Showing posts with label Beli Vivix online. Show all posts
Showing posts with label Beli Vivix online. Show all posts

Thursday 21 November 2019

Pagi

Alhamdulillah hari ini saya berjaya bangun seawal 2 pagi. Buat apa bangun awal-awal? Saya ada banyak lagi projek yang tertangguh yang belum selesai-selesai lagi. Antara stay up dengan bangun awal, saya lebih suka bangun awal sebenarnya. 

Tapi kekurangan bila nak bangun awal ialah bila terlajak tidur. Dah kunci alarm pun tak sedar. 

Selain tu, bila bangun awal ni, dekat waktu subuh tu confirm rasa mengantuk lain macam. Mata dah tak mampu nak bukak. End up, terpaksa tidur sekejap.  

Bila bangun awal pagi tu, perkara pertama yang saya lakukan ialah buka tingkap luas-luas. Lepas tu buat la amalan sunat yang patut. 

Bahagia rasa bila buat kerja sambil dengar bunyi water fountain kat youtube. Rasa macam ada kat tepi sungai. 

Image result for water fountain bamboo

Tak sangka dah nak hujung tahun 2019. Banyak lagi impian 2019 yang belum tercapai. Harapnya dalam masa berbaki ni dapat la saya capai beberapa impian besar untuk tahun 2019 ni. Amin. 


Kamilah Mustapa
Pengedar Shaklee Selangor
Call / whatsapp : 013-9243387 

Thursday 16 August 2018

Vitamin Untuk Kesuburan Suami dan Isteri

Pasangan suami isteri yang sudah berkahwin dikategorikan mengalami masalah ketidaksuburan apabila dah berkahwin selama setahun tapi masih belum hamil. Bagi pasangan yang lebih lanjut usia pula, tempoh tersebut lebih pendek iaitu 6 bulan. 

Bagi pasangan yang menghadapi masalah ketidaksuburan ini, dinasihatkan supaya mendapatkan pemeriksaan lanjut dengan doktor. Selain itu, boleh juga ambil vitamin untuk kesuburan suami dan isteri dalam masa yang sama kerana kekurangan nutrisi juga boleh menyebabkan ketidaksuburan. 

Vitamin antioksidan antara yang sangat penting yang perlu diambil oleh kedua-dua pasangan suami dan isteri. Resveratrol dalam Vivix merupakan antioksidan yang dapat membantu mengurangkan kerosakan sel akibat radikel bebas. 

Kualiti telur (ovum) bergantung kepada paras aliran darah di sekitar ovari dan juga jumlah antioksidan yang mencukupi untuk melindungi daripada radikel bebas. Jika jumlah antioksidan kurang, ia menyebabkan sel telur yang tidak sihat, tidak matang dan sebagainya. 

Selain itu, resveratrol dapat mengelak masalah ejakulasi pramatang dan jumlah sperma yang sedikit di kalangan lelaki dengan cara meningkatkan kandungan nitric oxide dalam tubuh. Nitric oxide yang tidak mencukupi boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular dan juga ejakulasi pramatang.

Resveratrol juga dapat mengekalkan kesihatan sperma dan seterusnya memudahkan untuk hamil. Selain mengambil vitamin untuk kesuburan suami dan isteri, ikhtiar dengan doa dan sedekah jangan dilupa.  





*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. 

Saturday 11 August 2018

Malas Makan Vitamin Tapi Nak Bertenaga, Nak Cantik

Pada umumnya semua dah tahu, bila kita rasa letih tak bertenaga, nak lakukan aktiviti seharian pun terbatas, ini merupakan masanya yang terbaik untuk cuba makan vitamin. Ada juga yang bergantung kepada nescafe, kopi, atau minuman tenaga sebagai energy booster baru dapat 'berfungsi' dengan baik.  Kalau tak, letih lemah semua ada.

Pengambilan minuman di atas, lebih-lebih lagi dalam bentuk 3 ini 1, bukanlah tak boleh. Namun, jika diambil dengan banyak atau dalam masa yang panjang, contohnya 3 kali sehari, dikhuatiri sakit buah pinggang pula yang bakal kita dapat.

Minuman tenaga yang ada di pasaran juga tinggi dengan kandungan gula. Silap haribulan boleh kena potong kaki sebab kencing manis. 

Lagipun sampai bila kita nak bergantung kepada bahan-bahan itu semua? Lama-lama boleh jadi ketagih. Tak sah kalau sehari tak ambil.

Kalau nak tahu, Shaklee ada suplemen yang sesuai untuk orang yang malas makan vitamin banyak-banyak jenis. Nak 1 je vitamin yang dah merangkumi pelbagai manfaat untuk kesihatan. Lagipun susah nak telan vitamin dalam bentuk pil.

Vitamin tersebut ialah Vivix iaitu dalam bentuk cecair. Vivix kaya dengan antioksidan, bagus untuk tenaga dan juga dapat membantu mencegah pelbagai penyakit kronik seperti penyakit jantung, penyakit kanser, kencing manis dan lain-lain. Dan untuk wanita pula, dapat bonus lagi bila dapat kulit cantik dengan pengambilan Vivix ini.


vitamin untuk tenaga, vitamin awet muda


Cara pengambilannya amat mudah iaitu hanya 1 sudu sehari. Jadi jika anda malas atau susah nak makan vitamin, cubalah Vivix hari ini.







*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. 

Tuesday 1 April 2014

Cara Makan Vivix Shaklee

Cara makan Vivix Shaklee yang biasa disyorkan seperti yang tertera pada botol Vivix ialah 1 sudu teh sehari. Namun ramai yang mengadu badan jadi panas dengan cara pengambilan tersebut, walaupun telah minum air dalam kuantiti yang banyak iaitu 2 hingga 3 liter sehari.

Sebenarnya jika menghadapi masalah dengan cara pengambilan mana-mana vitamin, kita boleh ubah atau sesuaikan mengikut keadaan. Bak kata orang putih, try and error. Jadi jika anda juga mengalami masalah yang sama setelah mengambil Vivix, apa kata anda tukar cara pengambilan.

Caranya, 1 sudu teh Vivix dicampurkan ke dalam satu gelas besar (500 ml) air sejuk atau suam. Kemudian, tambah 1 sudu Performance Drinks.


Kenapa Performance Drinks? 

Kerana Performance Drinks berfungsi menyejukkan badan. 

Insya Allah. Boleh cuba jika nak tahu berkesan atau tak.

Seperti yang saya sebutkan di atas, tiada cara khusus untuk makan vitamin. Ikut keserasian dan tubuh masing-masing.Jadi tak perlu confuse jika cara pengambilan vitamin yang diberi oleh pengedar Shaklee anda berbeza berbanding pengedar Shaklee yang lain. 

Selain itu, disyorkan supaya Vivix diambil pada waktu pagi di samping kena banyakkan minum air.

Nak lagi sedap, boleh campur Vivix bersama Set Mighty 3 Gems (ESP + Performance Drinks + Meal Shake)


 
Vivix Shaklee 

Kredit : anakkuwiraku.com
Kredit foto : supersihat.com



*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.