Showing posts with label Kesihatan wanita. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan wanita. Show all posts

Friday 13 December 2019

Bila Dan Kenapa Perlu Ambil Asid Folik?

Ramai antara kita dah tahu tentang kepentingan asid folik semasa hamil. Tapi sebenarnya apa fungsi atau kebaikan asid folik ni? Sejak join bisnes Shaklee ni, banyak ilmu baru mengenai kesihatan yang saya dapat. Antaranya mengenai asid folik ni. 

Sebenarnya setiap bulan Shaklee ada Health and Wellness Talk. Dalam talk ni la para pengedar atau ahli Shaklee boleh tambah ilmu tentang kesihatan, dan juga lebih-lebih lagi tentang suplemen yang kami jual. Dah lama sebenarnya saya hadiri talk tersebut tapi masih lagi segar dalam ingatan apa yang saya belajar pada hari tersebut. 

Menurut nutritionist Shaklee, asid folik ni kita perlu ambil sebaik sahaja dah kahwin, sebab kita tak tahu bila masa kita akan mengandung. Bila dah tahu, sedar-sedar dah 4 minggu, 6 minggu. 

Sedangkan pembentukan tiub neural pada janin dah pun bermula seawal minggu-minggu pertama kehamilan. Jadi jika berlaku kekurangan asid folik pada masa tersebut, risiko untuk janin mengalami kecacatan tiub neural (spina bifida) adalah tinggi. 


Image result for neural tube defects


Selain itu, kekurangan asid folik juga boleh menyebabkan sumbing. 


Image result for sumbing


Pendek kata, pengambilan asid folik yang mencukupi dapat membantu mengurangkan risiko kecacatan pada janin. Bak kata nutrionist Shaklee, bila dah tahu hamil, masa tu dah terlambat. Telan asid folik berbotol pun tak dapat cegah jika dah berlaku kecacatan pada janin. 

Nauzubillahiminzalik. 

Kesimpulan yang dapat saya buat ialah, wanita yang dah berkahwin memang wajib ambil asid folik setiap masa sebab memang kita tak tahu bila masa kita akan mengandung, sekalipun ada mengamalkan sebarang kaedah untuk merancang kehamilan. 

Akhir sekali, suka saya nak kongsikan mengenai kepentingan vitamin semasa hamil dan juga selepas hamil menurut Dr Hamid Arshat. 


Related image

Kamilah Mustapa
Pengedar Shaklee Selangor
Sms / whatsapp : 013-9243387 

Saturday 19 May 2018

Cara Hilangkan Senggugut Tanpa Painkiller atau Panadol Menstrual

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 5
TESTIMONI 24 : HASMIMIE ARRFIN


MASALAH SENGGUGUT SEMAKIN BERKURANGAN SELEPAS AMALKAN OSTEMATRIX DAN GLA COMPLEX SHAKLEE
 
Assalamualaikum. Saya Hasmimie Arrfin saya nak kongsikan kisah macam mana saya bebas dari masalah senggugut yang sangat teruk.

Semasa bujang. Tiap-tiap bulan hari 1st datang haid memang wajib dapat MC. Sampai muka ni dah naik malu mana tidaknya. Doc yang merawat tu lelaki sampai satu tahap bila datang klinik doc cakap ye mimie,period pain ya. doc pun dh kenal..aduhh..merah muka.


Bila diserang senggugut memang tahap berguling, tidur merengkuk menahan kesakitan yang amat sangat. Siapa yang pernah alami mesti tau macam mana sakitnya tu. Kalau hari 1st kena time dekat office memang nak jalan pun pegang dinding membongkok-bongkok macam nenek sibongkok tiga..Sakittt..


Suatu hari alkisah bermula selepas officemate promote si putih putih melati Ostematrix kepada saya. Niat dia share pasal Oste tu sebab dia tahu saya ni jenis tak minum susu. Ingat lagi ayat dia, Adik, elok ambil kalsium ni. Sekarang masa bujang adik tak pikir lagi. Esok-esok dah kawen baru adik tahu. Adik tu dah lah tak minum susu. Nanti adik menyusu baby, baby tarik semua kalsium adik adik plak tak minum susu so dari mana adik nak dapat kalsium untuk adik plak?


Itulah yang jadi reput gigi, reput tulang sebab baby dah tarik kalsium adik. Lagi satu adik tu senggugut teruk bagus adik ambil oste ni. Sebab kalsium membantu mengekalkan otot dalam badan yang menghalang daripada kekejangan. Adik pun selalu mengadu sakit-sakit badan kalau banyak jalan & naik tangga. Tu sebab adik kekurangan kalsium la.


Saya pulak jenis kalau kawan berniaga memang senang nak tergoda untuk membeli. Hihi. So saya pun decide beli oste pada bulan itu. Selepas mencuba sebotol si putih Ostematrix alhamdulillah haid bulan berikutnya tu saya tak diserang senggugut lagi.


Menunggu-nunggu jugak kononnya bila lah nak senggugut..hahhaa.. Waaahhh.. ini ajaib.. memang benar-benar berkesan. Badan pun dah takde sakit-sakit sangat ulang alik turun naik tangga. Dan satu  lagi yang saya perasan saya dah tak perlu tunggu 3, 4 hari atau kadangkala seminggu untuk membuang. Rupa-rupanya kandungan magnesium dalam Oste tu membantu otot usus menjadi lebih relaks & lancar. Najis juga lebih lembut & lebih mudah dikeluarkan.


Bulan seterusnya saya beli Oste dan tambah GLA untuk masalah senggugut saya tu. Dan saya serta merta join jadi ahli Shaklee kerana saya sudah merasai Shaklee Effect itu sendiri.


Alhamdulillah sehingga hari ini saya tidak lagi diserang senggugut yang sampai tahap bergulung-gulung macam tikar mengkuang. Terima kasih officemate merangkap mak shaklee ku kerana memperkenalkan oste kepada saya.


Kepada anda yang mengalami masalah sama seperti saya iaitu 3S : Senggugut, Sakit-sakit Badan & Sembelit dapatkan Ostematrix & GLA hari ini juga. Pastinya takkan sia-sia. 


 
ATAU 
 
Untuk order dan pertanyaan hubungi Kamilah : whatsapp 013 924 3387.

Friday 18 May 2018

Testimoni Vivix : Kesan Sampingan Suntikan Depo Hilang

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 5
TESTIMONI 27 : SITI LAILATUL QADR

KESAN SAMPINGAN SUNTIKAN PERANCANG KELUARGA (DEPO) HILANG SELEPAS AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE
Assalamualaikum. Nama saya Siti Lailatul Qadr. Saya merupakan seorang pekerja swasta. Saya ingin kongsikan pengalaman saya yang mengalami beberapa kesan sampingan selepas mengamalkan suntikan perancang keluarga.
Saya merupakan seorang isteri dan juga ibu kepada 2 orang cahaya mata lelaki. Saya merasakan diri saya seorang yang bertuah kerana diberikan Allah nikmat melahirkan anak secara normal (anak pertama) dan kaedah pembedahan (anak kedua). Walaupon kebanyakan wanita akan berasa gerun dengan perkataan ‘czer’, tetapi saya menganggap ianya adalah rezeki buat saya kerana dapat melalui kedua-dua pengalaman bersalin yang sangat berharga.
Oleh kerana saya telah melahirkan anak kedua secara pembedahan (czer), saya dan suami merancang untuk menjarakkan kehamilan yang seterusnya. Setelah berbincang, kami sepakat untuk mengambil suntikan perancang keluarga atau lebih dikenali sebagai suntikan DEPO. Suntikan ini sangat terkenal di kalangan wanita yang ingin merancang kehamilan dan ianya dilakukan 3bulan sekali.
Saya mendapatkan suntikan depo yang pertama di klinik kesihatan sekitar April 2017. Setelah beberapa minggu, saya mendapati diri saya kerap mengalami sengal-sengal badan dan sakit lutut secara tiba-tiba. Pada mulanya saya menganggap ianya adalah sakit badan yang biasa-biasa memandangkan saya perlu bekerja dan menguruskan hal rumah tangga setiap hari.
Kemudian, saya meneruskan dengan suntikan depo yang kedua sekitar Julai 2017. Keadaan yang sama berlaku terhadap diri saya. Masalah sengal-sengal badan dan sakit lutut yang kerap berlaku menyebabkan saya stress. Suami juga pelik kerana sebelum ini saya tidak pernah mengadu sakit-sakit badan kepadanya. Saya juga mengalami gangguan haid sepanjang saya menggunakan suntikan depo. Saya bertambah stress.
Setelah berbincang, saya dan suami memutuskan untuk tidak meneruskan lagi suntikan depo yang ketiga. Saya tahu bahawa masalah yang saya hadapi seperti sengal-sengal badan, sakit lutut dan haid terganggu merupakan kesan sampingan akibat suntikan depo yang saya ambil. Suntikan tersebut telah menyebabkan hormon saya menjadi tidak stabil dan saya nekad untuk berhenti daripada mengambil suntikan depo lagi.
Sebulan lebih berlalu, selepas berhenti mengambil suntikan depo saya beranggapan semuanya akan kembali normal, tetapi malangnya anggapan saya salah. Saya tetap mengalami sengal-sengal badan dan sakit lutut. Haid juga masih tidak datang hampir 8 bulan! Saya mula mencari alternatif lain seperti berurut tetapi kesannya masih sama. Akhirnya, saya sedar semua yang terjadi berpunca dari hormon yang tidak stabil dalam badan dan saya nekad untuk detoks badan saya.
Memandangkan saya merupakan seorang ahli Shaklee yang sah, saya faham setiap fungsi produk dan kebaikannya. Saya mula minum Vivix dan makan Alfafa untuk detoks badan saya memandangkan kedua-dua produk ini ialah agen detoks terbaik. Kemudian, saya teruskan dengan GLA Complex untuk stabilkan kembali hormon dalam badan. Saya juga mengamalkan BComplex, Omega Guard dan Ostemetrix setiap hari untuk bantu mengurangkan sengal-sengal badan dan sakit lutut yang saya alami.
Setelah dua bulan konsisten mengamalkan supplemen Shaklee ini, alhamdulillah badan saya kembali cergas. Saya tidak lagi mengalami sakit lutut dan paling menggembirakan haid saya kembali normal. Saya tahu setiap perancang keluarga mempunyai kesan sampingan berbeza bergantung pada tahap keupayaan badan seseorang. Saya sangat bersyukur kerana telah berjumpa penyelesaian kepada masalah yang saya hadapi dengan izin Allah jua. Alhamdulillah, terima kasih Shaklee.




ATAU
Untuk order dan pertanyaan hubungi Kamilah : whatsapp 013 924 3387.

Sunday 1 April 2018

Nak Hamil Tapi Sukar Akibat Keputihan dan Period Tak Teratur

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 32: FARAH QURRATUN AINI

HAMIL SELEPAS KONSISTEN DENGAN SET KEPUTIHAN & SENGGUGUT

Assalamualaikum. Saya Farah Qurratun Aini mama kepada 2 orang cahaya mata. Kisah saya dengan Shaklee bermula apabila saya mencari vitamin untuk meredakan sakit senggugut dan keputihan yang teruk sejak dari bangku sekolah lagi.

Dulu setiap kali datang bulan, senggugut pun akan datang juga sampai tahap tak boleh buat apa-apa aktiviti pun. Masa zaman sekolah dulu kawan-kawan cakap kalau senggugut angkat kaki sandarkan ke dinding boleh meredakan sakit sengugut tu. Masa zaman sekolah dulu takde ambil ubat atau sebarang vitamin cuma mampu menahan sakit sahaja.

Bila dah masuk kolej, barulah belajar ambil ubat tahan sakit warna pink tu. Itu pun sebab nak elak dari ponteng kelas. Dan kalau time senggugut menyerang dan dalam masa yang sama ada kuiz, test, dengan assignment yang nak disiapkan kemudian time exam mestilah ubat tahan sakit tu menjadi penyelamat. Bila dah cuba-cuba maka jadilah amalan. Memang tak pernah terputus stok ubat pink tu sehingga lah masuk kerja dan kahwin. Bila dah kerja memang terpaksalah ambil MC setiap bulan. Menganggu jugak prestasi kerja masa tu.

Dan saya perasan yang keputihan juga makin teruk bila meningkat remaja. Pantyliner pun tak boleh terputus bekalan. Kena pakai dan kena sentiasa ada dalam beg. Semua ni memang rasa sangat-sangat terganggu. Bila buat aktiviti yang mengeluarkan peluh lagi meriah la keputihan tu keluar sampai kadang-kadang jadi gatal.

Alhamdulilah selepas konsisten mkn GLA Complex dan Alfalfa Complex selama 2 bulan, senggugut dah takde, keputihan juga makin berkurang dan period datang pun cantik aje. Maksudnya kitaran period tu tetap setiap bulan. Bila kitaran haid dah tetap mudah untuk cari waktu subur dan peluang untuk hamil tu tinggi.

Dan alhamdulilah bersyukur sangat genap 9 bulan lepas tu double line pun muncul. Berita kehamilan itu adalah hadiah ulangtahun kami yang pertama. Menangis kegembiraan kami suami isteri. Dan selepas bersalin kan anak sulung, saya selama setahun 3 bulan tak datang haid. Sangat tak selesa. Simptom-simptom macam nak period ada tapi tak period pon. Dan memang merancang nak tambah anak lagi. Sebabkan tak period saya ikhtiar lagi dengan GLA Complex masa itu pada bulan Disember . 3 bulan kemudian saya period dan bulan berikutnya April 2016 saya hamil anak kedua. Alhamdulillah.





















Inilah Shaklee Effect saya. Terima Allah. Terima kasih Shaklee.


ATAU

Untuk order dan pertanyaan hubungi Kamilah : whatsapp 013 924 3387.


Monday 1 January 2018

Ubat Keputihan Supaya Tiada Lagi Rasa Gatal Merenyam

Pernah tak alami seluar dalam berlubang? Mesti ramai yang alami tapi tak nak mengaku. Betul ke? Kita ingat sebab lama pakai jadi macam tu kan.

Tapi rupanya ia disebabkan oleh keputihan yang biasanya agak kronik. Keputihan ialah gumpalan atau cecair putih yang keluar dari vagina yang kadang-kadang disertai dengan rasa gatal dan juga berbau.



Sebab-sebab berlakunya keputihan ialah :

1. Antibiotik - Pengambilan antibiotik merupakan faktor utama berlakunya keputihan. Tujuan pengambilan antibiotik untuk membunuh bakteria jahat tapi secara tidak langsung ia juga membunuh bakteria baik yang menghasilkan asid dalam perut, menjadikan persekitaran terlalu beralkali, yang menyebabkan candida membiak dengan subur. Ia bukan sahaja terhad kepada antibiotik yang diambil untuk sesuatu penyakit, malah ia termasuk pada haiwan ternakan seperti ayam dan lembu yang diberi antibiotik.

2. Pil perancang - Pengambilan pil perancang secara tidak langsung boleh menyebabkan keputihan. Apabila diet yang diambil tinggi dengan gula dan ditambah dengan pengambilan antibiotik, pengambilan pil perancang memberi kesan kepada tubuh yang mengakibatkan berlakunya keputihan.

3. Rawatan kanser - Kemoterapi dan radiasi membunuh sel kanser dan tumor, tapi dalam masa yang sama ia juga membunuh bakteria sihat yang berfungsi melawan keputihan secara semulajadi.

4. Diabetes - Pada pesakit diabetes Type 1 dan Type 2, paras gula adalah lebih tinggi. Ia menggalakkan pertumbuhan candida yang menggunakan gula sebagai makanan.

5. Sistem imun yang lemah - Orang dengan sistem imun yang lemah seperti bayi, kanak-kanak, orang tua, pesakit HIV/AIDS dan juga autoimun. Ia juga dipengaruhi oleh faktor pemakanan zaman kini (gula, karbohidrat, tepung putih, makanan terproses dll) yang kurang nutrisi. Nutrisi yang mencukupi merupakan asas untuk sistem imun yang kuat.

Cadangan Suplemen Shaklee Untuk Keputihan




Nutriferon - Meningkatkan sistem imun secara semulajadi. Keputihan lebih mudah berlaku kepada mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah.

Garlic - Banyak bahan mengandungi sulfur yang bertindak sebagai anti kulat. Dapat meningkatkan sistem imun.

Alfalfa - Tinggi dengan fructo-oligosaccarides yang merupakan 'baja' kepada bakteria sihat dalam perut. Membantu meneutralkan pertumbuhan bakteria jahat seperti candida.

GLA Complex - Mengandungi asid lemak omega 6 yang dapat menyeimbangkan hormon dan anti kulat.

Herbal Blend - Mengandungi 6 jenis herba yang bertindak sebagai antikulat. Sangat berkesan untuk mengurangkan kegatalan. Mudah dibawa ke mana-mana. Untuk kegunaan luaran sahaja.

Dapatkan Set Keputihan dengan menghubungi 013-924 3387 (Kamilah).

Monday 17 October 2016

Testimoni Vivix Untuk Luka Jahitan Bersalin Terbuka Sampai Tak Boleh Berjalan dan Duduk

Macam-macam pengalaman yang ibu alami semasa proses mengandung dan melahirkan anak.

Jika proses yang dilalui adalah mudah dan tiada sebarang masalah, pastinya ia merupakan pengalaman yang indah.

Tapi macam mana pula jika sebaliknya? Hari ni saya nak share pengalaman Puan Ainul Fadzilah yang mengalami masalah luka jahitan bersalin terbuka.

Semoga dapat membantu mereka yang mengalami masalah yang sama atau dapat mengelak daripada mengalami masalah yang sama.

SEPTEMBER 2016 (SPECIAL EDITION VIVIX)

TESTIMONI 1: AINUL FADZILAH
.

[LUKA JAHIT BERSALIN TERBUKA SAMPAI TAK BOLEH JALAN, TAK BOLEH DUDUK]
.
atasi masalah luka jahitan bersalin terbuka dengan vivix


Bersalinkan Maryam secara normal dan vacum. 2 hari sakit tak dapat tidur, seminggu di hospital, 2 kali induce.

Sehari balik dari hospital, maryam demam panas dan kuning naik tinggi. Jadi kena masuk nicu.

5 hari dia di NICU, Ainul ulang alik 2-3 kali ke DEMC setiap hari untuk hantar susu.

Jahit kat bawah yang " banyak" belum sembuh.. asyik bergerak ke sana sini sampai 1 tahap ainul nak berjalan pun sakit giler. nak duduk lagi la. sampai dalam kereta menangis dekat husband sebab tak boleh nak duduk pun. nak duduk pun takut. huhuu

Ya ALLAH sakitnya.

Nak duduk sakit..

Nak berjalan lagi la sakit..

Sampai nak duduk menanges.. huhuhu

Last pilihan Ainul makan VIVIX. dulu rasa vivix ni MAHAL la. Tapi bila dah SAKIT , MAHAL dah tak nampak dah. Yang PENTING sakit hilang.

3 Hari konsistent makan setiap hari....

ALHAMDULILLAH.. lega sangat. Dah takde pedih, sakit nak duduk, berjalan. Siap boleh pakai seluar

BONUS lagi bila makan vivix semasa berpantang ni:

1. SUSU MERIAH. memang dalam pantang susu memang banyak. tapi kali ni ' lain sangat ' .. sampai demam pulak bengkak susu. Alhamdulillah dapat bayak buat stok ebm untuk anak.

2. Darah kotor berketul ketul keluar. cerita dekat akak mengurut. dia cakap bagus darah tu keluar. darah tu kalau tak keluar bahaya. bahaya kalau darah nifas ni tak keluar betul betul. keluar habis. pernah baca darah nifas yang tak bersih boleh jadi kanser.

3. Badan rasa segar, sedap la orang cakap. takde la lemau semacam. badan bertenaga. boleh uruskan anak anak walaupun pantang sendiri. muka pun tak pucat sebab peredaran darah berjalan lancar

Kalau rasa set berpantang banyak bebenor nak kena telan, ambil je vivix ni je rasanya dah cukup. ALL in 1.

Memang berbaloi makan vivix masa pantang. Sangat puas hati. Next berpantang pun akan pastikan vivix ada pada hari pertama bersalin nanti. baru la luka cepat sembuhkan

Terima kasih kerana hadir dalam hidup saya.

Terima kasih sebab kembalikan senyuman saya.

Harga sebotol Vivix RM 475 termasuk pos.

SMS/Whatsapp 013-924 3387 (Puan Kamilah) untuk order Vivix dan untuk sebarang pertanyaan.