Showing posts with label Kanser Payudara. Show all posts
Showing posts with label Kanser Payudara. Show all posts

Sunday 19 May 2019

Makanan Yang Bagus Untuk Pesakit Kanser

Walaupun kanser boleh terjadi disebabkan keturunan, ia bukanlah faktor utama. Pemakanan merupakan faktor utama yang menyebabkan kanser.  Pemakanan, cara hidup dan stress lebih menyumbang kepada kanser daripada faktor keturunan. Oleh sebab itu, apabila disahkan menghidapi kanser, cara pemakanan hendaklah diubah. Biasanya doktor hanya memberi garis panduan asas tentang pemakanan, tiada pantang-larang.

Maklumat tentang makanan yang bagus untuk pesakit kanser ni saya rujuk dalam buku Kanser Payudaraku : Perjuangan dan Kesedaran oleh Dalilah Tamrin. Penulis merupakan bekas pesakit kanser payudara. Berikut merupakan antara makanan yang bagus untuk pesakit kanser :




1. Bawang Putih

Allicin dalam bawang putih membuatkan badan kita mempunyai imun yang tinggi untuk melawan bakteria tanpa memberikan kesan sampingan yang berat. Mungkin hanya peluh yang berbau ataupun bau nafas yang menjadi kuat apabila banyak makan bawang putih. Jadi, mengambil beberapa ulas atau beberapa biji kapsul bawang putih dapat membantu sistem imun kita daripada rosak. Bawang putih dapat memperlahankan atau mematikan sel kanser termasuklah di perut, pundi kencing, prostat dan kolon. Bawang putih juga amat tinggi dengan antioksidan, vitamin A, vitamin C, karotena dan selenium. Antioksidan sangat diperlukan untuk membantutkan atau melindungi sel badan daripada menjadi kanser.

2. Kobis

Kobis pula merupakan sayuran yang mudah didapati. Kobis sebenarnya mempunyai phytochemicals yang dipanggil Indola. Indola ialah penentang kanser yang paling bagus. Kimchi merupakan salah satu makanan yang mengandungi kobis yang bagus untuk diamalkan oleh pesakit kanser.

3. Bawang Merah 

Bawang merah mengandungi tidak kurang 50 phytochemicals. Maka dengan mengambilnya dalam menu harian akan membawa kebaikan untuk sistem imun badan kita. Bawang merah tinggi dengan quecertin dan juga anthocyanin. Anthocyanin membantu quecertin dalam ‘memakan’ dan memusnahkan radikel bebas yang menyebabkan kanser.

4. Buah-buahan Sitrus Dan Lemon

Buah-buahan sitrus dan lemon mengandungi monoterpena, iaitu salah satu phytochemicals yang boleh menentang kanser. Sebab itulah untuk pulih daripada kanser atau melindungi badan daripada kanser, kita digalakkan untuk mengambil buah-buahan sitrus.

5. Teh Hijau

Teh hijau kaya dengan antioksidan yang dikenali sebagai polyphenols. Polyphenols ialah agen-agen aktif perlindungan daripada penyakit jantung dan kanser. Kajian perubatan menemui bahawa teh hijau melindungi saluran darah dan membantutkan pertumbuhan kanser. Teh hijau kini dikenali sebagai penentang kerosakan akibat radikel bebas kerana teh ini mempunyai antioksidan termasuk cathecins. Cathecins dikenal pasti dapat menurunkan paras kolesterol dan pembekuan darah yang boleh menyebabkan terjadinya strok.

6. Sayur-sayuran Cruciferous

Sayur-sayuran cruciferous seperti kobis, brokoli, kobis bunga (cauliflower) atau sengkuang ialah beberapa contoh sayuran yang kaya dengan agen antikanser. Dalam tempoh pulih daripada kemoterapi, cuba sediakan sayur bening iaitu dengan merebus bawang putih dan bawang merah yang telah dimayang bersama-sama kobis, brokoli, kobis bunga dan cendawan tiram beserta garam secukup rasa. Mengukus merupakan pilihan yang paling bagus dalam memastikan zat dan khasiat makanan tidak terlarut atau hilang.

7. Minyak Ikan

Minyak ikan juga memainkan peranan dalam menentang kanser terutamanya kanser payudara. Oleh itu, menyajikan ikan dalam  hidangan harian dapat membantu menghalang pertumbuhan beberapa jenis kanser lain juga. Sebaiknya ikan dikukus atau direbus untuk mengekalkan kandungan minyak Omega 3 ini. Ikan sardin (bukan yang ditinkan), tenggiri dan cencaru sangat kaya dengan minyak Omega 3. Ikan-ikan ini juga mudah didapati. Minyak Omega 3 ini sebenarnya dapat membantutkan atau merencatkan petumbuhan kanser. Selain itu, ikan-ikan ini juga boleh mengelakkan Thrombotic Stroke (stroke akibat darah beku dalam otak) dan Embolic Stroke (stroke akibat darah beku pada anggota badan yang lain).


Artikel berkaitan :

Berhenti Merokok Untuk Cegah Kanser Paru-paru







 

Kamilah Mustapa
Pengedar Shaklee Selangor
Call / whatsapp : 013-9243387 

Friday 18 May 2018

Testimoni Vivix Untuk Kanser Payudara Stage 2

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 5
TESTIMONI 25 : SYA NORIZAH


KANSER PAYUDARA TAHAP 2 BERANSUR PULIH SELEPAS AMALKAN SUPLEMEN SHAKLEE

Alhamdulillah wa syukurillah...
Inilah cinta hati sya dan adik beradik, satu satunya keberkatan doa yang kami ada sehingga sekarang. Di sebalik senyumannya, siapa sangka mak merupakan cancer survivor... di sebalik seraut wajah yang mulus itu juga terselit pelbagai kedukaan dalam memikul tanggungjawab sebagai emak dan ayah kepada kami 4 beradik..terutama buat adik bongsu kami yang sekolah lagi.


Oktober 2012 merupakan detik paling getir apabila mak kehilangan kekasih hatinya secara mengejut.. siapalah kite sebagai hamba untuk mempersoalkan ajal dan maut.. hanya doa menjadi iringan... hamba redho ya Allah...Tidak setakat itu, mak diuji sekali lagi apabila disahkan menghidap kanser payudara tahap 2 seusai habis idahnya.

Waktu itu, bagaikan dihempap langit runtuh apabila benjolan sebesar 20 sen di bahagian dada kiri disahkan positive sel kanser...Almaklumlah mak memang tiada masalah kesihatan yang lain. Mak kelihatan tenang menerima kebenaran itu.. namun disebalik ketenangan wajahnya tetap terselit kesedihan dan kehampaan.

Hanya Allah sahaja mengetahui apa yang dialami beliau.. hendak mengadu, hilang sudah tempat mengadu.. pada anak2? kekuatan perlu ditunjukkan agar tidak menyedihkan anak2 pula.betapa kuatnya semangatmu mak.jagakan mak buat kami Ya Allah.
Setelah beberapa rawatan dan ujian dilakukan di beberapa hospital dan keputusan adalah tetap sama... 

Akhirnya akur dengan qada qadar Allah, mak bersetuju menjalani pembedahan mastektomi sepenuhnya di bahagian dada kiri...sedih hati kami melihat keadaan mak.. Ya Allah kuatkan mak dalam menghadapi ujianMu..Setelah itu, bermula lah episod mencabar buat mak selepas pembedahan...

Dari pemakanan, luka pembedahan, aktiviti harian semua kami jaga.. diperkenalkan dengan shaklee buat mak selepas pembedahan adalah ostematrix bagi penyembuhan luka dengan baik.. alhamdulillah elok dan cantik lukanya.

Apabila mula kemoterapi dan radiotherapy keadaan mak makin lesu.. rambut da mula gugur, otot2 dan sendi tak berapa nak kuat sehinggakan terpaksa solat duduk.. tiada nikmat Allah yang dapat kite dustakan..

Dimasukkan ke wad kerana tdak cukup darah.. sungguh2 diuji.. ampunkan mak Ya Allah... ada juga mulut2 bawang kata2 mak yang agak keterlaluan. 

Setelah habis kemoterapi dan radiotherapy sebanyak 15 sesi..Masa tu bufday mak tak silap masa tu.. hadiahkan mak vivix... terharu mak kata.. sebab kami sayang mak tau... selepas tu mak ikhtiar dengan mencuba full set kanser. almaklum la kan immunity rendah dan kesan dari rawatan pula buat mak lemah dan pucat. 

Alhamdulillah mak saya kuat dan mak dapat hadapinya. Sekarang setelah 6 tahun mengamalkan set kanser, doktor sahkan mak bebas kanser. Terima kasih Allah.

Sehingga sekarang mak sayang sangat2 pada vivixnye tu. Tanpa vivix mak tak happy katanya.. hihi doakan mak sihat ye semua.. tak kenal maka tak cinta tau.

Mak kata sharing2 ni boleh bantu orang yang senasib dengannye... terima kasih shaklee bawa harapan baru buat mak.




Beli Vivix secara online di e-sell (menggunakan kad kredit atau kad debit). 


ATAU
Untuk order dan pertanyaan hubungi Kamilah : whatsapp 013 924 3387.