Thursday 2 October 2014

Buat rumah cash vs buat rumah dengan pinjaman bank

Macam mana hari ni pembaca semua? Sudahkah anda menulis Jurnal Kesyukuran anda? Bagi yang belum mungkin boleh tulis lepas ni :)

Hari ini saya nak cerita tentang pengalaman semasa saya bekerja dahulu. Saya jarang-jarang bercerita pasal ni tapi saya rasa pengalaman ini sangat menarik. Sebab itu saya ingin kongsikan di sini.

Masa saya mula-mula bekerja dahulu, saya ditugaskan di bahagian lelongan tanah. Setelah beberapa tahun, banyak perkara yang saya dapat belajar dan boleh saya jadikan panduan untuk masa hadapan. Mungkin ramai yang tak familiar dengan lelongan tanah ni kan? Jadi saya explain serba sedikit mengikut apa yang saya tahu.

Ada 2 keadaan di mana tanah akan dilelong. Pertama, mereka yang buat pinjaman dengan mencagarkan tanah mereka. Kedua, mereka yang membuat pinjaman perumahan. Apabila peminjam gagal membayar ansuran bulanan mereka, surat peringatan akan dikeluarkan mengikut tempoh bank masing-masing.

Jika mereka masih gagal juga untuk membayar, ada beberapa proses yang akhirnya akan membawa kepada permohonan bank untuk melelong tanah/rumah berkenaan ke Pejabat Tanah. Istilah yang digunakan ialah 'permohonan perintah jual'.

Bila Pejabat Tanah menerima permohonan tersebut, Pejabat Tanah tidaklah terus mengambil tindakan untuk melelong tanah. Tetapi terlebih dahulu diadakan siasatan di mana semua pihak yang terlibat dipanggil iaitu tuan tanah (penggadai), orang yang meminjam (peminjam), bank (pemegang gadaian) dan peguam (wakil bank).

Peminjam tidak semestinya tuan tanah. Ada juga yang mencagarkan tanah suami/isteri atau ahli keluarga dan lain-lain untuk membuat pinjaman, dengan persetujuan mereka.

Semasa proses siasatan ini, macam-macam karenah yang saya boleh lihat. Di pihak Pejabat Tanah, kami seboleh-bolehnya ingin mengelakkan daripada berlakunya lelongan tanah tersebut. Yela, kesian kat tuan tanah tersebut. Tetapi dari pihak bank, masing-masing sebolehnya mahu menyegerakan tindakan lelongan tersebut. (Maaf jika ada yang tak setuju. Tapi itulah yang saya nampak sepanjang saya bekerja dahulu)

Antara tanah yang dilelong tersebut, banyak jugalah rumah yang besar dan cantik. Dalam hati saya "Sayangnya rumah besar-besar nak kena lelong. Buat apa buat rumah besar-besar dengan pinjaman yang banyak tapi akhirnya kena lelong".

Daripada situ saya terfikir, takde cara lain ke untuk beli rumah selain daripada meminjam beratus-ratus ribu tersebut? Masa tu, pada fikiran saya, mustahil untuk buat rumah secara cash. Soalan saya ni masih tidak terjawab. Tapi dari semasa ke semasa, saya dah temui jawapannya. Iaitu dengan membina rumah secara cash. Rumah tersebut mungkin tidak besar tapi buat apa ada rumah besar tetapi milik bank? Lebih baik ada rumah yang sederhana tapi milik kita sendiri.

Saya dapat jawapan ini bila saya melihat contoh di depan mata sendiri. Pertama, rumah parent kawan saya yang dibina sedikit demi sedikit bila dapat menjual lembu dan juga hasil berniaga kecil-kecilan. Tapi yang bestnya, rumah tu taklah kecil. Tapi agakan saya, sama nilai dengan banglo RM 300,000.00. Ruang tamu pun sama luas dengan sebiji rumah teres kos rendah. Dapat bayangkan tak?Tanpa membuat pinjaman bank. Best kan macam tu? Hati pun tenang bila tiada pinjaman ni.

Yang kedua, rumah di kampung saya yang juga merupakan peniaga kecil-kecilan. Rumah tersebut tak kurang besarnya. Malah tiada bezanya dengan rumah yang dibuat dengan pinjaman bank. Tapi berapa kos membina rumah tersebut, taklah saya tahu. Tak sempat nak pergi interview hehe.

Yang ketiga, rumah mak saudara saya yang dibina dengan ganjaran pencen suaminya. Masa kerja dulu tinggal kat KL tapi sekarang ni balik duduk Besut (suami dia pun orang Besut). Tak sampai RM 100,000 pun dihabiskan. Termasuk dengan upah tukang buat rumah tu. Keluasan rumahnya lebih kurang Rumah Mesra Rakyat. Bagi saya, (yang ada pengalaman menyewa Rumah Mesra Rakyat) rumah tu agak besar. Malahan, Rumah Mesra Rakyat ni lebih besar dari rumah berkembar yang saya duduk sekarang. 

Daripada contoh tersebut, dapatlah saya membuat kesimpulan bahawa ada caranya jika kita mahu membina rumah secara cash walaupun mungkin proses untuk mendapatkannya agak lama. Dan kena ada tanah dulu. Yang penting, kita tidak perlu risau rumah kita akan dilelong jika berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini seperti kematian suami dan lain-lain.

Saya juga berimpian untuk membina rumah secara cash suatu hari nanti. Insya Allah.

Saya harap anda mendapat sesuatu daripada perkongsian saya ini.

P/S : Tips ini mungkin tidak sesuai untuk yang tinggal di bandar besar kerana harga tanah dan rumah yang mahal. Tapi who knows? Maybe ada caranya.

Saya pengedar sah Shaklee:

Siti Nor Kamilah
ID Shaklee 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387


3 comments:

  1. terima kasih perkongsian ini.mmg saya dapat info baru darinya.erkk..nak tanya sikit berkaitan entri ini, jurnal kesyukuran tu apa dan untuk apa ya? saya tak faham dan ingin tahu mengenainya..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jurnal kesyukuran tu senarai apa yang kita syukuri. Sebagai contoh (syukur tentang anak) :

      Hari pertama : Hari ini saya bersyukur kerana anak saya sempurna anggotanya.
      Hari kedua : Hari ini saya bersyukur kerana ada anak yang comel.
      Hari ketiga : Hari ini saya bersyukur kerana anak saya mampu bertutur dengan baik.
      Dan seterusnya.

      Cik matahari boleh juga rujuk entri sebelum ni.

      http://vitaminohvitamin.blogspot.com/2014/10/10-tips-to-happier-you.html

      Delete
  2. saya pun merancang nk buat rumah tanpa pinjaman... nak buat sikit sikit biar la lama pun nk siap... tapi berdasarkan survey cost akan lebih tinggi berbanding bua rumah terus siap tapi tak kisah la asalkan tanpa hutang.. kalau hutang pun nak bayar bunga 30 tahun sama juga kan costnya..

    ReplyDelete