Sunday, 4 January 2015

Syokya Bekerja Dari Rumah - Part 2 : Jadi Sukarelawan

Selasa lepas, saya dan mak saudara (yang sama umur dengan saya) telah terlibat dengan aktiviti sukarelawan di Masjid Ibrahimi, Pasir Puteh. Kalau yang ada Facebook, mungkin familiar dengan nama Raja Shamri.

Kerana beliau antara yang sentiasa update info tentang banjir di Kelantan. Kalau nak harapkan berita dari suratkhabar atau tv, tak banyak perkara sebenar yang kita ketahui.

Kami rasa terpanggil untuk sama-sama menyumbang barang keperluan harian dan juga menyumbang tenaga. Nak terlibat sama-sama ke lokasi mereka yang terlibat dengan banjir agak sukar, kerana komitmen terhadap keluarga (tak boleh tinggal anak).

Jadi kami rasa, selain doa dan sumbangan dalam bentuk duit, inilah satu-satunya peluang untuk kami membantu mereka yang dalam kesusahan.

Apatah lagi, ia berlaku di negeri yang terletak bersebelahan dengan Besut. Masjid Ibrahimi juga hanya mengambil masa 20 minit perjalanan dari Jerteh.

Orang-orang jauh dari KL, Selangor dan negeri-negeri lain juga turut sama turun ke Kelantan, apatah lagi kami yang tinggal agak dekat.

Antara kerja yang kami lakukan : packing pampers, tuala wanita, kurma, biskut dan juga mengasingkan pakaian mengikut jantina dan peringkat umur.

Apa kaitannya aktiviti sukarelawan ini dengan syoknya bekerja dari rumah?

Dengan bekerja dari rumah, bila-bila masa sahaja saya boleh terlibat dengan aktiviti sukarelawan seumpama ini ataupun lain-lain aktiviti kemasyarakatan. Jika masih bekerja makan gaji, waktu saya terhad kepada hari cuti sahaja iaitu Jumaat dan Sabtu.

Jika hari bekerja, terpaksalah saya ambil cuti (itu pun kalau nak la). Tapi biasanya, agak sukar untuk mengambil cuti semata-mata untuk melibatkan diri dalam aktiviti sebegini. Nak ambil cuti sebab anak sakit pun susah, apatah lagi jika untuk tujuan ini.

Jadi, memang seronok bila kita dapat atur masa kita sendiri tanpa perlu tunggu approval daripada boss. Kerana kita sendiri adalah boss :)












































No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...