Saturday, 21 March 2015

Tips Atasi Gastrik di Bulan Puasa

SEMASA SAHUR


1. Lewatkan sahur. 
Sahur adalah wajib jika anda mengalami gastrik. Elakkan bersahur bukan pada waktunya iaitu waktu tengah malam atau awal pagi, sebelum tidur. Di sinilah kepentingan bersahur seperti yang dianjurkan oleh Islam. Mengakhirkan sahur juga termasuk salah satu sunnah Rasulullah. 

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Darda, Rasulullah bersabda maksudnya: 

“Makan sahurlah pada akhir malam.”

2. Pelbagaikan menu makanan supaya mengandungi semua nutrien penting yang diperlukan iaitu karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan fiber supaya bertenaga ketika berpuasa. 

3. Sahur dengan makanan dan bukan setakat minum air sahaja. 

4. Minum segelas susu semasa sahur.

4. Elakkan tidur selepas sahur.


SEMASA BERBUKA PUASA DAN WAKTU SELEPASNYA

1. Berbuka dengan makanan yang ringan terlebih dahulu.
Paling baik, kurma dan diikuti dengan kuih-muih dan sebagainya. Kemudian barulah diikuti dengan makanan berat.

2. Sederhana ketika makan. 

3. Elakkan makanan yang berlemak, berminyak dan pedas kerana ia menjejaskan kelancaran sistem pencernaan. 

4. Elakkan minuman berkafein seperti teh dan kopi.
Ini kerana kafein merangsang saraf dan menyebabkan kalenjar jus gastrik di perut lebih aktif dan mengakibatkan sakit perut. 



Sengsara Gastrik Kronik 10 Tahun Terubat Secara Tak Sengaja? Biar Betul... from iReach HD on Vimeo.

SMS/Whatsapp 013-924 3387 jika berminat untuk mencuba suplemen Shaklee untuk membantu anda kekal cergas ketika berpuasa.  


1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...