Thursday 21 November 2019

Pagi

Alhamdulillah hari ini saya berjaya bangun seawal 2 pagi. Buat apa bangun awal-awal? Saya ada banyak lagi projek yang tertangguh yang belum selesai-selesai lagi. Antara stay up dengan bangun awal, saya lebih suka bangun awal sebenarnya. 

Tapi kekurangan bila nak bangun awal ialah bila terlajak tidur. Dah kunci alarm pun tak sedar. 

Selain tu, bila bangun awal ni, dekat waktu subuh tu confirm rasa mengantuk lain macam. Mata dah tak mampu nak bukak. End up, terpaksa tidur sekejap.  

Bila bangun awal pagi tu, perkara pertama yang saya lakukan ialah buka tingkap luas-luas. Lepas tu buat la amalan sunat yang patut. 

Bahagia rasa bila buat kerja sambil dengar bunyi water fountain kat youtube. Rasa macam ada kat tepi sungai. 

Image result for water fountain bamboo

Tak sangka dah nak hujung tahun 2019. Banyak lagi impian 2019 yang belum tercapai. Harapnya dalam masa berbaki ni dapat la saya capai beberapa impian besar untuk tahun 2019 ni. Amin. 


Kamilah Mustapa
Pengedar Shaklee Selangor
Call / whatsapp : 013-9243387 

Monday 17 June 2019

Day 2 The Miracle Morning (17.6.2019)

Hari ni saya bangun 3.30 pagi. Tapi asyik menguap je. Sebabnya, tidur tak lena. Kejap-kejap terjaga.

Saya mulakan dengan tulis impian. Tips ni saya belajar daripada Grant Cardone. Perkara pertama yang beliau lakukan lepas bangun tidur ialah tulis impian, sejak dari dulu lagi, sebelum beliau berjaya lagi.

Bila rasa lapar (saya makan malam sebelum 7 petang), saya buat air dan makan roti.

Lepas tu tengok gambar impian 2019 saya dalam handphone. Exercise dalam 10 minit sahaja hari ni sebab rasa betul-betul tak larat. Berpeluh pun tak sempat.

Seperti biasa, buat amalan sunat dan solat subuh. Lepas subuh memang rasa mengantuk sangat. Jadi terpaksa la tidur dalam 30 minit.

Inilah masalahnya bila bangun awal sangat. Sebelum subuh dah rasa mengantuk. Walaupun dah minum nescafe bila bangun pagi tu.

Hari ni ke laut. Affirmation pun saya dengar kat handphone je sambil kemas bilik. Pukul 9.30 pagi, visualization, reading, silence dan scribing belum buat lagi.

Akhirnya saya berjaya buat visualization je. 3 lagi tu tak buat. Semoga esok lebih baik.


Kamilah Mustapa
Pengedar Shaklee Selangor
Call / whatsapp : 013-9243387 

Sunday 16 June 2019

Day 1 The Miracle Morning (16.6.2019)

Saya dah lama sebenarnya dengar audiobook The Miracle Morning tulisan Hal Elrod tapi belum benar-benar konsisten mengamalkan apa yang dibaca.

Lebih kurang 6 bulan je lagi dah nak habis 2019. Jadi saya cabar diri untuk buat The Miracle Morning setiap hari tanpa miss bermula dari 16.6.2019 hingga 24.11.2019.

Tujuan utama supaya saya dapat capai impian saya untuk 2019 ni. Terutamanya berkaitan kewangan dan juga kereta yang menjadi impian saya tahun ni.

Alhamdulillah hari ni saya bangun pukul 5 pagi. Buat amalan sunat sikit dan lepas tu solat subuh.

Tak boleh nak start 1 jam The Miracle Morning dari start bangun, sebab bagi saya masa sebelum subuh merupakan masa yang sangat penting untuk Dia dan juga untuk berdoa. Masa mustajab doa.

Saya sangat happy bila dapat bangun sebelum subuh sebab banyak perkara yang boleh saya lakukan. Lepas solat subuh baru saya start The Miracle Morning iaitu exercise selama setengah jam.

Mula-mula ingat nak keluar jogging tapi baru ingat yang sweater yang saya selalu pakai masa jogging kat ampaian.  Tak dapat la nak jogging.

Kalau jogging mesti best masa awal pagi ni. Udara sejuk. Tapi tak kesampaian pulak.

Kemudian saya tengok gambar impian saya kat Gallery dalam handphone. Lepas tu saya buat visualization.

Bayangkan yang saya dah capai impian 2019 saya. Lepas tu saya baca affirmation depan cermin.

Kemudian baca buku nota saya berkaitan sharing Tuan Afnan Rosli. Last sekali saya tulis jurnal kesyukuran.

Alhamdulillah untuk Day 1. Moga dapat istiqamah.


 

Kamilah Mustapa
Pengedar Shaklee Selangor
Call / whatsapp : 013-9243387 


Monday 27 May 2019

Produk Wardah dan Simply Siti di Watson Jerteh

Alhamdulillah saya dah selamat sampai kat Besut untuk cuti raya selama 2 minggu Sabtu lepas. Syukur perjalanan menaiki bas smooth je. Tak jem. Alhamdulillah.

Semalam saya ke Watson Jerteh, nak cari sharpener eyeliner. Kat Watson Saujana Utama dah habis. Kebetulan semalam last day ada offer, jadi ramai sangat orang. Panjang jugak orang beratur. Kebetulan juga masa saya pergi tu lunch hour. Bila dah habis lunch hour tak ramai pun.

Lama juga saya cuci mata kat situ. Tapi yang paling mengujakan saya bila nampak produk Wardah ada kat situ. OMG! Dah lama saya cari. Sebelum ni takde. Selalu usha kat Lazada dan Youtube je.


So apa lagi memang try la lipstick yang dah lama saya aim. Tapi tak banyak pilihan sangat yang menepati citarasa saya. Lipstick Intense Matte yang menjadi wishlist saya ialah Choco Town dan Easy Brownie. 2 ni je yang warna kecoklatan. Yang lain macam menyerlah sangat untuk kulit gelap macam saya.


Letak dalam wishlist je dulu sebab, saya baru je beli lipstick sebenarnya. So kena tahan nafsu nak berbelanja tu. Takpe esok masih ada.


Eyeliner Wardah pun best juga tapi takde stock. Tester je ada. Laku sangat kut.
Kat sebelahnya pulak ada Simply Siti. Memang terbaiklah. Saya suka 2 brand ni sebab produk halal. So lepas ni takyah la beli online. Kecuali yang takde stok.


Simply Siti sedikit mahal berbanding produk lain. Tapi apa pun, yang penting halal. Harga tu no. 2.



Akhirnya jumpa pun apa yang dicari. Sharpener eyeliner In2it. So saya beli tu je. 



InsyaAllah ada rezeki lebih kita shopping kat sini nanti.


 
Kamilah Mustapa
Pengedar Shaklee Selangor
Call / whatsapp : 013-9243387 

Sunday 19 May 2019

Makanan Yang Bagus Untuk Pesakit Kanser

Walaupun kanser boleh terjadi disebabkan keturunan, ia bukanlah faktor utama. Pemakanan merupakan faktor utama yang menyebabkan kanser.  Pemakanan, cara hidup dan stress lebih menyumbang kepada kanser daripada faktor keturunan. Oleh sebab itu, apabila disahkan menghidapi kanser, cara pemakanan hendaklah diubah. Biasanya doktor hanya memberi garis panduan asas tentang pemakanan, tiada pantang-larang.

Maklumat tentang makanan yang bagus untuk pesakit kanser ni saya rujuk dalam buku Kanser Payudaraku : Perjuangan dan Kesedaran oleh Dalilah Tamrin. Penulis merupakan bekas pesakit kanser payudara. Berikut merupakan antara makanan yang bagus untuk pesakit kanser :




1. Bawang Putih

Allicin dalam bawang putih membuatkan badan kita mempunyai imun yang tinggi untuk melawan bakteria tanpa memberikan kesan sampingan yang berat. Mungkin hanya peluh yang berbau ataupun bau nafas yang menjadi kuat apabila banyak makan bawang putih. Jadi, mengambil beberapa ulas atau beberapa biji kapsul bawang putih dapat membantu sistem imun kita daripada rosak. Bawang putih dapat memperlahankan atau mematikan sel kanser termasuklah di perut, pundi kencing, prostat dan kolon. Bawang putih juga amat tinggi dengan antioksidan, vitamin A, vitamin C, karotena dan selenium. Antioksidan sangat diperlukan untuk membantutkan atau melindungi sel badan daripada menjadi kanser.

2. Kobis

Kobis pula merupakan sayuran yang mudah didapati. Kobis sebenarnya mempunyai phytochemicals yang dipanggil Indola. Indola ialah penentang kanser yang paling bagus. Kimchi merupakan salah satu makanan yang mengandungi kobis yang bagus untuk diamalkan oleh pesakit kanser.

3. Bawang Merah 

Bawang merah mengandungi tidak kurang 50 phytochemicals. Maka dengan mengambilnya dalam menu harian akan membawa kebaikan untuk sistem imun badan kita. Bawang merah tinggi dengan quecertin dan juga anthocyanin. Anthocyanin membantu quecertin dalam ‘memakan’ dan memusnahkan radikel bebas yang menyebabkan kanser.

4. Buah-buahan Sitrus Dan Lemon

Buah-buahan sitrus dan lemon mengandungi monoterpena, iaitu salah satu phytochemicals yang boleh menentang kanser. Sebab itulah untuk pulih daripada kanser atau melindungi badan daripada kanser, kita digalakkan untuk mengambil buah-buahan sitrus.

5. Teh Hijau

Teh hijau kaya dengan antioksidan yang dikenali sebagai polyphenols. Polyphenols ialah agen-agen aktif perlindungan daripada penyakit jantung dan kanser. Kajian perubatan menemui bahawa teh hijau melindungi saluran darah dan membantutkan pertumbuhan kanser. Teh hijau kini dikenali sebagai penentang kerosakan akibat radikel bebas kerana teh ini mempunyai antioksidan termasuk cathecins. Cathecins dikenal pasti dapat menurunkan paras kolesterol dan pembekuan darah yang boleh menyebabkan terjadinya strok.

6. Sayur-sayuran Cruciferous

Sayur-sayuran cruciferous seperti kobis, brokoli, kobis bunga (cauliflower) atau sengkuang ialah beberapa contoh sayuran yang kaya dengan agen antikanser. Dalam tempoh pulih daripada kemoterapi, cuba sediakan sayur bening iaitu dengan merebus bawang putih dan bawang merah yang telah dimayang bersama-sama kobis, brokoli, kobis bunga dan cendawan tiram beserta garam secukup rasa. Mengukus merupakan pilihan yang paling bagus dalam memastikan zat dan khasiat makanan tidak terlarut atau hilang.

7. Minyak Ikan

Minyak ikan juga memainkan peranan dalam menentang kanser terutamanya kanser payudara. Oleh itu, menyajikan ikan dalam  hidangan harian dapat membantu menghalang pertumbuhan beberapa jenis kanser lain juga. Sebaiknya ikan dikukus atau direbus untuk mengekalkan kandungan minyak Omega 3 ini. Ikan sardin (bukan yang ditinkan), tenggiri dan cencaru sangat kaya dengan minyak Omega 3. Ikan-ikan ini juga mudah didapati. Minyak Omega 3 ini sebenarnya dapat membantutkan atau merencatkan petumbuhan kanser. Selain itu, ikan-ikan ini juga boleh mengelakkan Thrombotic Stroke (stroke akibat darah beku dalam otak) dan Embolic Stroke (stroke akibat darah beku pada anggota badan yang lain).


Artikel berkaitan :

Berhenti Merokok Untuk Cegah Kanser Paru-paru







 

Kamilah Mustapa
Pengedar Shaklee Selangor
Call / whatsapp : 013-9243387