Saturday 11 June 2016

Penghidap Asma Selama 15 Tahun Semakin Sihat Dengan Suplemen Shaklee


Assalamualaikum w.b.t & Salam sejahtera.


Saya Nurul Hidayah bt Zakaria, dan hari ni saya nak kongsikan kisah suami saya, Akmal bin Azmi, seorang penghidap asma sejak 15 tahun yang lepas. Dan asmanya diwarisi daripada keluarga.


Berkahwin dengan seorang penghidap asma tegar, membuatkan saya tidak senang duduk apabila suami saya diserang asma. Sejak awal perkahwinan kami, saya agak takut setiap kali asmanya menyerang. Suami saya tak boleh mengalami perubahan cuaca yang terlalu drastik (dari sejuk ke panas dan sebaliknya), berurusan dengan persekitaran yang berhabuk dan berdebu serta tidur dalam penghawa dingin terlalu lama. Kadang-kadang kalau silap makan pun, lelahnya boleh menyerang.


Lelahnya sering menyerang ketika waktu malam. Kadang-kadang pukul 3 pagi, nafas suami saya berbunyi. Memang sangat menakutkan. Dia saya perhatikan sangat susah untuk bernafas. Dan setiap nafas yang disedut, sangat pendek. Dan di tengah malam tu juga, saya terpaksa drive ke hospital untuk dapatkan rawatan. Walaupun suami saya dibekalkan inhaler oleh doktor, namun ada kalanya lepas 3 kali pam inhaler pun tetap tak berkurang.


Hampir setahun dua juga saya berulang alik ke hospital membawa suami saya untuk ambil nebulizer. Boleh dikatakan hampir setiap bulan kami perlu ke hospital. Malah lelahnya semakin hari makin teruk dan kerap. Tiada sebarang perubahan. Malah, kalau kami tak ke hospital, suami saya langsung tak boleh baring sebab terlalu sukar nak bernafas.


Isteri mana yang tak sayangkan suami sendiri kan? Dalam keadaan yang cukup merisaukan, saya tergerak hati untuk cuba berikan Shaklee kepada suami saya. Saya mula buat beberapa bacaan dan akhirnya saya memilih untuk konsisten dengan Vivix, Vitamin C, Omega Guard & Coq Health.


Setelah hampir 3 ke 5 bulan konsisten, saya mula perasan yang suami saya dah jarang pergi hospital untuk neb. Kalau tak dulu, dalam sebulan mesti kena ke hospital. Semakin lama suami saya konsisten, saya perhatikan hospital bukan lagi tempat lawatan kami. Malah, bila lelah mula datang, dia hanya pam sekali dengan inhaler. Dan lelahnya berkurangan.


Saya sangat teruja. Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana memberikan peluang kepada kami untuk menikmati kehidupan yang lebih sihat. Kini, saya lebih gembira bila suami saya dah jarang diserang asma. Saya juga tidak risau seperti dulu, bila suami saya lelah sampai susah nak bernafas. Dan kini, rasanya dalam setahun, baru sekali dua je suami saya perlu ke hospital untuk neb.


Walaupun saya tahu, penyakit asma tidak boleh diubati, tetapi sekurang-kurangnya suami saya semakin sihat dan asmanya datang sekali sekali dan tidak teruk seperti dahulu. Syukur Alhamdulillah. Penghidap asma sejak 15 tahun yang lepas telah mendapat kesihatan yang lebih baik sekarang.


Sekarang, saya konsisten berikan Omega Guard kepada anak-anak saya. Itulah salah satu usaha yang saya lakukan untuk mereka. Semoga anak-anak saya bebas daripada asma. InsyaAllah.


Terima Kasih Shaklee. Kami sayang Shaklee.


NURUL HIDAYAH BT ZAKARIA & AKMAL BIN AZMI
































Promosi JUN 2016. 
Beli 3 percuma 1 - Vitalea for Children, 
Meal Shakes dan Lecithin.


Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee 
dan untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp sahaja : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah


Friday 10 June 2016

Vitamin Untuk Kolesterol Tinggi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
 


Saya Noor Azmiah Mohamad, isteri kepada Huzair Bahrin. Kali ini saya ingin kongsikan kisah bagaimana pertama kali saya dan suami jatuh cinta dengan produk Shaklee. 


Orang kata kalau tak kenal tak cinta, tak cuba mana nak tahu kan. Sebelum saya betul2 jatuh cinta dengan produk shaklee saya pernah beli dan makan beberapa vitamin shaklee tapi mmg main2 shj...sehari makan...sehari tak...kadang2 seminggu xmakan...org kata mmg tak bersungguh langsung...sampai akhirnya produk expired dan dimakan tikus, tikus pun tahu pilih produk yg natural...lawak pun ada. Tapi, sampai satu hari...saya terdesak dan terpaksa mencari semula produk Shaklee ni...


Kisahnya bermula apabila suami saya, disahkan kadar kolesterol dalam darahnya terlalu tinggi dengan bacaan 13.0 (normal 5)....bacaan hati atau Alt pula 100+ (normal 41) yang mana pada tahap merbahaya dan risiko tinggi utk serangan jantung atau strok. Masa pemeriksaan di Klinik Kesihatan (KKM) mmg doktor juga terkejut dengan bacaan tersebut dan minta refer ke hospital. Tapi, suami minta utk tangguhkan sebulan sbb suami seboleh2 tak mahu bergantung pada ubat ubatan dr hospital. Masa tu mmg risau sgt.


Sebelum membuat pemeriksaan suami saya mmg hadapi sakit sakit badan, lesu dan kalau lihat raut wajah pun tak ceria. Saya memulakan misi google mencari produk Shaklee utk kolesterol...beli dan terus jadi ahli. Maka sejak dr hari pertama terima produk itu, dengan konsistan makan set kolesterol terdiri dr Omega, lecithin, garlic dan saya add on Alfalfa sekali makan berdua (walaupun saya xde buat pemeriksaan tapi pemakanan kami sudah tentu sama) jadi saya pun makan sama...


Genap 1 bulan suami ulang buat pemeriksaan darah semula mmg agak berdebar juga sbb takut kena telan ubat klinik setiap hari...But, Amazing! Its really works! Kolesterol dr bacaan 13 turun kepada 6.2, walaupun belum bawah tahap normal tapi separuh dr bacaan pertama....Alt atau liver function pula...turun kepada 43...hampir juga keparas normal...dan doktor sgt kagum dengan keputusan itu...gembira sgt bila doktor minta suami teruskan makan produk shaklee. Dan kami yakin dengan izin Allah, masalah ini dapat diatasi jika kami teruskan pemakanan sihat dan supplemen Shaklee.


Waktu suami saya buat pemeriksaan kedua saya tak turut serta. Disebabkan gembira...suami siap minta doktor tuliskan bacaan sebelum (pemeriksaan pertama) dan selepas (pemeriksaan kedua) untuk tunjuk pada saya. Keratan kertas tu saya sertakan dibawah.


Sejak hari itu kami mmg yakin produk Shaklee bukan sebarangan. Ia benar benar berkesan dan yang paling penting 100% semulajadi. Sehingga kehari ini kami berdua masih terus consistant mengamalkan supplemen Shaklee. Alhamdulillah.






PN. NOOR AZMIAH & EN. HUZAIR


 

Promosi JUN 2016. 
Beli 3 percuma 1 - Vitalea for Children, 
Meal Shakes dan Lecithin.


Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee 
dan untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp sahaja : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah
















Testimoni Set Berpantang Shaklee

Assalamualaikum.

Saya ingin kongsikan kisah Shaklee saya dengan anda semua. Dalam banyak-banyak Shaklee Effect,yang saya suka ialah Set Berpantang. Alhamdulillah, pada 11 September 2015 saya selamat melahirkan anak kedua dan bermulalah kisah berpantang 44 hari saya bersama Set Berpantang Shaklee.


Selepas keluar daripada labour room, saya terus ambil Set Berpantang Shaklee iaitu, Vita Lea, B complex, Zinc Complex & Sustained Release Vitamin C. Memang set berpantang saya bawak siap-siap ke pusat bersalin. Saya rasa lebih bertenaga selepas ambil 4 jenis vitamin tersebut. Maklumlah, proses meneran telah membuatkan saya lemah walaupun kontraksi sekejap sahaja. 


Banyak kelebihan dan kesannya saya menggunakan set berpantang Shaklee ini. Berbeza dengan berpantang anak pertama. Masa berpantang anak pertama, saya makan set Shaklee dengan set berpantang klinik. Jadi, tidak tahu yang mana berkesan. Berpantang kali ini, saya memang bertekad untuk konsisten makan vitamin-vitamin berpantang


Dari segi luka jahitan, hari keempat berpantang, benang jahitan luka perenium sudah tertanggal. Luka cepat bercantum dan semakin pulih. Hari ke 14 berpantang, kesemua benang sudah tertanggal. Saya tidak risau lagi. Satu lagi, saya pernah mengalami masalah bengkak susu semasa berpantang, Alhamdulillah setelah makan 4 biji Lecithin, rasa sakit akibat bengkak mulai hilang. 


Saya juga lebih bertenaga dan kurang stress untuk menguruskan 2 orang anak dalam satu masa. Pengeluaran susu juga terbaik dan saya boleh buat stok susu untuk digunakan pada masa akan datang. Masalah sembelit juga tiada dengan adanya Ostematrix Shaklee. Berbanding anak pertama, sembelit berterusan sehingga bayi berusia 4 bulan. Peranakan cepat mengecut dan bidan juga mengakuinya. 


Hari ke 15, saya ambil Alfalfa Complex & GLA Complex untuk menstabilkan hormon dan juga untuk kesihatan dalaman saya. Penghasilan susu ibu juga meningkat selepas makan Alfalfa Complex & lebih pekat bila ambil ESP. Sekarang saya gigih kumpulkan stok ebm untuk bayi saya. 


Dengan adanya set berpantang Shaklee, saya lebih bertenaga & lebih ceria menjalani proses berpantang saya sehingga hari ke 44. Set Berpantang Shaklee TERBAIK !!!. Jika orang Tanya pendapat saya tentang set berpantang pilihan, pastinya saya akan cakap SET BERPANTANG SHAKLEE.

 
Wan Zainab Bt Wan Muhammad
(Che Wan Suplemen)


 

Promosi JUN 2016. 
Beli 3 percuma 1 - Vitalea for Children, 
Meal Shakes dan Lecithin.


Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee 
dan untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp sahaja : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah


Thursday 9 June 2016

Ekzema Bayi Berkurangan Dengan Omega Guard Shaklee

KISAH RUHIL DAN ECZEMA


Assalamualaikum

Cuba tengok gambar kat bawah ni. Agak-agak apa perasaan mak ayah bila anak berkeadaan macam ni (Gambar Before)? Masa ni Ummi dia sorang je yang sanggup cium dia. Siap ada kuar air yang bau hanyir tu.


Al –kisahnya, Ruhil (Anak no.2 saya) terkena chicken pox mas umur 3 bulan. Lepas je sembuh dari chicken pox, antibodi dia down dan seluruh badan dia merah-merah. Obviously kat bahagian muka. 

Tiga kali kami ulang alik ke Klinik dan 3 kali jugak bertukar ubat. Tapi setiap kali tukar ubat tu keadaan tidak pernah bertambah baik. Kali ketiga kami mintak di refer ke pakar kulit, tapi doctor refuse, dia suruh jugak pakai ubat dari klinik dia. Masa ni hati dah rasa terbakar dah. Dia siap kutuk lagi doctor pakar. Adeh.Then, kami decide pergi je ke Ko. Skin Care. 

Alhamdulillah lepas 3 hari makan ubat dari Ko. Skin Care dan pakai ubat sapu yang diaorang bagi, keadaan muka Ruhil bertambah baik. Tapi, memang jelas ketara kulit Ruhil menipis dan menegang.

Basically, ubat yang di bagi adalah sama je. Untuk makan (ubat anti radang), untu sapu, creame Aquous (macam tula namanya dah lupa). Tapi cara application salah. Sepatutnya bila merah2 dah menebal, creame aquos tux le sapu direct ke kulit. Kene buat macam sabun mandi. Apa yang saya dapat dari Ko skin care?

1) Eczema adalah penyakit keturunan 
2) Jaga persekitaran
3) Jaga pemakanan

So, untuk yang no 1: Memang confirmla kan, Umminya ada resdung, abinya ada asma masa kecik dulu.
Untuk no. 2: No Carpet kat rumah, no bantal bulu2, no bantal kekabu. Baju pun kami cuci guna set get Clean Shaklee. 100% nuteral.


Untuk no.3: Huhu, yang ni paling mencabar. Disebabkan si Ruhil ni 100% EBM, maka si Ummi terpaksa menjadi vegeteranian selama 3 bulan. EBM yang dalam stok? Pada awalnya, ingat nak buang, tapi sayang sangat-sangat. Hampir 100 botol tu. (3oz setiap botol). Last-last decide cuba bagi kat abang dia minum dulu. Alhamdulillah, abangnya minum je. Hihi. So bermulalah episod start up buat stok baru.


Selama 3 bulan jadi herbivor (Makan sayur je), kulit ruhil dah semakin baik. So, Ummi dah mula cuba-cuba jadi karnivor, Daging lulus. Ayam lulus. Ikan (hmmm ada yang lulus ada yang tak), telur lulus. Seafood? Kirim salam, until we meet again lepas ruhil dah cerai susu. Bawah ni gambar masa umur dia 6-7 bulan (Gambar After). Berkat Ummi dia jaga makan. Hihihi.mulus je kulitnya.


Panjangnya sejarah cerita eczema Ruhil ni kan?. Hihi, terima kasih kerana masih sudi membaca. Ok sekarang masuk bab macam mana kisah cinta Ruhil dan Omega Guard bermula. 


Bila umur Ruhil dah masuk setahun, saya mula bagi dia makan Omega Guard sebiji sehari. Bila dah umurnya 2 tahun setengah, dah di upkan dos jadi 2 biji sehari. Kadang-kadang mungkin lebih kalau tak sempat sorok, sebab dia dah pandai bukak botol sendiri. Sekarang ni tempat paling Selamat untuk Omega Guard ni adalah dalam freezer atas sekali. 

.
Boleh tengok ada merah2 kat muka dia. Tapi merah camni tak perlu makan ubat and sapu apa2 creame. Nanti merah-merah tuh hilang sendiri.


Kandungan EPA dalam Omega Guard membantu mengurangkan symptom inflamasi pada kulit Ruhil. Yes, perlukan masa dan harus konsisten untuk hasil yang positif. Apapun saya bersyukur pada Allah, sebab Ruhil dapat jugak menikmati rasa seafood yang ohsem tu. Hihi.

Sekian. 

Semoga member manfaat pada yang ada masalah seperti Ruhil.

AYU ABDULLAH




Promosi JUN 2016. 
Beli 3 percuma 1 - Vitalea for Children, 
Meal Shakes dan Lecithin.


Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee 
dan untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp sahaja : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah





Cara Elak Dahaga Di Bulan Puasa Supaya Tak Lembik Lunyai

Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke 4 kita berpuasa. Macam mana dengan puasa kita? Adakah berjalan lancar tanpa sebarang masalah?

Jika ya, alhamdulillah. Mungkin ada yang terpaksa berbuka puasa disebabkan hal-hal yang tidak boleh dielakkan contohnya ibu menyusu yang tiada tenaga sampai rasa macam nak pitam. Golongan ini diberikan rukhsoh oleh Allah untuk berbuka puasa. 

Mungkin ada juga anak-anak kita yang merengek-rengek nak berbuka puasa sebab terlalu dahaga. Tak tahan dah. Lebih-lebih lagi sekarang ni musim panas. Kalau ibu-ibu nak tahu, ada caranya untuk mengatasi masalah dahaga ketika berpuasa ni. 

Dulu saya pun mengalami masalah yang sama, disebabkan saya tak suka minum air masak. Masa sahur hanya minum tak sampai segelas air masak. Mana cukup kan. 

Akibatnya, masa puasa rasa lapar tu mungkin tak sangat, tapi rasa dahaga keterlaluan tu menyebabkan kita lembik semacam je. Masa tu jealous sangat bila tengok orang lain puasa tapi nampak cergas semacam, tak nampak letih pun macam saya. 

Kemudian suatu hari saya cuba Performance Drinks berperisa oren ni. Alhamdulillah saya mampu minum air masak lebih banyak terutamanya semasa sahur. Dan masa puasa pun, tak rasa letih sangat. Rasa sejuk je tubuh. Yang paling penting, tiada lagi rasa dahaga yang terlampau. 

Alhamdulillah saya dapat berpuasa dengan senang hati. Memang best Performance Drinks ni. 1 botol tahan untuk setengah bulan je disebabkan kami suka sangat dengan rasanya. Maknanya untuk sebulan puasa tu kami perlukan 2 botol Performance Drinks. 

Jom lihat cara resepi Performance Drinks yang best ni!

 

Promosi JUN 2016. 
Beli 3 percuma 1 - Vitalea for Children, 
Meal Shakes dan Lecithin.



Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee
dan untuk order sila hubungi: 

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp sahaja : 013-924 3387 
Facebook : Siti Nor Kamilah



Monday 6 June 2016

Turun Berat Badan Dengan Set Menyusu Shaklee Tanpa Perlu Berlapar


Assalamualaikum.



Permulaan perkenalan saya dengan shaklee bermula dengan set menyusu bajet iaitu ESP dan Alfalfa. Saya mula ambil sejak anak berumur 6 bulan. Iaitu Januari 2014.


Mula2 memang join juga untuk bisnes tapi tak berapa aktif sangat sekadar rajin2 buat malas2 tinggal. Begitu juga dengan pengambilan vitamin-vitamin shaklee. Saya tak konsisten makan.


Sampailah satu ketika saya konsisten makan set menyusu ni saya dapat rasa sendiri susu cepat penuh dan banyak kali alami bengkak susu. Akhir tahun 2014 nih dalam bulan disember tu saya nekad konsisten makan ESP, Alfalfa, Lecithin,Ostematrix dan juga Bcomplex sebab nak atasi masalah bengkak susu saya.


Alhamdulillah sejak konsisten makan set menyusu ni memang rezeki anak saya melimpah2. Bila start susu membengkak saya konsisten ambil Lecithin Ostematrix dengan Bcomplex nih. 


Dan saya tak sangka bila start saya konsisten dan tambah dengan vitamin2 lain yg saya ambil juga saya dapat semula berat saya sebelum saya mengandung dulu dan saya dapat rasakan badan saya lebih bertenaga dan kesan kepada anak saya juga kulit yang mulus dan cepat kenyang.


Dan Alhamdulillah bila saya dapat rasakan shaklee effect yang saya alami tu saya semakin excited nak berkongsi dengan ramai orang dengan setulus hati saya betapa bagus dan berkesannya vitamin shaklee nih sampailah keluarga saya juga turut mengamalkan vitamin shaklee ini dan buatkan saya teruja mencuba semua vitamin shaklee.


Yang paling saya suka bekas jahitan kesan bersalin ceaserian tiada lagi dan rasa sakit nyilu pada bahagian operate bersalin tu tiada lagi sejak saya konsisten dengan tambahan Vitamin C.


Alhamdulillah kini anak saya Adam Khalish dah masuk 2 Tahun 5 Bulan dan masih menyusu sepenuhnya dan juga mengambil makanan pelengkap yang lain termasuk vitamin shaklee kanak-kanak.


Berat sebelum saya tu ketika anak saya berusia 10 Bulan dan berat sekarang masih maintain. Dari hanya set menyusu bajet saya kini ambil set menyusu lengkap shaklee. Dan saya sangat-sangat berpuas hati.


Dari hanya nak ambil set menyusu tak sangka saya dapat semula berat asal saya sebelum hamil tanpa perlu berdiet ikat perut. Siapa kata ibu menyusu tak boleh tampil kurus bergaya kan. Saya dah buktikan berat saya maintain dengan shaklee.

Alhamdulillah.


FITRIYATUL ASYIQIN




Promosi JUN 2016. 
Beli 3 percuma 1 - Vitalea for Children, 
Meal Shakes dan Lecithin.


Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee 
dan untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp sahaja : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah

Luka Jahitan Bersalin Sembuh Cepat Dengan Set Hamil Dan Berpantang Shaklee


Assalamulaikum. Saya nak kongsikan kisah benar saya menggunakan Set Kehamilan dan Set Berpantang Shaklee. 


Saya sekarang adalah ibu kepada 6 orang anak berusia antara 5 bulan hingga 11 tahun termasuk sepasang kembar yang berusia 9 tahun. Saya mula kenal Shaklee pada penghujung tahun 2011 sebelum hamil anak ke-5. 

Saya mengambil keputusan untuk mencuba Set Kehamilan Shaklee apabila saya disahkan hamil anak ke-5 dan lepas bersalin saya teruskan dengan Set Berpantang Shaklee.

Saya ada beberapa pengalaman yang kurang enak dan mungkin juga agak ngeri bagi sesetengah orang ketika hamil dan berpantangkan anak sulung, kedua & ketiga (kembar) serta anak ke-4. Sepanjang kehamilan dan berpantang keempat-empat anak ini saya amalkan set hamil dan berpantang jenama lain (jenama yang sama untuk 3 kali kehamilan ini) 

Pengalaman yang paling ketara dan saya ingat sampai sekarang ialah sewaktu hamil saya mengalami sembelit yang teruk. Sampai menangis-nangis dalam tandas setiap kali nak membuang air besar. Kadang-kadang sampai berlaku pendarahan.

Keadaan ini menyebabkan saya rasa takut nak membuang air besar yang menjadi penyebab kepada terjadinya buasir. Buasir ini menjadi semakin kritikal selepas saya melahirkan anak-anak kembar dan ianya berlarutan sehingga dalam tempoh berpantang dan selepasnya. 

Satu lagi masalah saya ialah selalu berlaku kejang kaki (krem) terutamanya apabila kandungan menjengah usia 6 bulan ke atas. Malam-malam waktu tidur selalu sangat kena sampai menangis-nangis menahan sakit. Suami sayalah yang selalu menjadi mangsa untuk meredakan kesakitan saya sewaktu sedang nyenyak tidur.

Dulu sewaktu berpantang, selain masalah sembelit dan buasir saya juga pernah mengalami jahitan perineum saya terkena jangkitan dan bernanah. Ia berlaku sewaktu berpantang anak sulong dan sewaktu berpantang anak kembar peristwa ini berulang lagi bahkan ianya semakin parah kerana jahitan perineum saya terpaksa dibuka dan dijahit semula tanpa bius disebabkan oleh jangkitan kuman pada kawasan tersebut. 

Memang sangat mengerikan tapi terpaksa juga melaluinya dengan tenang sambil dalam hati berdoa agar ianya tidak berulang lagi pada kelahiran akan datang. Manakala ketika berpantang anak ke-4 yang dilahirkan secara pembedahan saya mengalami sakit kepala yang amat teruk sehingga hampir 3 minggu lamanya. Sakit pada tempat pembedahan juga terasa sehingga beberapa lama. Dalam waktu berpantang dulu terasa diri kurang cergas dan kurang bermaya.

Alhamdulillah, setelah mengamalkan Set Kehamilan Shaklee yang terdiri daripada Vitalea, Vitamin C, B Coplex, Ostematrix, ESP dan Omega Guard Shaklee ketika hamil anak ke-5 yang sekarang berusia 3 tahun, masalah utama sewaktu hamil dulu iaitu sembelit dan kejang kaki boleh dikatakan tidak berlaku langsung. Diri terasa cergas dan sihat sepanjang tempoh kehamilan. 

Dan peristiwa yang paling saya risaukan ketika berpantang iaitu jahitan perineum saya amat menakjubkan. Luka jahitan sembuh dengan cepat. Tiada rasa sakit dan berdenyut seperti berpantang anak-anak terdahulu dan yang bestnya, jahitannya sembuh dan kering dengan sendirinya tanpa sebarang jangkitan!

Atas sebab keyakinan itulah saya teruskan pengambilan Set Hamil & Berpantang Shaklee untuk anak ke-6 yang baru dilahirkan lebih 4 bulan lepas. Kali ini saya bersalin secara pembedahan disebabkan kedudukan bayi yang songsang sejak awal kehamilan sehingga saat nak melahirkan. 

Alhamdulillah, walaupun bersalin secara pembedahan, luka dan jahitan akibat pembedahan sembuh dengan cepat. Saya terasa sangat sihat dan cergas tidak seperti bersalin bedah. Walaupun pada minggu kedua bersalin, hanya saya yang menguruskan anak-anak kecil seramai 6 orang tetapi alhamdulillah saya dapat menguruskan rumahtangga dan keluarga dengan sebaiknya.

Alhamdulillah..saya sangat bersyukur dapat kenal dengan vitamin Shaklee dan dengan izin Allah jua tempoh kehamilan dan berpantang saya untuk 2 orang anak yang terakhir ini sangat menyeronokkan. 

Dan saya amat menyarankan kepada para ibu yang ingin hamil supaya menjadikan Set Kehamilan dan Berpantang Shaklee sebagai satu keperluan dalam senarai barangan Kehamilan dan Bersalin anda!

DR. NAJIHAH ABDUL MUTALIB




Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee 
dan untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp sahaja : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah

Shaklee Monthly Sharing (SMS) Bulan Jun 2016

Sabtu lepas saya menghadiri Shaklee Monthly Sharing (SMS) di Shaklee Kota Bharu. Ia diadakan setiap awal bulan bertujuan untuk memberi penerangan lebih jelas tentang promosi Shaklee setiap bulan. 

Promosi bulan ini ialah Buy 3 Get 4 Meal Shakes, Lecithin dan Vitalea For Children. Shaklee memang baik hati. 

Sebelum ni ada promosi Buy 6 Get 7 je, sekarang lagi mudah nak dapat produk free. Hanya beli 3 dah dapat 1 botol free. 

Mana nak cari company yang best macam ni? Hanya di Shaklee :)

Selain itu, dapat info tentang Set Ramadhan, Set Detox dan yang paling best dapat belajar buat ESP Balls. 

Keesokannya tu Khadijah terus buat tanpa Ummi tolong pun. 

Semangat betul.

Boleh jadi pelapis Ummi dalam Shaklee. 

Nanti saya kongsikan resepinya ye. 


ESP balls in the making


Kalau nak cuba Set Ramadhan Shaklee, awal bulan puasa ni waktu yang terbaik. 

Anda pasti dapat rasai perbezaan sebelum dan selepas consume Shaklee. 



Promosi JUN 2016. 
Beli 3 percuma 1 - Vitalea for Children, 
Meal Shakes dan Lecithin.


Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee 
dan untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp sahaja : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah


Sunday 5 June 2016

Ubati Ekzema Anak Dengan Herbal Blend Shaklee


Assalamualaikum. Hi Saya Ainul ibu kepada Ariana Maryam 1 tahun 3 bulan. Saya ingin berkongsi pengalaman saya dan anak saya Maryam yang mempunyai masalah eczema pada pipi yang teruk.


Pada umur Maryam 4bulan, pipi Maryam naik merah dan kering. Bila time panas lagi la kering dan sebab kan pipi dia makin merah dan berdarah.


Maryam sendiri tidak selesa. sering menggaru. menangis bila panas. Susah hati ibu melihat keadaan maryam masa itu


Pelbagai jenis cream yang saya telah sapu namun tidak sesuai untuk maryam. Ada sesetengah ubat ada bahan kimia dan saya takut nak letak di pipi maryam. Risau terkena tangan dia dan dia masukkan tangan ke mulut.


Akhirnya saya berjumpa cream Shaklee iaitu HERBAL BLEND. Saya tak risau nak sapu di pipinya sebab saya tahu bahan dalamnya adalah bahan semulajadi seperti jagung, rosemary.


Saya konsisten sapu di pipi maryam setiap hari. Setiap masa saya akan sapu pada pipi nya. 


Masa Maryam berusia 11 bulan pipi maryam sudah tiada lagi merah, kering. Pipinya makin bersih, putih dan cantik.


Hati ibu mana tak gembira kan..


Sehingga sekarang HERBAL BLEND adalah cream WAJIB ada di rumah saya dan pasti bawa ke mana mana.


Terima kasih shaklee mengembalikan senyuman puteri saya Ariana Maryam.




Promosi JUN 2016. 
Beli 3 percuma 1 - Vitalea for Children, 
Meal Shakes dan Lecithin.


Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee 
dan untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp sahaja : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah