Friday, 21 October 2016

Tanda-tanda Kanser Usus Besar atau Kanser Kolorektal

Kanser kolorektal ialah sejenis ketumbuhan yang terdapat di usus besar/kolon. Ia bermula apabila sel-sel usus menggandakan bilangan selnya secara tidak terkawal dan kemudiannya merebak serta boleh menyebabkan kematian.

Kanser kolorektal merupakan salah satu kanser utama di Malaysia.

Ia kerap berlaku di kalangan mereka yang berumur 50 tahun ke atas tanpa mengira jantina.

tanda-tanda kanser usus besar

Tanda-tanda Kanser Usus Besar

1. Perubahan dalam corak pembuangan air besar (sembelit berselang-seli dengan cirit-birit lebih dari 3 minggu)

2. Sembelit lebih dari 3 minggu

3. Cirit-birit lebih dari 3 minggu

4. Kehadiran darah dalam najis atau pendarahan dari dubur

5. Rasa letih tanpa sebab yang jelas (akibat kurang darah)

6. Sakit perut

Orang Yang Berisiko Tinggi Untuk Mendapat Kanser Usus Besar

Risiko mendapat kanser ini meningkat sekiranya anda atau saudara terdekat anda mengalami :

1. Kanser usus besar

2. Polip kolon

3. Radang kolon (inflamatory bowel disease)

Faktor Lain Yang Boleh Menyumbang Kepada Peningkatan Risiko Kanser Usus Besar

1. Amalan pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak dan tidak berserat tinggi

2. Merokok

3. Mengambil alkohol secara berlebihan

4. Kurang aktiviti fizikal

Bagaimana Mengurangkan Risiko Mendapat Kanser Usus Besar

1. Makan makanan yang sihat, kurang berlemak dan tinggi kandungan serat seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin

2. Jangan merokok

3. Lakukan senaman secara tetap

4. Dapat dan kekalkan berat badan unggul

5. Kurangkan pengambilan alkohol

Apa Perlu Saya Lakukan Sekiranya Saya Mempunyai Gejala Kanser Usus Besar?

Sila berjumpa doktor dengan segera untuk pemeriksaan lanjut.

Pemeriksaan awal dapat mengesan kanser di peringkat awal dan rawatan dapat dimulakan dengan segera untuk mengelak kanser merebak dan dapat menyelamatkan nyawa.

Untuk pertanyaan dan order Vivix untuk kanser, whatsapp/sms 013-924 3387 (Kamilah).

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...