Sunday, 9 February 2014

Tips : Persediaan Sebelum Berhenti Kerja

Makin hari makin ramai yang berhenti kerja makan gaji dan buat bisnes. Sama ada yang bekerja dengan kerajaan atau pun swasta. Lebih-lebih lagi mereka yang memiliki bisnes sendiri yang dijalankan secara part-time. Bisnes online terutamanya. 

Saya rasakan ia satu perkembangan yang positif dan I’m also into it. Tumpang happy bila lihat status rakan Facebook tentang ini terutamanya yang bergelar WAHM (Work at Home Mom). Ish tak sabar rasanya saya nak ikut jejak langkah mereka. Target saya – sebelum 2015. Moga Allah permudahkan.

Tapi nak berhenti kerja ni bukan senang. Banyak faktor yang harus dipertimbangkan. Mana boleh main tangkap muat. Lebih-lebih lagi jika dah berkahwin dan memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Oleh sebab saya suka sangat dengan topik ini, saya kongsikan tips sebelum berhenti kerja yang mungkin berguna untuk pembaca semua :D :

1. Lengkapkan diri dengan ilmu melalui pembacaan sama ada buku, Internet dan sebagainya. 
Pastikan anda tahu apa yang anda buat. Sebagai contoh, saya nak bekerja dari rumah. Jadi saya banyakkan pembacaan tentang topik tersebut. Antara buku yang menjadi rujukan saya :
- 101 Idea Bisnes Dari Rumah 
- Before You Quit Your Job

2. Buat bisnes secara sambilan terlebih dahulu. 
Mula buat bisnes semasa anda masih bekerja makan gaji. Inilah cara yang terbaik. Jika hanya mula bisnes setelah berhenti kerja, banyak risiko yang terpaksa ditanggung, lebih-lebih lagi apabila anda telah kehilangan pendapatan tetap yang biasa diperolehi setiap bulan.

3. Pendapatan bisnes yang stabil. 
Letakkan target masa yang sesuai untuk anda berhenti kerja. Mungkin anda memerlukan tempoh masa 6 bulan, setahun atau lebih. Sebaik-baiknya pendapatan bisnes anda mesti melebihi perbelanjaan bulanan anda (paling minimum). Jika berkali-kali ganda, itu adalah bonus!

4. Memiliki simpanan sekurang-kurangnya 3 bulan pendapatan. 
Jika pendapatan sebulan RM 3000.00 kita memerlukan simpanan sebanyak 3 X RM 3000.00 = RM 9,000.00. Nak lagi selamat, ada simpanan untuk 6 bulan atau 2 tahun.

5. Hutang telah dilangsaikan. 
Sebaik-baiknya hutang telah dilangsaikan. Tapi jika anda sudah pun mempunyai simpanan untuk jangka masa panjang dan yakin anda boleh membayar hutang-hutang tersebut, just go on. Proceed.

6. Bina networking. 
Penting untuk membina networking dalam bisnes. Cuba aktifkan diri anda secara offline ataupun online. 

7. Mendapat restu orang yang penting dalam hidup kita terutamanya ibu bapa.
Mungkin ramai yang mendapat tentangan daripada keluarga jika dikhabarkan tentang hasrat untuk berhenti kerja, lebih-lebih lagi jika anda dah pun mempunyai gaji yang lumayan, sama ada bekerja dengan kerajaan atau swasta. Tunjukkan bukti yang anda mampu hidup selesa dengan pendapatan bisnes ini. Sebagai contoh, setiap bulan anda peruntukkan RM 2000.00 untuk ibu bapa anda. Sudah pasti mereka gembira dan automatik akan merestui hasrat anda.

8. Last but not least. Solat Istikharah. 
Yang paling penting jika masih ragu-ragu mohon petunjuk daripada Allah. Dia adalah sebaik-baik tempat mengadu. 

Jika anda pasti dengan keputusan anda, teruskan. Apabila anda berazam, tawakallah kepada Allah. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...