Saturday, 13 December 2014

Syoknya Bekerja Dari Rumah - Part 1 : Webinar

Alhamdulillah Khamis lepas telah selesai webinar Group iReach iaitu group Shaklee di bawah upper upline saya iaitu Presidential Master Lyna Noh. Webinar semalam telah disampaikan oleh Ija Ramli dengan tajuk Dahsyatnya Bersyukur Dari Hati. 

Bermula lebih kurang pukul 9.30 sehingga 11.30 malam. Wow! Webinar kali ni memang luar biasa hebat. 

Biasanya webinar sebelum-sebelum ini ambil masa 1 jam sahaja. Bagi yang belum familiar dengan webinar, ia bolehlah diibaratkan sebagai meeting atas talian. 

Kita boleh dengar suara dan slaid yang dipaparkan. Selain itu, boleh berinteraksi dengan speaker yang menyampaikan webinar tersebut dengan menaip perkataan pada kotak yang disediakan.




Sejujurnya, saya dulu pun tak pernah dengar perkataan webinar ni. Dah join Shaklee baru tahu. Maklumlah, macam-macam perkara yang saya kena belajar sejak join Shaklee ni. 

Tapi tak la pulak saya rasa bosan, sebab makin banyak kita study, makin banyak yang kita tahu. Makin banyak yang kita tahu, makin mudah untuk consult customer. Dan seterusnya membawa kepada peningkatan income kita. Best kan?

Mulai hari ini, saya akan kongsikan pengalaman tentang kebaikan, keseronokan dan kegembiraan saya bekerja dari rumah melalui entry Syoknya Bekerja Dari Rumah.

Kerana pasti ramai isteri, ibu malah wanita yang belum berkahwin pun lagi yang berimpian untuk menjadi Work At Home Mom (WAHM) tetapi masih samar-samar. Tak tahu macam mana caranya.

Saya dulu pun memasang angan-angan untuk menjadi WAHM sebelum saya berkahwin lagi. Sebelum saya bertemu calon suami lagi (yang kini dah menjadi suami).

Saya tak tahu kenapa keinginan tersebut sangat kuat. Dan juga pada masa tu belum ada idea langsung macam mana nak capai impian tersebut. Yang saya tahu, saya nak duduk di rumah je jaga anak :)

Salah satu sebab saya seronok bekerja dari rumah ialah kerana saya tak perlu menghadiri meeting larut malam (yang sinonim dengan MLM) walaupun Shaklee sendiri merupakan MLM. Sekarang dengan kemudahan teknologi, macam-macam yang kita boleh manfaatkan. 

Tidak pernah sekalipun saya terpaksa meninggalkan suami dan anak di rumah untuk meningkatkan ilmu bisnes dengan menghadiri perjumpaan bisnes pada malam hari kerana ia boleh dilakukan dari Small Office Home Office (SOHO) sahaja melalui webinar.

Malah speaker yang menyampaikan webinar tersebut juga boleh melakukannya di rumah dengan ditemani oleh suara jeritan dan pekikan anak-anak (sebagai music background hehe). Begitulah meriahnya webinar Shaklee.

Webinar merupakan salah satu cara yang mudah untuk pengedar Shaklee berkongsi dan menuntut ilmu. Free je pun. Tak perlu bayar. Nak atau tak nak je.

Yang bestnya, speaker boleh berada di mana-mana sahaja di seluruh dunia, asalkan ada talian internet. Mudahnya webinar ni. Ia salah satu tool penting untuk bisnes, lebih-lebih lagi bisnes online.

Jika anda mahu merasai keseronokan bekerja dari rumah dengan Shaklee, anda boleh hubungi mana-mana pengedar Shaklee. Kalau nak join under saya pun dialu-alukan :)

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387


2 comments:

  1. Seronoknye bekerja dari rumah. Semoga Allah memudahkan segalanya. :)

    ReplyDelete
  2. MLM nie sebenarnya sistem yang bagus..tetapi apabila sering dipergunakan dan disalah guna jadi tanggapan orang ramai di Malaysia khasnya menjadi negatif

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...