Showing posts with label B kompleks. Show all posts
Showing posts with label B kompleks. Show all posts

Friday 13 December 2019

Bila Dan Kenapa Perlu Ambil Asid Folik?

Ramai antara kita dah tahu tentang kepentingan asid folik semasa hamil. Tapi sebenarnya apa fungsi atau kebaikan asid folik ni? Sejak join bisnes Shaklee ni, banyak ilmu baru mengenai kesihatan yang saya dapat. Antaranya mengenai asid folik ni. 

Sebenarnya setiap bulan Shaklee ada Health and Wellness Talk. Dalam talk ni la para pengedar atau ahli Shaklee boleh tambah ilmu tentang kesihatan, dan juga lebih-lebih lagi tentang suplemen yang kami jual. Dah lama sebenarnya saya hadiri talk tersebut tapi masih lagi segar dalam ingatan apa yang saya belajar pada hari tersebut. 

Menurut nutritionist Shaklee, asid folik ni kita perlu ambil sebaik sahaja dah kahwin, sebab kita tak tahu bila masa kita akan mengandung. Bila dah tahu, sedar-sedar dah 4 minggu, 6 minggu. 

Sedangkan pembentukan tiub neural pada janin dah pun bermula seawal minggu-minggu pertama kehamilan. Jadi jika berlaku kekurangan asid folik pada masa tersebut, risiko untuk janin mengalami kecacatan tiub neural (spina bifida) adalah tinggi. 


Image result for neural tube defects


Selain itu, kekurangan asid folik juga boleh menyebabkan sumbing. 


Image result for sumbing


Pendek kata, pengambilan asid folik yang mencukupi dapat membantu mengurangkan risiko kecacatan pada janin. Bak kata nutrionist Shaklee, bila dah tahu hamil, masa tu dah terlambat. Telan asid folik berbotol pun tak dapat cegah jika dah berlaku kecacatan pada janin. 

Nauzubillahiminzalik. 

Kesimpulan yang dapat saya buat ialah, wanita yang dah berkahwin memang wajib ambil asid folik setiap masa sebab memang kita tak tahu bila masa kita akan mengandung, sekalipun ada mengamalkan sebarang kaedah untuk merancang kehamilan. 

Akhir sekali, suka saya nak kongsikan mengenai kepentingan vitamin semasa hamil dan juga selepas hamil menurut Dr Hamid Arshat. 


Related image

Kamilah Mustapa
Pengedar Shaklee Selangor
Sms / whatsapp : 013-9243387 

Tuesday 29 November 2016

Kenapa Pesakit Kencing Manis Selalu Letih Walaupun Dah Makan Banyak?


Glukosa (atau dalam bahasa senang gula) memerlukan b kompleks untuk ditukarkan kepada tenaga.

Glukosa ------> Tenaga

B kompleks ni boleh diibaratkan sebagai spark plug dalam kereta yang berfungsi membakar minyak.

Kalau minyak tak dibakar kereta tak dapat bergerak.

Begitu juga dengan tubuh kita. Bila tiada b kompleks, glukosa tidak dapat ditukar kepada tenaga.

Jadi glukosa akan jadi tinggi tapi tenaga akan berkurangan.

Sebab itulah pesakit kencing manis gula dalam darah tinggi tapi tenaga takde. Selalu letih.

Make sense kan?


Ingin dapatkan produk Shaklee? Sms/whatsapp 013-924 3387 (Kamilah) untuk order dan sebarang pertanyaan.


Tuesday 21 June 2016

Vitamin Shaklee Untuk Migrain


Assalammualaikum.


Nama saya Yusnita Md.Deris. Berumur 39 tahun. Berasal dari Melaka dan menetap Di Cyberjaya.


Tahun 2015 adalah tahun ke 5 sebenarnya saya mengenali Shaklee, saya betul-betul konsisten ambil Shaklee pada tahun 2012, bila migraine saya menyerang. Sebelum saya mula dengan Shaklee, saya dah puas makan ubat hospital semua ubat apa sahaja yang doktor bagi saya makan.


Tetapi migraine saya tetap tidak reda. Jika hilang pun. hanya seketika sahaja.


Bermula dengan Shaklee, bila ummi saya merangkap upline saya sekarang memperkenalkan vitamin untuk migraine, iaitu esp dan B complex. Bagi cuba dulu. Ummi kata barang sampai nanti terus minum.


Bagaikan magic. Barang sampai di tangan saya tidak lengah lagi membancuh susu esp dan ambil B complex. saya niat jika ia membantu. pulihkanlah aku.


Kuasa Allah swt.


Mungkin saya tengah sakit. dan menahan sakit sekian lama. bila saya minum susu esp dan B complex tu. dua hari saya rasa ringan sangat kepala. Bangun pagi pun senang. bukan apa. masa migraine saya tak larat nak angkat kepala.


Alhamdulillah. Syukur pada mu Ya Allah. Sehingga kini saya rasa sangat hebat dengan SHAKLEE.


Sekarang bukan sahaja esp dan B complex. Semua antara product Shaklee saya ambil. Kerana saya tahu Shaklee TERBAIK . Sekalung terima kasih buat ummi Rozita yang memperkenalkan Shaklee .


Sekian dari saya.


PN. YUSNITA MD DERIS



Promosi JUN 2016. 
Beli 3 percuma 1 - Vitalea for Children, 
Meal Shakes dan Lecithin.


Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee 
dan untuk order sila hubungi:

Puan Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp sahaja : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah