Health is Wealth. Pengedar Sah Bagi Vitamin Semulajadi Yang Halal - Shaklee Sejak 2012.
Wednesday 1 April 2015
SOHO Impian Saya
Tuesday 31 March 2015
Selalu Letih Tapi Malas Makan Vitamin? Ini Alternatifnya
Monday 23 March 2015
ESP Shaklee Untuk Ibu Mengandung Supaya Bertenaga Macam Supermommy
Ikuti pengalaman ibu hamil yang berpuasa sebulan tanpa sebarang masalah dengan pengambilan ESP ni.
Puasa Semasa Hamil Tak Semestinya Lembik Lunyai. Tengok Betapa Cergas Makcik ni... from iReach HD on Vimeo.
Sempena promosi ESP yang tinggal 5 hari sahaja lagi (berakhir pada 28.3.2015), inilah masanya yang terbaik untuk hadiahkan diri sendiri atau isteri yang sedang hamil dengan hadiah ESP.
Beli 6 percuma 1. Atau beli 2 diskaun 5%. Lepas ni tiada lagi promosi dengan free item macam ni. Disebabkan GST.
Hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan dan untuk order:
Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387
Saturday 21 March 2015
Tips Atasi Gastrik di Bulan Puasa
SEMASA SAHUR
Sengsara Gastrik Kronik 10 Tahun Terubat Secara Tak Sengaja? Biar Betul... from iReach HD on Vimeo.
SMS/Whatsapp 013-924 3387 jika berminat untuk mencuba suplemen Shaklee untuk membantu anda kekal cergas ketika berpuasa.
Cara Atasi Rambut Gugur Yang Kronik
Rambut ni kan mahkota wanita. Tak terhad kepada yang tak bertudung, wanita bertudung pun mesti tak suka jika alami masalah rambut gugur yang kronik ni kan?
Wanita ini juga mengalami masalah yang sama sampai kena tegur dengan suami.
Rambut Gugur Merimaskan, Terutama Wanita Bertudung Ini... from iReach HD on Vimeo.
Bila cakap tentang rambut gugur, mesti automatik tergambar di fikiran kita syampu. Memang betul, syampu mungkin dapat memberi penyelesaian kepada masalah rambut gugur, tapi kadang-kadang ia tak mencukupi.
Nak tahu kenapa? Sebab rambut perlukan nutrisi dari dalam. Jadi di samping menggunakan syampu, anda juga kena bekalkan nutrisi kepada rambut.
Antara vitamin Shaklee yang penting untuk rambut gugur ialah :
- Protein - 97% daripada rambut terbina daripada protein. Jadi tidak hairanlah jika kekurangan protein akan menyebabkan rambut gugur.
- Zink - Keguguran rambut merupakan simptom utama kekurangan zink.
- B Kompleks - Meningkatkan metabolisme kulit kepala, mengurangkan stress.
- Lecithin - Melembapkan dan menghitamkan rambut
- Vitamin E - Meningkatkan peredaran kulit kepala
Untuk kegunaan luaran pula, produk Shaklee yang dicadangkan ialah Revitalizing Shampoo dan Replenishing Conditioner.
Revitalizing Shampoo |
Replenishing Conditioner |
Monday 16 March 2015
Surirumah Bergaji CEO
Ramai wanita yang berjawatan tinggi, bergaji besar tapi meninggalkan semuanya semata-mata untuk duduk di rumah menjaga anak. Dari satu segi mungkin nampak macam rugi tapi kepuasan menjaga anak sendiri tidak ternilai berbanding semua itu.
Walaupun bekerja dari rumah, peluang untuk menjana income tidak pernah terbatas. Lebih-lebih lagi dengan adanya kemudahan internet.
Hanya berbekalkan handphone dengan data internet pun dah boleh mula bisnes dari rumah. Tanpa laptop atau komputer. Asalkan ada kemahuan.
Jangan main-main. Surirumah pun ada yang menjana income melebihi CEO. Untung kan? Dapat jaga anak dan dalam masa yang sama dapat menjana income yang lumayan.
Itulah kehebatan wanita dalam multitasking. Dengan kelebihan ini wanita dapat menjalankan bisnes online di rumah sambil menjaga anak.
Apa kata Puan Lyna tentang kelebihan wanita dalam multitasking ni. Jom saksikan.
Anda teringin nak jadi surirumah bergaji CEO juga? Buat perancangan dari sekarang. Tidak pernah terlewat untuk menggapai impian.
Jika ingin berjaya melalui Shaklee, boleh hubungi saya. Rebut peluang untuk mendapat time freedom dan financial freedom dengan Shaklee.
Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387
Kelebihan ESP Shaklee Yang Tiada Pada Produk Soya Jenama Lain
Bila sebut soya mungkin ada yang takut nak ambil lebih-lebih lagi apabila baca banyak artikel di internet tentang keburukan soya. Agenda Yahudi untuk merosakkan umat Islam, boleh menyebabkan kanser, cyst dan macam-macam lagi.
Dan mungkin ramai yang terus percaya tanpa mengetahui tentang fakta sebenar. Sebenarnya terdapat dua jenis soya di pasaran iaitu soya GMO (yang diubah suai secara genetik) dan soya non-GMO (tidak diubah suai secara genetik).
Yang mana satu membahayakan kesihatan manusia? Tentunya soya GMO. Manakala ESP Shaklee pula dihasilkan daripada kacang soya non-GMO yang ditanam secara organik.
Inilah kelebihan ESP Shaklee yang tiada pada produk lain seumpamanya. Setiap 1 tin ESP Shaklee (850 gm) dihasilkan daripada 30 kg kacang soya asli. Banyak kan?
Jadi, jika memang amalkan pengambilan protein soya, cuba check sama ada produk tersebut menggunakan soya GMO atau non-GMO. Dan jika ia terbukti soya GMO, masih belum terlambat untuk bertukar kepada non-GMO soya iaitu ESP Shaklee.
Wednesday 4 March 2015
Tips Urus Masa Ibu Bekerja dan Surirumah Supaya Hidup Tidak Kelam-kabut
Saya telah lama follow beliau melalui facebook, emel dan bila mendapat tahu beliau akan mengadakan seminar di Kuala Terengganu, apa lagi. Tentu saya tak akan lepaskan peluang ni.
Sesekali perlu juga tinggalkan seketika tugas di rumah untuk menuntut ilmu dengan tujuan untuk memperbaiki diri. InsyaAllah ia pasti berguna untuk panduan pada masa akan datang.
Kenapa saya hadir seminar ini?
Kalau diikutkan, saya baru ada seorang anak dan tidaklah sesibuk mana. Saya surirumah yang bekerja dari rumah (work at home mom) sahaja. Bukannya wanita berkerjaya di luar.Saya hanya menjalankan satu bisnes sahaja, bukannya 3, 4 bisnes. Saya tidak pula memegang jawatan penting dalam mana-mana organisasi atau parti politik hehe.
Tips urus masa ibu bekerja dan surirumah supaya hidup tidak kelam-kabut
1. Jaga solat.
2. Baca Al-Quran dan terjemahannya.
Siti Nor Kamilah
Shaklee Independent Distributor
SMS/Whatsapp 013-924 3387
Friday 16 January 2015
Bahagia Seorang Surirumah
Tuesday 13 January 2015
Muda-muda Dah Ada Penyakit Gout? Ikhtiar Dengan Suplemen Shaklee
Badannya agak besar dan tinggi. Jadi memang agak sukar la untuk bergerak. Kesian pulak saya tengok.
3. Omega Guard - mengelak inflamasi atau radang sendi
Monday 12 January 2015
Mula Bersekolah
Takde masalah untuk menyesuaikan diri di tempat baru kerana dah pernah hantar Khadijah ke tadika sekejap tahun lepas.
Adegan menangis kerana ditinggalkan tu pasti ada. Ada yang siap panjat tingkap nak terjun lagi sebab nak ikut mak balik. Tapi mujur sempat disambut oleh maknya.
Lepas hantar Khadijah, rutin harian diteruskan dengan membasuh baju, mengemas rumah sekadarnya, membasuh pinggan dan lain-lain.
Khadijah berada di sekolah mulai pukul 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari. Jadi saya ada masa 4 jam setengah untuk fokus kepada bisnes dan juga sedikit masa untuk melakukan kerja rumah.
Azam tahun ni, nak mula jogging 3 kali seminggu. Lepas hantar Khadijah. Tapi nampaknya belum boleh start lagi. InsyaAllah soon.
Wednesday 7 January 2015
Makin Sakit Makan Shaklee : Adakah Ia Kesan Sampingan?
Bila dah terjadi macam tu, kadang-kadang timbul was-was sama ada suplemen Shaklee ni tak sesuai ke untuk mereka?
Di sinilah pentingnya pengetahuan tentang suplemen ni. Makan suplemen pun kena dengan ilmu. Betul tak?
Jika tiada ilmu, mungkin mereka terus stop pengambilan. Kan sayang tu? Beli suplemen tapi tak makan.
Bila dah terjadi macam tu, tentulah saya nasihat untuk teruskan pengambilan kerana simptom-simptom tersebut merupakan 'healing crisis' atau krisis penyembuhan yang 'wajib' berlaku.
Dengan berlakunya krisis penyembuhan, ia bermakna suplemen tersebut berkesan.
Di bawah diterangkan secara detail tentang krisis penyembuhan yang perlu kita tahu :
Q : Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan?
Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul di dalam badan sepanjang hidup.
Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau simptom yang membuatkan anda rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan.
Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.
Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan.
Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin.
Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu.
Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.
Sesetengah orang akan berfikir yang simptom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar.
Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.
Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.
Q : Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?
- Tidak mengamalkannya setiap hari
- Tidak mengikut dos yang telah dicadangkan
- Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
- Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
- Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
- Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
- Mengalami masalah emosi
2) Krisis Penyembuhan Demam, rasa gelisah
Penyebab Metabolisme meningkat, merangsang fungsi imunisasi badan
3) Krisis Penyembuhan Cirit birit, peningkatan dalam pergerakan usus , najis berbau, air kencing berbau
Penyebab Petanda bagi menyahtoksin, bahan buangan dan sisa-sisa terkumpul
dalam usus besar
4) Krisis Penyembuhan Senak, kembung perut
Penyebab Sistem penghadaman yang lemah
5) Krisis Penyembuhan Ruam, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir, peluh berbau
Penyebab Fungsi hati yang lemah, usus besar yang tidak sihat
6) Krisis Penyembuhan Penghasilan lendir seperti selsema, kahak
Penyebab Fungsi hati yang lemah, kesihatan usus yang lemah, keluar kahak juga adalah petanda bagi menyahtoksin
7) Krisis Penyembuhan Pendarahan Hidung
Penyebab Mungkin petanda bagi kekurangan darah
8) Krisis Penyembuhan Rasa sakit pada otot dan sendi
Penyebab Badan berasid, toksin terkumpul di bahagian yang sakit
9) Krisis Penyembuhan Peningkatan rasa sakit di sebahagian badan yang bermasalah
Penyebab Proses penyembuhan makin cepat
10) Krisis Penyembuhan Insomnia atau hiperaktif
Penyebab Sistem saraf yang lemah
11) Krisis Penyembuhan Kitaran haid yang tidak menentu,perubahan waktu kitaran haid, kegatalan pada alat sulit, penghasilan lendiran yang banyak
Penyebab Ketidakseimbangan hormon, dalam proses untuk menyeimbangkan hormon
12) Krisis Penyembuhan Lapar, Pening
Penyebab Tekanan darah rendah, anemia
13) Krisis Penyembuhan Loya, sembelit, tersedu
Penyebab Sistem penghadaman yang lemah, masalah hati
14) Krisis Penyembuhan Edema (membengkak)
Penyebab Masalah buah pinggang
15) Krisis Penyembuhan Kelesuan, mengantuk
Penyebab Badan berasid, fungsi hati yang lemah, terlalu letih, perlu lebih rehat
Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity
Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387
Sunday 4 January 2015
Syokya Bekerja Dari Rumah - Part 2 : Jadi Sukarelawan
Kerana beliau antara yang sentiasa update info tentang banjir di Kelantan. Kalau nak harapkan berita dari suratkhabar atau tv, tak banyak perkara sebenar yang kita ketahui.
Kami rasa terpanggil untuk sama-sama menyumbang barang keperluan harian dan juga menyumbang tenaga. Nak terlibat sama-sama ke lokasi mereka yang terlibat dengan banjir agak sukar, kerana komitmen terhadap keluarga (tak boleh tinggal anak).
Jadi kami rasa, selain doa dan sumbangan dalam bentuk duit, inilah satu-satunya peluang untuk kami membantu mereka yang dalam kesusahan.
Apatah lagi, ia berlaku di negeri yang terletak bersebelahan dengan Besut. Masjid Ibrahimi juga hanya mengambil masa 20 minit perjalanan dari Jerteh.
Orang-orang jauh dari KL, Selangor dan negeri-negeri lain juga turut sama turun ke Kelantan, apatah lagi kami yang tinggal agak dekat.
Antara kerja yang kami lakukan : packing pampers, tuala wanita, kurma, biskut dan juga mengasingkan pakaian mengikut jantina dan peringkat umur.
Apa kaitannya aktiviti sukarelawan ini dengan syoknya bekerja dari rumah?
Dengan bekerja dari rumah, bila-bila masa sahaja saya boleh terlibat dengan aktiviti sukarelawan seumpama ini ataupun lain-lain aktiviti kemasyarakatan. Jika masih bekerja makan gaji, waktu saya terhad kepada hari cuti sahaja iaitu Jumaat dan Sabtu.
Jika hari bekerja, terpaksalah saya ambil cuti (itu pun kalau nak la). Tapi biasanya, agak sukar untuk mengambil cuti semata-mata untuk melibatkan diri dalam aktiviti sebegini. Nak ambil cuti sebab anak sakit pun susah, apatah lagi jika untuk tujuan ini.
Jadi, memang seronok bila kita dapat atur masa kita sendiri tanpa perlu tunggu approval daripada boss. Kerana kita sendiri adalah boss :)