Sunday 4 December 2016

Aktiviti Hujung Minggu WAHM

Semalam jadual pack sebenarnya. Ni baru boleh betulkan urat. Pagi kelas blog dan petang pula kelas asas. Kelas pagi free je.

Untuk kelas petang kena bayar RM 30 je. Tapi dapat free gift iaitu 5 sachet kolagen dan 3 sachet Cinch Tea yang bernilai RM 115. Kak Kam siap kira satu-satu lagi tu.

Jadi bayangkan. Bayar RM 30 je. Tapi dapat balik RM 115. Buat kat hotel pulak tu. Tak balik modal pun penganjur. Mana nak cari.

Inilah salah satu sebab Kak Kam suka datang kelas. Sebab mesti dapat hadiah free hehe.

Tapi ilmu yang kita dapat tu la paling penting sebenarnya.

So nak share la serba sedikit yang Kak Kam dapat tadi.

Kadang kita banyak sangat doa yang nak diamalkan sampai tak tahu nak baca masa mana. Boleh baca dalam solat.

3 tempat mustajab doa dalam solat :
$ lepas iqamat
$ dalam sujud terakhir
$ selepas tahiyat sebelum beri salam

Dalam sujud terakhir dan selepas tahiyat baca dalam bahasa arab doa yang kita nak minta.

Kelas tadi bukan kelas agama tau, tapi kelas Shaklee. =)


Buku Terakhir Yang Saya Baca : Stanza Cinta Yang Penuh Dengan Ayat-ayat Cinta Dari Alquran

Buku terakhir yang Kak Kam baca ialah novel terbitan Galeri Ilmu yang dibeli secara online masa tengah offer - RM 1 je sebuah daripada harga asal puluh-puluh ringgit jugak. 

Tajuknya Stanza Cinta. Masa tu beli 2 buah. 1 lagi pun novel juga. Sebab sebelum ni dah baca sinopsisnya yang agak menarik. 

Lama dah sebenarnya tak baca novel-novel ni. Kalau pinjam buku kat library pun pinjam buku lain, bukan novel. Tapi yang ni lain sebab novel islamik dan patuh syariah. 

Ia mengisahkan tentang seorang gadis yang dalam dilema untuk memilih lelaki yang agak kurang dari segi agama yang telah lama dikenali atau pun lelaki yang menepati ciri yang diidamkan, yang soleh dari negara yang berlainan. 

Walaupun ia berkisarkan kisah cinta, banyak perkara dalam novel ini yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Bila apa yang kita impikan tak menjadi kenyataan mampukah kita berlapang dada dan redha dengan ketentuan-Nya. 

Juga segala sesuatu yang Allah jadikan walaupun nampak macam buruk pada pandangan akal kita namun sebenarnya ia adalah yang terbaik untuk kita. Cuma kita yang tak pandai menilainya. 

Sempat juga la menitiskan air mata bila part yang sedih tu. Sob sob. Memang best penulis ni. Nurul Hallawati. Boleh la cari buku beliau yang lain untuk dibaca. 

Bila google rupanya ada drama yang diadaptasikan daripada novel ni. Tapi tak pernah tengok rasanya. 

Membaca jambatan ilmu. Apa buku terakhir yang kawan-kawan baca?




 
Ingin dapatkan produk Shaklee? Sms/whatsapp 013-924 3387 (Kamilah) untuk order dan sebarang pertanyaan.

Saturday 3 December 2016

My Hobby

Kak Kam tak banyak pun hobi. Antaranya membaca, gardening, dengar lagu. Berangan pun ye gak.

Gardening ni ikut mood. Kalau rajin rajinla. Time tak berapa nak rajin, habis kering pokok tu tak cukup air sebab tuan dia malas nak siram. Boleh gitu? 

Tapi membaca memang Kak Kam tak miss. Tiap-tiap bulan ada allocation khas untuk buku dan majalah. Majalah yang Kak Kam paling suka baca ialah Anis. 

Ada koleksi dari awal penerbitan lagi. Tiap-tiap bulan mesti pergi kedai buku cari majalah Anis ni. Kadang-kadang pergi 2, 3 buah kedai baru ada sebab susah nak jumpa. 

Buku pula suka baca buku motivasi, kewangan, bisnes, interior design, hartanah dan self improvement. Yang terbaru suka baca pasal kesihatan. 

Yelah nak jadi #SIDPro kena la banyak membaca. Kalau tak macam mana nak share info kalau kita sendiri pun tak banyak ilmu. 

Bila tak jumpa buku yang dicari kat kedai buku, selalu order online je. Excited sangat bila buku sampai. Rasa macam nak melompat-lompat.

Lepas tu habiskan baca buku tu dalam masa 24 jam je. Memang heaven. Kecuali buku English yang agak sukar nak faham. Kena baca berulangkali.

Sekarang ni suka dengar audiobook pula. Lepas terpengaruh dengan Prof Muhaya dan juga mentor Shaklee kami. 

Kak Kam download audiobook kat youtube dalam handphone dan dengar anytime je - masa buat kerja rumah, exercise, masak, drive. 

Seronok juga dengar audiobook ni. Sebab kita tak perlu nak menghadap macam baca buku. Best woo. 







Siapa yang belum pernah dengar audiobook memang Kak Kam syorkan sangat. I'm sure you'll love it, just like me.
Apa hobi kawan-kawan? Mind to share?

*SID-Shaklee Independent Distributor

 
Ingin dapatkan produk Shaklee? Sms/whatsapp 013-924 3387 (Kamilah) untuk order dan sebarang pertanyaan.

Friday 2 December 2016

Produk Shaklee Yang Menjadi Favourite Saya

Ada banyak produk Shaklee yang Kak Kam suka. Bukan hanya 1 produk je. Boleh dikatakan semua la yang Kak Kam suka. Bila dah cuba sekali pasti nak lagi dan lagi. 

Tapi yang satu ni memang lain sikit iaitu Cinch Tea. Kam Kam suka sangat Cinch Tea ni sebab ia membantu untuk menghilangkan rasa mengantuk dan memberi tenaga dengan cepat. 

Rasanya sedikit pahit tapi bila gabungkan dengan madu, lemon, Performance Drinks atau Meal Shakes, memang marvellous. 

Suka ambil waktu petang lepas lunch sebab masa ni bila perut dah kenyang, mata mula la nak tertutup.

Satu lagi suka ambil kalau bangun awal pagi sebelum subuh, untuk elak dari tidur lepas subuh. Dua-dua ni memang waktu kritikal iaitu zon mengantuk.

Cinch Tea ni ada 4 jenis teh (Eksklusif T-lift®) iaitu matcha grean tea powder, red tea extract, white tea extract dan rooibos red tea extract. 

Kak Kam nak cerita manfaat teh hijau matcha dalam Cinch Tea ni. 

1. Anti-aging
Penduduk di Okinawa, Jepun merupakan antara orang yang paling panjang umur di dunia. Rahsianya ialah pengambilan teh hijau matcha. Nak kekal AWET MUDA, amalkan teh hijau matcha.

2. Membantu fokus dan memberi ketenangan.
Sami Buddha telah mengamalkan teh hijau matcha sejak 1000 tahun dahulu lagi untuk kekal alert dan tenang semasa meditasi berjam-jam. L-theanine dalam teh hijau matcha menghasilkan gelombang alpha, memberi kesan ketenangan. 

L-theanine membantu dalam pembelajaran, meningkatkan memori dan dapat mengelak kesan sampingan kafein iaitu bahan semulajadi dalam teh. 

Nak MUDAH MENGINGAT, MUDAH BELAJAR dan DOA MAKBUL (masa dalam gelombang alpha), ambil teh hijau matcha.

3. Membantu dalam menurunkan berat badan.
Teh hijau matcha tiada kalori, dapat meningkatkan metabolisme dan membakar lemak. 

Kajian dalam American Journal of Clinical Nutrition mendapati pengambilan teh hijau matcha boleh meningkatkan thermogenesis (kadar pembakaran kalori badan) dari yang normal iaitu 8-10% daily energy expenditure kepada 25-43% daily energy expenditure. 

Kajian lain menunjukkan exercise sejurus selepas mengambil teh hijau matcha meningkatkan lebih 25% kadar pembakaran lemak.

Nak LEBIH SLIM, ambil teh hijau matcha ye. 

Ni baru satu je manfaat daripada satu kandungan dalam Cinch Tea, 3 lagi boleh Kak Kam sambung lain kali.
Panjang-panjang pun bukan korang baca pun hehe.


Ingin dapatkan produk Shaklee? Sms/whatsapp 013-924 3387 (Kamilah) untuk order dan sebarang pertanyaan.

Thursday 1 December 2016

Pengalaman Menarik Bila Join Shaklee : Life Changing

Rasanya Kak Kam dah pernah cerita tentang perubahan yang Kak Kam alami setelah join Shaklee. Tapi takpe Kak Kam cerita sekali lagi.

Dari awal join Shaklee, Kak Kam dah ada akaun facebook. Tu pun daftar sebab nak bisnes pada asalnya.  Untuk jual t-shirt muslimah.

Lepas tu upline Kak Kam ibuk Zeti Hafiza Zakaria masukkan dalam beberapa secret group super upline kat facebook. Bila baca perkongsian dalam tu rasa excited tak tahu nak habaq.

Yang paling menarik bila ramai yang duduk kat rumah je pun mampu dapat income 4-6 angka sebulan. Inilah bisnes yang Kak Kam cari-cari selama ini.

No. Ia bukan semata-mata pasal duit tapi Kak Kam dapat rasa seronoknya berada dalam group bisnes yang best dan penuh inspirasi macam ni.

Bukan belajar tentang marketing dan sales je, belajar juga tentang produk, tentang syarikat, tentang amalan rohani, tentang pengurusan masa. Pendek kata, banyaklah.

Tiap-tiap hari ada je 'makanan' untuk dihadam. Mana yang boleh diapply Kak Kam apply sebaik mungkin.

Masa nilah juga Kak Kam start melazimi zikir (istighfar, selawat, dan amalan sunat (solat dhuha, sedekah) yang lain yang ada dalam Master Checklist.

Selama hidup lebih 30 tahun ni, inilah pertama kali Kak Kam start istiqamah berzikir. Ya sebab bisnes Shaklee nilah. Sedih sungguh.

Takde blog, belajar buat blog. Ingat -ingat lupa dah. Masa tu upline suruh buat blog. Senang je rupanya sebab Kak Kam berjaya godek-godek sendiri dan terhasillah blog yang kini dah berusia 4 tahun.

Mana yang tersekat, tak reti, rujuk upline selain rujuk google. Dalam bisnes Shaklee ni, kita tak keseorangan sebab ada upline sebagai mentor. Kalau upline tak aktif, boleh rujuk super super upline.

Kak Kam asalnya pemalu. Pendiam pun ya. Tak suka jumpa orang. Tapi bila dah join Shaklee ni nak tak nak kena la belajar untuk jadi lebih peramah. Dengan customer terutamanya.

Bila pergi kelas, jumpa kawan baru, dapat pengalaman baru, rasa seronok pula. Selain dapat timba ilmu baru. Sedikit demi sedikit dapat buang sifat pemalu dan jadi lebih positif.

Macam Kak Kam cerita sebelum ni, bila duduk dengan orang lebih positif kita pun terikut dan terinspirasi sama nak jadi dan berjaya macam dia.

Kita akan push diri untuk buat apa yang dia buat juga. Kalau dia boleh buat, takkan kita tak boleh?

Kak Kam berjaya keluar dari comfort zone sedikit demi sedikit. Alhamdulillah. Namun banyak lagi comfort zone yang tak berapa nak comfort yang perlu dipecahkan untuk berjaya.

Last but not least, Kak Kam belajar dalam Shaklee untuk jadi orang yang tidak beralasan.
Say no to alasan.


Ingin dapatkan produk Shaklee? Sms/whatsapp 013-924 3387 (Kamilah) untuk order dan sebarang pertanyaan.

Wednesday 30 November 2016

Supermom Extended Tour Selatan 2016 - Melaka

Alhamdulillah. Pada 26/11/2016 yang lepas, seronok sangat dapat jumpa mami gojes Hadhatina Mkb  yang merupakan super upline dalam Shaklee buat pertama kali. Dalam siri jelajah Supermom Extended Tour Selatan 2016.

Yang kat Terengganu hari tu tak dapat pergi. Rupanya rezeki nak jumpa kat Melaka. Sebelum ni jumpa kat online je.

Juga seronok dapat jumpa rakan baru  Shaklee yang happening. Apa yang Kak Kam pelajari sepanjang seminar ni ialah:

$ 3 nyawa dalam MLM
$ 5 sebab stuck dalam bisnes
$ 5 langkah unstuck/move on
$ 3 langkah luaskan jajahan
$ Big why
$ Main game Masteria

Yang paling best dapat juga tips nak jadi speaker yang hebat daripada AJK seminar. Ini win.

Seminar dari pagi sampai petang ni free je. Tak payah bayar pun. Makan tengahari (nasi ambeng lagi) pun siap disponsor.

Oh bukan tu je. Dapat juga buku testimoni Supermom Shaklee Story free.

Memang rugi la yang duduk dekat tapi tak datang. Kak Kam kasi 5 bintang.  InsyaAllah segala ilmu yang dikongsi akan diaplikasi sebaik mungkin.

Appear weak when you are strong,
and strong when you are weak. - Sun Tzu


Ingin dapatkan produk Shaklee? Sms/whatsapp 013-924 3387 (Kamilah) untuk order dan sebarang pertanyaan.


Sabun Basuh dan Pelembut Pakaian Tanpa Bahan Kimia dan Selamat Untuk Bayi

Dulu kalau nak basuh pakaian putih terutamanya telekung sembahyang, Kak Kam selalu guna clorxx. Banyak-banyak pulak tu. Lepas tu rendam. Barulah hilang semua kotoran tu.

Sekarang dah insof.

Dulu guna pewangi kereta, pewangi rumah, softener atau pelembut kain (softxxx) yang wangi tu, atau apa sajalah yang dipanggil pewangi.

Yelah sape tak suka kan bila telekung sembahyang, baju, tuala, rumah kita berbau wangi. Tapi tak ramai yang tahu sebenarnya bau wangi yang disedut itu dihasilkan daripada bahan kimia, bukannya bunga lavender atau ros.

Kalau dah tahu pun mungkin buat-buat tak tahu sebab itu je pilihan yang ada. Betul ke? Sebenarnya ada je produk yang bebas bahan kimia, selamat untuk manusia dan juga untuk alam sekitar.

Bahan kimia ini merupakan toksin yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit terutamanya kanser. Yang tak bestnya, kebanyakan produk yang ada di rumah kita adalah penyumbang kepada toksin.

Sekarang seboleh-bolehnya Kak Kam cuba elakkan. Kebanyakannya dah takde pun kat rumah. Tak wangi pun takpe asalkan rumah, kereta, tempat kerja kita selamat daripada toksin. Cloxxx ada lagi baki yang tak habis. Boleh buat cuci tandas.

Dulu kurang pengetahuan tentang bahaya bahan kimia yang terdapat dalam kediaman kita ni. Sikit demi sikit bila dah tambah ilmu terutamanya bila gi kelas Shaklee, barulah sedar tentang hal ini.

Dan sikit demi sikit bertukar kepada produk Shaklee yang lebih selamat, tiada bahan kimia. Mana yang boleh kita tukar, kita tukar. Kalau pewangi tu, cari yang natural, bukan sintetik.

Antara produk Shaklee yang boleh digunakan di rumah ialah pencuci pinggan (dishwash), pencuci serbaguna (basic H), sabun basuh  (Fresh Laundry Concentrate), pelembut pakaian (Soft Fabric Concentrate) syampu (Prosante), pencuci muka (Nutriwhite), krim multipurpose tanpa steroid (Herbal Blend).

Tukar jenama boleh mengubah hidup anda.


Ingin dapatkan produk Shaklee? Sms/whatsapp 013-924 3387 (Kamilah) untuk order dan sebarang pertanyaan.

Tuesday 29 November 2016

Vivix untuk Gout

Tadi study pasal gout. Rasa sakit yang berlaku adalah disebabkan tindak balas sistem imun kita yang menyerang kristal asid urik.

Ini disebabkan sistem imun kita kenal pasti kristal asid urik tu sebagai objek asing sebagaimana ia mengenal pasti bakteria.

Menarik sangat bila study ni. Nak ambil apa untuk gout?

Semestinya Vivix yang mengandungi resveratrol sebagai antioksidan yang dapat menghalang kerosakan sel yang boleh menyebabkan gout.


Kenapa Pesakit Kencing Manis Selalu Letih Walaupun Dah Makan Banyak?


Glukosa (atau dalam bahasa senang gula) memerlukan b kompleks untuk ditukarkan kepada tenaga.

Glukosa ------> Tenaga

B kompleks ni boleh diibaratkan sebagai spark plug dalam kereta yang berfungsi membakar minyak.

Kalau minyak tak dibakar kereta tak dapat bergerak.

Begitu juga dengan tubuh kita. Bila tiada b kompleks, glukosa tidak dapat ditukar kepada tenaga.

Jadi glukosa akan jadi tinggi tapi tenaga akan berkurangan.

Sebab itulah pesakit kencing manis gula dalam darah tinggi tapi tenaga takde. Selalu letih.

Make sense kan?


Ingin dapatkan produk Shaklee? Sms/whatsapp 013-924 3387 (Kamilah) untuk order dan sebarang pertanyaan.


Kenapa Shaklee Sesuai Untuk Surirumah dan Yang Mahu Bekerja Dari Rumah

Kenapa Shaklee dan apa yang best tentang Shaklee?

Kak Kam suka bisnes Shaklee kerana ia dapat dimulakan dengan modal yang paling minimum, tak sampai pun seratus ringgit.

Tak perlu beli stok beribu-ribu, apatah lagi perlu buat loan berpuluh ribu.

Ia juga boleh beroperasi dari rumah atau di mana sahaja yang kita inginkan, tak perlu sewa kedai, bayar bil utiliti kedai, bayar gaji pekerja dan lain-lain.

Bisnes yang boleh dijalankan secara online memang sangat menarik hati Kak Kam.

Memang kena sangat dengan jiwa Kak Kam yang masa tu ingin bekerja dari rumah.

Masa tu Kak Kam cuma ada komputer dan handphone. Daftar internet pun semata-mata untuk buat Shaklee.

Eh lupa. Masa tu dapat desktop komputer baru secara free yang disponsor oleh adik.

Aim nak beli komputer untuk bisnes tapi takde modal.

Tapi dapat rezeki dari sumber yang tak disangka-sangka.

Alhamdulillah.

Pada masa tu, ada 3 perkara ni dah boleh mula bisnes online Shaklee.

Sekarang lagi senang, ada handphone dengan internet dah boleh mula bisnes.

Oh ya, takde semua tu pun takpe sebab Shaklee juga boleh dijalankan secara offline.

Lupa nak tambah, Kak Kam kenal dan jumpa ramai amazing and almost extraordinary people.

Yang bergelar multimillionaire tapi sangat down to earth.

Buat Shaklee bukan sebab nak kaya tapi sebab nak bantu orang lain terutamanya dari segi kesihatan. Tamak pahala.

Dan macam-macam orang yang membuatkan kita tak selesa dengan diri sendiri dan sentiasa cuba untuk menjadi lebih baik sebagai seorang muslim.

You'll find these amazing people in Shaklee.

Apa beza Shaklee dengan yang lain?

Produk Shaklee sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa mesra alam.

Yang ni tiada kompromi sebab Shaklee satu-satunya syarikat nutrisi di dunia yang mempunyai landmark study, meletakkan Shaklee sebagai produk yang premium.

Target dalam Shaklee?

Tentunya yang paling utama Kak Kam nak time freedom dan financial freedom. Dua-dua ni boleh dapat dengan Shaklee.

Nak bina rumah dan beli kereta secara tunai juga.

Yang paling best, tubuh badan yang sihat pun boleh dapat dengan Shaklee. InsyaAllah.

Last but not least, nak bantu lebih ramai orang meningkatkan taraf kesihatan dan juga taraf ekonomi mereka.

Apa yang saya nak sangat daripada Shaklee?

Tentunya nak tunaikan umrah secara percuma dengan Shaklee.

Kemudian nak join trip luar negara Shaklee dan bawa family sekali.

Dan bermacam-macam lagi keistimewaan yang kita takkan jumpa dalam company lain.

Trust me.

Walaupun dilanda pelbagai cabaran dan dicop sebagai syarikat yahudi semata-mata kerana dari US, Kak Kam takkan berhenti bercerita tentang Shaklee sebab masih ramai yang belum kenal Shaklee (the real story about Shaklee) dan peluang yang kita boleh dapat dengannya.

Bisnes bukan semata-mata untuk dunia, tapi untuk akhirat jua.


Ingin dapatkan produk Shaklee? Sms/whatsapp 013-924 3387 (Kamilah) untuk order dan sebarang pertanyaan.