Saturday 7 November 2015

Resepi Lontong Gerenti Menjadi dan Sedap

Tajuk tak tahan tu. Sebenarnya nak bagitahu yang kalau guna resepi ni memang menjadi. 

Saya ni kan orang Terengganu. Jadi tak biasa atau boleh kata tak pernahlah makan lontong sebelum ni. 

Sehinggalah saya pergi belajar kat Melaka (MRSM Jasin) masa Tingkatan 4 dulu. Dari situlah mula belajar makan. Lama-lama jadi tersuka pulak. 

Bukan lontong je, tempe pun saya start makan kat sana la. Dan sampai sekarang boleh dikatakan tempe dan lontong ni menjadi makanan favourite saya. 

Kat Terengganu ni susah nak cari lontong. Jarang sangat ada dijual di warung atau kedai makan untuk sarapan pagi. Sebab kat sini orang makan nasi dagang, nasi minyak, nasi berlauk dan lain-lain. 

Bila dah pandai buat lontong menggunakan resepi Kak Hanieliza ni, memang resepi ni je lah yang saya guna. Family pun puji sedap. 

Saya suka masak lontong ni time raya especially sebab Ummi saya suka makan. Dah jemu asyik makan nasi minyak untuk raya. Jadi ini memang menu raya di rumah saya. 

LONTONG ATAU KUAH LODEH

Bahan sayuran :
1/2 biji kobis [potong kecil] **
5 batang kacang panjang [potong pendek]
2 biji terung bulat/panjang [potong kecil] **
3 biji kentang [potong kecil] **
1 biji carrot [potong kecil dan pendek]
Tauhu [gorengkan dan potong dadu]
Tempe [potong kecil dan gorengkan]
sengkuang [potong pendek dan kecil] **
cili merah [hiriskan]  **
bawang besar [mayangkan] **
suhun dan fucuk [rendamkan supaya lembut]

Bahan dimesinkan:
5 biji cili merah + cili api sikit
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 tangkai serai
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup

Bahan lain :
1 biji kelapa [amik 5 cawan santan]
250 gm udang basah
minyak [tumis]
garam

Cara :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi.
2. Masukkan udang, santan dan sayuran yg keras dan biarkan sehingga lembut.
3. Bila dah lembut masukkan sayuran lain dan gram.
4. Bila dah lembut dan rasakan garamnya.
5. Hidangkan dengan serunding daging atau rendang ayam dan juga sambal kuah kacang.

NASI HIMPIT

Bahan :
2 cawan beras
6 cawan air
daun pandan
garam
daun pisang

Cara :
1. Basuhkan beras dan masukkan semua bahan kecuali daun pisang dalam periuk biasa atau rice-cooker.
2. Masakkan seperti masak nasi biasa.
3. Bila nampak nasi telah kering masukkan dalam loyang yg dilapikkan daun pisang.
4. Tekan sampai padat dengan potato mash.
5. Lapikkan semula dengna daun pisang dan tindihkan dengan bahan yg berat saperti lesung batu atau periuk kecil yg berisi air.
6. Biarkan semalaman atau 5 -6 jam.
7. Bila dah sejuk potong dan hidangkan dengn kuah lodeh.

NOTA
sekiranya takde daun pisang boleh gantikan dengan plastik biasa.



Yang bertanda ** tu saya tak letak pun. Sebab orang kat rumah ni tak makan. 

Jadi kalau ada kacang panjang atau kacang buncis dan carrot pun dah memadai untuk sayur.

Nasi himpit tu pun beli yang segera je. Kadang-kadang tak letak udang pun tapi still rasa sedap. 

Saya biasa makan dengan sambal ikan bilis dan telur rebus je. Makan dengan serunding daging, rendang ayam atau kuah kacang tak pernah pulak saya try. 

Apa pun kita boleh adjust ikut tekak masing-masing. Jadi takde masalah langsung pasal ni. 

Selamat mencuba!



Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee atau untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387

No comments:

Post a Comment