untuk mendapatkan rawatan. Jika dapat dikesan daripada awal, mungkin kanser serviks ini dapat dikawal daripada merebak ke bahagian badan yang lain. Dan seterusnya dapat menyelamatkan nyawa pesakit. 

Jika telah disahkan mengalami kanser serviks, selain mendapatkan rawatan di hospital, pesakit juga boleh amalkan Vivix Shaklee yang telah pun dibuktikan secara klinikal dapat menghalang pertumbuhan sel abnormal yang menyebabkan kanser. 




Vivix mengandungi asid ellagik yang dapat merencatkan sel kanser. Ia sangat berkesan dalam chemoprevention iaitu menghapuskan keperluan kepada kemoterapi.

Kanser memang penyakit yang membawa maut, sekiranya tidak mendapat rawatan awal. Jika ada di kalangan saudara mara atau rakan-rakan yang menghidap kanser, terutamanya kanser serviks, share info Vivix ini kepada mereka. 

Mudah-mudahan perkongsian info ini dapat membantu menyelesaikan masalah mereka dan seterusnya dapat menyelamatkan nyawa. InsyaAllah, kita cuma mampu ikhtiar tapi yang menyembuhkan ialah Allah jua. 


Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee dan order sila hubungi:

 Kamilah 013-9243387



Tuesday 22 December 2015

BUKU DOA

Anda ada impian? Pasti ada. Saya mempunyai terlalu banyak impian dan wishlist.

Sebelum ni, saya tulis doa secara spesifik atas kertas setelah dapat tips ni dari seorang mentor Shaklee. Dan baca list doa ni setiap kali lepas solat 5 waktu. Kertas ni saya bawa ke mana-mana termasuklah ketika bermusafir. Kerana antara doa yang tak ditolak ialah ketika bermusafir. Makin lama makin tebal kertas tu.

Jadi sekarang saya mula tulis doa-doa dalam buku ni pula. Impian saya yang terbesar untuk tahun 2016 ialah menjadi Master Coordinator Shaklee. (Antara cara untuk percepatkan usaha mencapai impian ialah beritahu impian tersebut kepada orang di sekeliling kita termasuklah keluarga dan rakan-rakan).


Antara doa yang bakal dimuatkan dalam buku ini ialah doa yang saya dapat daripada Master Coordinator Shaklee untuk melangsaikan hutang dan memperoleh rezeki yang banyak :

"Ya Allah, berikanlah secukupnya kepadaku rezeki yang halal supaya tidak sampai termakan yang haram, dan perkayakan aku dengan kurniaan-Mu, sehingga aku tidak memerlukan selain daripada-Mu." (Direkodkan oleh Tirmizi dan beliau menjelaskan hadis ini hadis hasan).

Dibaca 100 kali selepas solat tahajud atau bila-bila masa.

Promosi bulan Disember 2015. Beli 2 botol Vivix
untuk dapatkan KEAHLIAN PERCUMA,
POS PERCUMA dan diskaun 5%.

Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee  atau untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
Facebook : Siti Nor Kamilah


Monday 14 December 2015

Manfaat Vivix Shaklee Untuk Hampir Semua Jenis Kanser

Vivix Shaklee merupakan suplemen Shaklee yang premium. Ia juga digelar tonik ajaib kerana dapat membantu dalam menyembuhkan pelbagai jenis penyakit termasuk penyakit kronik. Antaranya, penyakit kanser. 

Kajian menunjukkan resveratrol dalam Vivix mampu menghalang kebanyakan kanser dalam tubuh manusia termasuk kanser payudara, kanser prostat, kanser perut, kanser kolon, kanser pankreas dan kanser tiroid. 

Resveratrol berfungsi melindungi dan membaiki kerosakan DNA (unit yang paling asas dalam tubuh manusia) yang terjadi kepada setiap sel setiap hari. Resveratrol juga dapat meningkatkan sistem imun untuk melawan kanser. 

Selain itu, resveratrol membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan tisu yang rosak terutamanya selepas pembedahan, radioterapi, kemoterapi atau rawatan pembedahan lain. 

Resveratrol juga dapat membantu pesakit menghadapi kesan sampingan rawatan dengan lebih baik dan peluang untuk sembuh juga lebih tinggi. 

Kajian terbaru menunjukkan resveratrol dapat menghalang sel kanser dari menyerang organ-organ, sekaligus mencegah penyakit daripada merebak. 



Jika ada di kalangan saudara-mara atau sahabat handai yang menghidap kanser, usah tangguh-tangguh lagi. Share tentang kebaikan Vivix Shaklee kepada mereka. Mana tahu dengan usaha kita yang kecil ini dapat menyelamatkan satu nyawa. Lebih-lebih lagi nyawa orang yang kita sayang.

 



Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee  atau untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah

ID 885322

SMS/Whatsapp 013-924 3387


Wednesday 9 December 2015

Cara Mudah Untuk Elak Tidur Selepas Subuh Supaya Dapat Masa Ekstra



Antara masalah yang biasa dihadapi dalam kehidupan seharian ialah rasa mengantuk selepas solat Subuh. Ia lebih-lebih lagi berlaku kepada mereka yang bangun awal iaitu sebelum Subuh. Bukan mudah nak elak tidur selepas Subuh.


Bila dah tidur lepas Subuh tu, kadang-kadang terlajak sampai 2,3 jam atau lebih. Kalau digunakan sebaiknya, masa tidur tu dapat digunakan untuk aktiviti-aktiviti lain yang mendatangkan faedah. Rugi sangat bila masa terbuang begitu sahaja. 




Saya juga biasa mengalami kesukaran untuk tidak tidur selepas Subuh. Lebih-lebih lagi bila bekerja sendiri di rumah. Dah cuba baca Al-Quran macam tips yang saya baca, tapi tetap tak jalan. Nak jogging atau exercise, masalahnya tak berapa rajin. 


Baru-baru ni, saya cuba ambil Cinch Energy Tea Mix sebaik sahaja bangun dari tidur atau ketika rasa mengantuk. Alhamdulillah, mata yang tak dapat nak buka jadi segar bugar balik. Taklah 3, 4 jam membazir masa dengan tidur. 




Cinch Tea mengandungi taurina yang dapat meningkatkan metabolisme dan sekaligus memberi tenaga. Ia sesuai diambil oleh semua golongan terutamanya student yang selalu study hingga lewat malam atau selalu mengantuk dalam kelas, orang yang selalu memandu jarak jauh seperti pemandu lori atau bas, atau sesiapa sahaja yang selalu rasa letih, mengantuk dan perlu tenaga ekstra. 


Ia boleh digunakan sebagai pengganti kopi, nescafe, minuman isotonik, soda atau manisan untuk galakkan kecergasan. Malah ia juga membantu dalam mengurangkan berat badan jika diambil secara konsisten. Cinch Tea merupakan salah satu suplemen dalam Set Kurus Shaklee. 
 


Beli sekarang dan dapatkan potongan harga istimewa. Untuk masa yang terhad sahaja. 


Promosi bulan Disember 2015. Beli 2 botol Vivix
untuk dapatkan KEAHLIAN PERCUMA,
POS PERCUMA dan diskaun 5%.


Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee  atau untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387

Saturday 5 December 2015

Jadual Waktu WAHM

Seperti yang saya cerita dalam entry dulu, masa awal-awal jadi WAHM (Work At Home Mother) memang agak kelam-kabut. Masa banyak dibazirkan dengan buat kerja rumah. Masa tu takde jadual waktu khusus pun sebagai WAHM. Ikut sedap je bila nak buat bisnes.  

Bila pergi Seminar Supermommy, sedikit sebanyak saya mula improve dalam mengurus masa. Sebenarnya kalau diikutkan sejak join Shaklee lagi skill pengurusan masa saya dah banyak berubah. Dulu, masa banyak dihabiskan tengok tv, buat kerja rumah dan aktiviti-aktiviti lain yang tak berfaedah pun. 

Lepas join Shaklee, saya lebih menghargai masa. Banyak kerja nak dibuat - update blog, update fb, study, follow up customer, buat order dan macam-macam lagi yang membuatkan saya rasa sayang nak habiskan masa begitu sahaja untuk benda-benda yang tak berfaedah. 

Namun taklah saya berubah 100 %. Selalu jugak buang masa buat sesuatu kerja lama-lama. Dari dulu lagi saya cuba buat jadual setiap hari tapi sayangnya, jarang sangat saya ikut jadual. Susah nak disiplin. 

Baru-baru ni je saya mampu ikut jadual yang saya buat dengan baik. Target saya dalam sehari paling kurang mesti spend masa 8 jam sehari untuk bisnes Shaklee. 

Setelah melalui beberapa fasa perubahan, inilah jadual terbaru saya untuk Disember :

JADUAL WAKTU WAHM

5.00 pagi : 
Solat taubat, solat tahajjud, solat hajat, baca Al-Quran, zikir, basuh baju, solat Subuh, baca surah Yasin

6.00 pagi :
Breakfast

6.15 pagi :
Bisnes Shaklee

7.15 pagi :
Jemur kain, kemas rumah / berkebun / exercise

8.00 pagi :
Bisnes Shaklee 

10.40 pagi : 
Solat Dhuha, zikir

11.00 pagi :
Masak, lunch

12.30 tengah hari :
Rehat

1.00 petang :
Solat Zohor, mengaji, zikir, ajar Khadijah mengaji dan membaca

2.00 petang :
Bisnes Shaklee

4.15 petang :
Solat Asar, baca surah Ar-Rahman

4.45 petang :
Bisnes Shaklee

5.45 petang :
Masak, dinner 

6.15 petang :
Aktiviti outdoor / berkebun

7.00 petang :
Solat Maghrib, ajar Khadijah mengaji, baca Hadis

7.30 malam :
Kemas dapur

8.00 malam : 
Solat Isyak, baca surah Al-Waqiah, zikir

8.30 malam :
Bisnes Shaklee 

11.00 malam : 
Solat Taubat, baca surah Al-Mulk

11.30 malam: 
30 ayat positif
Visualisasi
Tidur

Jadual ni saya adaptasi daripada Master Checklist Shaklee. Jadual ini akan berubah bila saya perlu keluar rumah untuk ke pasar atau pun ada hal lain. There's a room for improvement dan agak tak seimbang tapi buat masa ini saya follow jadual ni dulu. 

Ya Allah jadikanlah aku berdisiplin dan pandai mengurus masa. Berikanlah aku keberkatan masa supaya aku dapat menyelesaikan segala tugas dan tanggungjawabku sebaik mungkin. Amin. 


Promosi bulan Disember 2015. Beli 2 botol Vivix 
untuk dapatkan KEAHLIAN PERCUMA, 
POS PERCUMA dan diskaun 5%. 

Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee 
atau untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387

Tuesday 1 December 2015

Rahsia Makcik Ini Kekal Aktif Walaupun Dah Berumur 73 Tahun

Assalamualaikum w.b.t.

Saya Sabariah binti Abdul Rahman, baru berusia 73 tahun dan mempunyai 4 orang anak (4 lagi telah tiada akibat keguguran ) serta 10 orang cucu.

Sejak remaja, saya sangat mementingkan aspek kesihatan dan apabila memasuki alam pekerjaan saya sangat berdisiplin dalam pengambilan suplemen dari pelbagai jenama. Alhamdulillah, sehingga kini saya tiada masalah kesihatan yang teruk melainkan sakit tulang belakang serta sedikit darah tinggi yang baru sahaja dikesan 3 minggu yang lepas.

Saya mengenali Shaklee di Malaysia semenjak saya masih bekerja di awal umur 30-an, kira-kira pada tahun 1980an. Sehiggalah saya menjadi pengguna tegar semenjak tahun 2012 apabila anak saya Azlinda Ismail mula berdaftar sebagai pengedar Shaklee. Saya bermula dengan Vivix, diikuti dengan SR Vita C, Collagen Powder, Ostematrix, OmegaGuard, Advanced Joint Health Tablet, Carotomax, GLA Complex, Garlic Complex dan beberapa jenis suplemen yang lain.


Sakit sendi yang saya alami semakin berkurang. Rasa berpasir dalam mata turut hilang dengan pengambilan suplemen ini secara konsisten. Saya juga tak menyangka, ramai kawan-kawan menegur jeragat di pipi semakin pudar dan sering berkongsi rahsianya.


Pada tahun 2014, saya berangkat sendirian ke Glasgow untuk melawat anak ketiga dan keluarga yang menyambung pengajian di sana. Penerbangan di awal pagi Hari Raya Aidilfitri membolehkan saya menyambut Aidilfitri di Malaysia, Dubai dan seterusnya di Glasgow! Saya tak lupa membawa Vivix sebagai keperluan utama, SR Vita C dan Omega Guard sebagai pelindung dari selesema memandangkan cuaca yang terlalu sejuk sepanjang masa di Scotland. Tambahan pula saya berada di sana selama hampir 6 bulan, dan saya sentiasa berharap diberikan kesihatan sepanjang pemergian saya.


Awal tahun 2015, Allah berikan saya kesihatan dan peluang untuk saya bercuti dengan anak-anak di Glenshee, bermain salji dan sledge walaupun pada usia begini. Vivix menjadikan saya muda dari dalaman dan itulah usaha saya supaya sentiasa sihat selain berdoa kepada Allah s.w.t.. Vivix mudah dibawa kemana sahaja, ringan dan kecil tetapi padat dengan semua keperluan!


Saya sayang Vivix.


Saya bersyukur diperkenalkan dengan Vivix dan suplemen lain. 

Di usia begini, saya pastinya mahu meniti saki baki usia saya dengan sihat, supaya saya mudah beribadat dan tidak perlu hanya terlantar kesakitan. Pesanan saya, anda yang masih muda, jangan lupa menjaga kesihatan dan konsisten dalam pengambilan suplemen yang berkualiti. Tak lupa pada yang masih ada ibu bapa, elakkan mereka menderita kesakitan di hari-hari emas mereka.


Sekian wink emoticon

Saya sayang Vivix



Promosi bulan Disember 2015. Beli 2 botol untuk dapatkan KEAHLIAN PERCUMA, POS PERCUMA dan diskaun 5%. 

Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee atau untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah

ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387