Wednesday 7 August 2013

10 Tips Sambut Hari Raya Aidilfitri Gaya Rasulullah S.A.W

Anda sedang bekerja lagi? Saya masih lagi. No worry. Kampung saya dan suami hanya beberapa minit perjalanan. Kahwin dengan orang Besut juga. Jadi memang tiada masalah langsung. Mesti ramai yang sedang menuju ke kampung untuk berhari raya bersama-sama orang tersayang. Mood happy je. Dalam kegembiraan ada juga kesedihan kerana Ramadhan bakal meninggalkan kita. Mungkin ini Ramadhan yang terakhir buat kita. Tiada siapa yang tahu. Mudah-mudahan masih dipanjangkan umur untuk Ramadhan seterusnya. Dikongsikan cara menyambut hari raya Aidilfitri yang sebaik-baiknya mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. untuk panduan semua :

1. Bertakbir 

Firman Allah S.W.T. "Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadha), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjukNya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur" (Al-Baqarah: 185) 



2. Lafaz ucapan Selamat Hari Raya 

Dinyatakan dalam hadis hasan oleh al-Hafiz ibn Hajar al-Asqalani dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a. katanya, "Apabila para sahabat Rasulullah SAW bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain 'taqabbalullah minna waminka' (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu)." 

3. Meneruskan qiamullail 

Jika sepanjang Ramadhan kita bersungguh-sungguh di malam hari beribadah, tiada salahnya untuk diteruskan pada hari-hari lain. 

4. Mandi pada pagi hari raya 

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Syafie di dalam Musnad al-Syafie, Ali bin Abi Talib r.a. pernah ditanya adakah harus mandi setiap hari?

Jawabnya, "Tidak harus. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri. Tetapi di Malaysia mandi setiap hari adalah suatu keperluan kerana keadaan iklim. 

5. Makan sebelum solat sunat Aidilfitri 

Dalam hadis riwayat Bukhari, Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah s.a.w tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi Aidilfitri sebelum memakan beberapa biji kurma." 

6. Memakai pakaian indah 

Imam Syafie di dalam kitab al-Umm berkata, "Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik pernah dimilikinya pada hari raya iaitu hari Jumaat, dua hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha) dan tempat diadakan majlis." Tetapi bersederhana dalam berpakaian. 

7. Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat hari raya 

Hadis riwayat Tirmizi dari Ali bin Abi Thalib r.a., "Termasuk sunnah iaitu engkau berjalan kaki menuju ke tempat solat." 

8. Mengerjakan solat Aidilfitri 

Dalam hadis riwayat Bukhari, Ibn Abbas r.a. berkata, "Rasulullah SAW telah keluar pada hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak dua rakaat. Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelumnya dan sesudahnya." 

9. Bergembira di hari raya 

Hadis riwayat an-Nasai, Anas bin Malik r.a. berkata, 

"Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. 

Lalu baginda berkata, "Aku datang kepada kamu sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliah." Sabdanya lagi, "Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebih baik iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." 

10. Mengerjakan puasa 6 hari pada bulan syawal. 

Hadis riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda,

"Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun." 


Kredit : Insyirah Azhar





Siti Nor Kamilah

Shaklee Independent Distributor 
ID 885322
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah

.

No comments:

Post a Comment