Friday 18 September 2015

Peluang Melancong Percuma ke Bangkok bernilai RM 10,000.00 untuk Kaki Melancong

Sebelum ni saya dah share pasal percutian percuma ke Bangkok tajaan Shaklee. Info terbaru yang saya dapat dalam Health and Wellness Talk semalam, percutian percuma ke Bangkok selama 4 hari 3 malam ini bernilai RM 10,000.00 untuk seorang. 

Bayangkan berapa banyak Shaklee peruntukkan untuk semua ahli yang layak nanti. Kalau seorang RM 10,000.00, sepuluh orang dah RM 100,000.00. Kalau 100 orang? Boleh ambil kalkulator dan kira sendiri hehe. 


Sebab itu saya sangat teruja untuk share di sini. Jika anda suka melancong dan belum pernah menjejakkan kaki ke Bangkok, ini peluang keemasan untuk anda. Kongsikan peluang ini dengan rakan-rakan atau saudara-mara. 

Mana tahu anda dan kawan-kawan atau saudara-mara dapat pergi bercuti bersama-sama. Fully sponsored pulak tu. Mana nak cari company yang best macam ni. Ye tak?

Saya tak janji apa-apa. Anda buat anda dapat. Untuk melayakkan diri, daftar sekarang dan perlu mematuhi syarat-syarat sepanjang kempen berlangsung iaitu September 2015 hingga April 2016. 

Daftar ahli sekarang dan see you in Bangkok!

Hubungi :

Siti Nor Kamilah
SMS/Whatsapp 013-924 3387





Saturday 12 September 2015

Percutian Percuma 5 Bintang Tajaan Shaklee - Star Asia Trip Bangkok 2016

Bulan September ni sangat banyak berita baik daripada Shaklee. Selain daripada offer ESP, yang paling best ialah Star Asia Trip Bangkok 2016. Percutian percuma ini julung kalinya diadakan. 

Antara keistimewaan percutian percuma ini ialah :

- tiket free
- flight free
- makanan halal free
- percutian 5 bintang
- 4 hari 3 malam

Ia terbuka kepada Supervisor dan juga Senior Supervisor Shaklee. Selain itu, ahli yang baru join pun layak. 

Jika belum jadi ahli Shaklee, boleh ke nak join? Boleh jika anda daftar sekarang dan melepasi syarat-syaratnya. 




Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi :

Siti Nor Kamilah
Pengedar Sah Shaklee
ID 885322
Sms/whatsapp 013-924 3387



Syoknya Bekerja Dari Rumah - Part 2 : Berpeluang Menjaga Ibu Yang Sakit

Lama dah tak update tentang WAHM (Work at home mother). Saya sangat obses tentang WAHM. Sebab itulah saya jadi WAHM. Sebenarnya selain bisnes Shaklee dan menguruskan rumahtangga, saya juga berpeluang menjaga ummi yang tinggal di sebelah rumah saya. Syukur juga dapat tinggal berdekatan dengan rumah Ummi walaupun rumah sewa. 

Ummi sebelum ni bekerja sebagai guru tapi sekarang dah pencen. Sebelum pencen lagi beliau sering sakit-sakit. Ada penyakit darah tinggi - selalu pening-pening dan juga penyakit Parkinson - yang membataskan pergerakan beliau. Perlu bantuan orang dalam hampir semua perbuatan.  

Dengan menjadi WAHM, dapatlah saya menjaga beliau, di samping adik-adik yang tinggal sekali dengan Ummi. Kalau masih bekerja, memang tak dapat. Walaupun apa yang saya lakukan ini sangat sedikit - tidak dapat membalas jasa beliau membesarkan saya, saya sangat bersyukur. 



Siti Nor Kamilah
Pengedar Sah Shaklee
ID 885322
Sms/whatsapp 013-924 3387


Friday 11 September 2015

5 Tips Rangsang Anak Bijak Sebelum Lahir Lagi

Semua ibu impikan anak yang comel dan bijak. Kajian menunjukkan bayi dalam kandungan berupaya memproses maklumat dan belajar dari dunia luar sepanjang tempoh kehamilan. Rangsangan neuron otak ditingkatkan oleh aktiviti sebelum lahir lagi. Kaedah yang dilakukan amat mudah. Anda boleh aplikasi tips yang disyorkan oleh pakar ini. 




1. Melakukan Senaman Sepanjang Kehamilan

Ibu yang sihat mempunyai plasenta yang lebih besar dengan kapasiti yang lebih untuk mengangkut masuk oksigen dan nutrien, dan dalam masa yang sama mengangkut keluar bahan buangan. Ini meningkatkan kesihatan keseluruhan ibu, termasuklah kesihatan otak. 

Kajian menunjukkan ibu yang sering melakukan senaman aerobik sepanjang hamil, terutamanya sebelum 20  minggu kehamilan apabila plasenta berhenti membesar - mempunyai bayi dengan perkembangan saraf yang lebih bagus.   

2. Mengambil Vitamin Prenatal

Pengambilan vitamin termasuklah asid folik bukan hanya membantu mencegah kecacatan tiub neural pada otak dan tulang belakang, ia juga bagus untuk perkembangan otak bayi.

Satu kajian menunjukkan wanita yang tidak mengambil vitamin prenatal 2 kali ganda berisiko untuk mendapat anak dengan penyakit autisme, berbanding mereka yang mengambilnya. 

3. Makan Ikan

Ikan kaya dengan 2 kandungan utama yang dikenali sebagai booster otak iaitu asid lemak omega-3 dan DHA. Satu kajian menunjukkan bayi yang mempunyai kadar DHA yang lebih tinggi semasa lahir mendapat markah yang lebih tinggi dalam ujian kognitif.

4. Membaca dan Bercakap-cakap dengan Bayi

Bayi mampu mendengar apa sahaja yang kita cakapkan. Mulakan bercakap dengan bayi sebaik sahaja kita didapati mengandung. Ia juga membantu bayi menjadi pembaca yang bagus. Selain itu, aktiviti lain yang boleh dilakukan ialah bermain alat muzik dan menyanyi.

Untuk muslim pula, tentunya membaca Al-Quran merupakan salah satu kaedah yang paling berkesan untuk merangsang bayi dalam kandungan. Seelok-eloknya, cuba untuk habiskan 30 juzuk Al-Quran semasa hamil. 

Selain itu, amalkan surah-surah penting yang digalakkan seperti Surah Maryam, Surah Yusuf, Surah Yasin dan lain-lain lagi.

5. Kawal Stress

Stress semasa hamil boleh mempengaruhi persekitaran bayi dalam kandungan dan boleh menyebabkan kelahiran pramatang. Ia juga boleh merencatkan perkembangan otak bayi. 

Antara keadah untuk mengawal stress ialah dengan melakukan senaman dan mengambil vitamin b kompleks, seperti yang dinyatakan di atas. 

Jika ingin mendapatkan vitamin Shaklee untuk ibu hamil, hubungi 013-924 3387 (sms/whatsapp). 

 

Thursday 10 September 2015

Special Offer Shaklee Bulan September

Bulan ni merupakan bulan favourite saya. Kenapa? Kerana merupakan bulan kelahiran saya.

Bertepatan pula dengan special offer Shaklee bulan ni iaitu ESP. Selain itu, offer untuk Vitalea for Children masih lagi berlangsung.

Ringkasan offer untuk bulan September :
  1. Vitalea for Children - Beli 3 dapat 4
  2. ESP - Beli 6 dapat 7
  3. ESP - Beli 2 diskaun 5%



Selain itu, offer untuk jadi ahli Shaklee masih berlangsung. Dengan mendaftar keahlian serta membeli sekurang-kurangnya 1 produk bernilai RM 22.00, anda layak untuk mendapat sebotol VitaLea PERCUMA yang bernilai RM 88.75.



Berminat dengan mana-mana offer di atas? Hubungi saya melalui sms/whatsapp 013-924 3387.


Monday 7 September 2015

Tips Kerja Dari Rumah Sambil Jaga Anak

Nak jadi usahawan dan dalam masa sama nak jadi isteri dan ibu sepenuh masa yang berjaya. Boleh jaga anak dan rumahtangga sepenuh masa dalam masa sama boleh jugak cari duit sendiri dengan berniaga online. Logik ke impian camni?


Pada Kak Mu yang dah pernah lalui pengalaman jaga anak sendiri sambil berniaga impian camni boleh jadi logik. Cuma kita je kena bijak merancang dan mengurus masa dan tahu di mana letaknya sesuatu keberkatan dalam hidup ni.

Bermula berniaga di rumah adalah strategi terbaik sebenarnya. Pepagi sebelum anak bangun boleh start dengan marketing dulu. Marketing paling bagus hari Isnin -Jumaat. Weekend on off marketing pun tak mengapa. Trafik online kureng time time hujung minggu.

Kerja rumah semua buat lepas anak bangun.Itu lebih sesuai untuk keadaan kita yg bekerja daripada rumah. Apa apa pun fokus mesti mulakan dengan marketing, lepas tu semak semua email, pm inbox atau whatsapp atau apa sahaja yg melibatkan urusniaga yang sedang Pending. 

Maksudnya mana mana urusan dengan prospek (bakal pembeli) mulakan daripada pagi dahulu sebab perjalanan urusniaga online ni lebih panjang. Nak kena pastikan dulu produk mana yg dia betul betul nak beli.

Kalau melibatkan pakaian kena pastikan saiz apa yang dia nak dan kita sebagai penjual kena betul betul guide customer pilih saiz yang betul since jualan beli online ni tak boleh test kan. Lepas dah confirm nak sediakan invoise lagi. Itu proses yg agak panjang dan perlu dibuat seawal pagi. Lebih lebih lagi jika deal direct dengan customer runcit.

Boleh juga urusniaga semua hanya melibatkan jualan di website yang semuanya automatik dan menjimatkan masa kita mengurus. Tetapi bagi peniaga baru kak suggest handle secara manual lebih baik. Sebab kita masih baru dan masih perlu built repo dengan customer. Dan peluang utk makes sale secara manual lebih tinggi bagi newbie sebenarnya. So nak tak nak memang kita kena harung proses yg agak panjang ni.Huhu. 

Ok back to step seterusnya, untuk customer yang dah bankin dan hanya melibatkan proses packing dan reply mesej customer bahawa kita dah terima payment kita boleh buat dalam jam 11 am atau 12 am ke atas. Sebab proses bagi bahagian ini lebih mudah dan tak memerlukan fokus yg tinggi. Jadi kita boleh urus situasi itu dalam masa sama urus anak anak dan rumahtangga.

Senang cite, fokus bila berniaga sambil jaga anak ni, mulakan dengan sesuatu kerja yg paling sukar dan memerlukan fokus yg tinggi dulu di awal pagi. Time anak anak tengah tidur tu la peluang kita nak fokus kan.

Kredit : Ummu Habibah

*********************************************************************

Tips di atas saya petik dari wall FB Ummu Habibah, pengasas t-shirt muslimah4U. Banyak yang boleh saya aplikasikan. Pasal marketing yang kena buat pagi-pagi tu memang saya setuju sangat. 

Tips yang beliau bagi ni sangat berguna terutamanya untuk mereka yang ada anak kecil. Macam saya sendiri anak dah besar jadi takde masalah sangat bab tu. Semoga sama-sama beroleh manfaat. 

Pengedar Sah Shaklee
SMS/Whatsapp 013-924 3387  

Monday 24 August 2015

Cara Atasi Masalah HB Rendah Semasa Mengandung Supaya Tak Kena Marah dengan Nurse

Hb rendah merupakan masalah utama ibu hamil. Kalau buat check-up kadang-kadang doktor atau nurse marah bila ibu hadapi masalah rendah Hb ni. Betul tak?

Hb rendah atau dikenali sebagai anemia ini berlaku bila Hb kurang daripada 11 g/dl.

Antara tanda-tanda anemia ialah:

- cepat rasa letih
- selalu rasa mengantuk 
- susah nak fokus

Antara bahaya anemia ialah:

- masalah sukar untuk hamil atau kurang subur
- keguguran pada awal kehamilan
- bayi lahir tak cukup bulan
- tingkatkan risiko kematian pada ibu terutamanya ketika bersalin

Cara yang mudah dan berkesan untuk atasi masalah Hb rendah ialah dengan mengambil Vitalea seperti yang dikongsikan ibu dalam video ini.



Vitalea mengandungi iron ataupun zat besi yang sangat penting untuk ibu hamil. Jika kurang, macam-macam risiko yang terpaksa dihadapi oleh ibu dan bayi, seperti yang saya sebutkan di atas.

Untuk kesan yang lebih optimum ibu boleh ambil set hamil lengkap yang mengandungi Vitalea, B kompleks, vitamin c, ostematrix, omega dan juga ESP.

Dapatkan juga diskaun 5% dengan setiap pembelian.

Dan Vitalea bernilai RM 88.75 secara PERCUMA.



Tapi hanya untuk yang cepat bertindak.

Sebelum promosi berakhir.

Hubungi :
Siti Nor Kamilah
Sms/whatsapp 013-924 3387

Friday 21 August 2015

Kenapa Perlu Ambil Asid Folik Jika Ingin Hamil dan Bukannya Selepas Dah Hamil

Setiap kali saya hadiri Health and Wellness Talk (HWT) pasti banyak ilmu baru yang saya dapat. Kadang-kadang benda ni tak dapat melalui pembacaan sahaja. Selain itu, saya suka slot motivasi yang biasanya disampaikan oleh para Master.

Hari ini nak kongsi ilmu yang saya dapat dalam HWT tempoh hari mengenai asid folik. Rasanya semua orang tahu yang asid folik sangat penting untuk mereka yang ingin hamil. 

Malah ia perlu diambil ketika merancang untuk hamil lagi, bukannya dah tahu pregnant baru ambil. Tapi tahu tak kenapa? 

Asid folik penting untuk penghasilan tiub neural iaitu saluran tempat penghasilan saraf tunjang. Kekurangan asid folik akan menyebabkan kecacatan tiub neural atau dipanggil spina bifida.

Tiub neural terhasil antara hari ke 14 dan ke 28 selepas persenyawaan berlaku. Biasanya masa ni ada ke yang dah tahu dia pregnant? 

Biasanya paling awal pun sebulan atau sebulan setengah baru kita dapat tahu. Saya sendiri pun dulu dapat tahu dah pregnant masa usia kandungan dah 6 minggu. 

Jadi disebabkan inilah wanita yang ingin hamil 'wajib' mengambil asid folik semasa merancang ingin hamil lagi.

Jika dikesan berlaku kecacatan pada bayi ia tidak boleh diubah meskipun dengan menelan sebotol suplemen asid folik setiap hari sampai akhir kehamilan (Ni nutritonist Shaklee la yang cakap). 

Untuk kecacatan pada kepala dan pinggang (bahagian atas tubuh), kebarangkalian untuk hidup sangat rendah. Manakala untuk kecacatan pada bahagian bawah badan, bayi mungkin boleh hidup tapi akan lumpuh.

Jika kekurangan asid folik tidak serius, ia akan menyebabkan sumbing. Bila ini berlaku, untuk kehamilan seterusnya biasanya doktor akan nasihatkan ambil asid folik seawal mungkin.

Sudah pasti setiap ibu ingin melihat bayi yang dikandung sempurna tubuh badan, tiada cacat-cela.

Menurut kajian, pengambilan 400 mcg asid folik boleh mengurangkan risiko spina bifida sebanyak 40%. Manakala pengambilan 1000 mcg boleh mengurangkan risiko sebanyak 50%.




Kesimpulannya pemakanan yang seimbang diikuti dengan pengambilan suplemen sangat penting untuk memastikan bayi yang bakal lahir bukan sahaja sihat malah sempurna anggota badan.

Pertanyaan dan order Set Hamil Shaklee hubungi: 
Kamilah



*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.  

Wednesday 12 August 2015

Time freedom dan financial freedom dengan Shaklee

Alhamdulillah syukur sangat sebab 'terjebak' dengan Shaklee. 

MLM Shaklee bukan macam typical MLM. Yang sering digembar-gemburkan oleh sesetengah orang :
-  Modal berpuluh ribu - sampai terpaksa buat loan bank.

-  Paksa orang join ahli.
-  Paksa orang beli barang
- Kumpul stok produk banyak-banyak. Last last simpan bawah katil. Atau jual di bawah harga ahli.
-  Meeting larut malam.
-  Tayang kereta mewah untuk tarik prospek.


Dan banyak lagi ciri-ciri typical MLM. Distributor Shaklee yang sebenar takde pun ciri-ciri yang disebutkan kat atas tu.

Untuk mula bisnes dengan Shaklee hanya RM 69 diperlukan.
Tak perlu simpan stok - malah hanya order apabila terima bayaran daripada customer. Tak perlu dahulukan duit kita pun.

Meeting sampai tengah malam lagila tak pernah. Sebab bisnes Shaklee ni rata-ratanya dijalankan secara online. 

Jadi hanya berhubung melalui media sosial sahaja - fb, whatsapp, telegram dan sebagainya. Langsung tak nak keluar rumah pun takpe.

Dan peluang yang ditawarkan oleh Shaklee adalah limitless. Sama ada dari segi income, percutian dan sebagainya.

Saya suka tengok master Shaklee yang kerja dia asyik travel je. Travel oversea pulak tu. Dah jadi macam kerja utama.

Bila income dah berkepuk-kepuk (dah dapat financial freedom), kita boleh lakukan apa sahaja yang kita sukai tanpa perlu fikir pasal duit lagi.

Dan yang paling penting, selain financial freedom, time freedom pun boleh dapat jika buat Shaklee sungguh-sungguh.

Kalau nak tahu, antara faktor pendorong saya untuk join Shaklee ialah time freedom.

Macam yang saya sebut kat atas tu. Saya suka bila dapat urus masa sendiri tanpa perlu terikat dengan jadual kerja pejabat 8 pagi-5 petang.


Saya nak ada masa yang banyak untuk family terutamanya anak-anak. Nak pergi bercuti anytime, takde masalah bila kita bekerja sendiri.


Tak perlu approval boss lagi.

Time freedom dah dapat. Jadi sekarang on the way untuk dapatkan financial freedom. Ya tak mustahil. 

Saya yakin dan saya percaya saya mampu mencapainya dalam masa kurang 5 tahun dengan Shaklee. Insya Allah. 

Jika anda mempunyai impian untuk mendapat time and financial freedom, usah ragu-ragu untuk join kami.

sms/whatsapp 013-924 3387


Wednesday 5 August 2015

Kehamilan Yang Sihat Pada Usia 40-an

Dalam Health and Wellness Talk di Cawangan Shaklee Kota Bharu tempoh hari, saya sangat tertarik mendengar perkongsian Master Sharifah Hanipah yang telah pun mengamalkan suplemen Shaklee selama 19 tahun.

Bermula ketika anak beliau yang ke 4 baru berusia 4 bulan. Kemudian, ketika mengandungkan anak ke 5 dalam usia 40-an, beliau mula mengambil suplemen Shaklee sepenuhnya (set hamil).

Semasa hamil 5 bulan beliau kerap travel oversea untuk free trip Shaklee. Walaupun perjalanan menaiki kapal terbang mengambil masa yang lama, Alhamdulillah beliau langsung tak mengalami cramp atau sakit pinggang seperti yang biasa dialami jika travel.

Selain itu, beliau juga tidak mengalami masalah-masalah lain yang biasa berlaku kepada ibu hamil seperti bengkak kaki.

Malah beliau rasa lebih sihat dan lebih aktif untuk kehamilan di usia 40-an ini berbanding kehamilan sebelumnya di usia 20-an dengan pengambilan suplemen Shaklee.

Semasa berpantang, beliau langsung tidak mengambil jamu, makjun, akar kayu dan lain-lain. Cukup dengan pengambilan alfalfa sahaja.

Cuma pengambilan alfalfa semasa pantang hendaklah ditingkatkan berbanding pengambilan biasa iaitu dari 10 biji sehari kepada 20 hingga 30 biji sehari.

Dan Alhamdulillah juga beliau rasakan berpantang dengan Shaklee sangat best berbanding sebelumnya berpantang dengan mengambil akar kayu dan sebagainya.

Jika anda sedang hamil dan ingin rasai sendiri perbezaan dengan suplemen Shaklee, boleh ambil Healthy Pre Natal Set.




Dan jika sedang mengandung dan ingin berpantang dengan Shaklee, anda boleh ambil Healthy Postnatal Set.


 






Istimewanya, dengan pembelian salah satu set ini, anda mendapat penjimatan sehingga 5%.


Selain itu, anda layak mendapat sebotol Vitalea yang berharga RM 88.75 secara PERCUMA.

Tetapi tawaran ini terhad sehingga Oktober 2015 sahaja.

Jika berminat dengan tawaran ini, boleh hubungi saya melalui sms atau whatsapp 013-924 3387 (Siti Nor Kamilah).