Sunday, 3 January 2016

Tips Supaya Tandas Sentiasa Bersih Berkilat Supaya Tak Segan Jika Tetamu Datang

Lain orang lain caranya dalam menjaga kebersihan rumah. Dan ia termasuklah menjaga kebersihan tandas atau bilik air. Dulu saya peruntukkan waktu khusus untuk cuci bilik air. Namun bukannya tiap-tiap minggu saya buat. Bila tandas betul-betul kotor barulah saya cuci. Dan ia biasanya hanya dilakukan pada hujung minggu. Teruk betul kan?



Namun bila sesekali tetamu datang (lebih-lebih lagi datang secara mengejut) dan menggunakan tandas yang kebetulan dalam keadaan kotor tersebut, ia tentunya agak memalukan. Bukan saya je, rasanya semua orang pun rasa macam tu jika tetamu datang tapi keadaan rumah kita agak bersepah atau kotor.  

Bila saya dapat tips supaya tandas sentiasa bersih berkilat ni, saya terus apply. Tips ni saya dapat dalam Seminar Supermommy. Tips yang beliau kongsikan sangat mudah, namun tak pernah terfikir untuk saya lakukan. Thanks Puan Husna :)

Apakah tipsnya? Senang je. Setiap kali kita mandi, ambil masa lebih kurang 5 minit je untuk cuci tandas. Sebagai contoh, hari ni kita tengok sink dah mula kotor, jadi cuci sink sambil kita mandi. 

Kemudian, bila kita mandi next time, cuci pula mangkuk tandas, atau cermin, atau lantai. Terpulang sama ada nak cuci 1 kali sehari sahaja atau cuci setiap kali kita mandi. 

Idea utamanya ialah, kita tak perlu peruntukkan waktu yang khusus untuk cuci keseluruhan tandas, atau tunggu dah kotor baru nak cuci. 

Kalau ada 2 tandas, boleh gilir-gilir. Contohnya, waktu pagi mandi di Tandas 1, waktu petang mandi di Tandas 2, sambil cuci-cuci tandas. Ataupun, hari ni mandi di Tandas 1, esok mandi di Tandas 2. 

Untuk memudahkan kerja mencuci, pastikan semua keperluan dan peralatan untuk mencuci seperti sabun dan berus disimpan dalam tandas tersebut. Tips ini juga boleh digunakan untuk bahagian rumah yang lain.  

Simple je kan tips ni? Tapi ia sangat praktikal, lebih-lebih lagi untuk mommy yang sibuk. Lepas ni, tak perlu risau lagi jika tetamu tiba-tiba datang. Sebab semuanya dalam keadaan spick and span. Suami pun mesti bertambah-tambah sayang :)


Promosi Januari 2016. Beli 2 botol Vivix
untuk dapatkan KEAHLIAN PERCUMA,

POS PERCUMA dan diskaun 5%.

Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee atau untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...