Showing posts with label Makanan yang bagus untuk kanser. Show all posts
Showing posts with label Makanan yang bagus untuk kanser. Show all posts

Sunday 19 May 2019

Makanan Yang Bagus Untuk Pesakit Kanser

Walaupun kanser boleh terjadi disebabkan keturunan, ia bukanlah faktor utama. Pemakanan merupakan faktor utama yang menyebabkan kanser.  Pemakanan, cara hidup dan stress lebih menyumbang kepada kanser daripada faktor keturunan. Oleh sebab itu, apabila disahkan menghidapi kanser, cara pemakanan hendaklah diubah. Biasanya doktor hanya memberi garis panduan asas tentang pemakanan, tiada pantang-larang.

Maklumat tentang makanan yang bagus untuk pesakit kanser ni saya rujuk dalam buku Kanser Payudaraku : Perjuangan dan Kesedaran oleh Dalilah Tamrin. Penulis merupakan bekas pesakit kanser payudara. Berikut merupakan antara makanan yang bagus untuk pesakit kanser :




1. Bawang Putih

Allicin dalam bawang putih membuatkan badan kita mempunyai imun yang tinggi untuk melawan bakteria tanpa memberikan kesan sampingan yang berat. Mungkin hanya peluh yang berbau ataupun bau nafas yang menjadi kuat apabila banyak makan bawang putih. Jadi, mengambil beberapa ulas atau beberapa biji kapsul bawang putih dapat membantu sistem imun kita daripada rosak. Bawang putih dapat memperlahankan atau mematikan sel kanser termasuklah di perut, pundi kencing, prostat dan kolon. Bawang putih juga amat tinggi dengan antioksidan, vitamin A, vitamin C, karotena dan selenium. Antioksidan sangat diperlukan untuk membantutkan atau melindungi sel badan daripada menjadi kanser.

2. Kobis

Kobis pula merupakan sayuran yang mudah didapati. Kobis sebenarnya mempunyai phytochemicals yang dipanggil Indola. Indola ialah penentang kanser yang paling bagus. Kimchi merupakan salah satu makanan yang mengandungi kobis yang bagus untuk diamalkan oleh pesakit kanser.

3. Bawang Merah 

Bawang merah mengandungi tidak kurang 50 phytochemicals. Maka dengan mengambilnya dalam menu harian akan membawa kebaikan untuk sistem imun badan kita. Bawang merah tinggi dengan quecertin dan juga anthocyanin. Anthocyanin membantu quecertin dalam ‘memakan’ dan memusnahkan radikel bebas yang menyebabkan kanser.

4. Buah-buahan Sitrus Dan Lemon

Buah-buahan sitrus dan lemon mengandungi monoterpena, iaitu salah satu phytochemicals yang boleh menentang kanser. Sebab itulah untuk pulih daripada kanser atau melindungi badan daripada kanser, kita digalakkan untuk mengambil buah-buahan sitrus.

5. Teh Hijau

Teh hijau kaya dengan antioksidan yang dikenali sebagai polyphenols. Polyphenols ialah agen-agen aktif perlindungan daripada penyakit jantung dan kanser. Kajian perubatan menemui bahawa teh hijau melindungi saluran darah dan membantutkan pertumbuhan kanser. Teh hijau kini dikenali sebagai penentang kerosakan akibat radikel bebas kerana teh ini mempunyai antioksidan termasuk cathecins. Cathecins dikenal pasti dapat menurunkan paras kolesterol dan pembekuan darah yang boleh menyebabkan terjadinya strok.

6. Sayur-sayuran Cruciferous

Sayur-sayuran cruciferous seperti kobis, brokoli, kobis bunga (cauliflower) atau sengkuang ialah beberapa contoh sayuran yang kaya dengan agen antikanser. Dalam tempoh pulih daripada kemoterapi, cuba sediakan sayur bening iaitu dengan merebus bawang putih dan bawang merah yang telah dimayang bersama-sama kobis, brokoli, kobis bunga dan cendawan tiram beserta garam secukup rasa. Mengukus merupakan pilihan yang paling bagus dalam memastikan zat dan khasiat makanan tidak terlarut atau hilang.

7. Minyak Ikan

Minyak ikan juga memainkan peranan dalam menentang kanser terutamanya kanser payudara. Oleh itu, menyajikan ikan dalam  hidangan harian dapat membantu menghalang pertumbuhan beberapa jenis kanser lain juga. Sebaiknya ikan dikukus atau direbus untuk mengekalkan kandungan minyak Omega 3 ini. Ikan sardin (bukan yang ditinkan), tenggiri dan cencaru sangat kaya dengan minyak Omega 3. Ikan-ikan ini juga mudah didapati. Minyak Omega 3 ini sebenarnya dapat membantutkan atau merencatkan petumbuhan kanser. Selain itu, ikan-ikan ini juga boleh mengelakkan Thrombotic Stroke (stroke akibat darah beku dalam otak) dan Embolic Stroke (stroke akibat darah beku pada anggota badan yang lain).


Artikel berkaitan :

Berhenti Merokok Untuk Cegah Kanser Paru-paru







 

Kamilah Mustapa
Pengedar Shaklee Selangor
Call / whatsapp : 013-9243387