Showing posts with label Buah pinggang. Show all posts
Showing posts with label Buah pinggang. Show all posts

Saturday 31 March 2018

11 Makanan Yang Bagus Untuk Detoks - Bahagian 1

Detoks merupakan proses yang penting untuk kesihatan keseluruhan tubuh kita. Antara manfaatnya ialah dapat meningkatkan tenaga, menurunkan berat badan, menguatkan sistem imun, mengelak sembelit, mengawal 'craving' dan mencantikkan kulit. Pengambilan nutrisi yang betul dapat menyingkirkan toksin, radikel bebas dan segala bendasing yang berbahaya untuk tubuh. Berikut merupakan 11 makanan yang bagus untuk menyokong proses detoks :


1. Milk thistle

Milk thistle merupakan kawan baik hati; ia menyokong kesihatan hati dengan meneutralkan radikel bebas, membaiki sel hati yang rosak, dan melindungi sel hati baru daripada mengalami kerosakan akibat toksin.


Bagaimana ia bertindak? Silymarin iaitu campuran flavonoid yang dihasilkan daripada biji benih milk thistle, bertindak sebagai antioksidan yang menghalang radikel bebas daripada merosakkan sel. Silymarin meningkatkan paras gluthathione dalam hati, yang membantu tubuh menyingkirkan bahan kimia dan ubat-ubatan (termasuk ubatan over-the-counter).


Selain itu, flavonoid dalam milk thistle menggalakkan penghasilan protein untuk menghasilkan sel-sel hati yang baru dan menggantikan yang telah rosak. Sebab itulah ia digunakan dalam rawatan penyakit hepatitis dan juga sirosis (kerosakan hati)


Kajian yang dijalankan terhadap tikus makmal telah menunjukkan bahawa silymarin berfungsi untuk melindungi hati daripada menjadi rosak akibat toksin (contohnya alkohol'.). Kajian juga membuktikan bahawa milk thistle dapat menghalang penyakit Alzheimerkanser usus besar dan kanser prostat2,3. Bayangkan jika milk thistle mampu melawan penyakit kronik, tidak mustahil ia boleh menyokong kesihatan hati dan membantu detoks.


2. Dandelion

Adakah anda tercari-cari nutrisi yang dapat menyokong kesihatan hati, buah pinggang, limpa dan pundi hempedu
4? Dalam perubatan tradisional, dandelion digunakan sebagai tonik hati dan buah pinggang, tapi ciri penyembuhan yang terdapat pada dandelion telah dikenalpasti sejak zaman purba lagi. Pada zaman India kuno, dandelion digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit hati seperti jaundis, sirosis, dan bengkak hati. Dalam perubatan Cina, dandelion merupakan antara herba terbaik dalam merawat  diabetes, penyakit hati, masalah buah pinggang dan masalah penghadaman

Kenapa dandelion sangat terkenal? Seperti milk thistle, dandelion kaya dengan antioksidan serta mengandungi vitamin A, B, C, D, E, beta karoten, mineral seperti zink, iron, potassium, dan selenium untuk kesihatan hati. Di samping itu, dandelion mengandungi polisakarida, yang juga terdapat pada sesetengah spesies cendawan yang dikatakan mempunyai ciri anti tumor
5.



3. Schizandra Chinensis  

Schizandra Chinensis (S.C.) merupakan herba anti stress yang sangat terkenal dalam perubatan Cina untuk merawat organ hati. Ujian makmal menunjukkan bahawa sebatian antioksidan dalam S.C. bermanfaat untuk melindungi hati dan sistem saraf yang kompleks dalam badan. S.C. juga dapat merawat penyakit mental dan fizikal, termasuklah mencegah diabetes 6-12. 

Dalam satu kajian terbaru, atlet-atlet yang diberi S.C. telah mengalami penurunan paras hormon stress iaitu kortisol. S.C. meningkatkan sistem pertahanan tubuh terhadap tekanan persekitaran, pendedahan terhadap toksin, kebimbangan (anxiety), penyakit mental dan emosi13

Pengambilan alkohol secara berlebihan boleh meningkatkan jumlah lemak pada hati. S.C. terbukti dapat mengurangkan pengumpulan lemak pada hati, mencegah kerosakan hati, dan mengurangkan radang hati. Untuk penyakit diabetes pula, S.C. dapat mengurangkan tahap glukosa selepas makan14



4. Cendawan Reishi 

Cendawan Reishi dikenali sebagai 'Cendawan Kekal Abadi' dan 'Herba Ajaib' di kalangan orang Cina. Manfaat utama cendawan Reishi termasuklah mengawal atur sistem imun, antioksidan, anti-histamin, dan melindungi sel hati daripada jangkitan bakteria dan juga toksin 15,16,17. 


Apakah lagi kelebihan dan kebaikannya? Cendawan Reishi mempunyai paras polisakarida dan triterpenes yang tinggi. Tubuh manusia menggunakan polisakarida untuk tenaga dan ianya terkenal untuk meningkatkan fungsi hati, meningkatkan kesihatan usus, merangsang sistem imun, menguatkan sistem kardiovaskular dan juga sebagai agen untuk melambatkan proses penuaanSelain itu, triterpenes juga didapati berkesan untuk rawatan anti-kanser, berfungsi menyokong sistem imun, hormon, dan mengawal tekanan darah, yang seterusnya membantu mengurangkan tekanan. Oleh itu tidak hairanlah sekiranya cendawan Reishi diberi penghargaan yang tinggi memandangkan manfaat yang diberikan kepada tubuh anda dalam pelbagai cara!



5. Curcumin


Curcumin mungkin tidak seindah namanya, tetapi tahukah anda ianya kerap digunakan dalam masakan India dan Asia? lni kerana curcumin merupakan bahan utama dalam rempah kunyit, dan agen penting untuk warna kuning! Walau bagaimanapun, khasiatnya bukan hanya terdapat pada warna dan rasanya sahaja, ia turut menawarkan pelbagai manfaat kesihatan untuk badan dan otak anda.
Tekanan oksidatif dan pengoksidaan adalah salah satu tanda aras yang digunakan oleh ahli biologi untuk menentukan tahap kesihatan. Curcumin, komponen utama kunyit, merupakan agen anti radang dan antioksidan yang bertindak pada peringkat molekul untuk membantu melawan pengoksidaan19,20.
Selain daripada ciri-ciri anti-radang dan antioksidan, curcumin menyokong kekuatan memori  dengan meningkatkan paras hormon dalam otak untuk mencetuskan pertumbuhan neuron baru dan mencegah pelbagai proses kemerosotan dalam otak.



6. Artichokes 

Anda mungkin tahu artichokes adalah sejenis makanan, tetapi ianya hanya boleh dimakan untuk tempoh masa yang singkat, dan selepas itu ia tidak seperti yang anda lihat di pasar raya! lni kerana artichokes tergolong dalam kumpulan thistle yang ditanam sebagai makanan dan bahagian yang boleh dimakan adalah putik bunga itu sendiri sebelum ianya kembang mekar.
Artichoke mempunyai khasiat yang tinggi dengan serat, asid folik, vitamin C, vitamin K dan ia berada di kedudukan ke-7 untuk kebaikan antioksidan berbanding lebih 1000 jenis makanan lain21 yang mempunyai tahap antioksidan sinarin dan silymarin yang tinggi.

Mengagumkan bukan?

Jadi, adakah anda tahu bahawa artichokes mempunyai hubung kait yang rapat dengan hati dan detoks? Organ hempedu memainkan peranan utama dalam membantu proses detoks badan kerana ia mengangkut toksin dan bahan buangan daripada hati. Artichokes bertindak sebagai diuretik dan koleretik, dimana ianya menggalakkan penghasilan air kencing dan bertindak melancarkan rembesan hempedu daripada hati. Hempedu dihasilkan oleh hati, disimpan di dalam pundi hempedu di antara waktu makan dan dikeluarkan apabila anda makan; artichokes menggalakkan pembuangan hempedu dari pundi hempedu22 . Kekurangan hempedu boleh meningkatkan masalah penghadaman dan juga risiko kerosakan sel hati serta penyakit hati. Oleh yang demikian, artichokes memainkan peranan yang besar apabila anda ingin hempedu dalam sistem tubuh anda berfungsi dengan baik dan membantu pertumbuhan semula sel hati serta fungsi pundi hempedu.

Baca sambungannya di sini :

11 Makanan Yang Bagus Untuk Detoks - Bahagian 2

Tuesday 17 January 2017

Ketahui 5 Tanda Penyakit Buah Pinggang Supaya Dapat Elak Dialisis

Penyakit buah pinggang antara penyakit yang agak 'popular' kerana biasanya disebabkan oleh kencing manis dan juga darah tinggi yang tidak terkawal. Bila di peringkat yang kronik, ia akan menyebabkan kerosakan buah pinggang.

Penyakit buah pinggang ini juga bukan terhad kepada orang tua sahaja, malah kanak-kanak juga berisiko. Lebih-lebih lagi dengan faktor pemakanan yang tidak sihat dan makan makanan segera. 

Buah pinggang berfungsi sebagai organ utama dalam mengeluarkan toksin dalam badan. Bila buah pinggang tidak dapat menjalankan fungsinya dengan baik, ia akan menyebabkan pengumpulan toksin dalam badan. 


Antara tanda-tanda penyakit buah pinggang atau buah pinggang rosak ialah :



  1. SAKIT PINGGANG - Sakit pinggang merupakan simptom yang paling biasa bagi penyakit buah pinggang. Ia mungkin berlaku pada sebelah kanan atau sebelah kiri sahaja. Bila di peringkat yang lebih teruk ia akan menyebabkan kesakitan di kedua-dua belah. 
  2. MASALAH KULIT - Apabila buah pinggang bermasalah, toksin tidak dapat dikumuhkan daripada tubuh dengan berkesan. Ia akan menyebabkan pengumpulan toksin dalam tubuh. Toksin yang terkumpul inilah yang akan menyebabkan gatal-gatal kulit, ruam dan kemerahan. 
  3. PERUBAHAN PADA AIR KENCING - Perubahan pada air kencing juga perlu diperhatikan. Antaranya ialah bau yang lebih kuat daripada biasa, warna yang lebih pucat atau lebih gelap, kencing berbuih macam air sabun, rasa sakit ketika kencing, sukar membuang air kecil dan juga terdapat darah dalam air kencing. Jika terdapat tanda-tanda di atas, jangan berlengah untuk mendapatkan pemeriksaan selanjutnya dengan doktor. 
  4. EDEMA ATAU BENGKAK - Bila toksin tak dapat dikumuhkan dengan baik ia akan menyebabkan edema atau bengkak pada tangan, kaki, buku lali dan muka. Jika pakai kasut, ia akan menjadi lebih ketat daripada biasa. Pada peringkat yang lebih teruk, ia akan menyebabkan bengkak paru-paru dan juga hati. 
  5. RASA SEJUK WALAUPUN DALAM PERSEKITARAN ATAU CUACA YANG PANAS - Salah satu fungsi buah pinggang yang penting ialah menghasilkan hormon erythropoietin yang berfungsi menghasilkan sel darah merah. Kekurangan sel darah merah dalam badan menyebabkan anemia atau kekurangan iron . Paras iron yang rendah menyebabkan individu tersebut rasa sejuk. Ia juga menyebabkan tubuh rasa lemah dan rasa letih yang kronik. 

Resveratrol dalam Vivix dapat membantu masalah buah pinggang. Walau bagaimanapun ia hendaklah diambil dengan pantauan doktor. Kami tidak sewenang-wenangnya mencadangkan pengambilan suplemen dengan terus meninggalkan pengambilan ubatan yang diberikan oleh pihak hospital. 




Berikut pula merupakan testimoni daripada seorang pesakit buah pinggang dan batu karang : 


Jangan tunggu sehingga buah pinggang rosak teruk baru nak dapatkan rawatan. Kerana jika dah di peringkat yang teruk dialisis terpaksa dijalankan. 


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tuesday 4 October 2016

Testimoni Vivix Untuk Penyakit Penapis Buah Pinggang Bocor (Nephrotic Syndrome) Sembuh Dan Tidak Perlu Biopsi

Sebelum ni saya biasa dengar tentang penyakit buah pinggang je. Rupanya penyakit buah pinggang bocor pun ada. Atau lebih tepat penapis buah pinggang bocor atau juga dikenali sebagai nephrotic syndrome.

Dalam buah pinggang kita terdapat sekumpulan salur darah yang menapis bahan buangan dan air berlebihan dan membantu mengekalkan sel dan protein yang diperlukan oleh tubuh. Salur darah ini dipanggil glomeruli.

Apabila glomeruli rosak, protein dalam darah boleh masuk ke dalam air kencing secara berlebihan. Keadaan ini menyebabkan kencing berbuih, di mana ianya merupakan keadaan yang tidak normal.

Jika kita mengalami sebarang perubahan atau kelainan pada air kencing, cepat-cepat jalani pemeriksaan. Pemeriksaan awal mungkin dapat menyelamatkan nyawa kita jika kita sebenarnya mempunyai sebarang penyakit.

Dalam video berikut, Encik Rosdi menceritakan pengalamannya apabila disahkan menghidapi penyakit nephrotic syndrome.


Alhamdulillah dengan pengambilan vivix Encik Rosdi tak perlu ambil macam-macam jenis ubat dan juga tak perlu jalani biopsi iaitu sampel buah pinggang diambil untuk ujian lanjut menggunakan mikroskop.

Vivix bertindak sehingga peringkat sel iaitu komponen terkecil dalam tubuh kita. Bila sel sihat, organ dan sistem tubuh kita dapat menjalankan fungsinya dengan baik.



Harga sebotol Vivix RM 475. Namun jika beli 2 botol, sangat banyak penjimatan. Untuk maklumat lanjut dan order boleh sms/whatsapp 013 924 3387 (Puan Kamilah).

Saturday 1 October 2016

Harga Vivix Shaklee 2016

Ramai sebenarnya nak cuba Vivix setelah baca macam-macam testimoni tentang kebaikan Vivix. Penyakit yang pelik-pelik dan kronik pun dapat sembuh dengan Vivix.

Ini adalah kerana Vivix bertindak dari peringkat sel lagi iaitu unit terkecil yang ada dalam tubuh kita. Maka tak hairanlah. Bila sel sihat, tubuh pun akan sihat tak kira apapun penyakit yang dialami.

Berapa ya harga 1 botol Vivix?

Harga sebotol Vivix ialah RM 475.00. Biasanya ia tahan untuk kegunaan 2 bulan. Tapi kalau saya, sebulan dah habis sebab memang saya suka ambil Vivix ni. Rasanya sangat sedap. Sebab tula cepat habis hehe.

Kalau dilihat dari mata kasar memang agak mahal, tapi jika dengan ambil Vivix dapat menyelamatkan nyawa seorang pesakit kanser stage 4 atau menyelematkan kaki seseorang daripada dipotong akibat diabetes atau menyelamatkan buah pinggang seseorang daripada rosak, adakah ia mahal?

Jawapannya tentulah tak bukan? Tubuh badan kita tak dapat ditukar dengan wang ringgit.

Jika anda atau keluarga anda atau sesiapa sahaja yang anda kenal ingin cuba Vivix untuk penyakit yang dihadapi, pesanan saya : jangan tangguh-tangguh lagi.

Kita boleh ikhtiar namun hasilnya kita serahkan kepada Allah. Ya saya tak jamin yang penyakit yang dihidapi itu akan sembuh sebab ia bukan terletak di tangan saya.

Jika ingin mendapatkan Vivix Shaklee boleh sms atau whatsapp 013 924 3387 (Puan Kamilah).