Friday 25 May 2018

Testimoni Vivix Untuk Kulit


OKTOBER 2016 (SPECIAL EDITION VIVIX)
TESTIMONI 9: ZAINAH MUKHTAR

KULIT MUKA SEMAKIN CERAH SEKATA SELEPAS AMALKAN VIVIX

Assalamualaikum. Nama saya Zainah Mukhtar. Saya pengguna dan juga pengedar vitamin Shaklee. Saya dah makan hampir semua vitamin shaklee sejak 2 tahun lalu, ada 4-5 jenis yang belum. Vivix adalah yang terbaru saya cuba. Sebelum ni memang selalu tengok kawan-kawan dan pelanggan jer yang bercerita tentang keberkesanan vivix ni. Terdetik juga dalam hati, satu hari aku mesti cuba vivix.

Dipendekkan cerita, saya dapat sebotol vivix hasil daripada bermain kutu. Sebab vivix ni agak mahal untuk saya sebagai seorang surirumah, jadi nak cuba punya pasal main kutu vivix la.

Sebelum minum vivix saya memang dah amalkan vitamin-vitamin lain juga seperti ESP, VITA C, VITA E, B COMP, OSTEMATRIX, GLA, ALFALFA dan beberapa lagi. Setiap hari memang ambil vitamin2 ni semua. Saya ambil untuk menjaga kesihatan dan untuk kecantikan.

Saya teruja sangat dengan vivix ni. Saya nak buat 'eksperimen' kat diri sendiri. Sebelum ni ramai dah cakap vivix ni best, vivix ni vivix tu, jadi tiba masa saya pula nak cuba.

Saya berhenti ambil vitamin2 yang lain kecuali ESP 3 hari sebelum minum vivix. Saya dengan ESP ni kawan baik, waktu sarapan mesti minum segelas ESP. Saya jarang ambil sarapan yang berat2, cukup segelas ESP untuk memberi saya rasa kenyang dan tenaga sehingga waktu makan tengahari.

Maka saya cuba vivix satu sudu kecil buat permulaan selama 3 hari. Selepas 3 hari saya ambil 1 sudu besar pula. Saya mula perasan ada perubahan bila saya tengok cermin selepas bangun tidur. Wow!! Sangat luar biasa kesan vivix ni, kulit wajah saya nampak lembap dan pori2 terbuka dah berkurang. Lepas seminggu tona kulit dah nampak makin lebih sekata dan semakin cerah. Saya senyum sorang2 depan cermin, seronoknyaaa.

Sekarang barulah saya percaya yang vivix ni betul-betul memberi kesan untuk awet muda. Sebelum ni macam kurang percaya sebab tak cuba sendiri.

Saya memang takde pakai krim kecantikan. Krim malam Nutri White yang saya pakai sebelum ni pun dah lama habis sebelum saya minum vivix.

Jadi saya sangat syorkan pada semua yang nak wajah awet muda tapi malas nak makan vitamin banyak-banyak atau nak tepek krim siang malam, elok sangat minum vivix 1 sudu sebelum tidur. Bangun pagi tengok cermin mesti senyum sorang-sorang.

Orang kata tak kenal maka tak cinta. Tak cuba maka tak tahu. Begitulah dengan vivix, mesti kena cuba sendiri.

Itulah kesan vivix kepada saya. Terima kasih Shaklee, terima kasih Supermom Shaklee Story.




ATAU

Untuk pertanyaan dan order hubungi Kamilah : whatsapp 013 924 3387.

Testimoni Vivix Untuk Bersalin Czer

OKTOBER 2016 (SPECIAL EDITION VIVIX)
TESTIMONI 15: NURUL AZIYANA

LUKA CZER SEMBUH DENGAN CEPAT SELEPAS AMALKAN VIVIX

Assalamualaikum saya Nurul Aziyana, pengguna Shaklee sudah hampir 4 tahun. Saya nak kongsi kisah bagaimana Vivix sangat membantu saya ketika berpantang bersalin secara pembedahan.

Untuk kelahiran yang kedua ni baru saya guna set bersalin Shaklee + Vivix sebab kelahiran pertama belum kenal lagi vitamin Shaklee. Al kisah menjadi asbab bersalin czer, semasa datang contraction suam-suam suku tu kebetulan memang ada appointment dengan gynea. Masa scan waktu tu lah baru dapat tahu breech.

Doktor terus buat keputusan, emergency operation. Terus ke HTAA, pung pang pung pang ditolak ke OT untuk berdepan dengan pengalaman kali kedua. Mungkin proses nak bersalin tu cepat.. tapi kesakitan yang ditanggung selepas bersalin czer kali ni lain dari yang pertama dulu. Czer adalah major operation. Jadi ubat tahan sakit dan antibiotik adalah wajib. Malangnya saya allergic pada banyak ubat. Bila makan satu muka akan jadi bengkak sampai tak boleh nak bukak mata.

Saya hanya mampu makan panadol. Tapi itupun akan buat jadi bengkak juga cuma tak seteruk bila makan antibiotic. Kalau demam biasa or sakit kepala ok la kan dengan panadol. Tapi kalau czer tak cukup hanya dengan panadol.

Minggu pertama sangat hazab. Sakit bagai daging di perut tu dihiris-hiris sampai saya tak mampu nak bergerak. Nak ke toilet yang sekangkang kera pun terpaksa berenti 2 kali dan ambil masa yang lama sampai menangis.

Nak bangun, nak duduk sangat lah menyeksakan. Ditambah pula anak jaundis masa tu dan ulang alik klinik untuk injection selepas bersalin. Syukur juga kat rumah ni memang ada wheelchair.

Disebabkan tak boleh makan ubat tahan sakit dan antibiotik, jadi saya bertahan dengan vitamin Shaklee. Sejak hari pertama saya ambil ZINK COMPLEX dan VITAMIN C (untuk cepat baik luka) , GARLIC COMPLEX untuk ganti ubat antibiotik, VITALEA , BCOMPLEX untuk tenaga, OSTEMATRIX untuk elak sembelit (memang tak sembelit sepanjang berpantang), LECITHIN untuk bengkak susu.

Namun begitu, megadose zink complex n vitamin C tak mampu untuk meringankan sakit saya. Yelah, ini vitamin bukan ubat..dan vitamin pulak adalah vitamin semulajadi kesannya bukan segera macam ubat. Mungkin tak cukup untuk tahan sakit dari major operation ni. Satu je yang saya belum cuba waktu tu dan saya menyesal sebab tak ambil dari hari pertama lagi iaitu VIVIX.

Kesakitan masih terasa walaupun lepas 2 minggu pembedahan. Bila saya cuba VIVIX? hari ke-20.. saya ambil 1 sudu teh pada mulanya. Selepas 3 hari saya makan vivix, alhamdulillah syukur sangat-sangat sebab dah kurang rasa sakit. Bila dah kurang rasa sakit, jalan pun laju sikit. Kalau sebelum tu nak jalan memang kena pegang perut. Allah, syukur sangat rasa. masa ni memang rasa menyesal tak start amik Vivix hari pertama bersalin. Sangat menyesal.

Lepas ni saya dah tahu dah, cara cepat untuk baik luka czer tak lain dan tak bukan adalah dengan Vivix. Itu sebab saya sayang sangat dengan Vivix ni. Alhamdulillah juga Vivix tak mengganggu penyusuan langsung. Alhamdulillah, lepas pengambilan Vivix terus rasa kurang sakit di perut dan cepat hilang.

Seksa tau nak pegang baby yang berat tu kalau sakit. Banyak pergerakan akan terbatas.Tapi nak tak nak kena bergerak juga walau sakit macam mana pun.

Saya juga syiorkan pada kawan yang juga bersalin secara czer. Untill now, saya masih consume Vivix ni sebab banyak sangat kelebihannya. saya tau saya masih memerlukan Vivix untuk luka dalaman dan yang penting untuk kecantikan juga. Vivix baiki sel-sel dalaman. Bila sel cantik, fungsi badan pun cantik. Sebab tu luka pun cepat baik sebab Vivix bertindak terhadap sel.

Jadi saya amat sarankan Vivix untuk mereka yang bersalin secara Czer..dan Vivix ni boleh juga untuk mereka yang menjalani apa-apa pembedahan untuk memastikan luka cepat baik. Baik juga untuk pudarkan parut akibat jahitan semasa pembedahan. Terbaik sungguh!





ATAU

Untuk pertanyaan dan order hubungi Kamilah : whatsapp 013 924 3387.

Testimoni Vivix Untuk Mata Rabun

SEPTEMBER 2016 (SPECIAL EDITION VIVIX)
TESTIMONI 3: MASHIDAYU MOHYI

POWER RABUN SAYA MENURUN HANYA DALAM MASA 5 MINGGU

Assalamualaikum.

Nama saya Siti Mashidayu. Saya ingin berkongsi dengan anda kisah mengenai mata saya.

Saya mengalami masalah mata iaitu rabun jauh sejak dari tingkatan 3. Kerana saya amat gemar membaca buku dan menonton televisyen. Rabun saya bermula dengan power 100 dan sekarang bertambah hingga menjadi 375.

Dalam 6 bulan yang lepas, saya baru sahaja menukar cermin mata saya dari power 300 hingga menjadi 375. Kenaikan sebanyak 75 power mata saya itu menyebabkan saya mengalami sakit kepala di bahagian depan kepala, dan di atas kening. Saya sangkakan saya mengalami migraine. Tapi bila check dengan optometris, power saya dah bertambah.

Saya pun terus memilih untuk membuat cermin mata baru dengan power 375. Saya amat takut waktu tu kerana saya tak gemar memakai cermin mata. Kerana saya telah sedaya upaya mencuba menurunkan power rabun dengan makan lobak yang banyak. Tapi masih tiada hasil penurunan power rabun saya.

Usia perkahwinan saya hampir 11 bulan. Tetapi belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata. Jadi saya ambil initiative untuk mencuba mengamalkan Vivix Shaklee di mana dari pembacaan saya, ia boleh membantu untuk hamil.

Setelah 5 minggu saya amalkan Vivix sebanyak 2 hari sekali, setengah sudu. Saya merasakan perubahan yang amat ketara pada mata saya. Setiap hari saya sakit kepala. Saya dah tak boleh pakai cermin mata saya lebih dari 2 jam. Kalau tidak, saya akan sakit kepala, mata saya berat dan pening-pening.

Kerana tak tahan sangat, saya pergi lagi berjumpa optometris. Doktor di situ membuat ujian test mata pada saya sebanyak 2 kali, kerana menyedari ada sesuatu yang terjadi pada mata saya. Setelah dikaji, rupanya masalah pening saya berkaitan dengan power mata yang tidak serasi.

Rupa-rupanya power saya sudah menurun sebanyak 50 belah kiri, dan 50 juga belah kanan. Alhamdulillah saya terkejut sangat kerana amat tidak menyangka, selama ni saya beranggapan, bila dah rabun susah nak turun. Makin menaik ada lah. Rupa-rupanya tidak sama sekali.

Saya amat bersyukur dan sekarang saya dah tukar cermin mata baru dan masih mengamalkan pengambilan vivix untuk bebas dari cermin mata dan untuk kesihatan dalaman saya.

Doakan saya dapat rezeki menimang baby pulak. Terima kasih Allah, Terima kasih Vivix.

 



ATAU

Untuk pertanyaan dan order hubungi Kamilah : whatsapp 013 924 3387.

Saturday 19 May 2018

Cara Hilangkan Senggugut Tanpa Painkiller atau Panadol Menstrual

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 5
TESTIMONI 24 : HASMIMIE ARRFIN


MASALAH SENGGUGUT SEMAKIN BERKURANGAN SELEPAS AMALKAN OSTEMATRIX DAN GLA COMPLEX SHAKLEE
 
Assalamualaikum. Saya Hasmimie Arrfin saya nak kongsikan kisah macam mana saya bebas dari masalah senggugut yang sangat teruk.

Semasa bujang. Tiap-tiap bulan hari 1st datang haid memang wajib dapat MC. Sampai muka ni dah naik malu mana tidaknya. Doc yang merawat tu lelaki sampai satu tahap bila datang klinik doc cakap ye mimie,period pain ya. doc pun dh kenal..aduhh..merah muka.


Bila diserang senggugut memang tahap berguling, tidur merengkuk menahan kesakitan yang amat sangat. Siapa yang pernah alami mesti tau macam mana sakitnya tu. Kalau hari 1st kena time dekat office memang nak jalan pun pegang dinding membongkok-bongkok macam nenek sibongkok tiga..Sakittt..


Suatu hari alkisah bermula selepas officemate promote si putih putih melati Ostematrix kepada saya. Niat dia share pasal Oste tu sebab dia tahu saya ni jenis tak minum susu. Ingat lagi ayat dia, Adik, elok ambil kalsium ni. Sekarang masa bujang adik tak pikir lagi. Esok-esok dah kawen baru adik tahu. Adik tu dah lah tak minum susu. Nanti adik menyusu baby, baby tarik semua kalsium adik adik plak tak minum susu so dari mana adik nak dapat kalsium untuk adik plak?


Itulah yang jadi reput gigi, reput tulang sebab baby dah tarik kalsium adik. Lagi satu adik tu senggugut teruk bagus adik ambil oste ni. Sebab kalsium membantu mengekalkan otot dalam badan yang menghalang daripada kekejangan. Adik pun selalu mengadu sakit-sakit badan kalau banyak jalan & naik tangga. Tu sebab adik kekurangan kalsium la.


Saya pulak jenis kalau kawan berniaga memang senang nak tergoda untuk membeli. Hihi. So saya pun decide beli oste pada bulan itu. Selepas mencuba sebotol si putih Ostematrix alhamdulillah haid bulan berikutnya tu saya tak diserang senggugut lagi.


Menunggu-nunggu jugak kononnya bila lah nak senggugut..hahhaa.. Waaahhh.. ini ajaib.. memang benar-benar berkesan. Badan pun dah takde sakit-sakit sangat ulang alik turun naik tangga. Dan satu  lagi yang saya perasan saya dah tak perlu tunggu 3, 4 hari atau kadangkala seminggu untuk membuang. Rupa-rupanya kandungan magnesium dalam Oste tu membantu otot usus menjadi lebih relaks & lancar. Najis juga lebih lembut & lebih mudah dikeluarkan.


Bulan seterusnya saya beli Oste dan tambah GLA untuk masalah senggugut saya tu. Dan saya serta merta join jadi ahli Shaklee kerana saya sudah merasai Shaklee Effect itu sendiri.


Alhamdulillah sehingga hari ini saya tidak lagi diserang senggugut yang sampai tahap bergulung-gulung macam tikar mengkuang. Terima kasih officemate merangkap mak shaklee ku kerana memperkenalkan oste kepada saya.


Kepada anda yang mengalami masalah sama seperti saya iaitu 3S : Senggugut, Sakit-sakit Badan & Sembelit dapatkan Ostematrix & GLA hari ini juga. Pastinya takkan sia-sia. 


 
ATAU 
 
Untuk order dan pertanyaan hubungi Kamilah : whatsapp 013 924 3387.

Testimoni Set Kesuburan Shaklee : Hamil Setelah 18 Tahun Menunggu

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 5
TESTIMONI 26 : ZARINA ISMAWI
 

18 TAHUN BERNIKAH, AKHIRNYA MELAHIRKAN ZURIAT SENDIRI DI USIA 37 TAHUN DENGAN SET KESUBURAN SHAKLEE

Assalammualaikum Hai. Nama saya Zarina Binti Ismawi. Saya nak kongsikan kisah mak saudara saya yang berjaya hamil asbab dari pengambilan set kesuburan shaklee.

Saya masih ingat lagi bulan Mac 207, Makcik saya bertanya tentang set kesuburan shaklee. Dah beribu habis membeli produk yang lain. Jadi, dia teringin mencuba shaklee.

Saya mencadangkan set kesuburan shaklee untuk pakcik dan makcik saya. Makcik saya mengambil ESP, GLA, B Kompleks, VitaLea, vitamin C dan Vivix. Manakala pakcik saya mengambil Omega guard, VitaLea dan Vivix.


Setiap bulan, saya akan membantu mengira waktu subur mereka dengan tepat dan mencadangkan tarikh yang sesuai untuk mereka bersama.

Makcik dan pakcik saya sangat konsisten dalam pengambilan supplemen shaklee. Langsung tidak pernah skip.

Akhirnya setelah 6 bulan makcik saya konsisten dengan set kesuburan shaklee, dia mengalami demam yang teruk sehingga terkulai lemah. Muntah dan tidak mampu menghidu bau ikan segar.

Awalnya saya sangat nervous. Sebab orang kampung membawa cerita makcik saya jatuh sakit selepas mengambil supplemen shaklee.

Tapi, saya tetap yakin. Barangkali dia mengandung. Saya menyuruh makcik saya untuk check upt. Check kali pertama terdapat satu garisan clear dan satu lagi kabur. Dalam hati saya merasakan makcik saya mengandung.

Saya belikan makcik saya upt yang lebih mahal. Check sekali lagi, dan wow! double line!

Sayalah antara orang yang paling gembira. Malam tu juga saya nasihatkan makcik saya untuk bersedekah di surau sebagai tanda terima kasih dengan Allah.

Menangis kesyukuran mereka suami isteri. Bayangkan, 18 tahun menunggu zuriat kandung sendiri. Suatu tempoh yang bukan sekejap. Perlukan kesabaran yang tinggi.


Jadi, kepada sesiapa yang masih belun dikurniakan cahaya mata, kita masih ada harapan jika kita mahu berusaha.

Berusaha, yakin dan sentiasa berdoa. InshaAllah, pasti Allah akan makbulkan.

Makcik saya sangat percaya dengan Shaklee. Dari mengandung beliau tidak mempunyai masalah HB rendah, tiada darah tinggi dll. Berpantang dengan vivix dan set berpantang Shaklee sangat membantu beliau lebih cergas walaupun ini anak pertamanya.

Bestkan mendengar kisah makcik saya? Jadi, kepada sesiapa di luar sana yang ingin berikhtiar mendapatkan cahaya mata, kenapa tidak mahu mencuba shaklee?







Beli secara online di e-sell (menggunakan kad kredit atau kad debit). 

ATAU 
Untuk order dan pertanyaan hubungi Kamilah : whatsapp 013 924 3387.