Wednesday, 25 June 2014

Intensif Magnet Kejayaan dan Kekayaan (IMKK) 12-15 Jun 2014 di MIECC, The Mines

Lamanya blog tak ber'update'. Bila penyakit 'm' menguasai diri macam tulah hehe. Banyak sebenarnya yang saya nak kongsikan mengenai seminar Dr Azizan Osman yang saya hadiri pada 12-15 Jun 2014 yang lepas iaitu Intensif Magnet Kejayaan dan Kekayaan (IMKK).

Dah lama dengar pasal IMKK ni dan semuanya memberikan ulasan yang superb belaka. Teringin sangat nak pergi. Kalau bab-bab seminar ni memang saya suka hihi. Tapi disebabkan melihatkan harga tiketnya yang agak mahal itu (4 angka), saya simpan je hasrat tersebut. (Eh silap. Sepatutnya tulis harga yang sangat murah - like Dr Azizan says)

Rupa-rupanya tiketnya takla semahal mana jika kita tahu kat mana nak cari yang murah. Lepas pergi IMKK ni baru saya tahu sistemnya. Rezeki. Tiba-tiba adik saya tanya nak pergi tak IMKK? Dia sponsor. Saya pun apa lagi. Macam orang mengantuk disorongkan bantal. Mesti la nak. Tapi tiba-tiba terfikir. Mahal kan tiket tu. Takpe ke sponsor? Rupa-rupanya, dia dapat tiket yang sangat-sangat murah. Jadi apalagi, lepas dapat kebenaran suami, proceed je la :)

Perasaan masa tu - happy bukan kepalang. Yelah, tak sangka pun berpeluang pergi. Dalam masa yang sama, berdebar-debar sebab inilah kali pertama saya join seminar Dr Azizan yang mengambil masa agak lama iaitu 4 hari 3 malam. Sebelum ni, pernah pergi seminar Dr yang free je. Dan pernah sekali je yang berbayar iaitu Dunia Pelaburan 2013. 

Tak banyak gambar yang saya sempat snap. Ada juga yang saya ambil dari FB Alumni atau Bakal Alumni Program Dr. Azizan Osman.  

Jalan masuk ke The Mines Resort City. First time sampai di sini.


Finally i'm here!


Booth jualan buku.

Beratur siap-siap untuk masuk dewan. They are so excited!

Pandangan dari belakang dewan yang memuatkan seramai 8,000 peserta.



Tempat untuk meluahkan pandangan mengenai IMKK ni .Ada yang negatif.  Tapi banyak yang positif.


Antara feedback positif yang mencuit hati saya. Semangat!


Ramainya! Macam semut.

Dr Azizan in action.


Pandangan dari atas pentas. Best kalau boleh duduk kat depan. InsyaAllah target next year.



Penuh kerusi. Takde yang kosong. 


Yang ni pula bukan Azizan, tapi Aisyah hihi (my niece).

Bagi yang teringin nak menyertai IMKK ni, anda boleh join pada bulan Oktober ini. Boleh layari laman web ini - IMKK2014.

InsyaALLAH, jika berkesempatan saya kongsikan serba sedikit ilmu yang saya perolehi sepanjang IMKK tresebut dalam entry yang lain.

Siti Nor Kamilah
013-924 3387




4 comments:

  1. Will be there this Oct :-) insya Allah. Incik suami dah bagi green light. Yuuuuhhhhhuuuuu!

    ReplyDelete
  2. Great! You'll surely love it.

    ReplyDelete
  3. harga tiket berapa?? tuk 2015 ade??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh rujuk kat sini https://www.facebook.com/AlumniDrAzizan atau http://azizanosman.com/intensif-magnet-kekayaan-kejayaan/

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...