Thursday, 22 October 2015

8 Tips Supaya Cepat Dapat Jodoh

Ada orang yang dipermudah jalannya dalam mendapat jodoh. Ada juga orang yang dah makin bertambah usia tapi tak juga bertemu jodoh. Ajal, maut, jodoh semuanya telah ditentukan oleh Allah cuma ia boleh diubah dengan doa. Bila lihat kawan-kawan seusia masing-masing dah pun berpasangan, kadang-kadang hati kita turut terusik. Cemburu pun ada melihat kebahagiaan orang lain sedangkan kita masih lagi sendiri. 

Yang penting jangan cepat berputus asa dalam usaha mencari jodoh. Tips yang diberikan oleh Dato' Ustazah Siti Norbahyah ini mungkin boleh membantu untuk yang ingin mendapat jodoh:




1. Berdoa selepas solat lima waktu
Berdoalah dengan bahasa apa sekalipun setiap kali selepas solat lima waktu supaya diringankan jodoh. Katanya, berdoalah dari sekarang kerana doa memerlukan masa untuk dikabulkan.

"Ketika saya di Tingkatan Satu, ibu saya sudah pun menyuruh saya berdoa supaya diringankan jodoh di samping berdoa untuk lulus dalam peperiksaan. Saya mengamalkan doa Akashah kerana banyak khasiat dan kelebihan yang terkandung dalamnya," beliau berkongsi amalannya.

2. Berdoa pada waktu tengah malam 
Menurutnya, Rasulullah SAW ada menyebut dalam satu hadis bahawa berdoa pada waktu tengah malam (waktu qiamullail) yang mana Allah SWT mustajabkan doa sama ada hajat dunia mahupun akhirat. Di samping melakukan solat sunat pada tengah malam, berdoalah supaya apa yang kita hajati terutama dalam soal jodoh dimustajabkan.

3. Doa ibu bapa
Ibu bapa perlu berdoa supaya anak-anak mereka dipermudahkan urusan jodoh. Doa ibu bapa boleh membantu mempercepatkan jodoh anak-anak terutamanya yang masih belum bertemu jodoh akibat halangan-halangan yang tertentu. 

4. Puasa pada hari lahir
Puasa ini dipanggil puasa hajat. Ujarnya, pada hari tersebut kita dilahirkan dalam keadaan bersih tanpa sebarang dosa. Jadi, berpuasalah pada hari kita dilahirkan supaya hajat kita dipermudah dan dikabulkan oleh Allah SWT. 

5. Solat sunat taubat
Beliau menyarankan agar melakukan solat sunat taubat terlebih dahulu pada waktu tengah malam sebelum berdoa supaya diringankan jodoh. 

"Kita mahu Allah menunaikan hajat kita, tetapi kita dengan Allah belum selesai dan bersih. Jadi, mintalah ampun terlebih dahulu sebelum berdoa memohon hajat," katanya.

6. Pohon restu ibu bapa
Tanyalah ibu bapa terlebih dahulu apabila kita sudah berkenan pada seseorang. Mungkin getaran hati ibu memberi isyarat jodoh yang terbaik kepada kita seperti yang berlaku kepada Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah sendiri. Beliau mengakui menerima kiriman surat daripada beberapa orang lelaki termasuk suaminya sendiri, Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid dan semua surat tersebut ditunjukkan kepada ibunya sebelum mengambil apa-apa tindakan. 

"Apabila ibu saya membaca surat yang dikirimkan oleh suami ketika itu, dia memberitahu saya bahawa ada getaran di hatinya dan membenarkan saya membalas surat tersebut."

Sebelum berkahwin, Ustaz Wan Akashah juga pernah mengirimkan surat kepada keluarganya di Malaysia untuk meyakinkan mereka bahawa beliau mampu menggalas tanggungjawab sebagai suami di samping tidak mengabaikan pelajarannya di Mesir. Ternyata, surat yang dikirimkannya itu berjaya meyakinkan keluarganya bahawa beliau mampu untuk berkahwin. 

Jika ibu bapa tidak bersetuju dengan pilihan yang dibuat sedangkan dia sudah baik dengan kita, saran beliau supaya pujuk ibu bapa dengan baik, berdoalah supaya Allah SWT melembutkan hati mereka agar menerima pilihan kita seadanya. 

7. Amalkan doa-doa pilihan
Antara doa-doa yang boleh dijadikan amalan ialah daripada Surah Yusuf, ayat empat untuk memudahkan dan mendapatkan jodoh yang baik.


Surah Yusuf : Ayat 4

Ujarnya lagi, doa Nabi Musa dalam Surah al-Qasas, ayat 24 patut diamalkan kerana doa ini adalah untuk sesuatu hajat yang dirasakan amat mendesak. Jelas beliau lagi, doa ini menjadi amalannya sehingga kini. 

Surah al Qasas : Ayat 24

"Dalam doa, kita tidak boleh meminta dengan cepat, tetapi doa ini membolehkan kita mencapai sesuatu hajat dengan cepat," katanya.

8. Solat hajat
Jika kesemuanya sudah diamalkan, maka langkah yang terakhir ialah melakukan solat sunat Hajat memohon agar dipermudah dan dipertemukan dengan pasangan yang baik, dunia dan akhiratnya. 

Kita sebagai umat Islam hanya mampu merancang, berusaha dan bertawakal tetapi Allah SWT yang akan menentukan segala-galanya. Menurut beliau lagi, 'black magic' antara faktor yang menyebabkan jodoh terhalang. Oleh itu, saran beliau supaya membaca surah Yunus ayat 81 untuk membatalkan sihir dan ilmu hitam. 

Surah Yunus : Ayat 81

Sumber : Majalah Anis, bilangan 172.

Siti Nor Kamilah
Pengedar Sah Shaklee
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387


  

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...