Friday 16 January 2015

Bahagia Seorang Surirumah

Semasa saya bekerja makan gaji dulu, saya sangat cemburu dengan sesiapa sahaja surirumah yang saya kenal. Kenapa cemburu?

Antaranya sebab mereka dapat masak sendiri makanan untuk keluarga (dapat pantau sendiri kebersihan, kehalalan makanan berbanding makanan yang dibeli di kedai-kedai), dapat sambut kepulangan anak dari sekolah, dapat makan tengah hari bersama-sama dengan anak, dapat jaga anak sendiri dan the list goes on.

Bahagianya saya tengok.

Cemburu di sini bukanlah cemburu yang negatif. Sebaliknya ia adalah cemburu yang positif yang dengannya membolehkan saya berusaha sebaik mungkin untuk bergelar seorang surirumah sepenuh masa juga. 

Alhamdulillah saya telah berjaya sekarang.

Dan bila menjadi surirumah sepenuh masa, bukanlah bermakna saya mempunyai banyak masa lapang, boleh seronok-seronok buat apa saja yang saya mahu. 

Kerana di samping tugasan harian biasa seorang surirumah, saya juga menjalankan bisnes Shaklee secara online. 

Kerja non-stop juga macam orang yang makan gaji, tapi saya happy asalkan dapat tinggal di rumah - tempat yang paling selesa dalam dunia :).


Bahagia bila dapat bangun awal.

Bahagia bila dapat menyediakan sarapan untuk anak dan suami meskipun ia sekadar kuih daripada frozen food (karipap, roti goreng dll).

Bahagia bila dapat membasuh dan menjemur pakaian di awal hari.

Bahagia dapat menikmati dan menghirup udara pagi yang sejuk, segar dan nyaman.

Bahagia bila dapat mencuri masa untuk menunaikan solat Dhuha tanpa risau mencuri masa bekerja (berbanding bekerja makan gaji macam dulu).

Bahagia dapat menyediakan makanan tengah hari dan makan bersama anak sekembalinya dari tadika.

Bahagia dapat mengemas rumah supaya sentiasa cantik dan kemas (walaupun selalunya tidak kekal lama).

Bahagia dapat menjaga sendiri anak berbanding dulu (terpaksa ditinggalkan dengan pengasuh atau nurseri).

Bahagia dapat atur masa sendiri (time freedom), pergi ke mana-mana saya suka bila-bila masa (tak perlu tunggu hari cuti kerana hari-hari-hari cuti).

Bahagia bila dapat shopping di masa tak ramai orang.

Bahagia bila dapat meluangkan lebih masa bersama ibu yang semakin uzur.

Bahagia dapat berkhidmat untuk suami dan anak-anak.


Semua di atas adalah senarai kesyukuran saya setiap hari. Semakin hari semakin banyak kesyukuran saya kepada Allah atas semua nikmat. Dari sekecil-kecil hinggalah sebesar-besar nikmat. Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Siti Nor Kamilah
Your Favourite Shaklee Independent Distributor
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387

No comments:

Post a Comment