Showing posts with label Kebaikan Vivix untuk wanita. Show all posts
Showing posts with label Kebaikan Vivix untuk wanita. Show all posts

Friday 25 May 2018

Testimoni Vivix Untuk Bersalin Czer

OKTOBER 2016 (SPECIAL EDITION VIVIX)
TESTIMONI 15: NURUL AZIYANA

LUKA CZER SEMBUH DENGAN CEPAT SELEPAS AMALKAN VIVIX

Assalamualaikum saya Nurul Aziyana, pengguna Shaklee sudah hampir 4 tahun. Saya nak kongsi kisah bagaimana Vivix sangat membantu saya ketika berpantang bersalin secara pembedahan.

Untuk kelahiran yang kedua ni baru saya guna set bersalin Shaklee + Vivix sebab kelahiran pertama belum kenal lagi vitamin Shaklee. Al kisah menjadi asbab bersalin czer, semasa datang contraction suam-suam suku tu kebetulan memang ada appointment dengan gynea. Masa scan waktu tu lah baru dapat tahu breech.

Doktor terus buat keputusan, emergency operation. Terus ke HTAA, pung pang pung pang ditolak ke OT untuk berdepan dengan pengalaman kali kedua. Mungkin proses nak bersalin tu cepat.. tapi kesakitan yang ditanggung selepas bersalin czer kali ni lain dari yang pertama dulu. Czer adalah major operation. Jadi ubat tahan sakit dan antibiotik adalah wajib. Malangnya saya allergic pada banyak ubat. Bila makan satu muka akan jadi bengkak sampai tak boleh nak bukak mata.

Saya hanya mampu makan panadol. Tapi itupun akan buat jadi bengkak juga cuma tak seteruk bila makan antibiotic. Kalau demam biasa or sakit kepala ok la kan dengan panadol. Tapi kalau czer tak cukup hanya dengan panadol.

Minggu pertama sangat hazab. Sakit bagai daging di perut tu dihiris-hiris sampai saya tak mampu nak bergerak. Nak ke toilet yang sekangkang kera pun terpaksa berenti 2 kali dan ambil masa yang lama sampai menangis.

Nak bangun, nak duduk sangat lah menyeksakan. Ditambah pula anak jaundis masa tu dan ulang alik klinik untuk injection selepas bersalin. Syukur juga kat rumah ni memang ada wheelchair.

Disebabkan tak boleh makan ubat tahan sakit dan antibiotik, jadi saya bertahan dengan vitamin Shaklee. Sejak hari pertama saya ambil ZINK COMPLEX dan VITAMIN C (untuk cepat baik luka) , GARLIC COMPLEX untuk ganti ubat antibiotik, VITALEA , BCOMPLEX untuk tenaga, OSTEMATRIX untuk elak sembelit (memang tak sembelit sepanjang berpantang), LECITHIN untuk bengkak susu.

Namun begitu, megadose zink complex n vitamin C tak mampu untuk meringankan sakit saya. Yelah, ini vitamin bukan ubat..dan vitamin pulak adalah vitamin semulajadi kesannya bukan segera macam ubat. Mungkin tak cukup untuk tahan sakit dari major operation ni. Satu je yang saya belum cuba waktu tu dan saya menyesal sebab tak ambil dari hari pertama lagi iaitu VIVIX.

Kesakitan masih terasa walaupun lepas 2 minggu pembedahan. Bila saya cuba VIVIX? hari ke-20.. saya ambil 1 sudu teh pada mulanya. Selepas 3 hari saya makan vivix, alhamdulillah syukur sangat-sangat sebab dah kurang rasa sakit. Bila dah kurang rasa sakit, jalan pun laju sikit. Kalau sebelum tu nak jalan memang kena pegang perut. Allah, syukur sangat rasa. masa ni memang rasa menyesal tak start amik Vivix hari pertama bersalin. Sangat menyesal.

Lepas ni saya dah tahu dah, cara cepat untuk baik luka czer tak lain dan tak bukan adalah dengan Vivix. Itu sebab saya sayang sangat dengan Vivix ni. Alhamdulillah juga Vivix tak mengganggu penyusuan langsung. Alhamdulillah, lepas pengambilan Vivix terus rasa kurang sakit di perut dan cepat hilang.

Seksa tau nak pegang baby yang berat tu kalau sakit. Banyak pergerakan akan terbatas.Tapi nak tak nak kena bergerak juga walau sakit macam mana pun.

Saya juga syiorkan pada kawan yang juga bersalin secara czer. Untill now, saya masih consume Vivix ni sebab banyak sangat kelebihannya. saya tau saya masih memerlukan Vivix untuk luka dalaman dan yang penting untuk kecantikan juga. Vivix baiki sel-sel dalaman. Bila sel cantik, fungsi badan pun cantik. Sebab tu luka pun cepat baik sebab Vivix bertindak terhadap sel.

Jadi saya amat sarankan Vivix untuk mereka yang bersalin secara Czer..dan Vivix ni boleh juga untuk mereka yang menjalani apa-apa pembedahan untuk memastikan luka cepat baik. Baik juga untuk pudarkan parut akibat jahitan semasa pembedahan. Terbaik sungguh!





ATAU

Untuk pertanyaan dan order hubungi Kamilah : whatsapp 013 924 3387.

Friday 18 May 2018

Testimoni Vivix : Kesan Sampingan Suntikan Depo Hilang

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 5
TESTIMONI 27 : SITI LAILATUL QADR

KESAN SAMPINGAN SUNTIKAN PERANCANG KELUARGA (DEPO) HILANG SELEPAS AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE
Assalamualaikum. Nama saya Siti Lailatul Qadr. Saya merupakan seorang pekerja swasta. Saya ingin kongsikan pengalaman saya yang mengalami beberapa kesan sampingan selepas mengamalkan suntikan perancang keluarga.
Saya merupakan seorang isteri dan juga ibu kepada 2 orang cahaya mata lelaki. Saya merasakan diri saya seorang yang bertuah kerana diberikan Allah nikmat melahirkan anak secara normal (anak pertama) dan kaedah pembedahan (anak kedua). Walaupon kebanyakan wanita akan berasa gerun dengan perkataan ‘czer’, tetapi saya menganggap ianya adalah rezeki buat saya kerana dapat melalui kedua-dua pengalaman bersalin yang sangat berharga.
Oleh kerana saya telah melahirkan anak kedua secara pembedahan (czer), saya dan suami merancang untuk menjarakkan kehamilan yang seterusnya. Setelah berbincang, kami sepakat untuk mengambil suntikan perancang keluarga atau lebih dikenali sebagai suntikan DEPO. Suntikan ini sangat terkenal di kalangan wanita yang ingin merancang kehamilan dan ianya dilakukan 3bulan sekali.
Saya mendapatkan suntikan depo yang pertama di klinik kesihatan sekitar April 2017. Setelah beberapa minggu, saya mendapati diri saya kerap mengalami sengal-sengal badan dan sakit lutut secara tiba-tiba. Pada mulanya saya menganggap ianya adalah sakit badan yang biasa-biasa memandangkan saya perlu bekerja dan menguruskan hal rumah tangga setiap hari.
Kemudian, saya meneruskan dengan suntikan depo yang kedua sekitar Julai 2017. Keadaan yang sama berlaku terhadap diri saya. Masalah sengal-sengal badan dan sakit lutut yang kerap berlaku menyebabkan saya stress. Suami juga pelik kerana sebelum ini saya tidak pernah mengadu sakit-sakit badan kepadanya. Saya juga mengalami gangguan haid sepanjang saya menggunakan suntikan depo. Saya bertambah stress.
Setelah berbincang, saya dan suami memutuskan untuk tidak meneruskan lagi suntikan depo yang ketiga. Saya tahu bahawa masalah yang saya hadapi seperti sengal-sengal badan, sakit lutut dan haid terganggu merupakan kesan sampingan akibat suntikan depo yang saya ambil. Suntikan tersebut telah menyebabkan hormon saya menjadi tidak stabil dan saya nekad untuk berhenti daripada mengambil suntikan depo lagi.
Sebulan lebih berlalu, selepas berhenti mengambil suntikan depo saya beranggapan semuanya akan kembali normal, tetapi malangnya anggapan saya salah. Saya tetap mengalami sengal-sengal badan dan sakit lutut. Haid juga masih tidak datang hampir 8 bulan! Saya mula mencari alternatif lain seperti berurut tetapi kesannya masih sama. Akhirnya, saya sedar semua yang terjadi berpunca dari hormon yang tidak stabil dalam badan dan saya nekad untuk detoks badan saya.
Memandangkan saya merupakan seorang ahli Shaklee yang sah, saya faham setiap fungsi produk dan kebaikannya. Saya mula minum Vivix dan makan Alfafa untuk detoks badan saya memandangkan kedua-dua produk ini ialah agen detoks terbaik. Kemudian, saya teruskan dengan GLA Complex untuk stabilkan kembali hormon dalam badan. Saya juga mengamalkan BComplex, Omega Guard dan Ostemetrix setiap hari untuk bantu mengurangkan sengal-sengal badan dan sakit lutut yang saya alami.
Setelah dua bulan konsisten mengamalkan supplemen Shaklee ini, alhamdulillah badan saya kembali cergas. Saya tidak lagi mengalami sakit lutut dan paling menggembirakan haid saya kembali normal. Saya tahu setiap perancang keluarga mempunyai kesan sampingan berbeza bergantung pada tahap keupayaan badan seseorang. Saya sangat bersyukur kerana telah berjumpa penyelesaian kepada masalah yang saya hadapi dengan izin Allah jua. Alhamdulillah, terima kasih Shaklee.




ATAU
Untuk order dan pertanyaan hubungi Kamilah : whatsapp 013 924 3387.