Friday 11 September 2015

5 Tips Rangsang Anak Bijak Sebelum Lahir Lagi

Semua ibu impikan anak yang comel dan bijak. Kajian menunjukkan bayi dalam kandungan berupaya memproses maklumat dan belajar dari dunia luar sepanjang tempoh kehamilan. Rangsangan neuron otak ditingkatkan oleh aktiviti sebelum lahir lagi. Kaedah yang dilakukan amat mudah. Anda boleh aplikasi tips yang disyorkan oleh pakar ini. 




1. Melakukan Senaman Sepanjang Kehamilan

Ibu yang sihat mempunyai plasenta yang lebih besar dengan kapasiti yang lebih untuk mengangkut masuk oksigen dan nutrien, dan dalam masa yang sama mengangkut keluar bahan buangan. Ini meningkatkan kesihatan keseluruhan ibu, termasuklah kesihatan otak. 

Kajian menunjukkan ibu yang sering melakukan senaman aerobik sepanjang hamil, terutamanya sebelum 20  minggu kehamilan apabila plasenta berhenti membesar - mempunyai bayi dengan perkembangan saraf yang lebih bagus.   

2. Mengambil Vitamin Prenatal

Pengambilan vitamin termasuklah asid folik bukan hanya membantu mencegah kecacatan tiub neural pada otak dan tulang belakang, ia juga bagus untuk perkembangan otak bayi.

Satu kajian menunjukkan wanita yang tidak mengambil vitamin prenatal 2 kali ganda berisiko untuk mendapat anak dengan penyakit autisme, berbanding mereka yang mengambilnya. 

3. Makan Ikan

Ikan kaya dengan 2 kandungan utama yang dikenali sebagai booster otak iaitu asid lemak omega-3 dan DHA. Satu kajian menunjukkan bayi yang mempunyai kadar DHA yang lebih tinggi semasa lahir mendapat markah yang lebih tinggi dalam ujian kognitif.

4. Membaca dan Bercakap-cakap dengan Bayi

Bayi mampu mendengar apa sahaja yang kita cakapkan. Mulakan bercakap dengan bayi sebaik sahaja kita didapati mengandung. Ia juga membantu bayi menjadi pembaca yang bagus. Selain itu, aktiviti lain yang boleh dilakukan ialah bermain alat muzik dan menyanyi.

Untuk muslim pula, tentunya membaca Al-Quran merupakan salah satu kaedah yang paling berkesan untuk merangsang bayi dalam kandungan. Seelok-eloknya, cuba untuk habiskan 30 juzuk Al-Quran semasa hamil. 

Selain itu, amalkan surah-surah penting yang digalakkan seperti Surah Maryam, Surah Yusuf, Surah Yasin dan lain-lain lagi.

5. Kawal Stress

Stress semasa hamil boleh mempengaruhi persekitaran bayi dalam kandungan dan boleh menyebabkan kelahiran pramatang. Ia juga boleh merencatkan perkembangan otak bayi. 

Antara keadah untuk mengawal stress ialah dengan melakukan senaman dan mengambil vitamin b kompleks, seperti yang dinyatakan di atas. 

Jika ingin mendapatkan vitamin Shaklee untuk ibu hamil, hubungi 013-924 3387 (sms/whatsapp). 

 

No comments:

Post a Comment