Showing posts with label Kebaikan Vivix. Show all posts
Showing posts with label Kebaikan Vivix. Show all posts

Friday 25 May 2018

Testimoni Vivix Untuk Kulit


OKTOBER 2016 (SPECIAL EDITION VIVIX)
TESTIMONI 9: ZAINAH MUKHTAR

KULIT MUKA SEMAKIN CERAH SEKATA SELEPAS AMALKAN VIVIX

Assalamualaikum. Nama saya Zainah Mukhtar. Saya pengguna dan juga pengedar vitamin Shaklee. Saya dah makan hampir semua vitamin shaklee sejak 2 tahun lalu, ada 4-5 jenis yang belum. Vivix adalah yang terbaru saya cuba. Sebelum ni memang selalu tengok kawan-kawan dan pelanggan jer yang bercerita tentang keberkesanan vivix ni. Terdetik juga dalam hati, satu hari aku mesti cuba vivix.

Dipendekkan cerita, saya dapat sebotol vivix hasil daripada bermain kutu. Sebab vivix ni agak mahal untuk saya sebagai seorang surirumah, jadi nak cuba punya pasal main kutu vivix la.

Sebelum minum vivix saya memang dah amalkan vitamin-vitamin lain juga seperti ESP, VITA C, VITA E, B COMP, OSTEMATRIX, GLA, ALFALFA dan beberapa lagi. Setiap hari memang ambil vitamin2 ni semua. Saya ambil untuk menjaga kesihatan dan untuk kecantikan.

Saya teruja sangat dengan vivix ni. Saya nak buat 'eksperimen' kat diri sendiri. Sebelum ni ramai dah cakap vivix ni best, vivix ni vivix tu, jadi tiba masa saya pula nak cuba.

Saya berhenti ambil vitamin2 yang lain kecuali ESP 3 hari sebelum minum vivix. Saya dengan ESP ni kawan baik, waktu sarapan mesti minum segelas ESP. Saya jarang ambil sarapan yang berat2, cukup segelas ESP untuk memberi saya rasa kenyang dan tenaga sehingga waktu makan tengahari.

Maka saya cuba vivix satu sudu kecil buat permulaan selama 3 hari. Selepas 3 hari saya ambil 1 sudu besar pula. Saya mula perasan ada perubahan bila saya tengok cermin selepas bangun tidur. Wow!! Sangat luar biasa kesan vivix ni, kulit wajah saya nampak lembap dan pori2 terbuka dah berkurang. Lepas seminggu tona kulit dah nampak makin lebih sekata dan semakin cerah. Saya senyum sorang2 depan cermin, seronoknyaaa.

Sekarang barulah saya percaya yang vivix ni betul-betul memberi kesan untuk awet muda. Sebelum ni macam kurang percaya sebab tak cuba sendiri.

Saya memang takde pakai krim kecantikan. Krim malam Nutri White yang saya pakai sebelum ni pun dah lama habis sebelum saya minum vivix.

Jadi saya sangat syorkan pada semua yang nak wajah awet muda tapi malas nak makan vitamin banyak-banyak atau nak tepek krim siang malam, elok sangat minum vivix 1 sudu sebelum tidur. Bangun pagi tengok cermin mesti senyum sorang-sorang.

Orang kata tak kenal maka tak cinta. Tak cuba maka tak tahu. Begitulah dengan vivix, mesti kena cuba sendiri.

Itulah kesan vivix kepada saya. Terima kasih Shaklee, terima kasih Supermom Shaklee Story.




ATAU

Untuk pertanyaan dan order hubungi Kamilah : whatsapp 013 924 3387.

Testimoni Vivix Untuk Bersalin Czer

OKTOBER 2016 (SPECIAL EDITION VIVIX)
TESTIMONI 15: NURUL AZIYANA

LUKA CZER SEMBUH DENGAN CEPAT SELEPAS AMALKAN VIVIX

Assalamualaikum saya Nurul Aziyana, pengguna Shaklee sudah hampir 4 tahun. Saya nak kongsi kisah bagaimana Vivix sangat membantu saya ketika berpantang bersalin secara pembedahan.

Untuk kelahiran yang kedua ni baru saya guna set bersalin Shaklee + Vivix sebab kelahiran pertama belum kenal lagi vitamin Shaklee. Al kisah menjadi asbab bersalin czer, semasa datang contraction suam-suam suku tu kebetulan memang ada appointment dengan gynea. Masa scan waktu tu lah baru dapat tahu breech.

Doktor terus buat keputusan, emergency operation. Terus ke HTAA, pung pang pung pang ditolak ke OT untuk berdepan dengan pengalaman kali kedua. Mungkin proses nak bersalin tu cepat.. tapi kesakitan yang ditanggung selepas bersalin czer kali ni lain dari yang pertama dulu. Czer adalah major operation. Jadi ubat tahan sakit dan antibiotik adalah wajib. Malangnya saya allergic pada banyak ubat. Bila makan satu muka akan jadi bengkak sampai tak boleh nak bukak mata.

Saya hanya mampu makan panadol. Tapi itupun akan buat jadi bengkak juga cuma tak seteruk bila makan antibiotic. Kalau demam biasa or sakit kepala ok la kan dengan panadol. Tapi kalau czer tak cukup hanya dengan panadol.

Minggu pertama sangat hazab. Sakit bagai daging di perut tu dihiris-hiris sampai saya tak mampu nak bergerak. Nak ke toilet yang sekangkang kera pun terpaksa berenti 2 kali dan ambil masa yang lama sampai menangis.

Nak bangun, nak duduk sangat lah menyeksakan. Ditambah pula anak jaundis masa tu dan ulang alik klinik untuk injection selepas bersalin. Syukur juga kat rumah ni memang ada wheelchair.

Disebabkan tak boleh makan ubat tahan sakit dan antibiotik, jadi saya bertahan dengan vitamin Shaklee. Sejak hari pertama saya ambil ZINK COMPLEX dan VITAMIN C (untuk cepat baik luka) , GARLIC COMPLEX untuk ganti ubat antibiotik, VITALEA , BCOMPLEX untuk tenaga, OSTEMATRIX untuk elak sembelit (memang tak sembelit sepanjang berpantang), LECITHIN untuk bengkak susu.

Namun begitu, megadose zink complex n vitamin C tak mampu untuk meringankan sakit saya. Yelah, ini vitamin bukan ubat..dan vitamin pulak adalah vitamin semulajadi kesannya bukan segera macam ubat. Mungkin tak cukup untuk tahan sakit dari major operation ni. Satu je yang saya belum cuba waktu tu dan saya menyesal sebab tak ambil dari hari pertama lagi iaitu VIVIX.

Kesakitan masih terasa walaupun lepas 2 minggu pembedahan. Bila saya cuba VIVIX? hari ke-20.. saya ambil 1 sudu teh pada mulanya. Selepas 3 hari saya makan vivix, alhamdulillah syukur sangat-sangat sebab dah kurang rasa sakit. Bila dah kurang rasa sakit, jalan pun laju sikit. Kalau sebelum tu nak jalan memang kena pegang perut. Allah, syukur sangat rasa. masa ni memang rasa menyesal tak start amik Vivix hari pertama bersalin. Sangat menyesal.

Lepas ni saya dah tahu dah, cara cepat untuk baik luka czer tak lain dan tak bukan adalah dengan Vivix. Itu sebab saya sayang sangat dengan Vivix ni. Alhamdulillah juga Vivix tak mengganggu penyusuan langsung. Alhamdulillah, lepas pengambilan Vivix terus rasa kurang sakit di perut dan cepat hilang.

Seksa tau nak pegang baby yang berat tu kalau sakit. Banyak pergerakan akan terbatas.Tapi nak tak nak kena bergerak juga walau sakit macam mana pun.

Saya juga syiorkan pada kawan yang juga bersalin secara czer. Untill now, saya masih consume Vivix ni sebab banyak sangat kelebihannya. saya tau saya masih memerlukan Vivix untuk luka dalaman dan yang penting untuk kecantikan juga. Vivix baiki sel-sel dalaman. Bila sel cantik, fungsi badan pun cantik. Sebab tu luka pun cepat baik sebab Vivix bertindak terhadap sel.

Jadi saya amat sarankan Vivix untuk mereka yang bersalin secara Czer..dan Vivix ni boleh juga untuk mereka yang menjalani apa-apa pembedahan untuk memastikan luka cepat baik. Baik juga untuk pudarkan parut akibat jahitan semasa pembedahan. Terbaik sungguh!





ATAU

Untuk pertanyaan dan order hubungi Kamilah : whatsapp 013 924 3387.

Testimoni Vivix Untuk Mata Rabun

SEPTEMBER 2016 (SPECIAL EDITION VIVIX)
TESTIMONI 3: MASHIDAYU MOHYI

POWER RABUN SAYA MENURUN HANYA DALAM MASA 5 MINGGU

Assalamualaikum.

Nama saya Siti Mashidayu. Saya ingin berkongsi dengan anda kisah mengenai mata saya.

Saya mengalami masalah mata iaitu rabun jauh sejak dari tingkatan 3. Kerana saya amat gemar membaca buku dan menonton televisyen. Rabun saya bermula dengan power 100 dan sekarang bertambah hingga menjadi 375.

Dalam 6 bulan yang lepas, saya baru sahaja menukar cermin mata saya dari power 300 hingga menjadi 375. Kenaikan sebanyak 75 power mata saya itu menyebabkan saya mengalami sakit kepala di bahagian depan kepala, dan di atas kening. Saya sangkakan saya mengalami migraine. Tapi bila check dengan optometris, power saya dah bertambah.

Saya pun terus memilih untuk membuat cermin mata baru dengan power 375. Saya amat takut waktu tu kerana saya tak gemar memakai cermin mata. Kerana saya telah sedaya upaya mencuba menurunkan power rabun dengan makan lobak yang banyak. Tapi masih tiada hasil penurunan power rabun saya.

Usia perkahwinan saya hampir 11 bulan. Tetapi belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata. Jadi saya ambil initiative untuk mencuba mengamalkan Vivix Shaklee di mana dari pembacaan saya, ia boleh membantu untuk hamil.

Setelah 5 minggu saya amalkan Vivix sebanyak 2 hari sekali, setengah sudu. Saya merasakan perubahan yang amat ketara pada mata saya. Setiap hari saya sakit kepala. Saya dah tak boleh pakai cermin mata saya lebih dari 2 jam. Kalau tidak, saya akan sakit kepala, mata saya berat dan pening-pening.

Kerana tak tahan sangat, saya pergi lagi berjumpa optometris. Doktor di situ membuat ujian test mata pada saya sebanyak 2 kali, kerana menyedari ada sesuatu yang terjadi pada mata saya. Setelah dikaji, rupanya masalah pening saya berkaitan dengan power mata yang tidak serasi.

Rupa-rupanya power saya sudah menurun sebanyak 50 belah kiri, dan 50 juga belah kanan. Alhamdulillah saya terkejut sangat kerana amat tidak menyangka, selama ni saya beranggapan, bila dah rabun susah nak turun. Makin menaik ada lah. Rupa-rupanya tidak sama sekali.

Saya amat bersyukur dan sekarang saya dah tukar cermin mata baru dan masih mengamalkan pengambilan vivix untuk bebas dari cermin mata dan untuk kesihatan dalaman saya.

Doakan saya dapat rezeki menimang baby pulak. Terima kasih Allah, Terima kasih Vivix.

 



ATAU

Untuk pertanyaan dan order hubungi Kamilah : whatsapp 013 924 3387.

Saturday 19 May 2018

Testimoni Vivix Untuk Resdung dan Vertigo

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 5
TESTIMONI 21 : MASITA HASSAN


PENGALAMAN SUAMI DISERANG VERTIGO AKIBAT RESDUNG YANG KRONIK PULIH DENGAN VIVIX SHAKLEE

Hai Cikta nak berkongsi kisah pengalaman suami diserang resdung yang kronik.
Bercerita tentang resdung, mesti ramai yang seperti Cikta. Cikta sebelum ni menganggap resdung atau dikenali dengan nama sinusitis ni sebagai satu penyakit biasa. Sehinggalah suatu hari suami Cikta sendiri terpaksa dirawat di Hospital kerana menghidapi sinus yang teruk.

Bermula dengan kerap bersin dan selsema diawal pagi. Suami Cikta juga kerap diserang vertigo. Mula-mula memang ingat suami hanya mengalami tekanan darah rendah. 

Tapi lepas buat checkup Doktor diagnosed sebagai vertigo iaitu keadaan berasa dirinya atau persekitaran seperti berpusing-pusing, telinga berdengung , pandangan kabur, mual dan muntah-muntah. 

Vertigo ini akan menyerang 5 6 kali setahun. Yang paling merisaukan bila dapat tau vertigo boleh menyebabkan masalah pendengaran atau pekak. 

Pada March 2017, suami Tiba-tiba diserang demam panas. Disitulah segalanya bermula, bila check darah denggi semua negative. 3 hari masuk lebih kurang 12 botol air. Demam kebah tapi kepala masih sakit. Tersangat risau masa itu.

Disebabkan Suami ada sejarah sinus semasa dia sekolah dahulu. Jadi masa hari keempat Doktor menyuruh suami menjalani 'CT Scan.' Resultnya.... jeng jeng jeng... 

Sakit kepala itu memang disebabkan oleh sinus yg teruk. setiap saluran dan rongga di muka belah kiri penuh dengan sinus. belah kanan pun tinggal sedikit ruang. Allahhuakbar! Dan sinusnya telah dijangkiti kuman.

Suggestion Doktor tentunya pembedahan. kosnya RM15,000 - RM20,000. Disebabkan kos yang tinggi, kami mengambil keputusan untuk ikhtiar cara lain dulu iaitu mencuba Vivix Shaklee dan ubat hospital terlebih dulu. Dengan harapan tidak ada pembedahan yang akan berlaku.

2 minggu istiqamah makan Vivix Shaklee setiap hari. Alhamdulillah semasa pergi checkup semula. Sinus yang telah dijangkiti kuman sudah tiada dan rongga seperti sediakala. Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!

Kini suami bebas vertigo dan resdung. Jadi jika anda rasa vivix tu mahal, try la sakit. Kosnya menelan beratus kali ganda dari harga sebotol Vivix Shaklee. Serious!

Terima kasih Shaklee dan Supermom.



Beli Vivix secara online di e-sell (menggunakan kad kredit atau kad debit). 


ATAU
Untuk order dan pertanyaan hubungi Kamilah : whatsapp 013 924 3387.

Friday 18 May 2018

Testimoni Vivix Untuk Kanser Payudara Stage 2

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 5
TESTIMONI 25 : SYA NORIZAH


KANSER PAYUDARA TAHAP 2 BERANSUR PULIH SELEPAS AMALKAN SUPLEMEN SHAKLEE

Alhamdulillah wa syukurillah...
Inilah cinta hati sya dan adik beradik, satu satunya keberkatan doa yang kami ada sehingga sekarang. Di sebalik senyumannya, siapa sangka mak merupakan cancer survivor... di sebalik seraut wajah yang mulus itu juga terselit pelbagai kedukaan dalam memikul tanggungjawab sebagai emak dan ayah kepada kami 4 beradik..terutama buat adik bongsu kami yang sekolah lagi.


Oktober 2012 merupakan detik paling getir apabila mak kehilangan kekasih hatinya secara mengejut.. siapalah kite sebagai hamba untuk mempersoalkan ajal dan maut.. hanya doa menjadi iringan... hamba redho ya Allah...Tidak setakat itu, mak diuji sekali lagi apabila disahkan menghidap kanser payudara tahap 2 seusai habis idahnya.

Waktu itu, bagaikan dihempap langit runtuh apabila benjolan sebesar 20 sen di bahagian dada kiri disahkan positive sel kanser...Almaklumlah mak memang tiada masalah kesihatan yang lain. Mak kelihatan tenang menerima kebenaran itu.. namun disebalik ketenangan wajahnya tetap terselit kesedihan dan kehampaan.

Hanya Allah sahaja mengetahui apa yang dialami beliau.. hendak mengadu, hilang sudah tempat mengadu.. pada anak2? kekuatan perlu ditunjukkan agar tidak menyedihkan anak2 pula.betapa kuatnya semangatmu mak.jagakan mak buat kami Ya Allah.
Setelah beberapa rawatan dan ujian dilakukan di beberapa hospital dan keputusan adalah tetap sama... 

Akhirnya akur dengan qada qadar Allah, mak bersetuju menjalani pembedahan mastektomi sepenuhnya di bahagian dada kiri...sedih hati kami melihat keadaan mak.. Ya Allah kuatkan mak dalam menghadapi ujianMu..Setelah itu, bermula lah episod mencabar buat mak selepas pembedahan...

Dari pemakanan, luka pembedahan, aktiviti harian semua kami jaga.. diperkenalkan dengan shaklee buat mak selepas pembedahan adalah ostematrix bagi penyembuhan luka dengan baik.. alhamdulillah elok dan cantik lukanya.

Apabila mula kemoterapi dan radiotherapy keadaan mak makin lesu.. rambut da mula gugur, otot2 dan sendi tak berapa nak kuat sehinggakan terpaksa solat duduk.. tiada nikmat Allah yang dapat kite dustakan..

Dimasukkan ke wad kerana tdak cukup darah.. sungguh2 diuji.. ampunkan mak Ya Allah... ada juga mulut2 bawang kata2 mak yang agak keterlaluan. 

Setelah habis kemoterapi dan radiotherapy sebanyak 15 sesi..Masa tu bufday mak tak silap masa tu.. hadiahkan mak vivix... terharu mak kata.. sebab kami sayang mak tau... selepas tu mak ikhtiar dengan mencuba full set kanser. almaklum la kan immunity rendah dan kesan dari rawatan pula buat mak lemah dan pucat. 

Alhamdulillah mak saya kuat dan mak dapat hadapinya. Sekarang setelah 6 tahun mengamalkan set kanser, doktor sahkan mak bebas kanser. Terima kasih Allah.

Sehingga sekarang mak sayang sangat2 pada vivixnye tu. Tanpa vivix mak tak happy katanya.. hihi doakan mak sihat ye semua.. tak kenal maka tak cinta tau.

Mak kata sharing2 ni boleh bantu orang yang senasib dengannye... terima kasih shaklee bawa harapan baru buat mak.




Beli Vivix secara online di e-sell (menggunakan kad kredit atau kad debit). 


ATAU
Untuk order dan pertanyaan hubungi Kamilah : whatsapp 013 924 3387.