Tuesday, 13 January 2015

Muda-muda Dah Ada Penyakit Gout? Ikhtiar Dengan Suplemen Shaklee

Baru-baru ini adik lelaki saya tiba-tiba sakit sebelah kaki dan tak dapat berpijak kerana terlalu sakit. Terpaksa berjalan menggunakan sebelah kaki je sambil berpaut pada dinding. 

Badannya agak besar dan tinggi. Jadi memang agak sukar la untuk bergerak. Kesian pulak saya tengok. 

Masa tu, belum tahu punca jadi macam tu. Sebab takde seliuh atau terjatuh pun. Nak tidur malam pun sukar kerana kaki berdenyut-denyut sakit.

Mujur dapat pinjam tongkat daripada kawannya yang pernah accident dulu. Dapatlah dia bergerak menggunakan tongkat tu.

Bila dah tak dapat berjalan macam tu, tentunya ia bukan perkara biasa. Pergi mengurut bukanlah penyelesaian yang terbaik sebab belum diketahui puncanya. Bila pergi ke klinik, barulah dapat jawapannya.

Rupa-rupanya, ia adalah disebabkan gout. Sebenarnya, arwah datuk sebelah mak dulu memang ada penyakit gout dan memang berpantang dengan sesetengah makanan seperti hati, kekacang dan ikan bilis.  

Menurut doktor, seawal umur 18 tahun dah mempunyai risiko untuk mendapat gout. Bukannya 40-an ke atas sahaja. Lebih-lebih lagi jika mempunyai keturunan yang mendapat penyakit gout. Memang betul, adik saya tu berumur 19 tahun.

Menurut doktor lagi, antara makanan yang perlu dielakkan ialah organ dalaman haiwan seperti hati, perut dll. Selain itu, buah yang ada biji. Makan buah takpe, tapi jangan makan biji. 

Contoh macam terung. Nak makan boleh tapi jangan makan biji. Tentulah mustahil kan sebab biji terung kecil. Cara paling senang, pantang terus.

Selain tu, buah tembikai. Nak makan kena buang bijinya dulu. 

Kalau ikan bilis yang dibuang perutnya, boleh makan. Yang kecik-kecik (susah nak buang perutnya), kena elakkan.

Banyak jugak pantangnya ni. Tak boleh makan suka hati macam dulu. 

Di samping menjaga pemakanan, antara ikhtiar yang boleh dilakukan supaya penyakit gout tidak menjadi semakin serius ialah dengan pengambilan suplemen. 

Muda lagi kut. Masih jauh lagi perjalanan. Jadi kena jaga la supaya aktiviti harian seperti pergi bekerja, tidak terjejas disebabkan penyakit gout ni.


Suplemen Shaklee yang dicadangkan untuk penyakit gout :



1. Vivix - melindungi dan memperbaiki DNA
2. Afalfa - membuang toksik, menurunkan asid serum (alkalin)
3. 
Omega Guard - mengelak inflamasi atau radang sendi
4. Performance Drinks - untuk mengelak dehidrasi
5. Ostematrix - mengurangkan kesakitan

Bulan ini pula ada offer untuk Vivix dan Alfalfa, jadi rugi kalau tak ambil peluang ni. 

Untuk mengetahui selanjutnya mengenai offer bulan Januari ini, hubungi saya :

Siti Nor Kamilah
Your Favourite Shaklee Independent Distributor
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...