Wednesday 30 November 2016

Sabun Basuh dan Pelembut Pakaian Tanpa Bahan Kimia dan Selamat Untuk Bayi

Dulu kalau nak basuh pakaian putih terutamanya telekung sembahyang, Kak Kam selalu guna clorxx. Banyak-banyak pulak tu. Lepas tu rendam. Barulah hilang semua kotoran tu.

Sekarang dah insof.

Dulu guna pewangi kereta, pewangi rumah, softener atau pelembut kain (softxxx) yang wangi tu, atau apa sajalah yang dipanggil pewangi.

Yelah sape tak suka kan bila telekung sembahyang, baju, tuala, rumah kita berbau wangi. Tapi tak ramai yang tahu sebenarnya bau wangi yang disedut itu dihasilkan daripada bahan kimia, bukannya bunga lavender atau ros.

Kalau dah tahu pun mungkin buat-buat tak tahu sebab itu je pilihan yang ada. Betul ke? Sebenarnya ada je produk yang bebas bahan kimia, selamat untuk manusia dan juga untuk alam sekitar.

Bahan kimia ini merupakan toksin yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit terutamanya kanser. Yang tak bestnya, kebanyakan produk yang ada di rumah kita adalah penyumbang kepada toksin.

Sekarang seboleh-bolehnya Kak Kam cuba elakkan. Kebanyakannya dah takde pun kat rumah. Tak wangi pun takpe asalkan rumah, kereta, tempat kerja kita selamat daripada toksin. Cloxxx ada lagi baki yang tak habis. Boleh buat cuci tandas.

Dulu kurang pengetahuan tentang bahaya bahan kimia yang terdapat dalam kediaman kita ni. Sikit demi sikit bila dah tambah ilmu terutamanya bila gi kelas Shaklee, barulah sedar tentang hal ini.

Dan sikit demi sikit bertukar kepada produk Shaklee yang lebih selamat, tiada bahan kimia. Mana yang boleh kita tukar, kita tukar. Kalau pewangi tu, cari yang natural, bukan sintetik.

Antara produk Shaklee yang boleh digunakan di rumah ialah pencuci pinggan (dishwash), pencuci serbaguna (basic H), sabun basuh  (Fresh Laundry Concentrate), pelembut pakaian (Soft Fabric Concentrate) syampu (Prosante), pencuci muka (Nutriwhite), krim multipurpose tanpa steroid (Herbal Blend).

Tukar jenama boleh mengubah hidup anda.


Ingin dapatkan produk Shaklee? Sms/whatsapp 013-924 3387 (Kamilah) untuk order dan sebarang pertanyaan.

No comments:

Post a Comment