Showing posts with label Asma. Show all posts
Showing posts with label Asma. Show all posts

Saturday 11 June 2016

Penghidap Asma Selama 15 Tahun Semakin Sihat Dengan Suplemen Shaklee


Assalamualaikum w.b.t & Salam sejahtera.


Saya Nurul Hidayah bt Zakaria, dan hari ni saya nak kongsikan kisah suami saya, Akmal bin Azmi, seorang penghidap asma sejak 15 tahun yang lepas. Dan asmanya diwarisi daripada keluarga.


Berkahwin dengan seorang penghidap asma tegar, membuatkan saya tidak senang duduk apabila suami saya diserang asma. Sejak awal perkahwinan kami, saya agak takut setiap kali asmanya menyerang. Suami saya tak boleh mengalami perubahan cuaca yang terlalu drastik (dari sejuk ke panas dan sebaliknya), berurusan dengan persekitaran yang berhabuk dan berdebu serta tidur dalam penghawa dingin terlalu lama. Kadang-kadang kalau silap makan pun, lelahnya boleh menyerang.


Lelahnya sering menyerang ketika waktu malam. Kadang-kadang pukul 3 pagi, nafas suami saya berbunyi. Memang sangat menakutkan. Dia saya perhatikan sangat susah untuk bernafas. Dan setiap nafas yang disedut, sangat pendek. Dan di tengah malam tu juga, saya terpaksa drive ke hospital untuk dapatkan rawatan. Walaupun suami saya dibekalkan inhaler oleh doktor, namun ada kalanya lepas 3 kali pam inhaler pun tetap tak berkurang.


Hampir setahun dua juga saya berulang alik ke hospital membawa suami saya untuk ambil nebulizer. Boleh dikatakan hampir setiap bulan kami perlu ke hospital. Malah lelahnya semakin hari makin teruk dan kerap. Tiada sebarang perubahan. Malah, kalau kami tak ke hospital, suami saya langsung tak boleh baring sebab terlalu sukar nak bernafas.


Isteri mana yang tak sayangkan suami sendiri kan? Dalam keadaan yang cukup merisaukan, saya tergerak hati untuk cuba berikan Shaklee kepada suami saya. Saya mula buat beberapa bacaan dan akhirnya saya memilih untuk konsisten dengan Vivix, Vitamin C, Omega Guard & Coq Health.


Setelah hampir 3 ke 5 bulan konsisten, saya mula perasan yang suami saya dah jarang pergi hospital untuk neb. Kalau tak dulu, dalam sebulan mesti kena ke hospital. Semakin lama suami saya konsisten, saya perhatikan hospital bukan lagi tempat lawatan kami. Malah, bila lelah mula datang, dia hanya pam sekali dengan inhaler. Dan lelahnya berkurangan.


Saya sangat teruja. Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana memberikan peluang kepada kami untuk menikmati kehidupan yang lebih sihat. Kini, saya lebih gembira bila suami saya dah jarang diserang asma. Saya juga tidak risau seperti dulu, bila suami saya lelah sampai susah nak bernafas. Dan kini, rasanya dalam setahun, baru sekali dua je suami saya perlu ke hospital untuk neb.


Walaupun saya tahu, penyakit asma tidak boleh diubati, tetapi sekurang-kurangnya suami saya semakin sihat dan asmanya datang sekali sekali dan tidak teruk seperti dahulu. Syukur Alhamdulillah. Penghidap asma sejak 15 tahun yang lepas telah mendapat kesihatan yang lebih baik sekarang.


Sekarang, saya konsisten berikan Omega Guard kepada anak-anak saya. Itulah salah satu usaha yang saya lakukan untuk mereka. Semoga anak-anak saya bebas daripada asma. InsyaAllah.


Terima Kasih Shaklee. Kami sayang Shaklee.


NURUL HIDAYAH BT ZAKARIA & AKMAL BIN AZMI
































Promosi JUN 2016. 
Beli 3 percuma 1 - Vitalea for Children, 
Meal Shakes dan Lecithin.


Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee 
dan untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp sahaja : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah


Tuesday 2 September 2014

17 Sebab Anda Perlu Lebihkan Pengambilan Omega 3 - Part 2

Entry ini adalah lanjutan daripada entry terdahulu tentang kepentingan Omega.

17 sebab anda perlu mengambil Omega-3 - Part 1 


6. Merendahkan tekanan darah 

Kajian menunjukkan bahawa mereka yang makan lebih ikan dalam diet mereka mempunyai tekanan darah yang lebih rendah berbanding dengan mereka yang tidak makan ikan. Omega 3 menyihatkan saluran darah dan menjadikan ia lebih fleksibel dalam mengawal tekanan darah. Kebaikan Omega 3 lebih jelas dilihat pada mereka yang telah pun mengalami hipertension. Satu kajian terbaru menunjukkan mereka yang mengambil suplemen minyak ikan dalam dos yang tinggi mampu melindungi jantung dari stress akibat kerja.


7. Melegakan kesakitan (Pain-killer)

Omega 3 mampu mengurangkan inflamasi (radang atau bengkak) yang berkaitan dengan sendi atau otot yang biasanya diatasi dengan pengambilan ubat non-steroidal anti-inflammatory (NSAIDs) seperti ibuprofen. Dalam satu kajian, 250 pesakit yang mengalami kesakitan yang kronik telah mengambil 1.2 g DHA/EPA setiap hari. Keputusan menunjukkan kira-kira 60% daripada pesakit tersebut berpuas hati dengan perubahan yang dirasai setelah mengambil minyak ikan. Kesimpulan daripada kajian ini, pengambilan suplemen EPA/DHA mungkin lebih selamat daripada pengambilan NSAIDs untuk mengurangkan kesakitan.

8. Penting untuk kesihatan mata

DHA Omega 3 terdapat pada retina, macula dan bahagian mata yang lain. Kajian menunjukkan DHA memainkan peranan penting dalam kesihatan mata. Bahkan, DHA terdiri daripada 93% Omega 3 dalam tisu mata. Sesetengah kajian juga mendapati supleman DHA mampu memperbaiki kesan visual pada bayi pramatang.  




9. Omega-3 mengurangkan gejala asma

Asma sering dikaitkan dengan faktor persekitaran dan juga faktor pemakanan sebagai faktor utama. Beberapa kajian mendapati pesakit asma mempunyai kadar omega-3 yang rendah dalam tubuh berbanding mereka yang tidak menghidap asma. Beberapa kajian lain menunjukkan diet yang kaya dengan omega-3 (dan lebih rendah omega-6) memberi kesan positif kepada pesakit asma. 


Hubungi saya untuk mendapatkan suplemen anda :

Siti Nor Kamilah
ID Shaklee 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387
Call 09-690 3059