Friday 3 October 2014

Hidup Susah. Selalu Gagal. Masalah Datang Bertimpa-timpa. Mungkinkah Selama-lamanya Begini?

Setiap orang di muka bumi ni ada masalah masing-masing. Kadang-kadang kita rasa hidup kita susah sangat. Miskin. Tak macam orang lain. Yang hidup kaya-raya dan senang dengan keluarga masing-masing. Jealous je kita tengok. Kita pula, masalah datang bertimpa-timpa. Lepas satu, satu. Selalu gagal dalam perkara yang kita lakukan. Kita rasa tak tenang. Kita rasa dalam dunia ni kitalah yang paling banyak masalah. 

Tapi kita mungkin lupa sesuatu. Tiada orang dalam dunia ni tiada masalah. Walau sekaya mana pun dia. Pasti ada masalah masing-masing. Kita mungkin ingat orang kaya hidup senang tapi kita tak tahu, hutang orang kaya tersebut keliling pinggang. Berjuta-juta. Berbanding kita yang tiada hutang atau pun ada hutang yang sedikit.

Adakah Selamanya Kita Akan Hidup Susah? 


Saya terbaca di facebook tentang isu kenaikan harga minyak ni. Tapi dah lupa kat mana. Ada disebut bahawa orang yang kurang berkemampuan mungkin terpaksa memberi anak mereka air sirap untuk menggantikan susu, sebab tak mampu nak beli susu yang semakin mahal harganya tu. 

Bila saya baca status tersebut, tiba-tiba saya teringat tentang kisah kejayaan bekas peserta Millionaire Marketing Mastery (dulunya dikenali sebagai Advanced Marketing Power). Sebijik dengan apa yang ditulis di facebook tersebut. Beliau yang berniaga produk kecantikan (seorang wanita) menceritakan kisahnya ketika hidup susah dahulu. 

Pada masa tu, beliau tak mampu nak beli susu anak. Terpaksa digantikan dengan air sirap atau susu pekat manis (Menangis saya dalam hati masa tu - masa sedang menaip ni pun saya rasa sebak). Sebab besarnya dugaan beliau, di kala sedang struggle untuk membina perniagaannya. 

Tapi sekarang beliau dah pun melepasi tahap sukar dalam hidupnya. Sekarang telah berjaya mengeluarkan produk sendiri, dan juga mendapat sales berjuta-juta setahun. Beliau merupakan pengasas produk Jus Sengat Dara (mungkin ada yang kenal). 

Satu lagi kisah semasa IMKK dulu. Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa saya selalu mention kelas Dr Azizan. Obses? Tak. Saya hanya ingin berkongsi apa yang saya tahu dan alami di mana mungkin orang lain tak tahu dan dengan sharing saya ini, mungkin memberi manfaat kepada mereka (termasuk anda).

Salah seorang yang berada di Hot Seat menceritakan bahawa sebelum dia join kelas Dr Azizan, hutang dia keliling pinggang. Beratus-ratus ribu. Dengan hutang kad kredit lagi. Masa tu dia gunakan kad kreditnya untuk join kelas-kelas di luar negara (yang tentunya sangat mahal) namun tak mendatangkan hasil pun. 

Dari situ saya terfikir, orang yang mempunyai masalah yang besar macam tu pun boleh keluar dari masalah masing-masing. Apatah lagi saya. Yang mempunyai masalah yang tidak seberapa jika dibandingkan dengan mereka. 

Bila mendengar kisah-kisah macam ni, baru saya sedar. Mereka yang sukses, jutawan, multi-jutawan ni memiliki satu persamaan iaitu pernah mengalami kesusahan atau kegagalan. Kesusahan itulah yang membangkitkan semangat mereka untuk berjuang sehingga berjaya dan akhirnya mengecapi segala kesenangan yang mereka dapat sekarang. 

Kesimpulannya, jika kita rasa kita susah, bergembiralah! Kejayaan sedang menanti di hadapan. Dengan syarat kita mengambil tindakan yang sewajarnya. Bukan menunggu sahaja kejayaan datang dengan sendiri. Selamat berjaya!




Saya pengedar sah Shaklee:

Siti Nor Kamilah
ID Shaklee 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387

1 comment: