Monday 16 July 2018

Lawatan ke Show House Eco Grandeur Puncak Alam

Sabtu lepas saya berpeluang melawat show house Eco Grandeur kerana kebetulan diadakan open house. Dah lama sebenarnya nak pergi tapi selalu tak kesampaian. 2 minggu lepas, nak pergi la sebab ada Pet Carnival.

On the way dah sebenarnya. Waktu asar, kami singgah solat di Masjid Puncak Alam. Cantik dan luas masjid ni. Lupa pulak nak ambil gambar.

Bila dah habis solat, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Cakap kat Khadijah tak boleh pergi sebab hujan. Apa lagi merajuk la dia. So hari ni akhirnya tercapai juga hajat. Happy la dia.

Open house bermula pukul 6 petang. Masa kami sampai tu dah ramai orang. Mula-mula masuk dalam galeri dulu. Lepas tu, terus ke show house.

Memang cantik landskapnya. Ada semi-d dan banglo. Bagi saya, bilik tidur agak sempit bagi rumah semi-d. Sebab saya suka bilik yang luas. Harga semi-d bermula dari RM 980K.

Tengok 2 model je rumah semi-d. Banyak lagi model lain tapi tak sabar-sabar, terus pergi tengok rumah banglo. Rumah banglo pula ada yang 3 bilik dan 4 bilik. Harga dari RM 1.4M.

Ini kalau buat kat Besut dengan nilai juta-juta dah dapat rumah ala istana dah ni hehe. Tak pun boleh buat 4, 5 biji banglo dah ni.

Lepas tengok rumah, kami pergi pula ke tempat event. Open house ni makanannya bukan percuma. Tapi ok la. Tak mahal. RM 2 sepinggan. Kena beli voucher at least RM 10. Dan beli makanan di gerai yang disediakan. Ada satay, roti jala, kuih-muih, durian, cendol, laksa, mee, burger, spageti, air, makanan tak halal untuk non muslim pun ada 1 gerai. Jangan tersilap pergi beli kat situ pula. Naya. 

Sebenarnya ada persembahan kat pentas. Yang tak kenanya, time maghrib ada tarian tradisional. Kami lepas dah habis makan terus balik la. Lepas tu ada persembahan Aizat Amdan dll dan pertunjukan bunga api tapi malas nak tunggu dah. 

Lain kali harapnya boleh datang lain. Tak habis lagi explore rumah. InsyaAllah. 











































































































































Atau untuk order dan pertanyaan hubungi Kamilah : whatsapp 013 924 3387.   


No comments:

Post a Comment