1. Bawang Putih
Allicin dalam bawang putih membuatkan badan kita mempunyai
imun yang tinggi untuk melawan bakteria tanpa memberikan kesan sampingan yang
berat. Mungkin hanya peluh yang berbau ataupun bau nafas yang menjadi kuat
apabila banyak makan bawang putih. Jadi, mengambil beberapa ulas atau beberapa
biji kapsul bawang putih dapat membantu sistem imun kita daripada rosak. Bawang
putih dapat memperlahankan atau mematikan sel kanser termasuklah di perut,
pundi kencing, prostat dan kolon. Bawang putih juga amat tinggi dengan
antioksidan, vitamin A, vitamin C, karotena dan selenium. Antioksidan sangat
diperlukan untuk membantutkan atau melindungi sel badan daripada menjadi
kanser.
2. Kobis
Kobis pula merupakan sayuran yang mudah didapati. Kobis
sebenarnya mempunyai phytochemicals yang dipanggil Indola. Indola ialah
penentang kanser yang paling bagus. Kimchi merupakan salah satu makanan yang
mengandungi kobis yang bagus untuk diamalkan oleh pesakit kanser.
3. Bawang Merah
Bawang merah mengandungi tidak kurang 50 phytochemicals.
Maka dengan mengambilnya dalam menu harian akan membawa kebaikan untuk sistem imun
badan kita. Bawang merah tinggi dengan quecertin dan juga anthocyanin.
Anthocyanin membantu quecertin dalam ‘memakan’ dan memusnahkan radikel bebas
yang menyebabkan kanser.
4. Buah-buahan Sitrus Dan Lemon
Buah-buahan sitrus dan lemon mengandungi monoterpena, iaitu
salah satu phytochemicals yang boleh menentang kanser. Sebab itulah untuk pulih
daripada kanser atau melindungi badan daripada kanser, kita digalakkan untuk
mengambil buah-buahan sitrus.
5. Teh Hijau
Teh hijau kaya dengan antioksidan yang dikenali sebagai
polyphenols. Polyphenols ialah agen-agen aktif perlindungan daripada penyakit
jantung dan kanser. Kajian perubatan menemui bahawa teh hijau melindungi
saluran darah dan membantutkan pertumbuhan kanser. Teh hijau kini dikenali
sebagai penentang kerosakan akibat radikel bebas kerana teh ini mempunyai
antioksidan termasuk cathecins. Cathecins dikenal pasti dapat menurunkan paras
kolesterol dan pembekuan darah yang boleh menyebabkan terjadinya strok.
6. Sayur-sayuran Cruciferous
Sayur-sayuran cruciferous seperti kobis, brokoli, kobis
bunga (cauliflower) atau sengkuang ialah beberapa contoh sayuran yang kaya
dengan agen antikanser. Dalam tempoh pulih daripada kemoterapi, cuba sediakan
sayur bening iaitu dengan merebus bawang putih dan bawang merah yang telah
dimayang bersama-sama kobis, brokoli, kobis bunga dan cendawan tiram beserta
garam secukup rasa. Mengukus merupakan pilihan yang paling bagus dalam
memastikan zat dan khasiat makanan tidak terlarut atau hilang.
7. Minyak Ikan
Minyak ikan juga memainkan peranan dalam menentang kanser
terutamanya kanser payudara. Oleh itu, menyajikan ikan dalam hidangan harian dapat membantu menghalang
pertumbuhan beberapa jenis kanser lain juga. Sebaiknya ikan dikukus atau direbus
untuk mengekalkan kandungan minyak Omega 3 ini. Ikan sardin (bukan yang
ditinkan), tenggiri dan cencaru sangat kaya dengan minyak Omega 3. Ikan-ikan
ini juga mudah didapati. Minyak Omega 3 ini sebenarnya dapat membantutkan atau
merencatkan petumbuhan kanser. Selain itu, ikan-ikan ini juga boleh mengelakkan
Thrombotic Stroke (stroke akibat darah beku dalam otak) dan Embolic Stroke
(stroke akibat darah beku pada anggota badan yang lain).
Artikel berkaitan :