Showing posts with label Ingin hamil. Show all posts
Showing posts with label Ingin hamil. Show all posts

Friday 21 August 2015

Kenapa Perlu Ambil Asid Folik Jika Ingin Hamil dan Bukannya Selepas Dah Hamil

Setiap kali saya hadiri Health and Wellness Talk (HWT) pasti banyak ilmu baru yang saya dapat. Kadang-kadang benda ni tak dapat melalui pembacaan sahaja. Selain itu, saya suka slot motivasi yang biasanya disampaikan oleh para Master.

Hari ini nak kongsi ilmu yang saya dapat dalam HWT tempoh hari mengenai asid folik. Rasanya semua orang tahu yang asid folik sangat penting untuk mereka yang ingin hamil. 

Malah ia perlu diambil ketika merancang untuk hamil lagi, bukannya dah tahu pregnant baru ambil. Tapi tahu tak kenapa? 

Asid folik penting untuk penghasilan tiub neural iaitu saluran tempat penghasilan saraf tunjang. Kekurangan asid folik akan menyebabkan kecacatan tiub neural atau dipanggil spina bifida.

Tiub neural terhasil antara hari ke 14 dan ke 28 selepas persenyawaan berlaku. Biasanya masa ni ada ke yang dah tahu dia pregnant? 

Biasanya paling awal pun sebulan atau sebulan setengah baru kita dapat tahu. Saya sendiri pun dulu dapat tahu dah pregnant masa usia kandungan dah 6 minggu. 

Jadi disebabkan inilah wanita yang ingin hamil 'wajib' mengambil asid folik semasa merancang ingin hamil lagi.

Jika dikesan berlaku kecacatan pada bayi ia tidak boleh diubah meskipun dengan menelan sebotol suplemen asid folik setiap hari sampai akhir kehamilan (Ni nutritonist Shaklee la yang cakap). 

Untuk kecacatan pada kepala dan pinggang (bahagian atas tubuh), kebarangkalian untuk hidup sangat rendah. Manakala untuk kecacatan pada bahagian bawah badan, bayi mungkin boleh hidup tapi akan lumpuh.

Jika kekurangan asid folik tidak serius, ia akan menyebabkan sumbing. Bila ini berlaku, untuk kehamilan seterusnya biasanya doktor akan nasihatkan ambil asid folik seawal mungkin.

Sudah pasti setiap ibu ingin melihat bayi yang dikandung sempurna tubuh badan, tiada cacat-cela.

Menurut kajian, pengambilan 400 mcg asid folik boleh mengurangkan risiko spina bifida sebanyak 40%. Manakala pengambilan 1000 mcg boleh mengurangkan risiko sebanyak 50%.




Kesimpulannya pemakanan yang seimbang diikuti dengan pengambilan suplemen sangat penting untuk memastikan bayi yang bakal lahir bukan sahaja sihat malah sempurna anggota badan.

Pertanyaan dan order Set Hamil Shaklee hubungi: 
Kamilah



*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.