Monday 13 October 2014

Masa Terbaik Untuk Makan Vitamin

Alhamdulillah saya baru sahaja selesai makan tengah hari. Lepas tu saya terus telan 2 kapsul minyak zaitun. Sebab kat botol tu ada tertulis "Sukatan cadangan : 2 kapsul selepas makan".

Tapi kali ini bukannya saya nak cerita pasal minyak zaitun. Tapi tentang cara pengambilannya. Tak kira apa jenis ubat, suplemen dan vitamin, masing-masing ada masa pengambilan yang tertentu.

Mana boleh makan ikut suka hati je. Tak kiralah vitamin tersebut murah atau mahal. Yang paling mahal sekalipun, kalau ambil tak ikut aturan, sama macam tak makan vitamin pun. Tak dapat kesan yang diinginkan. Betul tak?

Masa Terbaik Yang Disyorkan untuk Ambil Vitamin 


Vitamin adalah bahan organik, jadi ia harus diambil bersama makanan lain atau mineral untuk penyerapan yang terbaik. Seperti minyak zaitun yang saya ambil juga, masa terbaik untuk makan vitamin ialah ambil bersama makanan atau selepas makan.

cara ambil suplemen, kenapa ambil suplemen selepas makan
Masa manakah yang terbaik untuk ambil suplemen?

Mungkin ada yang suka makan vitamin. Jadi macam-macam vitamin yang diambil. Untuk tenaga ada, untuk kulit cantik ada, untuk kurus ada. Sampai pening nak makan mana satu. Jadi macam mana pula caranya?

Jika kita mengambil banyak jenis vitamin, seelok-eloknya dibahagikan pengambilan kepada selepas sarapan, selepas makan tengah hari, selepas makan malam, sebelum tidur dan sebagainya.                        
Yang terakhir, jika anda memang seorang yang sangat sibuk dan perlu mengambil vitamin sekaligus supaya tidak lupa, masa terbaik ialah masa anda makan hidangan yang paling besar.

Contohnya, tengah hari biasanya anda tak ambil nasi, hanya makanan yang ringan. Tetapi malam baru anda makan nasi. Jadi anda patut ambil vitamin selepas makan malam.

Tips Penting 


Kenapa perlu ambil mineral bersama dengan vitamin? Mineral penting supaya vitamin dapat diserap dengan lebih baik. Jadi, pastikan ambil mineral dan vitamin bersama.

Masih pening lagi dengan cara pengambilan vitamin? Inilah pentingnya konsultasi.

Entry berkaitan : Cara Makan Vitamin Shaklee Yang Wajib Diketahui

Jika membeli vitamin Shaklee, pastikan anda mendapat konsultasi yang sepatutnya tentang cara pengambilan vitamin. Biasanya, setiap pengedar Shaklee akan menyediakan jadual pengambilan vitamin yang khusus untuk pelanggan mereka. Supaya anda tak perlu pening-pening lagi :)

Dapatkan konsultasi percuma dengan setiap pembelian melalui saya :

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387


Saturday 11 October 2014

8 Manfaat Vitamin Anti-Stress Untuk Kulit

Vitamin B kompleks merupakan salah satu vitamin yang terdapat dalam Set Kecantikan Kulit, selain vitamin E dan vitamin C. B kompleks juga dikenali sebagai vitamin anti-stress. Ia mudah larut dalam air, jadi ia perlu diambil setiap hari sebab tubuh tak mampu untuk menyimpannya.

Manfaat vitamin B kompleks untuk kulit


1. Vitamin B meningkatkan metabolisme sel dan menggalakkan kulit yang sihat.

2. Vitamin B kompleks merupakan antioksida yang membantu meningkatkan peredaran darah. Jadi bila peredaran darah lancar ke seluruh badan termasuk kulit, ia akan menghasilkan kulit yang berseri-seri dan tidak kusam. Jadi jika sebelum ini dah pernah amalkan vitamin c dan vitamin e namun tidak mendapat kesan yang diinginkan, mungkin anda patut cuba b kompleks.

3. Vitamin B kompleks melindungi daripada sinaran UV yang berbahaya yang boleh menyebabkan kanser kulit. 

4. Vitamin B kompleks merupakan agen pencerah kulit yang berkesan. Penggunaan yang kerap akan mengurangkan pigmentasi pada kulit. 

5. Vitamin B kompleks membantu mengurangkan garis-garis halus. Jadi yang nak awet muda sentiasa, memang tak boleh tinggal vitamin B kompleks ni. Malah, ini juga antara rahsia Siti Nurhaliza menjaga kecantikan kulitnya. 

6. Vitamin B kompleks mampu meningkatkan kelembapan kulit. Jadi ia sangat sesuai untuk kulit kering.

7. Vitamin B kompleks membantu masalah kulit yang kemerahan, bersisik dan ekzema.

8. Vitamin B kompleks membantu mengurangkan masalah jerawat. Jerawat berlaku apabila terlalu banyak minyak dikeluarkan di dalam tubuh. Apabila vitamin B5 mencukupi dalam tubuh, kalenjar yang menghasilkan minyak akan berfungsi dengan baik dan sekaligus mengurangkan jerawat. 

Saya pengedar sah Shaklee:

Siti Nor Kamilah
ID Shaklee 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387  


Friday 3 October 2014

Hidup Susah. Selalu Gagal. Masalah Datang Bertimpa-timpa. Mungkinkah Selama-lamanya Begini?

Setiap orang di muka bumi ni ada masalah masing-masing. Kadang-kadang kita rasa hidup kita susah sangat. Miskin. Tak macam orang lain. Yang hidup kaya-raya dan senang dengan keluarga masing-masing. Jealous je kita tengok. Kita pula, masalah datang bertimpa-timpa. Lepas satu, satu. Selalu gagal dalam perkara yang kita lakukan. Kita rasa tak tenang. Kita rasa dalam dunia ni kitalah yang paling banyak masalah. 

Tapi kita mungkin lupa sesuatu. Tiada orang dalam dunia ni tiada masalah. Walau sekaya mana pun dia. Pasti ada masalah masing-masing. Kita mungkin ingat orang kaya hidup senang tapi kita tak tahu, hutang orang kaya tersebut keliling pinggang. Berjuta-juta. Berbanding kita yang tiada hutang atau pun ada hutang yang sedikit.

Adakah Selamanya Kita Akan Hidup Susah? 


Saya terbaca di facebook tentang isu kenaikan harga minyak ni. Tapi dah lupa kat mana. Ada disebut bahawa orang yang kurang berkemampuan mungkin terpaksa memberi anak mereka air sirap untuk menggantikan susu, sebab tak mampu nak beli susu yang semakin mahal harganya tu. 

Bila saya baca status tersebut, tiba-tiba saya teringat tentang kisah kejayaan bekas peserta Millionaire Marketing Mastery (dulunya dikenali sebagai Advanced Marketing Power). Sebijik dengan apa yang ditulis di facebook tersebut. Beliau yang berniaga produk kecantikan (seorang wanita) menceritakan kisahnya ketika hidup susah dahulu. 

Pada masa tu, beliau tak mampu nak beli susu anak. Terpaksa digantikan dengan air sirap atau susu pekat manis (Menangis saya dalam hati masa tu - masa sedang menaip ni pun saya rasa sebak). Sebab besarnya dugaan beliau, di kala sedang struggle untuk membina perniagaannya. 

Tapi sekarang beliau dah pun melepasi tahap sukar dalam hidupnya. Sekarang telah berjaya mengeluarkan produk sendiri, dan juga mendapat sales berjuta-juta setahun. Beliau merupakan pengasas produk Jus Sengat Dara (mungkin ada yang kenal). 

Satu lagi kisah semasa IMKK dulu. Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa saya selalu mention kelas Dr Azizan. Obses? Tak. Saya hanya ingin berkongsi apa yang saya tahu dan alami di mana mungkin orang lain tak tahu dan dengan sharing saya ini, mungkin memberi manfaat kepada mereka (termasuk anda).

Salah seorang yang berada di Hot Seat menceritakan bahawa sebelum dia join kelas Dr Azizan, hutang dia keliling pinggang. Beratus-ratus ribu. Dengan hutang kad kredit lagi. Masa tu dia gunakan kad kreditnya untuk join kelas-kelas di luar negara (yang tentunya sangat mahal) namun tak mendatangkan hasil pun. 

Dari situ saya terfikir, orang yang mempunyai masalah yang besar macam tu pun boleh keluar dari masalah masing-masing. Apatah lagi saya. Yang mempunyai masalah yang tidak seberapa jika dibandingkan dengan mereka. 

Bila mendengar kisah-kisah macam ni, baru saya sedar. Mereka yang sukses, jutawan, multi-jutawan ni memiliki satu persamaan iaitu pernah mengalami kesusahan atau kegagalan. Kesusahan itulah yang membangkitkan semangat mereka untuk berjuang sehingga berjaya dan akhirnya mengecapi segala kesenangan yang mereka dapat sekarang. 

Kesimpulannya, jika kita rasa kita susah, bergembiralah! Kejayaan sedang menanti di hadapan. Dengan syarat kita mengambil tindakan yang sewajarnya. Bukan menunggu sahaja kejayaan datang dengan sendiri. Selamat berjaya!




Saya pengedar sah Shaklee:

Siti Nor Kamilah
ID Shaklee 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387

Hujan lebat - Waktu mustajab doa

Alhamdulillah semalam hujan turun dengan lebatnya. Dingin dan nyaman rasanya. Saya tak melepaskan peluang ini untuk submit doa. Apa yang saya inginkan secara spesifik. Student Dr Azizan Osman confirm tahu istilah submit doa ni. Sebab dalam IMKK tempoh hari la saya dapat ilmu ni. Sebelum ni, saya dah tahu bahawa waktu hujan adalah antara waktu doa kita dimakbulkan oleh Allah. Tapi saya tak begitu faham atau tak benar-benar yakin pasal ni.

Rupa-rupanya waktu mustajab doa ialah waktu di mana manusia berada dalam gelombang alpha. Pada masa ini, segala doa yang kita minta akan terus direct kepada Allah tanpa hijab. Saya tak pandai nak elaborate dengan jelas macam Dr Azizan terangkan haritu. Tapi harap anda semua dapat faham. Dr Azizan terangkan secara saintifik tentang maksud waktu doa mustajab ni. 

Selama ni saya just tahu, tapi tak pernah amal pun. Tapi bila dah tahu secara saintifik, barulah saya benar-benar yakin dan teruja untuk mempraktikkannya. Sekarang saya sedar, itulah bezanya jika kita buat sesuatu tanpa ilmu dan juga dengan ilmu. Lain kesannya. Sekarang, bila hujan turun je, pasti saya submit doa. Berbanding dulu, langsung tak menghargai turunnya hujan. 

Selain itu, antara waktu terbaik untuk kita submit doa ialah :

  • Waktu dalam keadaan berwudhu’
  • Ketika mengantuk
  • Ketika sujud
  • Ketika bersin
  • Ketika istighfar
  • Ketika solat
  • Waktu 3 pagi
  • Ketika dengar Al-Quran
  • Ketika selawat
  • Ketika ‘bersama’ dengan pasangan
  • Ketika mendengar muzik yang sesuai (alpha brainwave)
  • Hari Jumaat
  • Malam Raya Aidilfitri atau Aidil Adha

Bila kita selalu dalam alpha mode, lebih cepat kita akan capai impian. Jadi jangan sia-siakan waktu kita berada dalam alpha mode. Ambillah peluang untuk berdoa dengan sungguh-sungguh. 

Saya pengedar sah Shaklee:

Siti Nor Kamilah
ID Shaklee 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387

Thursday 2 October 2014

Buat rumah cash vs buat rumah dengan pinjaman bank

Macam mana hari ni pembaca semua? Sudahkah anda menulis Jurnal Kesyukuran anda? Bagi yang belum mungkin boleh tulis lepas ni :)

Hari ini saya nak cerita tentang pengalaman semasa saya bekerja dahulu. Saya jarang-jarang bercerita pasal ni tapi saya rasa pengalaman ini sangat menarik. Sebab itu saya ingin kongsikan di sini.

Masa saya mula-mula bekerja dahulu, saya ditugaskan di bahagian lelongan tanah. Setelah beberapa tahun, banyak perkara yang saya dapat belajar dan boleh saya jadikan panduan untuk masa hadapan. Mungkin ramai yang tak familiar dengan lelongan tanah ni kan? Jadi saya explain serba sedikit mengikut apa yang saya tahu.

Ada 2 keadaan di mana tanah akan dilelong. Pertama, mereka yang buat pinjaman dengan mencagarkan tanah mereka. Kedua, mereka yang membuat pinjaman perumahan. Apabila peminjam gagal membayar ansuran bulanan mereka, surat peringatan akan dikeluarkan mengikut tempoh bank masing-masing.

Jika mereka masih gagal juga untuk membayar, ada beberapa proses yang akhirnya akan membawa kepada permohonan bank untuk melelong tanah/rumah berkenaan ke Pejabat Tanah. Istilah yang digunakan ialah 'permohonan perintah jual'.

Bila Pejabat Tanah menerima permohonan tersebut, Pejabat Tanah tidaklah terus mengambil tindakan untuk melelong tanah. Tetapi terlebih dahulu diadakan siasatan di mana semua pihak yang terlibat dipanggil iaitu tuan tanah (penggadai), orang yang meminjam (peminjam), bank (pemegang gadaian) dan peguam (wakil bank).

Peminjam tidak semestinya tuan tanah. Ada juga yang mencagarkan tanah suami/isteri atau ahli keluarga dan lain-lain untuk membuat pinjaman, dengan persetujuan mereka.

Semasa proses siasatan ini, macam-macam karenah yang saya boleh lihat. Di pihak Pejabat Tanah, kami seboleh-bolehnya ingin mengelakkan daripada berlakunya lelongan tanah tersebut. Yela, kesian kat tuan tanah tersebut. Tetapi dari pihak bank, masing-masing sebolehnya mahu menyegerakan tindakan lelongan tersebut. (Maaf jika ada yang tak setuju. Tapi itulah yang saya nampak sepanjang saya bekerja dahulu)

Antara tanah yang dilelong tersebut, banyak jugalah rumah yang besar dan cantik. Dalam hati saya "Sayangnya rumah besar-besar nak kena lelong. Buat apa buat rumah besar-besar dengan pinjaman yang banyak tapi akhirnya kena lelong".

Daripada situ saya terfikir, takde cara lain ke untuk beli rumah selain daripada meminjam beratus-ratus ribu tersebut? Masa tu, pada fikiran saya, mustahil untuk buat rumah secara cash. Soalan saya ni masih tidak terjawab. Tapi dari semasa ke semasa, saya dah temui jawapannya. Iaitu dengan membina rumah secara cash. Rumah tersebut mungkin tidak besar tapi buat apa ada rumah besar tetapi milik bank? Lebih baik ada rumah yang sederhana tapi milik kita sendiri.

Saya dapat jawapan ini bila saya melihat contoh di depan mata sendiri. Pertama, rumah parent kawan saya yang dibina sedikit demi sedikit bila dapat menjual lembu dan juga hasil berniaga kecil-kecilan. Tapi yang bestnya, rumah tu taklah kecil. Tapi agakan saya, sama nilai dengan banglo RM 300,000.00. Ruang tamu pun sama luas dengan sebiji rumah teres kos rendah. Dapat bayangkan tak?Tanpa membuat pinjaman bank. Best kan macam tu? Hati pun tenang bila tiada pinjaman ni.

Yang kedua, rumah di kampung saya yang juga merupakan peniaga kecil-kecilan. Rumah tersebut tak kurang besarnya. Malah tiada bezanya dengan rumah yang dibuat dengan pinjaman bank. Tapi berapa kos membina rumah tersebut, taklah saya tahu. Tak sempat nak pergi interview hehe.

Yang ketiga, rumah mak saudara saya yang dibina dengan ganjaran pencen suaminya. Masa kerja dulu tinggal kat KL tapi sekarang ni balik duduk Besut (suami dia pun orang Besut). Tak sampai RM 100,000 pun dihabiskan. Termasuk dengan upah tukang buat rumah tu. Keluasan rumahnya lebih kurang Rumah Mesra Rakyat. Bagi saya, (yang ada pengalaman menyewa Rumah Mesra Rakyat) rumah tu agak besar. Malahan, Rumah Mesra Rakyat ni lebih besar dari rumah berkembar yang saya duduk sekarang. 

Daripada contoh tersebut, dapatlah saya membuat kesimpulan bahawa ada caranya jika kita mahu membina rumah secara cash walaupun mungkin proses untuk mendapatkannya agak lama. Dan kena ada tanah dulu. Yang penting, kita tidak perlu risau rumah kita akan dilelong jika berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini seperti kematian suami dan lain-lain.

Saya juga berimpian untuk membina rumah secara cash suatu hari nanti. Insya Allah.

Saya harap anda mendapat sesuatu daripada perkongsian saya ini.

P/S : Tips ini mungkin tidak sesuai untuk yang tinggal di bandar besar kerana harga tanah dan rumah yang mahal. Tapi who knows? Maybe ada caranya.

Saya pengedar sah Shaklee:

Siti Nor Kamilah
ID Shaklee 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387