Showing posts with label Sakit belakang. Show all posts
Showing posts with label Sakit belakang. Show all posts

Wednesday 4 April 2018

Cara Atasi Sakit Lutut dan Sakit Sendi Orang Tua Supaya Boleh Berjalan Semula

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 27: SITI SUHAILA ISMAIL

SEMAKIN BERTENAGA DAN SAKIT LUTUT BERANSUR PULIH DENGAN VIVIX SHAKLEE

Assalamualaikum W.B.T. Anak mana yang sanggup tengok bonda yang mengandung dan melahirkan kami 9 beradik mengadu sakit dan susah untuk bangun pada waktu pagi. Mungkin bonda sangat bekerja keras pada waktu mudanya untuk sara kami adik beradik. Dengan faktor usia yang makin meningkat sekarang, Bonda sering sakit sendi, sakit lutut, sakit belakang, dan selalu kejang kaki waktu pagi.

Kami bawa bonda untuk mendapatkan rawatan di beberapa klinik dan hospital, namun doktor tidak berani memberikan ubat yang tinggi dosnya kerana faktor usia bonda yang dah mencecah 68 tahun. Doktor hanya memberikan ubat tahan sakit yang tahan sekejap sahaja.

Kadang-kadang bonda tidak boleh solat berdiri dan kadang-kadang bonda tidak boleh jalan lama. Paling menyedihkan bonda mempunyai masalah kekuatan otot di bahagian pinggang ke bawah.

Sejak kenal Shaklee, saya sangat gembira melihat perubahan positif terhadap kesihatan bonda dari hari ke hari. Vivix adalah minuman kegemaran bonda yang kaya dgn khasiat. Bonda cakap vivix sedap dan cepat kenyang. Selain itu, bonda juga amalkan supplemen lain seperti Omega Guard dan Ostematrix untuk tambahan kesihatan dalaman.

Selepas 3 bulan bonda amalkan Shaklee dah nampak perubahan pada kesihatan Bonda. Syukur dengan izin Allah bonda semakin sihat, cergas ,boleh berjalan-jalan seperti biasa dan boleh berkebun. Saat bahagia apabila dapat menikmati masa-masa lapang dengan bonda tersayang.

Yang paling penting, bonda semakin awet muda dan berseri- seri walaupun sudah mencecah 68 tahun dan mempunyai 25 orang cucu. Kami sekeluarga yakin dan akan terus ikhtiar dengan Shaklee. Terima kasih Shaklee! Love from us.



ATAU

Untuk order dan pertanyaan hubungi Kamilah : whatsapp 013 924 3387.

Tuesday 17 January 2017

Atasi Masalah Sciatica atau Sakit Saraf Tanpa Pembedahan, Suntikan atau Painkiller

Sciatica merupakan sakit pada saraf sciatic iaitu saraf dari bahagian pinggul hingga ke kaki yang merupakan saraf yang paling panjang dalam tubuh manusia. Antara simptom sciatica ialah :

  • Sakit belakang di bahagian bawah pinggang
  • Sakit bahagian tepi badan atau kaki yang menjadi bertambah buruk bila duduk
  • Sakit peha
  • Kaki atau betis lemah, kebas, rasa mencucuk atau sukar untuk digerakkan
  • Kesakitan yang membuatkan susah untuk bangun, berdiri atau berjalan
  • Rasa macam terkena renjatan elektrik
  • Sakit makin teruk bila batuk atau bersin dan duduk dalam tempoh masa yang lama




Biasanya kesakitan yang dialami hanya pada sebelah tubuh sahaja. Rasa sakit tersebut bermula dari bahagian pinggul sehingga menjalar ke bahagian peha dan betis. Ia mungkin juga berlaku sehingga bahagian kaki atau jari kaki.

Banyak suplemen yang boleh mengurangkan sakit saraf. Kajian moden menunjukkan sakit saraf berlaku disebabkan oleh inflamasi atau radang yang kronik. Apabila radang dapat dikurangkan, kesakitan saraf dapat dikurangkan.

Berdasarkan pengalaman seorang doktor neurosurgeon, pesakit lelaki yang selalu duduk atas wallet yang tebal (di bahagian belakang poket seluar) boleh mencederakan saraf sciatic. Info yang agak menarik.

Dalam buku The Complete Family Guide to Natural Healing oleh Paul Bedson, antara suplemen yang dicadangkan adalah seperti berikut :


Semua vitamin ini ada dalam produk Shaklee : Ostematrix (mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D), VitaLea (multivitamin), vitamin b kompleks dan vitamin E

Selain itu, vitamin C juga penting untuk menguatkan sistem imun dan melindungi saraf sciatic daripada kerosakan kekal. 

Suplemen anti-radang yang boleh diambil pula ialah Garlic dan resveratrol yang terdapat dalam Vivix






Sms/whatsapp 013-924 3387 (Kamilah) untuk order dan sebarang pertanyaan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Wednesday 2 November 2016

Rawatan Alternatif Untuk Kanser Hodgkins Lymphoma Selain Rawatan Hospital

ANAK SAYA SEMBUH DARI KANSER PERINGKAT 4 SETELAH AMALKAN VIVIX


OKTOBER 2016 (SPECIAL EDITION VIVIX)
TESTIMONI 18: SAADIAH ARBAIN


Ini kisah anak saya.  Anak saya disahkan mengidap kanser Hodgkins Lymphoma stage 4 pada usia 10 tahun. Beliau telah sembuh sepenuhnya setelah mengambil Vivix Shaklee. 

Pada usia 10 tahun anak saya selalu mengadu sakit belakang.  Saya dan suami menyangkakan kemungkinan jatuh basikal atau jatuh masa bermain. 




Sakitnya semakin kerap.  Kami bawa ke klinik dan kadang-kadang ke hospital.  Di hospital doktor check ala kadar dan bekalkan Paracetamol sebagai ubat tahan sakit. Biasa la bila makan ubat sakitnya reda.  Lepas tu datang balik. 

Doktor pun tak dapat detect penyakit anak saya.  Sampai satu masa doktor amik darah bagi tujuan ujian dan dihantar ke makmal darah. 

Doktor mengesahkan anak saya ada jangkitan kuman dalam darah. Anak saya menjalani operation kecil untuk mengambil sample di bahagian leher sebelah kiri. 

Setelah beberapa hari dapat result, anak saya disuruh rujuk ke HKL. Sampai di sana kami terus ke Wad Pedriatik kanak- kanak. 

Hati seorang ibu hancur bagai dihiris sembilu apabila doktor Teh Kok Hoi memberitahu anak saya menghidap penyakit kronik tahap 4 dan terpaksa menjalani rawatan kimoterapi. 

Saya dan suami diberi kaunseling supaya tabah menghadapi kemungkinan yang akan berlaku. Suami saya tenang mendengarnya sedangkan saya sudah berbagai-bagai perasaan yang timbul.  Takut,  cemas dan sedih. Rawatan ini 50-50.

Dari hari itu 20 Julai 2011 bermula episod baru dalam hidup saya.  Anak saya di masukan wad KK3 di pedriatik HKL.  

Anak saya menjalani rawatan kimoterapi dan perlukan penjagaan yang rapi.  Pesakit tidak dibenarkan jumpa orang luar kerana ditakuti jangkitan kuman. 

Kami berulang alik ke HKL selama dua tahun. Rawatan kimoterapi selama enam  bulan dan masa selebihnya bagi check up susulan. 

Setelah tempoh dua tahun anak saya disahkan sihat dari kanser tersebut namun doktor menasihati agar kami jaga pemakanannya kerana ditakuti penyakitnya akan berulang semula. 

Yang menyedihkan saya sekarang kos perubatan semakin meningkat. Hospital kerajaan tidak dapat menyediakan kos rawatan bagi penyakit kanser stage 4. Ramai pesakit pergi ke hospital swasta yang menelan belanja yang agak mahal. 

Sepanjang anak sakit, dia cepat down dan cepat terasa. Tapi satu yang saya ingat sampai hari ni. Bila doktor suruh cuti setahun dari belajar untuk menjalani rawatan. Dia kata tak nak jadi orang bodoh sebab takut ketinggalan dalam pelajaran. Dia sangat sedih dengan keadaan dirinya.

Justeru itu saya berusaha mencari supplement  bagi anak saya. Dari satu supplement ke satu supplement tetapi semua tidak sesuai. Dan akhirnya saya temui Vivix Shaklee. 

Alhamdulillah peraturan Allah itu memang cantik.  Apabila anak saya memasuki sekolah form 1 di SMAN Lenggong , anak saya ditukarkan ke hospital Ipoh bagi check up seterusnya. 

Saya sentiasa bekalkan Vivix buat anak saya.  Setelah konsisten ambil Vivix, anak saya disahkan bebas kanser pada 20.07.2016. Satu berita yang menggembirakan.

Alhamdulillah lepas habis rawatan dia boleh skor balik pelajaran yg tertinggal. Yang paling menggembirakan saya Alhamdulillah periksa I'dadi tahun lepas dia dapat mumtaz.

Sekarang anak saya bisa menjalani kehidupan seperti remaja lain. Belajar dan bermain. Malah anak saya turut menyertai aktiviti lasak di sekolahnya. Saya pun tidak perlu risau akan keadaan anak saya ketika tinggal berjauhan dari keluarga. 

Syukur Alhamdullilah.  Terima kasih Allah terima kasih Shaklee.




Atau sms/whatsapp 013-924 3387 (Kamilah) untuk pertanyaan dan order Vivix. 


*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Tuesday 18 October 2016

Cara Merawat Slip Disc dan Prolonged Period

OKTOBER 2016 (SPECIAL EDITION VIVIX)
TESTIMONI 11: NENG ROZIANA
.


[SLIP DISC & PROLONG PERIOD SEMBUH DENGAN AMALKAN VIVIX]
.

Assalamualaikum wbt.

Saya Siti Roziana Bt.Alias, berumur 33 tahun dan merupakan ibu kepada 3 orang cahaya mata. Saya seorang WAHM dan kini menetap di Puchong.
.

Saya seorang yang agak aktif  ketika di universiti dahulu. Bola jaring, kayak dan aktiviti rekreasi lasak menjadi pilihan ketika itu. Pendek kata..jatuh terseliuh, lebam dan injured dah jadi rutin saya. Akibatnya belakang mula rasa sakit hingga ke tapak kaki.
.

Pernah juga saya pergi mengurut kerana kecederaan yang saya alami  tetapi kerana tempat mengurut itu agak jauh dari Universiti itu sekali sahaja  saya kesana. Dan saya pendam sakit itu kononnya tak mahu terlalu memikirkannya dan berharap ia akan baik sendiri suatu hari nanti
.

Tuntutan kerjaya saya sebagai Jurutera Rangkaian  memerlukan saya banyak  keluar pejabat dan pergi ke tempat pelanggan kami. Oleh kerana kerja saya melibatkan pemasangan kabel, perkakasan IT dan  computer..makanya kebanyakan barang itu saya akan angkat sendiri selagi terdaya. Tanpa saya sedari sakit itu datang semula. Paling ketara di bahagian belakang hinggalah ke tapak kaki. Berdenyut-denyut dan sungguh menyakitkan.
.

Jadi apabila saya mula rasa sakit..saya akan makan kan  ubat tahan sakit yang diberikan doctor. Memang lega..namun ia hanya berkesan untuk sementara waktu..

Hendak dijadikan cerita, pada tahun 2013  sakit belakang saya menjadi amat kronik. Sakit hingga saya berjalan mengengkang ke hospital kerana terasa amat perit di bahagian pinggang, punggung dan kaki. Jika saya berjalan seperti orang normal..sepertinya ada sesuatu mencucuk-cucuk belakang dan kaki saya.
.

Suami cadangkan saya refer terus ke pakar Ortopedik kerana keadaan saya yang amat merisaukan nya. Bila sesi soal jawab dengan pakar..pakar menegur saya kerana membiarkan masalah belakang saya yang berlarutan  tidak dirawat sehingga 9 tahun lamanya.Pelik juga katanya saya boleh tahan sakit sebegitu..huhuhu..
.

Beliau menjalankan beberapa ujian dan hasil dari ujian MRI mendapati tulang L4 saya telah terkeluar sedikit atau dalam istilahnya Slip Disc. Kata doctor itulah yang menjadi punca kepada sakit belakang saya selama ini dan ia masih belum di tahap kritikal.
.

Saya ditahan wad selama seminggu dan menjalani beberapa sesi fisioterapi dan ia mendatangkan sedikit kelegaan. Namun kata doctor saya tidak boleh terlalu lasak dan mengangkat benda berat kerana masalah slip disc saya itu. Sedih mendengarnya kerana saya sedar sebagai seorang pekerja/ ibu pasti banyak perkara yang akan terbatas nanti.
.

Disebabkan tuntutan kerja yang agak sibuk ketika itu saya tidak menumpukan proses penyembuhan fisioterapi yang telah dijadualkan doctor, namun saya cuba ikhtiar dengan cara lain yang saya rasa fleksibel dengan diri saya.
Saya  bertanyakan kepada rakan dan juga mencari di internet . Saya lihat ramai orang bercerita tentang  khasiat Vivix yang telah membantu ramai pesakit kronik untuk kembali sihat. Jadi tanpa berlengah lagi...tanpa berkira kira berapa harga sebotol Vivix itu saya terus membeli sebotol Vivix dan juga GLA ( Saya consume serentak dengan Vivix kerana saya turut mengalami masalah prolong period)
.

Awal ambilan saya kena healin crisis yang teruk juga...pening kepala, tak sedap badan, rasa nak demam.. tapi saya tabahkan hati juga untuk habiskan sebotol.
.

Perubahan yang mula-mula saya rasai, apabila Prolong Period saya yang tak berhenti selama 6 bulan (dimana seiring dengan sakit slip disc) berhenti serta merta. (Prolong period ini  tidak tahu apa  puncanya kerana saya disahkan tiada cyst dan fibroid oleh Doctor O&G.)
.

Perubahan ini turut disedari oleh suami. Katanya saya nampak sihat berbanding dulu dan tidak lagi mengadu sakit belakang setiap malam
.

Dan syukur pada anugerah yang tak terhingga dariNya yang saya hamil anak kami yang ketiga.Saya  alahan diawal kehamilan namun tiada sakit pinggang /belakang yang teruk  seperti dua kali kehamilan sebelum ini. Dengan asbab Vivix dan GLA, slip disc dan prolong period saya sembuh.  Badan saya sihat dan segar..malah sentiasa bertenaga. Terima kasih Allah..terima kasih Vivix kerna kembalikan semula nikmat sihat pada diri saya.

Harga Vivix : RM 475
Harga GLA Complex : RM 91.25

Untuk order dan pertanyaan Sms/whatsapp 013-924 3387 (Kamilah).


Tuesday 13 August 2013

Vitamin Untuk Sakit Sendi atau Urat

Q : Apakah Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formulasi proprietary yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi.

Q : Siapakah yang memerlukan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Lelaki dan wanita dewasa yang mencari satu produk semulajadi dalam mengekalkan kesihatan sendi mereka. Orang muda yang mempunyai gaya hidup lasak dan aktif juga boleh memanfaatkannya.

Q : Apakah ekstrak jagung?
A : Ekstrak jagung secara semulajadinya kaya dengan glukosamin yang merupakan gula amino dan merupakan blok binaan utama bagi proteoglikan. Ia digunakan untuk membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sesendi. Glukosamin mengandungi bahan yang juga dijumpai dalam tendon dan ligamen. Ekstrak jagung membantu meningkatkan perlindungan sesendi dan membantu memelihara tulang rawan untuk kesihatan sendi dalam jangka masa panjang.

Q : Apakah Boswellia ?
A : Boswellia merupakan gum resin dari pokok Boswellia Serrata. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia serrata ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.

Q : Apakah yang membuat ekstrak Boswellia dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet istimewa?
A : Ekstrak Boswellia proprietari yang digunakan di dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet bukan sahaja mengandungi asid Boswelik AKBA yang berkepekatan tinggi bagi menyokong keselesaan sendi tetapi juga mengandungi unsur-unsur semulajadi lain dalam resin Boswellia yang berkaitrapat dalam memberikan bioaktiviti yang lebih baik berbanding dengan AKBA sahaja. Tambahan pula, ekstrak Boswellia tertentu ini telah ditunjukkan secara nutrisinya dapat menyokong keselesaaan sendi yang lebih baik berbanding satu ekstrak AKBA yang lebih tinggi.




Q : Bolehkah saya mengambil Shaklee Advanced Joint Health Tablet dan OsteMatrix pada masa yang sama?
A : Boleh. Tiada sebab mengapa anda tidak boleh mendapatkan khasiat kedua-dua product yang dapat menyokong kesihatan sendi anda. Lebih baik lagi anda gabungkan Shaklee Collagen Powder dan VIVIX bagi mengoptimumkan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet.

Q : Bila dan bagaimanakah saya mahu menggunakan Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Untuk hasil yang terbaik, ambillah mengikut apa yang disarankan iaitu dua tablet sehari bagi setiap hidangan.

Q : Mengapakah ia bebas daripada chondroitin?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet tidak mengandungi sulfat kondroitin kerana ia tidak akan diserap dengan baik jika diambil secara oral (ditelan). Penyelidikan baru-baru ini menunjukkan yang sulfat kondroitin juga boleh mengganggu penyerapan ekstrak jagung dan glukosamin yang lazimnya diserap dengan lebih baik jika diambil secara berasingan.

Q : Mengapa produk tersebut mengandungi Vitamin C?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 100% Vitamin C kerana ia merupakan nutrien penting yang diperlukan bagi sintesis kolagen. Kolagen merupakan satu komponen tulang rawan dan juga tisu-tisu penghubung yang lain di dalam tubuh.

Q : Mengapa produk tersebut mengandungi mineral surih zink, copper (kuprum/ tembaga) dan mangan?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 10% mineral zurih zink, copper dan mangan yang merupakan faktor sampingan bagi enzim-enzim yang membina kolagen dan glikosaminoglikan.

Q: Adalah Shaklee Advanced Joint Health Tablet berasaskan sayur-sayuran?
A : Ya.


Adakah anda mempunyai masalah berkaitan sendi dan tidak mahu lagi menggunakan painkiller

Whatsapp 0139243387 segera. 


Tuesday 6 August 2013

Sakit Sendi Hilang Dengan Advanced Joint Health Tablet

Saya sering sakit bahu belikat apabila duduk lama mengadap PC, pasti terasa bahu belikat tegang dan tak selesa. Selain itu, sejak extend breastfeeding Dzakirah, kaki sering didatangi en. biawak a.k.a simpul biawak... hehe its happen bila guna kasut yang tak berapa nak tinggi pun... Bunyi keriok-keriok sering juga berkumandang tatkala bila nak duduk antara 2 sujud... Normally ni semua anggapan pengambilan kalsium yang tak cukup...

Tapi sedar tak anda, ia bukan sekadar tak cukup kalsium... itu tandanya anda mengalami sakit sendi yang "mild"... puncanya?? Tahukah anda kekerapan melakukan aktiviti seperti kedudukan poster yang tak betul yang terlalu lama, sering dukung anak, tidur yang salah posisi dan juga sering mengangkat benda-benda berat, boleh mengundang sakit bila kekerapan aktiviti-aktiviti ni secara long term... maka terjadilah :   

  • sakit sendi lutut
  • sakit sendi tangan
  • sakit sendi kaki
  • sakit sendi bahu
  • sakit sendi siku
Sakit sendi yang biasa dialami

Alhamdulillah selepas 5 hari mengambil Advance Joint Health Tablet (2 biji) + Ostematrix (4 biji) sebelum tidur... dah tak ada bunyi keriok-keriok pada lutut. Rasa licin saja sendi-sendi  terutama bila bangun dari duduk antara 2 sujud, naik tangga mahupun duduk lama depan PC. Kalau tak, memang terasa.

Alhamdulillah, dengan izin Allah jua. Saya suka !! Kini saya hadiahkan juga kepada mak dan ayah saya, nenek-nenek saya...



*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. 

Friday 2 August 2013

Atasi Masalah Sakit Sendi dan Urat Tanpa Painkiller

Teruja. Promosi bulan Ogos ini jatuh kepada...Advance Joint Health Tablet (AJHT). Vitamin khusus untuk kesihatan sendi. AJHT ni bukan untuk orang yang berusia sahaja.
Sakit sendi di kalangan warga emas
 
Jangan tak tahu. Orang muda pun boleh dapat sakit sendi ni. Terutamanya mereka yang mempunyai berat badan berlebihan. 

Obesiti menyumbang kepada sakit sendi

Bagi wanita pula sakit sendi biasanya dialami oleh mereka yang suka memakai kasut tumit tinggi. Kasut tumit tinggi memang cantik. Siapa yang tak suka kan? Saya pun suka. Tapi suka tengok je la hehe. Bahaya kan? Nak kelihatan cantik tapi sengsara yang dapat. 


Kasut tumit tinggi


Ilustrasi kesan memakai kasut tumit tinggi

Selain itu, golongan yang berisiko untuk mendapat sakit sendi ialah ahli sukan atau atlet. Tidak kira apa jenis sukan, golongan ini sering terdedah dengan kecederaan akibat terseliuh, jatuh dan sebagainya. 

Atlet berisiko untuk mendapat sakit sendi

Kebiasaannya apabila sakit sendi menyerang, tiada penawar lain yang dicari melainkan ubat tahan sakit atau painkiller seperti Paracetamol, Aspirin atau NSAIDs (Mefenamic acid, Ketoprofen, Indomethacin dll). Dalam jangka masa pendek mungkin sakit itu akan hilang, tapi sebenarnya ia tidak memulihkan ataupun menyembuh penyakit. Pengambilan ubat tahan sakit dengan dos tinggi dan berterusan dalam jangka masa yang lama boleh merosakkan buah pinggang, hati dan permukaan dalam perut dan usus.

Selain itu, ia juga mungkin menyebabkan ketagihan jika diambil dalam jangka masa yang lama. Jika diambil secara berlebihan pula, akan menyebabkan keracunan dan kesan toksid, lebih-lebih lagi jika diambil tanpa pengawasan doktor. 

vitamin dan suplemen untuk sakit urat







Kini ada alternatif yang lebih selamat untuk masalah ini. AJHT dihasilkan daripada bahan semulajadi dan yang pastinya tiada kesan sampingan.

Bahan-bahan yang terdapat dalam AJHT :
  • Ekstrak Boswellia 
  • Ekstrak jagung : sumber glukosamin yang pekat  - Glukosamin membantu meningkatkan pelbagai gerakan, mobiliti dan fleksibiliti.
  • Vitamin C
  • Zink, kuprum dan manganes


Ciri-ciri :
  • 100%  bebas kekerang
  • 100% vegeterian
  • 100% bebas kondrotin (untuk penyerapan glukosamin yang baik)
  • Hanya dua biji sehari
  • Kaplet yang mudah ditelan
  • Tiada perasa tiruan, pemanis atau pengawet
  • Bebas gluten

Ia terbukti secara klinikal mampu :
  • Menggalakkan mobiliti
  • Meningkatkan fungsi sendi
  • Meningkatkan fleksibiliti
  • Menyokong kesihatan sendi untuk jangka masa panjang

Keistimewaan AJHT Shaklee :

  • Ia juga istimewa berbanding suplemen untuk kesihatan sendi yang lain yang terdapat di pasaran kerana AJHT tidak mengandungi kondroitin, satu bahan yang terbukti dalam ujian klinikal menghalang penyerapan glukosamin. 
  • Hasil ujian klinikal yang dijalankan, AJHT mampu meningkatkan keselesaan sendi dalam masa 5 hari sahaja. 

Jadi usah ragu-ragu lagi. Jika anda mempunyai alternatif yang lebih baik berbanding 'painkiller' yang memudaratkan, kenapa tidak anda cuba. Harga runcit untuk AJHT ialah RM 124 sebotol. Ia mengandungi 60 kaplet. Tapi untuk bulan ini sahaja-Ogos ada tawaran istimewa untuk anda. Nak tahu tawaran istimewa tersebut? Hubungi saya segera, sebelum kehabisan stok.  





*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.